Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Kertas Ujian SPM Ujian Khas Bocor?
- PANASS!! MB Kedah Bertegas Akan Singkirkan Exco Jika Gagal Dalam Tugas! #HanyaDiKedah
- INFO! Satu Jawatan Exco Untuk MCA - Mukhriz Mahathir
- INFO! Anwar Harus Berundur Selepas Kalah!! #TolakPR
- PANASS!! Phahrolrazi Letak Jawatan Kerana Merajuk! #HanyaDiKedah
- TUDIAA!! NIk Aziz Berjanji Akan MengIslamkan Pas, Jika Terus Berkuasa! #TolakPR
TUDIAA!! Kertas Ujian SPM Ujian Khas Bocor? Posted: 16 May 2013 08:17 AM PDT | ||
PANASS!! MB Kedah Bertegas Akan Singkirkan Exco Jika Gagal Dalam Tugas! #HanyaDiKedah Posted: 16 May 2013 05:37 AM PDT Dalam sidang media di Istana Anak Bukit semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir bertegas akan mengambil tindakan keatas exco yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Exco yang dilantik perlu bertanggung jawab dengan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Jikalau gagal, mungkin tempat mereka akan diganti dengan orang lain! Ketegasan sebegitu yang kita mahukan!! Tahniah MB! McTheory: Kalau dah tak berguna, tak perlu disimpan.. buang saja! | ||
INFO! Satu Jawatan Exco Untuk MCA - Mukhriz Mahathir Posted: 16 May 2013 02:17 AM PDT Satu kekosongan jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah 'disimpan' untuk wakil daripada MCA manakala satu lagi kekosongan akan ditentukan kemudian jika perlu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau berkata kekosongan jawatan Exco untuk MCA itu akan diisi jika kepimpinan pusat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu membenarkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dilantik sebagai Exco. Katanya pihaknya telah menghantar surat kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai pelantikan Exco daripada wakil MCA. "Harapan saya pihak MCA buat keputusan cepat, saya tak mahu perkara ini berlarutan panjang. Saya tak nyatakan secara khusus mengenai tempoh (untuk MCA beri jawapan), tapi harap keputusan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Exco Kedah 2013 di Istana Anak Bukit, di sini, Rabu. Hari ini lapan Exco mengangkat sumpah memegang jawatan berbanding 10 Exco dalam kerajaan negeri sebelum ini. Katanya Kedah boleh mengguna pakai kaedah pelantikan Adun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor (yang dilantik Sultan Johor) sekiranya MCA tidak mengemukakan persetujuan untuk pelantikan wakil mereka sebagai Exco. "Saya boleh persembah cadangan kepada Tunku Bendahara (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan) untuk persetujui cadangan ini, Kedah boleh gunakan kaedah itu. Tapi kita hormati keputusan rakan-rakan daripada MCA, sebab tu tak nak paksa wajib ada wakil daripada Cina," kata Mukhriz. Beliau berkata portfolio yang disimpan untuk wakil daripada MCA itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan. Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), BN Kedah memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, dengan Umno menang 19 kerusi manakala MCA dua kerusi iaitu Gurun dan Kulim. Sementara itu, Mukhriz berkata lantikan Exco kali ini dibuat terus untuk satu penggal iaitu selama empat atau hingga lima tahun dan tidak akan lagi ada pelantikan setiap tahun seperti sebelum ini. " Perkara itu telah mendapat perkenan daripada Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Bagaimanapun sebagai Menteri Besar, saya masih ada kuasa untuk membuat sebarang rombakan sekiranya perlu pada bila-bila masa," katanya. Mengenai lantikan dua Exco wanita, beliau berkata ia dibuat secara meritokrasi dan melihat keperluan-keperluan yang ada pada seseorang individu untuk memegang portfolio yang telah ditetapkan. "Saya terkejut sebelum ini hanya ada seorang wanita di kalangan Exco, ia tidak terlintas bahawa dua itu ramai. Saya ingat minimum sepatutnya. Lantikan ini adalah berdasarkan merit," katanya. Beliau berkata lantikan itu dibuat setelah mengambil kira pengalaman seseorang itu daripada segi profesional atau sebaliknya dan yang lebih penting dapat membantu beliau dalam pentadbiran negeri. "Saya harus akui bukan saja nak isi kuota dua orang, tapi lihat daripada segi meritokrasi," katanya. Mengenai projek-projek kerajaan negeri yang masih belum selesai, beliau berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Exco hari ini dan akan cuba menyelesaikan projek yang tertangguh secepat mungkin. "Saya terima banyak laporan mengenai projek tertangguh dan akan berbincang mengenai perkara ini dalam mesyuarat Exco nanti," katanya. Mengenai portfolio untuk setiap Exco, beliau berkata ia tidak banyak berubah daripada sebelum ini cuma terdapat penambahan daripada segi sektor teknologi tinggi. "Menjadi harapan saya untuk melihat Kedah maju dalam teknologi tinggi seiring dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri supaya ekonomi berteraskan pendapatan tinggi," katanya. | ||
INFO! Anwar Harus Berundur Selepas Kalah!! #TolakPR Posted: 15 May 2013 11:17 PM PDT Berdasarkan kaji selidik yang di lakukan majalah The Edge. Kini sudah lebih 80% rakyat Malaysia mahukan Anwar Ibrahim menepati janji yang di lakukannya untuk berundur dari dunia politik sekiranya Pakatan Haram gagal ke Putrajaya. Kini telah terbukti dengan peratusan undian yang di lakukan Majalah The Edge, Rakyat Malaysia sudah mula menolak cara berpolitik Anwar dengan mengajak rakyat ke jalan untuk menghuru-harakan keamanan Malaysia bagi merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia yang masih mempercayai tipu daya Anwar Ibrahim harus menyedari bahawa bertapa pentingnya Rakyat Malaysia bersatu untuk terus majukan Malaysia dan bukannya berterusan di tipu Anwar Ibahim yang mempunyai agenda kepentingan peribadi dalam politik. McTheory: Apa tunggu lagi Anwar? Tal reti-reti nak blah? | ||
PANASS!! Phahrolrazi Letak Jawatan Kerana Merajuk! #HanyaDiKedah Posted: 15 May 2013 08:36 PM PDT
Semalam semasa perlatikan watikah untuk Exco baru negeri Kedah Mc ada terjumpa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas Pas Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Katanya surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Setiausaha Pas negeri Musoddak Ahmad dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi. Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu. "Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya," katanya kepada pemberita di sini . Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III. Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie. Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Phahrolrazi berkata beliau berpendapat Pas Pusat sebelum ini mempunyai dua pilihan sebelum membuat keputusan untuk melantik Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru iaitu mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memangku tugas atau menggugurkan Azizan dan melantik orang lain. Katanya oleh kerana Pas Pusat mengambil pilihan kedua maka elok bagi beliau melepaskan jawatan bagi membolehkan Mahfuz melantik pasukannya sendiri. Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah. "Saya tidak fikir Mahfuz akan melantik saya semula sebab saya pun tak berapa rapat dengan beliau. Biarlah beliau membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya. Tapi secara jujur Mc nampak beliau berkecil hati dan merajuk dengan tindakan Pas Pusat melantik Mahfuz Omar, dan bukan beliau. Namun dari segi politik, tindakan Pas Pusat adalah tepat. Kalau Phahrolrazi dilantik, sudah tentu beliau akan membalas dendam keatas musuh politiknya dalam Pas. Malah manusia yang amat bernafsu untuk berkuasa ni perlu dikekang, (sama macam Anwar) untuk mengelakan perkara buruk bakal terjadi. McTheory: Terlalu ghairah untuk berkuasa, membuatkan seseorang lupa diri.. | ||
TUDIAA!! NIk Aziz Berjanji Akan MengIslamkan Pas, Jika Terus Berkuasa! #TolakPR Posted: 15 May 2013 05:37 PM PDT
Mc sebenarnya kesian dengan Nik Aziz ni, bukan apa. Nik Aziz, orang Pas panggil Ulamak, tapi bagi kami blogger pro UMNO, kami anggap dia sebagai orang tua yang dah uzur dan hampir nyanyuk. Kadang-kadang kesian tengok orang tua ni. Bagi Parti Pas, selagi Nik Aziz masih hidup dimuka bumi ni, selagi itulah mereka nak 'perkudakan' orang tua ni sampai 'lebam'. Maknanya pergunakan cukup-cukup. Nik Aziz pula tak sedari diri, dah uzur sampai berjalan pun orang kena papah. Tu pun ada hati nak pegang jawatan lagi! Aduhh la.. gila kuasa betul puak Pas ni. Semalam Nik Aziz kata dia bersedia untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am Pas walaupun tugas itu amat berat, dan dalam keadaannya yang uzur. "Saya bersedia memegang jawatan itu jika saya diperlukan oleh parti. Tugas Mursyidul Am adalah suatu tugas yang amat berat yang terpaksa dipikul dan dilaksanakan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w mentadbir negara Islam," katanya. Nik Aziz berkata, dia tetap berazam akan terus melaksanakan misinya dalam memperjuangkan parti berlandaskan Islam walaupun bukan lagi menteri besar negeri Kelantan. Nik Aziz juga akan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, jawatan yang sepatutnya disandang oleh seorang menteri besar. Nik Aziz kata dia mempunyai tanggung jawab yang besar apabila hendak mentadbir Kelantan dan Pas mengikut acuan negara Islam. Persoalannya, dah lama Nik Aziz jaga Pas dan tadbir Kelantan. Apa perubahan besar yang Nik Aziz buat untuk tegakkan Islam di sana? Berapa ramai orang bukan Islam di Kelantan yang berjaya Nik Aziz Islamkan? Dalam Pas pula, berapa ramai pemimpin Pas yang benar-benar mengikut ajaran Islam? Setakat pemakaian, siapa pun boleh pakai. tapi yang benar-benar berpolitik cara Islam tanpa makin hamun dan fitnah ada berapa orang? Macam tu nak mengaku pentadbir Islam yang baik? Atau orang tua tu memang gila kuasa? McTheory: Pegang la jawatan tu sampai 'padam', |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment