Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! PM @NajibRazak 'Tempelak' Pakatan Haram Kisah Pengundi Hantu!! #PRU13
- PANASS!! Cina Pas Kata, Pengundi Cina Bijak Sebab tu Pilih Dap! #PRU13
- TERKINI! YDP Agong Dan MB Kedah Melawat Ustaz Azizan di Wad ICU! #HanyaDiKedah
- TERKINI! Keadaan Dihadapan Wad ICU Ustaz Azizan! #HanyaDiKedah
- TERKINI! Ustaz Azizan Razak Mantan MB Kedah Di Laporkan Sudah Dalam Keadaan 'Stabil' #HanyaDiKedah
- TERKINI!! Ustaz Azizan Mantan MB Kedah Masih Koma, Belum Meninggal! #HanyaDiKedah
- INFO! Beri Peluang Pada Pemimpin Baru Untuk Majukan Kedah! #HanyaDiKedah
| HOT! PM @NajibRazak 'Tempelak' Pakatan Haram Kisah Pengundi Hantu!! #PRU13 Posted: 08 May 2013 10:40 AM PDT Semua kita tahu, pengundi hantu ciptaan siapa. Ianya ciptaan Anwar semasa Anwar mahu menawan Sabah dahulu. Malah semasa Anwar menjadi TPM, setiap kali PRK, Anwar akan buat begitu untuk menunjukkan dia hebat dan kempennya mampu untuk membuat BN menang. Sebab itu sekarang ni, Anwar takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalaulah ada pengundi hantu, tangkap dan report polis. Bukan buat hukuman sendiri. Tapi banyak yang Mc tengok, puak Pakatan upah bangla untuk datang ke tempat mengundi. Kemudian berlakon marah dan tangkap bangla tu. Mereka tangkap dan aambil video untuk sebaran. Mereka membuat persepsi, kalau benar ada bangla buat report polis dan buktikan. Itu tak bercakap saja pandai. PUI! McTheory: Minta PM Lebih bertegas dengan puak-puak ni.. |
| PANASS!! Cina Pas Kata, Pengundi Cina Bijak Sebab tu Pilih Dap! #PRU13 Posted: 08 May 2013 05:36 AM PDT Jika ditanya "Orang Cina mahu apa", saya mahu jawab orang Cina mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah dan amanah, kata Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee. Beliau berkata demikian sebagai menjawab laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'. Bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam juga di muka depan akhbar tersebut berkata "mereka (Cina) sangat rasis". Ekoran kalah di Parlimen Bukit Katil, beliau menyalahkan orang Cina kerana tidak memilih beliau dan menyifatkan orang Cina tidak mengenang jasa. Manakala semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya berkata, pilihan raya kali ini merupakan 'Tsunami Cina'. "Orang Cina bukan rasis tapi kami bijak. Kami jelas dengan apa yang kami mahu iaitu pembangunan dan masa depan negara. "Orang Cina mengutamakan pemimpin yang amanah dan bersih, tidak kira dari kaum apa pun," kata Vincent ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Vincent yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan turut berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) boleh disifatkan sebagai rasis kerana seringkali mengeluarkan kenyataan bertujuan meniupkan api perkauman. "Kalau mereka kata orang Cina rasis, mereka silap. Kalau nak cakap soal rasis, Perkasa lagi rasis," katanya. Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya akhbar milik Umno agar berhenti menyiarkan kenyataan yang menimbulkan kebencian antara kaum. "Akhbar Utusan Malaysia cukup-cukuplah siarkan kenyataan menghasut kebencian orang Melayu kepada orang Cina. Kita harus berpolitik secara matang, bukan menimbulkan isu perkauman," katanya. Tapi Vincent tak komen pula kenyataan akhbar cina yang boleh menyinggung perasaan orang Melayu. Walaupun melayu tak baca dan faham akhbar cina. Tapi akhbar cina sentiasa di pantau. Malah ada hasutan dalam akhbar cina lagi teruk!! Kenapa bila cina kutuk melayu boleh, tapi bila melayu kutuk cina tak boleh? Sampai bila melayu asyik nak mengalah? Melayu kena bersatu untuk kuat. Kalau tak bersatu, sampai bila-bila pun kita akan diperkotak-katikan. Bersatulah wahai bangsa ku. McTheory: Masa untuk 'Melayu Satu' |
