Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Orang Phahrol Mula Desak Azizan Letak Jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah! #Kedah
- INFO! Pengumuman PM Umum Menteri Besar Kedah, Tarik Pengundi Muda!! #Kedah
- LAGI HOT! Pas Kedah akui Kalah Di Sebabkan BN Kedah kuat dan Pas Lemah!! #PRU13
- HOT! MB Kedah yang baru angkat sumpah 3 Petang ini!! #PRU13
- PRU-13: Rasmi - Keputusan penuh kerusi Parlimen mengikut negeri-negeri!
| TUDIAA!! Orang Phahrol Mula Desak Azizan Letak Jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah! #Kedah Posted: 06 May 2013 09:01 AM PDT Mc tak sangka secepat ini mereka membuat kerja. Petang tadi Phahrolrazi baru bagi statement kat media kata nak buat bedah siasat. Tiba-tiba sebentar tadi troopers Pas Kedah telah menubuhkan, Page 'Desak Ustaz Azizan Letak Jawatan' Tak percaya tengok screen shot bawah ni.. Sejarah mengajar kita. Waktu kalah ni baru kita nampak siapa kawan dan siapa lawan. Patut la blogger Pas tak pernah pertahankan Azizan bila diserang. Rupanya bloggers dan Troopers Pas di kawal oleh Phahrolrazi!! he he he.. Mc tahu siapa kepalanya.. Tentu si Zul Ya kan? McTheory: Takpa hangpa gaduh la, sampai 5 tahun lagi pun OK.. he he.. | ||
| INFO! Pengumuman PM Umum Menteri Besar Kedah, Tarik Pengundi Muda!! #Kedah Posted: 06 May 2013 07:43 AM PDT
ALOR SETAR: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelum hari pengundian bahawa Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menawan semula negeri ini dilihat menjadi faktor penting kepada kejayaan BN merampas semula Kedah. Ia dikatakan menjadi tarikan kepada pengundi muda, atas pagar dan pengundi dari luar untuk memberi sokongan kepada BN kerana yakin terhadap kewibawaan Mukhriz sebagai Menteri Besar yang baharu. Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata pengumuman saat akhir Najib itu menjadi 'bomb issue' yang menarik sokongan pengundi untuk memberikan semula Kedah kepada BN. "Orang Kedah sebelum ini tak pasti siapa Menteri Besar. Apabila diumumkan, orang muda dan belia yang sememangnya mempunyai keyakinan terhadap Mukhriz beralih sokongan kepada BN untuk mentadbir semula negeri Kedah," katanya. Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa UUM itu berkata ramai yang mengakui BN membuat pilihan terbaik apabila meletakkan Mukhriz bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjadi Menteri Besar jika BN menang. "Ini merupakan kehendak rakyat, bukan parti. Jika PAS pun, rakyat hendakkan Menteri Besar yang muda tetapi nampak seperti orang lama (bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak) masih mahu kekal," katanya. Mohd Azizuddin berkata faktor Najib itu sendiri menjadi isu yang kuat di Kedah di kalangan orang-orang Melayu, yang melibatkan lebih 75 peratus penduduk di negeri ini, walaupun tidak begitu menjadi dalam kalangan masyarakat Cina. "Agenda tranformasi Perdana Menteri diterima baik oleh rakyat walaupun tak sepenuhnya. Orang Cina juga menerima baik transformasi itu tetapi masih menolak BN," katanya. Pada pilihan raya umum semalam, BN menang 22 kerusi DUN berbanding PAS (8), PKR (4) dan DAP (2). Selain itu, faktor lain yang menyebabkan BN kembali menjadi pilihan adalah kerana kegagalan kerajaan negeri sebelum ini yang diterajui PAS dalam membawa pembangunan yang dijanjikan sebelum ini selain perbalahan sesama sendiri pemimpin parti yang membentuk kerajaan negeri sebelum ini. "Kerajaan negeri banyak kelemahan. Rakyat bosan dengan masalah dalam parti pembangkang dan PAS tak perform, maka mereka beralih semula kepada BN. Mereka lebih tertarik kepada BN. "PAS asyik bergaduh selepas memerintah negeri ini. Ekonomi tak bagus, pembangunan tak ada. Pelaburan menurun. BN pula dilihat cuba bawa pelaburan dan pembangunan," katanya. Gandingan pemimpin lama dan baharu iaitu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN negeri dan Mukhriz sebagai Timbalannya sejak Januari 2011 turut membantu memperbaiki prestasi BN di Kedah. Walaupun Mukhriz yang menjadi Menteri Besar tetapi peranan Ahmad Bashah, yang mempertahankan kerusi DUN Bakar Bata pada PRU kali ini, dalam membolehkan BN menang kembali di Kedah tidak boleh dipertikaikan. Selepas BN dan Umno kalah teruk pada PRU 2008, Umno Kedah menjadi lesu sehinggakan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah diberikan kepada orang luar, Naib Presiden Umno Datuk Mohd Shafie Apdal, yang berasal dari Sabah. Selepas Bashah dilantik memegang kedua-dua jawatan itu pada awal tahun 2011, dan dibantu oleh Mukhriz, Umno Kedah berubah sama sekali dan kemuncaknya semalam apabila kembali menawan Kedah. - BERNAMA P/s: Mc masih keletihan.. nanti baru buat analisis.. penat tak hilang lagi,,, | ||
