Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


GEMPAR!! Ustaz Kazim Diserang Diabetes, ditahan di Hospital!

Posted: 20 May 2013 08:18 AM PDT



Ustaz Kazim ni memang sibuk orangnya. Mungkin disebabkan jarang mengambil peduli soal kesihatan, beliau telah diserang penyakit kencing manis.

Kencing manis ni bukan hanya jaga makan, jaga minum. Tapi cara hidup kita juga perlu dijaga, tidur kena cukup. Tapi orang seperti Ustaz Kazim mana sempat nak jaga semua tu.

Cuma kita perlu berdoa kepada Allah SWT supaya Ustaz Kazim sihat dan boleh berdakwah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Susah nak cari Ulamak, yang tak berpolitik macam Ustaz Kazim ni..

McTheory:
Semoga Ustaz Kazim sihat dan kuat untuk teruskan perjuangan!!

AWASS!! Mahfuz Omar Dalam Bahaya!! #HanyaDiKedah

Posted: 20 May 2013 05:38 AM PDT


Ish.. dah lama tak sentuh pasal masalah dalaman Pas Kedah ni. Semua orang tahu, sekarang ni Mahfuz Omar dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah mengantikan Ustaz Azizan. Tahniah la Mahfuz!! Mc dan TMK mengalu-alukan kedatangan Mahfuz ke Kedah sebagai Pesuruhjaya, sebab senang sikit kerja kami nak bantai Pas ni. he he..

Semua orang pun tahu, bahawa Phahrolrazi merajuk undur diri dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. Dia merajuk disebabkan Pas Pusat tak pilih dia untuk ganti tempat Ustaz Azizan, tetapi pilih Mahfuz. Mungkin dia anggap di Kedah, dia paling kanan kedudukannya, soo Pas Pusat perlu memilihnya. Bila tidak dipilih dia pun undur diri.

Sebenarnya, keputusan yang Pas Pusat buat tu, amat tepat sekali. Pemilihan Mahfuz mungkin menstabilkan kembali kepanasan antara dua kem. Kem Phahrol dan kem Ustaz Azizan. Tetapi pemilihan Mahfuz juga boleh mengundang padah, bila peperangan diantara kem Phahrol dan Ustaz Azizan, diwujudkan pula kem ketiga, kem Mahfuz!

Buat masa sekarang ni, Mc tak nampak lagi timbulnya kem Mahfuz. Penerimaan orang Ustaz Azizan terhadap Mahfuz pun nampaknya macam baik. Cuma, apa yang Mc dengar bila berjalan bersama orang Pas ni, kem Phahrol masih lagi hangat untuk berbuat sesuatu dan menguasai Pas Kedah.

Jangan fikir Phahrol undur diri, orang-orangnya akan turut undur. Takk.. mereka mungkin diam kerana terkejut. Namun dendam kesumat mereka tu masih ada dan wujud dengan kuat. Terbaru, ada pergerakan yang dijalankan oleh kem Phahrol untuk 'panas'kan punggung Mahfuz di Kedah.

Mereka takkan berdiam diri dan duduk tengok Mahfuz buat kerja di Kedah. Jikalau Phahrol tak naik, mereka akan tarik sekali dengan Mahfuz pun jatuh sekali. Gerakan jatuhkan Mahfuz, telah pun digerakan.

Jadi, Mahfuz sekarang ni kena berhati-hati. Pilih orang yang boleh dipercayai. Kalau rasa, orang tu dulu agak rapat dengan Phahrol, baik Mahfuz jauhkan diri. Sebab orang Phahrol ni kejam. Kalau Ustaz Azizan pun depa sanggup doa suruh mati cepat. Cuba bayangkan apa lagi yang mereka ni sanggup buat untuk Mahfuz pulak!

Orang UMNO perang dengan Pas, sebab politik dan ideologi yang berbeza. Tapi puak ni, perang politik sampai sanggup nak pukul dan bunuh! Jenis haiwan dari negara mana tah!!


McTheory:
Puak ni spesis gila babi macam Anwar jugak laa..

PANASS!! Anwar KANTOI Menipu Lagi!! #TolakPR

Posted: 20 May 2013 02:17 AM PDT



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.

Beliau menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.

SPR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana kita bekerja mengikut undang-undang. Kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. SPR ada semua rekod dan kertas undi yang sah.

Macam mana dia (Anwar) tahu kononnya sehingga 95 peratus anggota tentera dan polis nak pergi mengundi dia... tidak masuk akal, adakah dia fikir anggota tentera dan polis tidak ada perasaan langsung dengan pelbagai isu berbangkit?

Dia adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang menangani segala kerenah Anwar ini. Orang yang banyak memfitnah dan melakukan pembohongan ini, insya-Allah Tuhan akan tunjuk, katanya kepada BH,semalam.

