Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Anwar Nak Buktikan SPR Penipu? #TolakPR

Posted: 18 May 2013 08:17 AM PDT



Pilihanraya telah pun dua minggu berlalu. Yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja. Ada yang sekadar menerima ucapan tahniah dan ada yang membuat kenduri kesyukuran termasuk di kalangan Pakatan Rakyat. Kabinet pun telah disusun dan ucapan-ucapan tahniah kepada Barisan Nasional dari kerajaan asing telah pun diterima. Semuanya menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun ada yang tidak puas hati dengan pencalonan, kekalahan mahupun dengan barisan kabinet yang baru, namun semua orang mengambil sikap rasional untuk terus memandang ke hadapan dan mengharapkan yang terbaik. 'Semua orang' yang dimaksudkan, bagaimanapun, tidak termasuk Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim nampaknya masih tidak senang duduk dan terus cuba mencetuskan anarki melalui himpunan-himpunan untuk menolak keputusan PRU-13. Nampaknya, selain Anwar yang turut menolak keputusan tersebut adalah anak-anak Cina rasis produk SJKC yang sememangnya buta sejarah dan tidak punya jiwa Malaysia.

Dalam himpunan terbaru di Johor, khabarnya Anwar semakin galak mencabar kerajaan, mungkin geram kerana belum dapat mencetuskan keganasan dan pihak berkuasa juga masih tidak menangkapnya. Kita tahu bahawa beliau ingin sangat ditangkap untuk membolehkan kuncu-kuncunya mencetuskan kekecohan.

Oleh kerana masih tiada apa berlaku, maka kali ini, Anwar secara tidak langsung 'menjemput' Amerika agar menyerang Malaysia. Katanya, Amerika menyerang Iraq kerana ingin mewujudkan demokrasi dan beliau akan mengemukakan bukti-bukti penipuan SPR kepada Amerika.

Anwar tidak pula menerangkan kata-katanya dengan jelas namun ia sudah cukup untuk kita memahami maksudnya iaitu kononnya Malaysia tidak demokrasi kerana SPR menipu.

Ayat seterusnya yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh Anwar ialah "Oleh itu, Amerika juga boleh menyerang Malaysia untuk mewujudkan demokrasi."

Anak-anak Cina yang mendengar ucapan Anwar pun meloponglah mendengarnya, mungkin bangga juga jika Amerika datang 'menolong'. Langsung mereka tidak tahu bahawa Amerika menyerang Iraq kerana minyak bukan kerana demokrasi.

Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa Iraq selepas serangan Amerika bukannya sebuah negara yang lebih aman dan lebih kaya, tetapi hancur lebur. Rakyat Iraq yang gembira menyambut serangan Amerika sebelum itu kini hidup susah apabila negara musnah dan ekonomi merudum. Malah, ramai yang kehilangan keluarga dan juga kehilangan nyawa.

Apapun, kita tidak yakin anak-anak Cina yang menganga mendengar ucapan Anwar itu faham sangat apa yang Anwar katakan. Mereka hanya berada di situ untuk menunjukkan 'volume' atau kekuatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan.

Dan kita juga tidak yakin mereka mempunyai jiwa yang kental seperti orang-orang Arab Iraq yang berani mati. Anak-anak Cina ini telah terlalu dimanjakan oleh Malaysia, negara yang mereka kata bagai neraka.

Satu sahaja masalah Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk melihat Malaysia musnah di tangan Amerika iaitu beliau tidak ada apa-apa bukti untuk dibentangkan kepada Amerika bahawa SPR menipu. Kerana itu juga, Presiden Obama tidak ada pilihan selain mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Najib Tun Razak.

Setakat ini, Anwar sudah mengadakan sekurang-kurangnya 3 Himpunan besar membantah keputusan PRU-13. Di setiap himpunan, beliau mengulang-ulang tuduhan bahawa SPR menipu.