| LAGI HOT! Pas Kedah akui Kalah Di Sebabkan BN Kedah kuat dan Pas Lemah!! #PRU13 Posted: 06 May 2013 02:15 AM PDT Selalu kita dok dengar puak Pas ni sembang besar. Bila sembang saja confirm tak jatuh. Rasa Kedah ni macam depa punya saja. Tapi bila dah kalah semalam, terbukti depa memang ada masalah. Malah Jentera BN Kedah 'makin' kuat sekarang ni. Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi. Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini. BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi. Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai. Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai. Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu. Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi. Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka. Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut. Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu. "Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang. "Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya. "Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi. Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut. McTheory: Pesanan pada orang UMNO semua, walaupun kita berbeza ideologi, tapi kita tetap sedara seislam. Tu pun kalau orang Pas mengaku Islam UMNO sama macam Islam Pas la.. | ||
| HOT! MB Kedah yang baru angkat sumpah 3 Petang ini!! #PRU13 Posted: 05 May 2013 09:05 PM PDT ALOR SETAR, 6 Mei - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 3 petang Isnin. Beliau berkata Tengku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, akan menerima watikah daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak. Mukhriz berkata ia bagi memaklumkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar dan kerajaan baharu di negeri ini akan bermula untuk melaksanakan segala Aku Janji BN Kedah yang diumum sebelum pilihan raya. "Itu saja saya ingat akan memenuhi masa kami dalam tempoh lima tahun ini kerana disenaraikan begitu banyak sekali aktiviti dan program yang dirancang semata-mata untuk rakyat. "Tujuannya tak lain tak bukan untuk meningkatkan pendapatan bagi negeri ini, dan sudah tentu untuk memberi nikmat kepada rakyat, jadi di situ permulaannya dari pagi ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Tunku. BN membentuk kerajaan negeri di Kedah dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). "Sambil kita berpuas hati dengan keputusan ini, kita mempunyai satu tanggungjawab yang berat untuk memenuhi kehendak rakyat, dan ini satu tanggungjawab yang memang kami bersedia untuk menggalas dan memikulnya," kata Mukhriz. Beliau turut ditanya berhubung tindakan beraninya bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam mencabar penyandang Abd Ghani Ahmad daripada PAS. "Bagi saya, ini satu contoh supaya rakan yang lain turut berusaha untuk menang di kerusi yang telah kita kalah dahulu...Nak kata yakin, 50-50 juga... Apa ertinya kalau saya datang ke mari bertanding di kerusi yang selamat, oleh itu, saya ambil risiko yang agak terkawal, kerana walaupun dahulunya kita kalah di DUN Ayer Hitam, tetapi jumlah undi yang saya dapat pada 2008 agak banyak," katanya. Mukhriz berkata disebabkan itu, beliau yakin mempunyai peluang untuk menang kerana telah memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada seluruh warga Parlimen Jerlun dalam tempoh lima tahun lepas. "Saya ingat pengundi di Ayer Hitam juga menghargai apa yang telah saya lakukan, akhirnya sokongan mereka telah diterjemahkan dalam bentuk undi yang telah kita ketahui keputusannya hari ini," katanya. -- BERNAMA | ||
| PRU-13: Rasmi - Keputusan penuh kerusi Parlimen mengikut negeri-negeri! Posted: 05 May 2013 07:08 PM PDT KUALA LUMPUR 6 Mei - Berikut keputusan penuh bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri: PERLIS (3): BN (3) KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1) KELANTAN (14): BN (5), Pas (9) TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4) PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3) PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2) PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1) SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4) WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4) WP PUTRAJAYA (1): BN (1) WP LABUAN (1): BN (1) NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1) MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1) JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1) SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1) SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1) * Keputusan ini boleh diikuti di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDR.php: Dengar cerita Anwar menolak keputusan ni. Lantak dia la, pi mampuih sama dia. Kalau dia nak menang saja, hantar dia pi pulau dok sorang-sorang, baru boleh dia jadi PM! Kalau dia buat kacau, minta kerajaan Malaysia tangkap, dan dia kurung balik la. Dok kat luar ni buat semak saja. Makin lama dok biar, makin melampau!! McTheory: Orang macam tu, bukan boleh biar! |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment