Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Isu Black Out, Siapa Tipu Siapa ni? #PRU13
- INFO! Mukhriz Melawat Rumah Rasmi MB Kedah, dan Teruskan Pesanan Azizan Razak! #HanyaDiKedah
- HOT! Sudah la Wahai Anwar, Jangan Dok Buli Rakyat Tu!! - Azmin Ali #TolakPR
- INFO! Sketsa Menarik Bantahan Pakatan Pada #PRU13!!
- Demi Muafakat Melayu! PM @NajibRazak Doakan Ustaz Azizan Cepat Sembuh! #BNbagus
- INFO! Komen Menarik Ayahanda Tun Dr Mahathir Mengenai PRU ke 13! #PRU13
| HOT! Isu Black Out, Siapa Tipu Siapa ni? #PRU13 Posted: 09 May 2013 08:18 AM PDT Video itu menunjukkan beberapa situasi di mana sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlakunya 'blackout'. Itu adalah sindiran kononnya semasa pengiraan undi, DAP sedang menang, kemudian berlaku blackout dan secara tiba-tiba BN pula menang di beberapa tempat. Kejadian blackout berlaku pada malam 5 Mei…dan pada malam itu juga The Magical Blackout muncul di Youtube. Bayangkan, bagaimana sebuah video parodi sebegitu boleh siap dirakam, diedit dan dimuat naik dalam setengah jam selepas kejadian blackout berlaku? Mudah sahaja…kejadian blackout sudah dirancang puak DAP. Sebab itu mereka telah bersedia dengan sebuah video parodi khusus untuk memperlihatkan kerajaan menggunakan taktik balckout untuk menipu undi. Kalau parodi itu keluar tengah hari 6 Mei…lojik jugak…ini kurang setengah jam kejadian dah ada. Cepatnya tahu… Selain parodi blackout yang sudah disediakan begitu awal… tindak tanduk ejen pengundian DAP juga agak pelik. Berikut adalah perbualan beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam yang merasa hairan dengan sikap dan perbuatan beberapa ahli dan ejen pengundian DAP di pusat-pusat penjumlahan undi. "… yang tak tahan tu, siap agen DAP bawa masuk lampu kecemasan tu, dia kata takut blackout. Paranoid betul la. "Tak logik. Agen DAP dekat tempat saya yang jaga undi dah diberi lampu standby dari kroni-koni deorang (mereka). Sebelum pukul 5, mereka dah dapat lampu standby. "Kami petugas pun tertanya-tanya kenapa hantar lampu. Mereka 'on' lampu sampai kami habis kira undi, padahal lampu dalam kelas terang benderang. "Mana mereka tau masa kira undi akan blackout? "Pelik gak kan kenapa mereka bawa lampur extra. Tapi takde blackout la dekat tempat saya jadi agen. Sebab time tu dia dah tau dia confirm menang. Itulah beberapa petikan perbualan petugas-petugas SPR menerusi laman sosial Facebook. Kalau puak-puak DAP ni tak tahu akan blackout, macam mana boleh dari pukul 5 petang dah sediakan lampu kecemasan. Petugas SPR dan petugas TNB pun tak tahu akan berlaku blackout. Kerajaan menipu dalam PRU-13- Itulah idea yang sedang giat dimainkan cybertroper DAP. Dan itulah propaganda pihak pembangkang pada hari ini yang mengecam keputusan PRU13. Namun, sangat jelas video tersebut telah dirakamkan lebih awal dan dimuat naik pada hari pilihan raya. Blackout adalah agenda yang dirancang cybertroper DAP dan parti itu sejak awal lagi. Sebab itu sebuah parodi khusus dibuat awal. Cuma kesilapan cybertroper DAP ialah mereka rakus dan memuat naik klip berkenaan terlalu pantas. Dan kenapa mereka buat demikian? Mudah…Kerana mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Satu muslihat yang dibawa oleh pihak DAP yang tidak dapat menerima kekalahan mereka di sesetengah tempat. Bagi menutup kekalahan mereka, mereka telah merancang lebih awal untuk mengaburi mata rakyat yang menunjukkan buruk BN dan SPR. Apa pun, syabas kepada cybertroper DAP yang berjaya menghasilkan sebuah video parodi 'pada masa yang sama' ketika proses pengiraan undi dilakukan. Kepada anda fikir-fikirkan…itu baru satu…belum masuk penipuan lain yang dimainkan cybertroper seperti puluhan ribu warga Bangladesh dibawa masuk dan (yang paling kelakar) beg undi dibuang SPR dari helikopter. McTheory: Sapa tipu sapa ni..celaka sungguh! Sumber SINI | ||