Tetapi, hairan sekali tiada seorang pun dari anak-anak Cina yang konon 'cerdik' yang hadir di himpunan tersebut mendesak Anwar mendedahkan bukti penipuan SPR. Bukankah jika benar terdapat bukti penipuan yang jelas maka Anwar pasti telah lama menghebahkannya dan menayang-nayangkannya dalam setiap himpunan yang diadakan? Tetapi ini tidak berlaku. Anwar tidak mampu menunjukkan walau satu bukti, apatah lagi membuat laporan polis.

Mungkin Anwar tidak percaya polis maka tidak apa jika tidak percaya polis, tetapi kenapa tidak didedahkan kepada hadirin? Kenapa perlu dihantar secara sulit kepada Amerika? Lebih dari itu, atas dasar apa pula Amerika akan menganalisis bukti tersebut? Sejak bila kita berada di bawah pengawasan Amerika? Di mahkamah mana SPR hendak didakwa?

Jelas, Amerika juga tidak sanggup memperbodohkan diri untuk menyokong tindakan Anwar kali ini.

Apa yang pasti, Anwar adalah pelaburan pihak Neo-con yang tidak menjadi. Sejak berdekad lalu, entah berapa ratus juta dollar yang telah dihabiskan ke atas Anwar dalam misi mereka untuk menguasai rantau ini.

Namun, melihat dari cara DAP memalingkan muka dari Anwar secara perlahan-lahan dan PAS juga sudah melangkah pergi, maka pihak Neo-con telah mengambil isyarat itu sebagai menandakan "Anwar sudah 'selesai'" – misi ditangguhkan dan ditukar ke Pelan B. Rasanya, Anwar juga sudah memahami isyarat ini.

Justeru, apa yang Anwar sedang lakukan dengan mengadakan himpunan hanyalah untuk 'menjaga air mukanya'. Beliau berharap akan ditangkap dan dihumban ke penjara supaya beliau boleh terus melakonkan watak wira yang dianiaya. Beliau tahu bahawa dalam sedikit masa lagi, anak-anak Cina yang menjadi penonton tetap lakonannya akan mula bosan.

Bukan kita tidak tahu sikap semulajadi Cina itu hanya pentingkan untung. Jika tiap-tiap minggu menonton Anwar berlakon, tentulah rugi. Sedangkan, malam minggu boleh dihabiskan bersama rakan-rakan menonton wayang atau ke kelab kalaupun tidak mengulangkaji.

Maka, Anwar sudah buntu. Oleh itu, beliau kini nekad sekiranya beliau tidak berjaya menawan Putrajaya, biarlah siapa jua tidak dapat duduk di Putrajaya. Biarlah Malaysia ini hancur dan padan muka semuanya.

Inilah yang Anwar sedang cuba lakukan dan beliau hampir mengakuinya secara terang-terangan apabila terlepas cakap mengenai serangan Amerika ke atas Iraq.

KASI PANASS!! Video Ini Membuktikan Anwar Ibrahim Tidak Waras!!

Posted: 18 May 2013 05:37 AM PDT


Video kat bawah ni memang menunjukan Anwar Ibrahim manusia yang tak berapa waras. Sebelum mengundi dah istihar menang. Lepas kalah pun dia kata dia menang. Jenis manusia tak terima Qada dan Qadar.

Tapi tu tak cukup pelik, apa yang paling pelik, bila ada pula manusia yang percaya dengan manusia macam ni. Siap taksub dan salahkan orang lain.. masyallahh.. dunia akhir zaman, bila penjahat di puja sebagai pemimpin!!



McTheory:
Paling sedih, apabila diri mengaku Ulamak, tapi sembah dan puja peliwat!!

HOT INFO! Umat Islam Jadi Balaci Jika PR Menang Malaysia!! #TolakPR

Posted: 18 May 2013 02:19 AM PDT




Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.

Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.

Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.

Angka 139 itu hanya betul dari segi kuantiti yang terbukti tidak berkualiti apabila realiti semasa menunjukkan selepas hari pengundian 5 Mei 2013 akhirnya hanya tinggal 37 orang sahaja wakil Melayu Islam dalam PR yang memenangi kawasan Parlimen yang ditandingi dalam PRU-13.

Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan 14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52 orang wakil PR berbangsa Cina dan India.

Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan sokongan.

Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang untuk kepuasan si abang besar DAP.

Berbanding BN yang mana lebih 100 wakilnya di Parlimen adalah kaum Melayu dan Bumiputera Islam, jelas sekali menunjukkan BN lebih mendapat tempat di hati pengundi beragama Islam kerana wujudnya polisi yang lebih meyakinkan mereka berbanding retorik dan propaganda murahan dari PR yang hakikat praktikalnya ditentukan oleh kaum Chauvinis Cina dari DAP.

PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang, hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara ini.

TUDIAA!! Pakcik Ni Tak Puas Hati Dengan MB Kedah @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 17 May 2013 11:17 PM PDT


Taktau pula MB kita ni ada bakat terpendam?

Ceritanya macam ni, pakcik dalam gambar kat atas ni nak bayar nazar. Dulu pakcik ni nazar sekiranya PDM di kawasannya (PDM Gurindam) di DUN Ayer Hitam menang pada PRU13 lalu, dia akan membotakkan kepalanya! Sebab kalau ikut sejarah PRU, PDM Gurimdam, BN tak pernah menang!

Sebagai tanda berterima kasih keatas usaha keras jentera BN di PDM berkenaan. YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir telah membantu menyempurnakan niat pakcik tu!


P/s: Amboihh sporting noo.. MB kita ni..

McTheory:
Sama la kita dah botak dahh..

PANASS!! Video Guan Eng 'Sound' Pas Umpama Pencacai!! #TolakPR

Posted: 17 May 2013 08:37 PM PDT


Alamak! Apa kes Guan Eng nak sound PAS seolah-olah PAS 'belaan' mereka. Sekarang Pakatan tak dapat tawan Putrajaya dan PAS dijadikan sebab, walhal berita kata ahli DAP dilarang untuk undi PAS tersebar meluaskan?

Rupanya semua ini untuk 'bunuh' PAS setelah DAP menang banyak kerusi?

Bagus, melayu Pas undi Dap, tapi Cina Dap tolak PAS!!

McTheory:
Jadilah Pas pencacai angkat najiss.. tu pun dakk..  Pas 'Sayaaanngg' Dap!

TUDIAA!! Perhatian Semua Orang Kedah, MB Jemput Makan Kenduri Ni!! #HanyaDiKedah

Posted: 17 May 2013 06:48 PM PDT



Mc mewakili Menteri Besar Kedah menjemput pembaca blog Kedah Ke KL, ke Kenduri Kesyukuran di Seri Mentaloon (Rumah rasmi Menteri Besar Kedah) pada hari ini. Kenduri bermula dari pukul 12 tengahari hinggalah pukul 5 petang. Jom semua orang Kedah, kita pi jumpa dan salam dengan MB Kedah.

Kalau nak jumpa Mc pun boleh. he he.. kita jumpa kat sana noo.. he he

McTheory:
BN bersyukur kerana menang, namun PR masih tak dapat menerima hakikat mereka kalah!

HOT!! Seruan Untuk Rakyat Kedah Bangun Bersatu!! #HanyaDiKedah

Posted: 17 May 2013 05:37 PM PDT



Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengenepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.

"Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.

"Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.

"Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang apa-apa," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, di sini, Jumaat.

Mukhriz berkata untuk membawa Kedah ke tahap yang sama dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.

Beliau berkata Kedah sudah agak lama tercicir dari arus pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan pusat.

"Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

"Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah," katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak sekiranya terdapat kekasaran yang dilakukan tanpa disedarinya terutama sepanjang tempoh berkempen.

Lebih 5,000 rakyat di sekitar kawasan Parlimen Jerlun khususnya Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam menghadiri majlis tersebut yang diadakan khas untuk rakyat di DUN berkenaan.

Yang turut hadir isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria, Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz dan Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif. BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...