Anwar pada ceramah di Padang Kota, Georgetown, malam kelmarin, dilaporkan mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU-13 untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dengan menuduh SPR terbabit dalam penipuan itu.

Anwar antara lain menyatakan: Di kerusi Parlimen Permatang Pauh, saya mendapat tahu sebanyak 95 peratus anggota keselamatan yang akan mengundi awal menyatakan sokongan kepada PKR tetapi apabila tiba hari pengiraan undi, saya dapat lima peratus saja undi mereka.

Wan Ahmad berkata, keputusan PRU-13 sudah mendapat pengiktirafan banyak pihak, malah diterima kerajaan negeri dikuasai pembangkang, kecuali berterusan dibantah oleh Anwar dan segelintir konconya.

SPR tak berdiam diri

Sambil mengulangi bahawa pihak tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 boleh mengemukakan petisyen melalui mahkamah selepas pewartaan dijangka pada akhir bulan ini, katanya, SPR menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan polis untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam ekoran tindakan Anwar mengadakan perhimpunan bantahan di merata tempat.

Ditanya mengenai kemungkinan SPR membuat laporan polis serta mengemukakan saman terhadap Anwar atas segala pembohongan dan fitnah dilemparkan itu, beliau berkata:

SPR tidak akan berdiam diri tetapi kita mesti membuat perancangan rapi mengikut kedaulatan undang-undang. Pejabat penasihat undang-undang SPR sedang meneliti, mengkaji, mengumpul bukti dan memberi nasihat kepada SPR mengenai langkah terbaik menangani dakyah pembohongan Anwar.

Sumber SINI

TERKINI!! Harga Minyak Turun Di Semua Negeri Pakatan!! #PRU13

Posted: 19 May 2013 11:37 PM PDT



Berita dipetik dari Malaysiokini.com

Pakatan Rakyat semalam mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua pusat jualan minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.

Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam malam tadi.

Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang semalam sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak mampu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam semalam.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua orang yang membeli minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,

1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.
6.Minyak Pelincir KY JELLY..


McTheory:
Potong jari laa.. minyak petrol takkan turun punya!!

TERKINI!! Keadaan Kesihatan Terbaru Ustaz Azizan? #HanyaDiKedah

Posted: 19 May 2013 09:17 PM PDT


Dah lama Mc tak update pasal kesihatan mantan menteri besar kita tu. Ada orang tanya Mc, Ustaz Azizan dah sehat ka? Mc pun taktau, jadi Mc pun hubungi orang yang mengetahuinya.

Apa yang Mc tau, kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya. Namun begitu beliau masih belum boleh bercakap. Walaupun keadaannya pun lemah tetapi stabil.

Azizan juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya. Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan. Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai. Tambahan pula, beliau kini dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di HPP.

Azizan juga boleh mengunakan reaksi mata untuk menjawab dan cara beliau mengenali seseorang.

Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis. Kami semua terus mendoakan semoga beliau sembuh sepenuhnya secepat mungkin.


McTheory:
Semoga cepat sembuh Ustaz.. Insyallahh..

TUDIAA!! Sekolah Cina Larang Nyanyi Lagu Negaraku? #TolakPR

Posted: 19 May 2013 06:33 PM PDT



Tidak tahulah sama ada benda ini betul atau tidak, tetapi ia perlu disiasat.

Ia mengenai luahan seorang bapa yang terperanjat apabila anak perempuan rakannya memberitahu sekolah yang dihadirinya tidak membenarkan lagu Negaraku dinyanyikan kerana ia berada di 'bawah Barisan Nasional (BN)'.

Mungkin bermaksud ia milik BN lah kot.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Pulau Pinang. Ia dilakukan oleh guru sekolah berkenaan. Pelajar hanya boleh menyanyi lagu negeri.

Menurut dakwaan pemilik akaun itu, tindakan berkenaan bagi memperlihatkan sokongan kepada kempen Ubah yang dibawa DAP.

Tidak diketahui secara tepat sekolah mana yang dimaksudkan.

Melihat kepada sikap kurang ajar pengundi DAP seperti menafikan hak mengundi warganegara ini dengan bersikap rasis apabila menuduh sebahagian rakyat dengan warna kulit tertentu sebagai pendatang Bangladesh dan sebagainya, maka penulis tidak terperanjat jika kejadian melarang menyanyi lagu Negaraku itu benar-benar berlaku.

Justeru ia perlu disiasat secara menyeluruh dan mendalam serta tindakan seperti di bawah Akta Hasutan atau akta yang bersesuaian diambil jika ia benar.

Jika tidak benar, maka masyarakat perlu diberitahu ia tidak benar.

Mynewshub
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...