| TERKINI! YDP Agong Dan MB Kedah Melawat Ustaz Azizan di Wad ICU! #HanyaDiKedah Posted: 08 May 2013 02:27 AM PDT Laporan kesihatan Ustaz Azizan dikatakan stabil walaupun tahap kesihatan beliau agak merosot. Sebentar tadi YDP Agong dan MB Kedah yang baru Datuk Paduka Mukhriz datang melawat Ustaz Azizan di wadnya. Hingga sekarang masih ada yang bawa cerita bohong yang mengatakan Ustaz Azizan sudah meninggal. Sudah-sudah la tu.. Beliau masih lagi dirawat. Sama-sama kita doakan beliau cepat sembuh! Kenyataan media oleh YAB Dato' Paduka Hj Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman - "Dari keterangan kepada DYMM YDP Agong oleh pakar-pakar di Hospital Besar Pulau Pinang, didapati keadaan kesihatan YB Dato Seri Azizan Razak mantan MB Kedah kritikal tetapi stabil. Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mendoakan rawatan yang sedang dijalani akan berjaya memulihkan keadaan beliau sehingga sembuh sepenuhnya insya'Allah." Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| TERKINI! Keadaan Dihadapan Wad ICU Ustaz Azizan! #HanyaDiKedah Posted: 07 May 2013 11:08 PM PDT Gambar terkini yang Mc ambil dihadapan Wad ICU Ustaz Azizan mantab MB Kedah. Beliau dilaporkan masih dirawat dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rasanya sudah beratus orang penyokong Pas dari Kedah datang berhimpun dihadapan pintu wad ini. Walaupun kita berbeza ideologi, namun kita tetap saudara sesama Islam. Doakan Ustaz Azizan supaya cepat sembuh. McTheory: Kita perlukan beliau menjadi Ketua Pembangkang Kedah yang berwibawa. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| TERKINI! Ustaz Azizan Razak Mantan MB Kedah Di Laporkan Sudah Dalam Keadaan 'Stabil' #HanyaDiKedah Posted: 07 May 2013 09:31 PM PDT |
| TERKINI!! Ustaz Azizan Mantan MB Kedah Masih Koma, Belum Meninggal! #HanyaDiKedah Posted: 07 May 2013 08:29 PM PDT Pagi tadi Mc mendapat satu sms dari seorang sahabat yang bertanyakan tentang kesihatan Ustaz Azizan, sebab dikatakan Ustaz Azizan kena serangan jantung yang teruk. Memang benar, Ustaz Azizan sedang tenat. Ustaz Azizan diserang penyakit jantung dan beliau dihantar ke KMC (Kedah Medical Center). Semasa di KMC, beliau dilawati oleh MB Baru Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Kemudian, Ustaz Azizan sekali lagi dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, kerana disana peralatannya lebih canggih. Mc menafikan kenyataan Ustaz Azizan sudah meninggal, kerana beliau masih lagi dirawat dan sedang dalam keadaan KOMA. Kalau tak percaya boleh ke Hospital Pulau Pinang sendiri untuk mengetahui hakikat yang sebenar. McTheory: Marah macam mana pun, kita orang Islam, doakan beliau selamat. |
| INFO! Beri Peluang Pada Pemimpin Baru Untuk Majukan Kedah! #HanyaDiKedah Posted: 07 May 2013 06:16 PM PDT Berperang di alam siber sambil membantu jentera konvesional amat meletihkan. Tetapi Allah telah membalas usaha ini dengan kemenangan BN di Kedah. Kemenangan yang agak selesa. Walaupun bukan 2/3. Hanya tinggal satu kerusi untuk 2/3. Mc akui, kemenangan BN di Kedah pada kali ini bukan hanya bergantung pada jentera, tapi bergantung pada semangat rakyat Kedah yang mahu Kerajaan Pas di Kedah undur dari pemerintahan mereka yang lemah. Mc harap rakyat Kedah tanpa mengira parti, bantu MB kita yang baru ni untuk majukan negeri. Kalau negeri kita maju, Insyallah ekonomi kita maju. Mc percaya, Datuk Mukhriz pasti akan selamatkan Kulim Hi-Tech Teknologi Park (KHTP) . Sebab banyak pelaburan KHTP Datuk Mukhriz yang bawa masuk sebelum ini. Pas Kedah hanya mengaku dan angguk kepala saja. Tingkatkan ekonomi Kedah seiring dengan Selangor. Minta Kerajaan Pusat beri lebih perhatian pada Kedah dan negeri-negeri yang dimenangi oleh BN. Bukan nak pinggirkan negeri lain, tapi utamakan yang menyokong dari yang menolak. Sebab yang menolak tu dah tentu mereka rasa Kerajaan Baru mereka tu dah cukup kuat. Kalau ekonomi Kedah kuat, kilang banyak, tak perlu lagi anak muda Kedah merantau ke negeri lain. Betui dak? Marilah kita bersatu untuk membangunkan ekonomi Kedah seiring dengan pembangunan Islam di Kedah. McTheory: Beri peluang pada pemimpin baru kita.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




No comments:
Post a Comment