Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! SPR Menjawab Misteri Black Out Ketika Proses Pengiraan Undi! #BlackOut505

Posted: 23 May 2013 08:18 AM PDT


Lepas ni apa pulak pencacai haram Pakatan nak spin. Jika terbukti ada fitnah yang mencemarkan nama SPR, Mc syorkan SPR yang duduk diam saja. Tolong saman atau dakwa mana-mana pihak yang buat tuduhan bukan-bukan pada SPR tu.

McTheory:
Bersihkan nama SPR, jangan tunggu lama-lama ambil tindakan cepat!

PANASS!! Anwar Ada Telor Ka Nak Terima Cabaran Mukhriz Ni? #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir @AnwarIbrahim

Posted: 23 May 2013 05:37 AM PDT


Sekali lagi Mc nak ulang pada Anwar, tentang cabaran Menteri Besar Kedah yang baru ni.  Ada berani ka Anwar sahut?

Saya cabar pakatan untuk melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya masih tidak boleh menerima keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan isu undi popular. Tidak wajar untuk mereka memaksa Kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di Negeri-negeri yang dimenangi.

Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya negeri Kedah yang aman damai. Kenyataan dari MB Kedah boleh sambung baca SINI

Anwar mana berani, dia cakap saja. Himpunan Blackout ni sebenarnya hanya untuk cover muka Anwar supaya jangan malu. Dia kan over confident kata dia menang. Siap berjanji kalau kalah nak bersara dari bidang politik.

Tiba-tiba kalah, nak tarik balik dah tak mampu, nak mengaku kalah takut malu. Akhirnya buat perhimpunan Black Mental gila babis ni.. he he.. Kesian Anwar.. orang makin tua makin insaf, tapi Anwar makin tua makin gila!! ha ha ha..


McTheory:
Kalau Anwar dah gila, yang mengikut dia tu, lagi la terukk..

HOT INFO! Keadaan Kesihatan Terkini Ustaz Azizan! #HanyaDiKedah

Posted: 23 May 2013 02:37 AM PDT



Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.

Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.

"Alhamdulillah kesihatannya semakin baik dan beliau dilihat bertambah pulih sejak dua hari lalu dan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan rapat yang menziarahinya, namun tidak mampu bercakap dengan baik dan tersekat-sekat.

"Beliau juga sudah mengetahui kedua-dua belah kakinya sudah tiada, dari reaksi yang dapat saya lihat, beliau reda dengan apa yang menimpanya," katanya.

Menurutnya, sepanjang berada di HPP, kedua-dua isteri Azizan, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anaknya setia menjaga di hospital.

Sepanjang menerima rawatan, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepimpinan tertinggi negara.

Antara kenamaan yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

TERKINI!! Makin Ramai MACAI Anwar Telah Di Tangkap!! #SupportPDRM

Posted: 23 May 2013 12:17 AM PDT


Betina garit dok maki polis..

Makin ramai macai Anwar di tangkap kerana membantah! Seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini, malam tadi.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis mengambil keterangan masing-masing. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan 18 individu tersebut.

Terkini, sebentar tadi Polis menahan 2 ekor lagi penghasut negara, Tian Chua dan Harris Ibrahim, dibawah section 4 (1) Sedition Acts. Kedua-dua ekor penghasut ini dibawa ke balai Polis Jinjang untuk disoal siasat.

Mc percaya, malam ni ramai macai-macai bawahan Anwar yang akan buat kacau di depan balai Jinjang. Harap mereka membawa lilin dengan stok yang lebih banyak. Kerana, kedai sekitar Jinjang dah kehabisan stok lilin, disebabkan aktiviti ber'vigil' oleh puak macam Anwar.


McTheory:
Kalau Polis hantar depa 'Vigil' dalam Lokap pun ok juga..

HOT INFO! Dap Pun Sokong GST, Apa Kebaikan GST? #TERKINI

Posted: 22 May 2013 10:35 PM PDT


Slaid ni Mc ambil dari blog seorang pemimpin tertinggi Dap. Terkejut juga bila dia berani menyatakan kebenaran dengan membuat posting seperti ini.

Melalui posting ini kita dapat faham apa itu GST, dan apa kebaikannya pada rakyat. Orang yang bijak akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum membantah!
























McTheory:
Terima kasih Ngeh.. posting asal diambil dari SINI

TERKINI! Pembunuh Sosilawati Dihukum Gantung Sampai Mati!

Posted: 22 May 2013 08:20 PM PDT



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, tiga tahun lepas.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes tertuduh.

Selain Pathmanabhan, 44, , tiga yang lain ialah Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, R. Kathavarayan, 32.
Mereka, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. - KOSMO!

TUDIAA!! Video Mahfuz Kata Najib Sumbat Coli Rosmah Dalam Mulut Tun Mahathir? #TolakPR

Posted: 22 May 2013 06:37 PM PDT




Saja Mc guna tajuk yang agak kontroversi. Tapi memang itu yang diperkatakan oleh seorang PESURUHJAYA PAS NEGERI KEDAH. Orang macam barua ni layak ka jadi Pesuruhjaya? SRP pun tak lulus, jawi pun tak pandai baca, macam mana boleh diangkat jadi Pesuruhjaya Pas Kedah ni?

Ulamak Pas di Kedah, sanggup ke berketuakan seorang Anwarinas yang bertuhankan Dap? Apakah manusia yang hanya pandai maki hamun macam Mahfuz ni layak menjadi Ketua? Mungkin itu kelayakan yang perlu ada oleh seorang Pesuruhjaya Pas Kedah.

Ternyata, rakyat Kedah membuat pilihan yang tepat dengan memilih BN semula.

Makin sedih tengok Pas Kedah sekarang, dari Ulamak, ke Alamak!! he he..


McTheory:
Mahfuz, hang stimm 'AIS' ka apa ni?

PANASS!! Bukti Pakatan Menolak Ilmuan Islam yang Menyeru Kebaikan!! #TolakPR

Posted: 22 May 2013 05:41 PM PDT


Berita kat bawah ni Mc ambil dari Utara News. Pemimpin Pas yang mengajar kita untuk kembali kearah kebaikan kini ditolak oleh penyokong sendiri. Dunia sudah terbalik!

Seorang pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya. "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau. Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Kenyataan Nik Abduh tersebut membuatkan Khalid Ismath tidak bersetuju dan terus menyerang anak kepada Nik Aziz ini.Siapakah Khalid Ismath?Khalid Ismath adalah pendokong Syiah Melayu yang berselindung disebalik perjuangan politik. Beliau merupakan pelajar jurusan Undang-Undang, UiTM Shah Alam. Bagi yang mengenali, manusia ini sangat jijik kerana mulutnya kerap mengeluarkan kata-kata sesat, cemuhan dan menghina para Ulama' Islam. Seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi Islam wajib bersepakat menentang fahaman ganas dan nafsu Syiah.

McTheory:
Ulamak yang menyeru kebaikan ditolak.. Syabas Pas!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...