| INFO! Mukhriz Melawat Rumah Rasmi MB Kedah, dan Teruskan Pesanan Azizan Razak! #HanyaDiKedah Posted: 09 May 2013 05:39 AM PDT Gambar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir melawat rumah rasmi Menteri Besar Kedah. Kata beliau, beliau tak akan duduk di rumah tersebut. Rumah rasmi itu akan digunakan hanya untuk majlis-majlis rasmi sahaja. Malah beliau akan teruskan ceramah agama setiap minggu seperti mana Ustaz Azizan selalu lakukan sebelum ini. Kat bawah ni, pesanan Azizan Razak Mantan MB Kedah kepada Datuk Mukhriz. Ternyata walaupun berbeza ideologi politik, namun persahabatan sesama Islam itu menjalinkan segala. Bila la umat Islam di Malaysia nak bersatu? McTheory: Nak tunggu kena jajah balik kot? | ||
| HOT! Sudah la Wahai Anwar, Jangan Dok Buli Rakyat Tu!! - Azmin Ali #TolakPR Posted: 09 May 2013 02:17 AM PDT
Diatas adalah tweet dari Azmin Ali, meluahkan apa yang beliau rasa tentang kegilaan Anwar yang mahu berkuasa sehingga dilihat membuli rakyat. Dalam mesej twitnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat," kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor. Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara. "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara," tambah Azmin. " Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal," katanya " Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat," kata Azmin dalam tweetnya Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini. Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor. Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamarudiin yang juga Ketua Wanita PKR. Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor. Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor. Zuraida memberitahu antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.- AntaraPos P/s: Awat ni Azmin.. marah nak jadi MB Selangor ka?.. McTheory: Jangan pula hari ni marah, esok kata media yang pusing pulaa.. | ||
| INFO! Sketsa Menarik Bantahan Pakatan Pada #PRU13!! Posted: 08 May 2013 11:23 PM PDT Puak Pakatan: Kami bantah Keputusan ke 13, disebabkan ada penipuan di setiap pusat pengundian!! Kami bantah kemenangan BN di Kedah, Perak, Terengganu, Johor, N9, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak. Geng BN: (Hanya memerhati) SPR: Mana kamu tahu ada penipuan? Betul ke? Puak Pakatan: Kami tahu sebab BN guna bangla!! Geng BN: (Mata dah terbeliak!) SPR: Macam mana dengan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang negeri yang tidak dimenangi oleh BN? Puak Pakatan: Ohh itu, confirm dah adil dan tak ada penipuan. Geng BN: (muka serius) SPR: Mana kamu tahu? Puak Pakatan: Sebab kami yang memutuskan sama ada PRU tu adil atau tidak!! SPR: Pui!! Malas layan puak Pakatan Giloss ni.. Geng BN: (Tersengih kerang, sambil geleng-geleng kepala) P/s: Itulah pakatan.. cakap macam orang takdak akai! McTheory: Bila depa menang tak tipu, Bila kita menang tipu? Haram jadah apakah ini? | ||
| Demi Muafakat Melayu! PM @NajibRazak Doakan Ustaz Azizan Cepat Sembuh! #BNbagus Posted: 08 May 2013 08:36 PM PDT Ketika ada syaitan bernama Anwar sedang menghasut rakyat Malaysia untuk saling bermusuh-musuhan. Kita terlupa seorang insan yang selalu mengajar kita erti kedamaian. Barisan Nasional (BN) hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian menyiarkan semula kenyataan daripada akaun Twitter rasmi BN itu di Twitter beliau. Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi Azizan yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang. Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta anakanda baginda Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah. Turut melawat Azizan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man. Pulau Pinang? Di mana Lim Guan Eng, tak datang melawat ke? McTheory: Khalifah Umar Abdul Aziz.. tak join Pas baca yasin sekali ka? | ||
| INFO! Komen Menarik Ayahanda Tun Dr Mahathir Mengenai PRU ke 13! #PRU13 Posted: 08 May 2013 06:16 PM PDT Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sememangnya menampakkan berlaku 'tsunami kaum Cina' selain wujud masyarakat Melayu yang tamak. Dr Mahathir berkata beliau pernah menyentuh perkara itu dalam beberapa kempen pilihan raya sebelum ini, misalnya di Johor, apabila menyatakan negeri itu menyaksikan pelaksanaan konsep perkongsian kuasa yang baik bagi kaum Melayu, Cina dan India. "... tetapi datang Kit Siang (penasihat DAP Lim Kit Siang), dia membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menimbulkan kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, kononnya dikatakan (Melayu) memiliki segalanya setelah merdeka," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. Beliau berkata situasi itu dilihat berkembang di seluruh negara sehingga menyebabkan kaum Cina menolak persahabatan masyarakat Melayu sekali gus tercetus 'tsunami kaum Cina'. Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kekalahan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah lebih kepada faktor 'tsunami kaum Cina', dan menyaksikan mereka lebih cenderung menyokong pembangkang. Sejurus pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) semalam, Najib berkata beliau sama sekali tidak menduga keputusan PRU13 akan berlandaskan sikap perkauman, jauh sekali mencapai peringkat seburuk itu. Dr Mahathir turut berpendapat kaum Melayu kini semakin lemah dan berpecah-belah kerana sikap tamak mengejar kuasa serta jawatan sehingga mengabaikan perjuangan Melayu itu sendiri, iaitu berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara. "Pada masa sama, tidak boleh kecualikan orang Melayu yang jadi tamak, masing-masing hendak kuasa, tidak kira cara mana. Kalau perlu jual bangsapun, akan mereka jual bagi mendapat apa yang mereka hendak," katanya. Beliau berkata masyarakat Melayu dilihat tidak memahami konsep sebenar pilihan raya yang diadakan bagi tujuan membentuk sebuah kerajaan, apabila kebanyakan mereka menganggap ia hanya sebagai sebagai platform untuk kepentingan diri semata-mata sehingga berlaku perpecahan. "Orang Melayu ini tidak faham. Mereka ingat dalam pilihan raya ini untuk mendapat tempat, gaji, peluang dapat kerja, kalau menang jadi Yang Berhormat (YB) yang dapat elaun dan kemudahan, bukan untuk berkhidmat perjuangkan bangsa, agama dan tanah air, mereka lupa sama sekali. "Mereka tidak nampak pilihan raya sebagai satu cara membentuk kerajaan, tetapi berebut hendak tempat bagi diri sendiri sehinggakan fikir kalau menang akan dapat tempat, keuntungan yang banyak dan dapat projek," katanya. Sementara itu, Dr Mahathir berkata rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi jika kalah pada PRU13 bertujuan bagi meraih simpati negara barat yang sememangnya dilihat tidak senang hati dengan kemajuan negara ini, terutama dipimpin oleh Melayu dan Islam. "Islam sekarang ini adalah musuh sejagat kebanyakan orang di barat. Mereka tidak mahu melihat negara di bawah kepimpinan Islam mencapai kemajuan," katanya. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata barat secara tidak langsung akan menggunakan alasan berkenaan untuk membelasah kerajaan Malaysia sepanjang masa dan menyebabkan Islam menjadi lemah. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment