Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Akhir Ketua Penyakit Dalam KUIN Letak Jawatan!! #HanyaDiKedah

Posted: 24 May 2013 06:43 AM PDT




Ketika kakitangan KUIN mendesak Rektor KUIN si Jamil letak jawatan, Jamil telah mengunakan kuasanya mengeluarkan surat tunjuk sebab gara gara kumpulan ini mendedahkan kelahapannya mentadbir KUIN dalam media media utama sehingga isu ini berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia.

Selepas Kedah berjaya ditawan semula oleh BN, Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz mengarahkan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah iaitu Datuk Tajul Urus berkerjasama dengan Jamil Rektor untuk mencari jalan penyelesaian dan permasalahan yang dihadapi oleh KUIN dan kakitangannya.

Jamil Osman telah dilantik sebagai Rektor KUIN oleh Azizan ketika Pas menerajui kerajaan negeri bertindak melepaskan jawatan secara mengejut pada beberapa hari yang lalu.

Datuk Tajul Urus melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan Jamil yang tidak profesional.. Walaupun berbeza fahaman politik, Jamil perlu memikirkan masalah berbangkit dalam pentadbirannya di KUIN, bukannya melepaskan jawatan secara mengejut..

Ekoran itu, banyak spekulasi boleh ditimbulkan rakyat, dimana beliau selaku peneraju KUIN dilihat lepas tangan selepas menghancurkan KUIN..

Isu penyelewengan adalah isu pokok dibangkitkan dimana pihak pengurusan gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka dan beberapa pekara melibatkan pengurusan kewangan. Kedua berhubung dengan kelayakan pensyarah dan ketiga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik..

Sekarang ini Kerajaan negeri dan Kuin terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil yang mana Kampus induk itu tidak mempunyai kemudahan asrama dan Masjid walaupun pada kos awalan yang dipinjam ianya meliputi segalanya..

Jumlah bayaran balik pinjaman RM46 juta itu belum termasuk kos pengurusan yang dianggarkan mencecah RM18 juta setahun..Jika dicampur kedua dua jumlah itu, Kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan sebanyak RM64juta setahun dan jika dibahagikan dengan jumlah pelajar seramai 6000 orang dan 200 kakitangan, kerajaan negeri terpaksa belanja sebanyak RM 10,322 bagi setiap seorang..

Benar apa yang Menteri Besar katakan, jumlah hutang sebanyak RM46 juta itu lebih berfaedah jika dibuat rumah mampu milik untuk rakyat.. Memandangkan segala projek penebangan BALAK diberhentikan, Kerajaan negeri sekarang ini sedang berusaha untuk mencari jalan alternatif lain bagi menjana pendapatan TANPA perlu bergantung kepada pengondolan hutan secara besar besaran seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan Pas sebelum ini..

Kami yakin dengan pengalaman Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebagai mantan Timbalan Menteri sebelum ini mampu membawa perubahan yang terbaik buat rakyat Kedah.

Sumber Medan Tempur Kedah

HOT INFO! Tempat Peranginan Maut Di tutup!! #HanyaDiKedah

Posted: 24 May 2013 04:02 AM PDT

Kakitangan kesihatan menyembur racun..

Baling: Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di sini, ditutup sementara bermula hari ini kerana disyaki tercemar virus kencing tikus (leptospirosis) yang dipercayai menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.

Semalam, lebih 50 petugas membabitkan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Baling, Majlis Daerah Baling (MDB), Jabatan Perhutanan, Syarikat E-Idaman, pengendali kebersihan pusat peranginan itu dan penduduk kampung, bergotong-royong membersih kawasan yang dikenal pasti sebagai tempat tikus bersarang.

Kerja pembersihan Pegawai Kesihatan Daerah Baling, Dr Delima Kalsom Abdul Wahab, berkata kawasan itu terpaksa ditutup sementara kerja pembersihan dijalankan dan ia akan dibuka semula selepas benar-benar selamat dikunjungi.

"Kita terpaksa menutup sementara pusat peranginan itu dan akan membukanya semula selepas mendapat pengesahan dan kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri.

"Orang ramai dinasihatkan supaya akur dan tidak berkunjung untuk sementara waktu ke kawasan terbabit kerana dibimbangi akan terkena jangkitan.

"Selain itu, peniaga yang menjalankan perniagaan di situ juga terpaksa menutup gerai mereka buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya, di sini, semalam. Berita Harian

PANASS!! Penghinaan Blogger Pakatan Rakyat Terhadap Semangat Orang #Felda!

Posted: 23 May 2013 11:37 PM PDT




Mc tertarik untuk mengulas artikel bangang dari portal rasmi Pakatan Rakyat. Artikel yang Mc rasa diterbitkan atas dasar untuk menghina dan cuba mencemar semangat orang felda sendiri.


Apalah teruk sangat perangai blogger Pakatan Rakyat, cuba mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh Ketua Pendaki Everest Felda, Siti Hanisah Sharuddin yang hasratnya tidak kesampaian untuk menawan puncak gunung Everest kerana diserang penyakit Akut Gunung.

Penyakit Akut Gunung ni boleh terjadi pada sesiapa saja yang mahu memanjat gunung dan selalunya terjadi pada orang muda yang bersungguh-sungguh untuk memanjat gunung. Lebih kurang macam gayat la, tapi ia lebih kepada tekanan mental.

Benda macam ni pun boleh jadi isu besar bagi blogger Pakatan Rakyat...nampak sangat dah tak ada idea nak fitnah Kerajaan Barisan Nasional...sampai daki gunung pun boleh diperlekehkan..kalau kesemua pendaki gagal sampai ke puncak tu boleh kita cari apa silapnya...

Tapi ni 6 orang warga felda telah berjaya sampai, ke puncak! itu pun nak pertikaikan lagi ka...nak harapkan puak Pakatan hantar? Sampai kiamat pun belum tentu mereka sanggup gadaikan nyawa untuk banggakan negara.

Mc betul-betul hairan mengapa Blogger Pakatan Rakyat ni boleh kata felda membazir duit kerajaan untuk anjurkan misi daki gunung Everest. Sebab Felda tak guna duit Kerajaan pun, semuanya ditanggung sendiri.

Buat pengetahuan blogger bodoh Pakatan Rakyat, Ekspedisi ini menggunakan dana Felda dan FGVH sendiri, malah sejak 1996 lagi, FELDA dah tak pakai duit kerajaan pusat...lainlah kalau misi ini gunakan duit Yahudi Soros..bolehlah blogger bangang ni fitnah usaha suci mendaki gunung Everest ni!!!

6 orang berjaya sampai ke puncak everest pun sudah dikira misi pendakian berjaya..takkan kerana ketua misi Everest ini tak berjaya terus nak nilai misi ni gagal..Siti Hanisah Sharuddin gagal pn sebab dia diserang AMS iaitu sejenis penyakit Akut Gunung...bukannya dia gagal kerana mengaku kalah!!!

Tinggal lagi 148 meter je Siti Hanisah nak tamatkan misi tapi apakan daya dia terpaksa mengalah kerana diserang AMS...Menggalah selepas berjuang lebh bagus daripada penulis Blogger Pakatan Rakyat yang bengong ni yang hanya tahu fitnah dan reka cipta cerita yang tak logik.





Tetapi selepas cubaan pertamanya gagal, Mc dimaklumkan beliau berjaya dicubaan keduanya. Itulah semangat anak muda yang kita cari. Bukan semangat nak bantah dan berdemo saja. Itu perosak namanya.

Pakatan Rakyat tak payah cakap banyak la, kalau berani sila hantar Adam Adli, Khalid Ismath dan mana-mana lagi budak pro Pakatan pi panjat Gunung Everest tu. Kita tengok, ada telor ka takdak!

Setakat cakap kosong pandai la..bodoh punya orang!

McTheory:
Dengki, fitnah perut busuk, itulah Pakatan Rakyat!

TUDIAA!! Video Tian Chua Main Wayang Opera Cina Dengan Polis!! #TolakPR

Posted: 23 May 2013 08:17 PM PDT



Nak tengok wayang opera cina? Meh tengok video kat bawah ni. Tian Chua siapa tak kenal mangkuk ayun ni. Bab berlakon memang nombor satu. Siapa yang langgar tentera sampai mati? Siapa yang pernah gigit telinga polis? Siapa yang selalu hina polis dan askar Malaysia, kalau bukan si mangkuk Tian Chua ni.

Paling terbaru apabila Tian Chua mempersendakan pejuang negara di Lahad Datu dengan menyatakan semua itu adalah sandiwara BN. Giloss mamat Tian Chua ni. Memang patut ditangkap kerana terlalu banyak menghasut dan merosakan masyarakat!!

Kat bawah ni video Tian Chua, berlakon lembik ketika hendak diberkas polis.


Tian Chua dan aktivis propembangkang Harris Ibrahim ditahan polis mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 tengah hari semalam.

Menurut Twitter Tian Chua, beliau ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini sebelum memasuki pintu kawalan keselamatan untuk menaiki pesawat.

Sementara itu, Harris pula ditahan ketika makan tengah hari di Segambut di sini.

Difahamkan, kedua-dua mereka dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang.

Mc diberitahu, beberapa aktivis pro Pakatan telah digerakan ke Balai Jinjang untuk membuat demo dan VIGIL yang lebih dikenali sebagai nyalaan lilin solidariti. Bagus la tuu.. bakar lilin banyak-banyak, kalau tak cukup, buat unggun api terus pun ok.

McTheory:
Dengar kata ramai lagi yang akan ditangkap lepas ni..

TUDIAA!! Inilah Pemimpin ISLAM Contoh Pas Kedah!! #HanyaDiKedah

Posted: 23 May 2013 05:37 PM PDT



Mc suka untuk tayangkan lagi video Mahfuz Omar menunjuk perangai buruknya terhadap rakyat Kedah. Beginikah lagak seorang Pesuruhjaya Pas Kedah, pesuruhjaya tu, umpama Ketua Pas di Kedah la.

Apakah tidak ada lagi Ulamak Pas di Kedah ni? Apa tidak ada lagi orang Pas yang boleh menandingi Mahfuz Omar?

Apa kelayakan Mahfuz yang menyebabkan dia dipilih untuk menjadi Ketua Pas di Kedah? Kalau nak dikira kelayakan pendidikan? Memang gagal la, sebab Mahfuz ni SRP pun tak lulus. Kalau nak kata pendidikan agamanya tinggi? Jangan tipu la, Mahfuz baca jawi pun tak reti!

Mungkin Mahfuz layak disebabkan dia pandai membangkang apa saja yang Kerajaan buat! Disebabkan itu Mahfuz dipilih untuk mengetuai jentera Pas di Kedah bagi merampas semula Kedah dari tangan BN.

Kalaulah disebabkan itu, Mc rasa lagi mudah kerja kami, sebab Mahfuz ni bukan tau apa pun. Selain maki hamun dan fitnah. Mahfuz hanya tau buat anak saja. Jadi Mc bersyukur kerana Mahfuz menjadi Ketua Pas di Kedah ni.

Memang pilihan bijak dari kepimpinan Pas Pusat!

McTheory:
Namun Dewan Ulamak Pas Kedah, dikatakan MENOLAK Mahfuz sebagai ketua mereka, betul ka? he he he.. nanti kita bongkar noo...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...