KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pas hari ini dipersoalkan sampai bilakah mereka akan bermain wayang berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu setelah beberapa pemimpin mereka dilihat cukup bersemangat menjayakan perhimpunan 505.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Afandi Yusof berkata tindakan berkenaan akan terus menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum akan sikap sebenar Pas berhubung perkara tersebut dan sewajarnya perkara tersebut perlu diperhalusi oleh pucuk pimpinan Pas
Menurut beliau Pas tentunya akan dilabel sebagai parti yang tidak berprnisip setelah menerima kemenangan di Kelantan namun beberapa pemimpinya turut serta dalam perhimpunan tersebut.
"Kelantan sendiri kerajaannya adalah diterajui oleh Pas dan Menteri Besarnya adalah ADUN daripada Pas, Timbalannya ADUN Pas, kalangan Exco kerajaan negeri pula Pas tapi takkan di Kelantan boleh terima kemenangan namun tempat-tempat lain dipertikai.
"Malah difahamkan sebelum ini pucuk pimpinan mereka dikatakan menerima keputusan berkenaan dan menyokong sistem demokrasi. Inilah sebenarnya yang akan menjadi penanda aras kepada tanda tanya rakyat akan sikap sebenar Pas. Apakah ini dikatakan berprinsip," katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya berkata bukanlah hasratnya untuk mencampuri urusan parti tersebut, namun sekadar memberikan pandanagan setelah melihatkan kepada senario yang berlaku itu.
"Bukannya apa, kita pun tidak mahu campur urusan parti mereka tetapi sepertimana yang menjadi tanda tanya yang lain, kita pun turut rasa terpanggil.
"Yerlah, boleh terima kemenangan dan membentuk kerajaan negeri serta menyokong demokrasi tetapi turut serta dalam perhimpunan 505. Nampak sangat 'kluk kleknya' dan terserlah‚ wayangnya. Inilah yang dipersoalkan oleh orang ramai," katanya lagi
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment