Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Kisah Benar Ustaz Azizan Melarang Kakinya Di Potong! #HanyaDiKedah

Posted: 14 May 2013 08:17 AM PDT

Ustaz Azizan dalam ICU

Kisah benar yang Mc petik dari blog Sanusi Setpol Ustaz Azizan Mantan Menteri Besar Kedah. Walaupun Mc dan Sanusi merupakan seteru dalam media siber dan politik. Namun sebagai saudara seislam, Mc menghormati beliau sebagai seorang pekerja yang amat patuh pada bosnya. Kesetiaan dan semangat perjuangan beliau tidak dapat dinafikan.

Dibawah ni cerita situasi cemas yang berlaku semasa dan sebelum pilihanraya umum dan sehinggalah Ustaz Azizan masuk ke hospital. Bacalah catatan dari seorang Setpol Azizan Razak.

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."


Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?

MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".

Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.

Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali.

Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.

Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur.

Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.

Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok."

"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah.

Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.

Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".

Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.

Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.

Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.

Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!

Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!


Komen: 
Sebenarnya ada beberapa moral cerita disini. Kesahihan apa yang terjadi didalam jentera Pas Kedah. Bagaimana Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya Pas Kedah diperkotak-katikan. Wujud gejala kejar kuasa yang serius sehingga membelakangkan pemimpin.

Tak perlu Mc senaraikan nama pemimpin Pas Kedah yang mengejar kuasa dan membuat kacau, kerana jikalau pembaca mengikuti blog Mc sejak dari mula, tahu siapa musuh Ustaz Azizan paling utama di dalam Pas Kedah sendiri.


McTheory:
Ada hikmah disebalik kejadiann.. terimalah ia sebagai Qada dan Qadar..

HOT INFO! Misi 'membaikpulih' Kedah Telah Bermula! #HanyaDiKedah

Posted: 14 May 2013 05:37 AM PDT



Rata-ratanya para penyokong BN di negeri Kedah sedang dalam keadaan gembira dan masih lagi meraikan kemenangan merampas negeri itu kembali dari "jajahan" PAS. Masih ramai yang seronok bercerita mengenainya…

Bukan mudah sebenarnya untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS. Tetapi dengan kesungguhan usaha, komitmen yang tinggi, pengorbanan dan mengenang keadaan negeri yang hampir hancur "dikerjakan" PAS, maka atas nama parti, Kedah berjaya ditawan semula.

Saya masih ingat lagi pada tarikh 5 Mei, tepat pada jam 5.00 petang, masing-masing terkebil-kebil di papan "scoreboard" di Tingkat 8, Bangunan Tunku, Alor Setar.

Menanti kiraan undi satu persatu dari setiap peti undi di semua DUN dan Parlimen. Memang mendebarkan..Ketika itu, saya dan rakan-rakan seperjuangan hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Seluruh jentera, penyokong dan pemimpin BN sudah bermati-matian berusaha, hanya kuasa Allah SWT saja yang menentukan.

Ditakdirkan Allah, BN kembali merampas Kedah. Alhamdulillah. Kemenangan itu diiringi dengan laungan "Allahu Akhbar" dari mulut saya dan rakan-rakan. Kalimah itu bukan dikhaskan untuk PAS saja, kan?

Kini, saya lihat Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir adalah manusia paling sebok danseluruh mata rakyat sedang bertumpu padanya. Dari riak wajah ketika bersalaman dengannya baru-baru ini, saya melihat satu beban yang sangat besar jatuh di atas bahunya…

Memang beliau gembira dan tersenyum, tapi siapa tahu apa yang tersirat dihatinya. Mukhriz menggalas harapan seluruh rakyat Kedah, termasuk para penyokong PAS, yang mahu melihat perubahan besar yang positif di negeri Jelapang Padi itu.

Saya kira Mukhriz sedar tentang negeri Kedah yang hampir punah dijahanamkan puak-puak PAS Kedah selama tempoh 5 tahun. Meskipun cuba diselamatkan dan di "cover" Azizan, puak-puak itu tidak peduli. Azizan sendiri hampir ditumbangkan mereka!

Banyak sangat perkara yang perlu diperbaiki Mukhriz. Selain KUIN yang berhutang sebanyak RM330 juta pada bank, masih ada lagi berbaki hutang yang ditinggalkan PAS Kedah yang berjumlah berbilion ringgit.

Masalah di Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP), pembaikpulihan alam sekitar akibat kerakusan "rompakan balak", cubaan resapan fahaman Syi'ah yang makin kuat, pusat-pusat hiburan yang banyak tumbuh di era PAS dan masalah air perlu ditangani beliau.

Selain itu, Mukhriz perlu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di Kedah dan keadaan sosio-ekonomi yang lembap perlu dirancakkan kembali. Sektor pelancongan yang terbiar dan pembasmian rakyat termiskin juga perlu diambil perhatian.

Anak lelaki mantan Perdana Menteri itu juga perlu memikirkan formula untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad "Hijau Kuning" memandangkan orang Kedah memang sukakan bolasepak. Itu sudah pasti.

Bagi golongan muda pula, litar lumba yang diakujanjikan perlu dibina dan peluang pekerjaan perlu dibuka seluas-luasnya di negeri tersebut. Jangan lupa pula fikirkan cara untuk tingkatkan tangga gaji di Kedah yang terlalu rendah diantara RM250-RM750 sebulan yang masih diamalkan…
Itu baru sedikit dan belum lagi dimasukkan secara terperinci senarai akujanji BN pada PRU ke-13 yang lalu. PAS Kedah memang masih "berkabung", tetapi ada juga yang sudah mula mengingatkan tentang akujanji tersebut.

Pada saya, saya yakin 100% bahawa Mukhriz mampu melaksanakan segala perubahan dan harapan rakyat Kedah itu. Beliau bukan calang-calang pemimpin. Namun berikanlah masa padanya untuk menyempurnakan amanah yang ditanggungnya sekarang sebagai Menteri Besar.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bukan senang untuk membaik pulih sebuah negeri yang bagaikan labu ditebuk tikus, berlubang di sana sini. Tapi percayalah, BN Kedah mampu menggalas amanah rakyat tersebut. InsyaAllah…



Sumber :- MyKMU

HOT INFO! Kenapa Sekarang Kerajaan Biar Anwar Melalak Gila? #BlackOut505

Posted: 14 May 2013 02:16 AM PDT




Ada di kalangan rakan-rakan blogger dan cybertroopers BN bising pasal perhimpunan Blackout yang dianjurkan oleh Pakatan. Nampak macam senang sangat mereka ini membuat onar di jalanan.

Mc terbaca sebuah artikel dari blogger Keris7Lok. Sebuah artikel penerangan yang Mc anggap lengkap.

Tidak dinafikan Mc juga terusik dengan lolongan si Anwar dan pencacai mereka sehinggakan timbul rasa marah! Tetapi dalam masa yang sama Mc buat sedikit kajian yang mampu mencari jawapan kepada soalan-soalan yang tidak terungkai.

Hasil perbincangan dengan rakan karib Mc. Kami dah nampak apa yang sedang berlaku. Mc jawab satu persatu berdasarkan beberapa soalan yang telah dikenalpasti sedang bermain di minda rakan-rakan. Perihal mengapa dibiarkan sahaja Anwar dan Pakatan melakukan perhimpunan Blackout yang tak masuk akal tu?


Akta 736 : Akta Perhimpunan Aman

Sebabnya Akta 736 : Akta Perhimpunan Aman yang telah diwartakan pada tahun 2012 membenarkan mereka berhimpun secara aman di tempat-tempat awam seperti di stadium selagi tidak menjejaskan keselamatan rakyat dan negara.






Namun begitu, Anwar dan pencacai-pencacainya boleh ditahan jika mereka menggugat kententeraman awam yang melibatkan keselamatan negara seperti merosakkan harta benda awam dan mencederakan orang awam. Juga boleh ditahan jika terdapat penggunaan senjata sewaktu perhimpunan dilakukan.

Mengapa Menteri Dalam Negeri Membisu?

Ada juga tanya kenapa Menteri Dalam Negeri tidak bertindak apa-apa. Kecoh kata KDN tak jalankan tugas namun tahukah anda Menteri Dalam Negeri kan belum ada lagi? Mungkin hari ini diumumkan namn begitu kalau nak salahkan Menteri Dalam Negeri memang tak kena langsung.

Belum ada lagi yang angkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri selepas pembubaran tempohari dan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Jadi siapa yang patut ambil tindakan jika tiada Menteri Dalam Negeri?

Jangan risau, Malaysia ini kan ada Ketua Polis Negara dan KSU KDN. Jika berlaku sebarang insiden atau tragedi yang parah sampai boleh menyebabkan darurat, tentera akan mengambil alih atau suatu badan seperti MAGERAN boleh ditubuhkan.

Mengapa Polis Tidak Bertindak Tangkap Semua Yang Berhimpun?



Ok! Ada satu lagi Mc nak cakap berkaitan Anwar dan perhimpunan tak masuk akal dia tu. Masa di Stadium Kelana Jaya, ramai orang marah dan tanya mana perginya polis. Mengapa polis tak ambil tindakan pada Anwar dan puak pencacainya?

Sebenarnya, jika perhimpunan itu dilakukan dengan aman, erti kata lain tidak menggugat keselamatan negara dan mematuhi syarat-syarat mengikut akta maka tiada sebarang tindakan akan diambil. Namun jika tiada permit atau terdapat salahlaku sepanjang perhimpunan aman dijalankan, maka Mc pasti pihak Polis akan melakukan siasatan berkaitan salahlaku perhimpunan tersebut.

Berkenaan dengan tindakan apa yang boleh dilakukan berkenaan salahlaku :


Tindakan boleh diambil jika perhimpunan dianjurkan dalam had kawasan larangan, jika dianjurkan oleh warga asing, dianjurkan oleh individu berumur di bawah 21 tahun, jika ia menjadi protes jalanan dan jika ia melibatkan kanak-kanak.

Tindakan juga boleh diambil jika penganjur gagal memaklumkan kepada pihak polis lebih awal tentang penganjuran perhimpunan. Siapa yang melanggar syarat-syarat ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Jalan Sesak Di Kelana Jaya - Apa Kes?



Perihal jalam jammed, puak pencacai Anwar parking sesuka hati tengah jalan semata-mata nak pergi ke Stadium Kelana Jaya. Ramai yang nak pergi kerja tersangkut. Dengar cerita kapal terbang yang dinaiki oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa ditangguhkan kerana 'Pilot' terperangkap dalam kesesakan lalulintas.

Ramai juga yang bising pasal jalan jammed masa Anwar buat himpunan blackout tu sampaikan dia sendiri kena naik motor ke Stadium. Namun kita perlu tahu jika sebarang perhimpunan yang diadakan mengakibatkan kesesakan lalu lintas akibat kenderaan diletakkan sesuka hati, pihak polis boleh mengeluarkan sama kesalahan trafik. Maka serahkan tugas itu kepada polis.


Anwar Menghasut Ketika Berucap?



Jika ada unsur-unsur hasutan berdasarkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 




Maka polis boleh membuat tahanan, menyoal siasat dan serahkan kes kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan. Setakat ini, Peguam Negara memang tak boleh pakai dalam mengendalikan kes-kes hasutan dengan cepat lebih-lebih lagi yang melibatkan pemimpin dan penyokong pembangkang.

Mc memang dah lama perhati Peguam Negara ni. Jadi kalau lambat dakwaan terhadap Anwar jika dia ada membuat sebarang salahlaku, jangan salahkan pihak Polis mahupun Kementerian Dalam Negeri sebab yang buat dakwaan adalah Peguam Negara.

Jika Keganasan Berlaku Sehingga Kematian Ketika Perhimpunan Blackout?

Kalau berlaku sebarang pembunuhan semasa perhimpunan ataupun pertumpahan darah yang melibatkan semua yang ada disitu, pembunuh akan ditahan mengikut undang-undang kesalahan jenayah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Kenapa Tak Guna ISA Untuk Tahan Anwar Dan Peserta Perhimpunan?


Aduhaiiii. Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dah tak ada.


Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang dahulunya berkuatkuasa di Malaysia, pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan

Namun ISA telah diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Apa Itu SOSMA?

SOSMA hanya boleh digunakan untuk menangani ancaman keselamatan negara dan keganasan.



Rujukan : Malaysia Law

SOSMA tidak boleh digunakan untuk menangani kes-kes HASUTAN danPERHIMPUNAN AMAN. SOSMA juga tidak boleh digunakan untuk menahan sesorang atas sebab perbezaan ideologi politik dan aktiviti politik.

Di bawah SOSMA, polis mempuanyai kuasa menahan tanpa waran selama 24 jam dan boleh melanjutkan tahanan tidak lebih daripada 28 hari. Kuasa untuk melanjutkan tahanan lebih daripada 28 hari, bukan lagi kuasa Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya kuasa Mahkamah dan Peguam Negara.

Apa Dah Jadi Dengan Peguam Negara?


Semua yang Mc cerita kat atas dengan macam-macam Akta hanya boleh menjadi dakwaan jika Peguam Negara melaksanakan tanggungjawabnya dengan efisien dan cepat. Jadi kalau Peguam Negara lembab dan tidak kompeten, maka eloklah digantikan dengan yang baru.

Apa sudah jadi dengan dia? Sejak dua menjak ini Peguam Negara nampak gagal dalam menangani pelbagai laporan polis yang dibuat. Semua orang tuding jari kepada pihak Polis dan Menteri Dalam Negeri.

Tapi tahukah anda Peguam Negara merupakan 'last mile' untuk membuat dakwaan. Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis tidak ada kuasa untuk berbuat demikian selain melakukan siasatan.

Apa tunggu lagi?

McTheory:
he he he.. tembak tepat laa.. jangan main taruk saja. 

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

HOT INFO! Misi Menyelesaikan Skandal KUIN!! #HanyaDiKedah

Posted: 13 May 2013 11:17 PM PDT


Kalau pembaca semua masih ingat, Azizan Razak, mantan MB Kedah pernah nasihatkan Dato Mukhriz, MB Kedah yang baru supaya memberi fokus penuh pada masalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ternyata KUIN memang dalam masalah yang serius. Atas sebab demikian, antara tindakan cepat untuk dipulihkan ialah KUIN. Mungkin disebabkan alasan tersebut, Dato Mukhriz membuat perbincangan khas dengan kakitangan KUIN bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Kalau mengikut maklumat yang Mc ambil dari Berita KUIN, pihak BERSIH KUIN yang di ketuai Muhammad Azki Hafizi telah mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan proposal dan cadangan yang akan di kemukakan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang baru di bawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir.

Harapan pihak BERSIH KUIN agar Kerajaan Negeri Kedah yang baru ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit didalam KUIN terutamanya berkaitan soal kebajikan Kakitangan KUIN yang di tindas Kerajaan Negeri Kedah dan Rektor KUIN, Jamil Osman sebelum ini

Antara kandungan yang dipersetujui untuk dikemukakan di dalam proposal tersebut adalah seperti Kerelevanan kewujudan Jamil sebagi Rektor KUIN, penubuhan jawatankuasa siasatan penyelewengan Jamil dalam KUIN, penstukturan semula dalaman KUIN, kedudukan anak syarikat KUIN, menarik balik kuliah pengajian yang dahulunya berada di bawah Insaniah Holdings ke dalam KUIN, menurunkan yuran pelajar, pemerkasaan kuliah pengajian Islam.

Malah cadangan untuk gantikan Jamil sebagai Rektor nanti mestilah dari yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, menerima pakai Pekeliling kenaikan gaji 13 % , elaun sara hidup dan semua pekeliling Kerajaan, Menamakan Mufti Kedah dan Ketua Hakim Syarie sebagai ahli lembaga pengarah KUIN, mengkaji semula kampus KUIN di Kuala Ketil dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan.

Hasil perbincangan, Mc pun belum dimaklumkan.. Insyallah akan Mc follow up kelak.


McTheory:
Doakan yang baik-baik sajaa..

PANASS!! Mamat AirAsiaX Ni Contoh Melayu Bebal Tak Sedari Diri! @Tonyfernandes

Posted: 13 May 2013 08:37 PM PDT


Ini salah seorang contoh melayu moden yang tak sedar diri dan lupa asal usul. Mc tak tau apa masalah mamat ni dengan akhbar Utusan Malaysia tapi teguran yang mengatakan akhbar Utusan rasis adalah sangat tidak tepat. Baru jadi CEO AirAsia X, dah rasa diri besar!

Orang Melayu biasa la, kalau dah berjaya selalunya lupa diri. Patutnya, mangkuk ni tegur akhbar cina yang rasis tahap dewa tu dulu, kemudian baru tegur akhbar Utusan. Tapi akhbar cina, mangkuk ni tak berani tegur, tapi hanya berani tegur Utusan saja.

Jadi Mc dan rakan-rakan blogger sekarang ni memang tak puas hati dengan mamat mangkuk sekor ni. Mc harap Tony boleh tolong tegur, sebelum nama Air Asia teruk kena bantai disebabkan mamat tak sedar diri ni.

McTheory:
Baru senang sikit dah berlagak? heh..

INFO! Gambar Menarik, Sekitar Bacaan Yasin @MukhrizMahathir Untuk Azizan Razak! #HanyaDiKedah

Posted: 13 May 2013 06:12 PM PDT




Semalam sejurus selepas solat Maghrib di Masjid Zahir, Alor Setar telah berlangsung satu majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat buat Mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini sedang terlantar sakit di Hospital Pulau Pinang setelah mengalami Komplikasi Diabeties yang agak kritikal sehinggakan pihak Hospital Pulau Pinang terpaksa memotong kedua-dua belah kaki Ustaz Azizan Razak.



Majlis bacaan yasin itu dicadangkan oleh Dato' Paduka Mukhriz Mahathir bagi memohon kepada Allah S.W.T agar Ustaz Azizan Razak di beri kesihatan yang baik setelah terlantar hampir seminggu di Hospital Pulau Pinang.

Selain dari pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir dikhabarkan Majlis tersebut juga mendapat sokongan dan sambutan dari penyokong dan beberapa pemimpin PAS Kedah.

Antara pemimpin-pemimpin PAS Kedah yang kelihatan di majlis tersebut adalah Taulan Rasul dan IR Phahrolrazi.

Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancarnya walaupun di hadiri oleh Umat Islam yang berbeza pandangan politik.

Di harapkan dengan apa yang berlaku ini..ianya menjadi titik permulaan perpaduan di antara PAS dengan UMNO di dalam memperjuangkan nasib Umat Islam di Malaysia.

Dibawah, gambar-gambar sekitar majlis bacaan Yasin.





Satu penambahbaikan dan permulaan yang baik dari Menteri Besar Kedah yang baru. Beliau Dato Mukhriz, Menteri Besar pada semua rakyat Kedah. Bukan hanya pada orang UMNO saja. Sebagai pemimpin muda yang berpengalaman, Mc percaya Dato Mukhriz mampu menjadi seorang Menteri Besar yang hebat.

Penyatuan umat Islam di Kedah adalah jalan yang amat bagus. Jika rakyat Kedah bersatu, Insyallah kita dapat bersama-sama meningkatkan lagi ekonomi negeri dan menjadi lebih kuat. Tak bersatu dalam politik pun tak apa, cuma nak asingkan perbezaan politik tu dalam kehidupan. Insyallah umat Islam di Kedah makin kuat!


McTheory:
Dalam pembentukan Kedah yang baru..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...