Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Anwar Dah Sedia Nak Jadi PM, Pening Fikir Pasal Turun Harga Barang! #TolakPR

Posted: 01 May 2013 08:17 AM PDT


Akhirnya pakar janji 'manifesto angan-angan' Anwar Ibrahim akui juga bukan mudah bagi kerajaan untuk menurunkan harga barang di negara ini.

Katanya, ini berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun.

"Saya (pernah jadi) Menteri Kewangan (selama) lapan tahun, saya tahu bila nak turun harga barang pening kepala nak fikir…" katanya pada ceramah perdana pakatan pembangkang di tapak pasar malam di Ampang Jajar dekat sini malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar menunjukkan yang beliau yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini dan pakatan pembangkang mengambil alih kepimpinan kerajaan pusat.

Beliau sekali lagi berkongsi angan-angan dengan hadirin yang hadir dengan berkata:

"In syaa Allah, kita menang pilihan raya 5 hari bulan, malam (5 Mei), 6 hari bulan (6 Mei) pagi InsyaAllah kita tubuh kerajaan baharu pakatan rakyat. 7 hari bulan (7 Mei) InsyaAllah kita turunkan harga minyak seluruh negara. Minggu depan, dekat dah ni. Saya pun pening kepala bila nak umum ni…pening, bukan senang".

Itu kenyataan dari Anwar. Sekali dilihat Mc nampak dia macam orang gila meroyan pun ada. Belum menang lagi, dah rancang macam-macam. Serupa depa nak menang betul! Sebenarnya ini taktik Anwar, kalau depa kalah nanti, depa nak buat kacau!

Bagi Mc, senang cerita, jangan dilayan orang gila nak berkuasa macam dia ni. Abaikan saja. Kalau dilayan makin menjadi gilanya!


McTheory:
Bab turunkan harga barang. Cakap orang gila korang nak percaya ka?

PANASS!! Kisah Janji Pendidikan Percuma dan Nasib KUIN di Kedah! (Wajib Baca!) #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 01 May 2013 05:37 AM PDT

Dah lama Mc tinggalkan isu KUIN ni. Kisah sedih sebuah Kolej Universiti Insaniah yang menjadi mangsa kerakusan Pas Kedah melakukan salahgunakuasa.

KUIN juga menjadi bukti atas semua kesalahan Pas Kedah memerintah. Dari kronisme hinggalah salahlaku tadbir dan penyelewengan.

Tapi, selepas 5 tahun Pakatan Haram Rakyat Kedah  menjahanamkan KUIN. Mereka berani lagi berjanji untuk melaksanakan perkara yang tak masuk akal. Sedangkan KUIN menanggung hutang RM660juta.

Namun percaya atau tidak, Pakatan Haram Rakyat Kedah menjanjikan pendidikan percuma kepada rakyat. PTPTN mahu dihapuskan. Kiranya, kalau nak masuk IPTA dan IPTS lepas ni. Rakyat Kedah boleh belajar percuma, tak perlu bayar apa-apa. Wow hebatnya!!

Malah Mc mengesyorkan, KUIN adalah pusat pengajian tinggi pertama di Malaysia menawarkan pengajian percuma.

Maka sudah tentulah berbondong-bondonglah pelajar mendaftar dari seantero dunia. Maka KUIN akan berkembang pesat, lagi maha hebat!! Tentu lepas ni, KUIN akan dilimpahi pelajar. Kalau dulu bilik kuliah kosong. Kalau buat pendidikan percuma, sudah tentu penuh bilik kuliah kan?

Kemudian dapatlah Pakatan Haram Rakyat Kedah berbangga diri dengan kehebatan pendidikan percuma tu.

Tapi benarkah Pakatan Haram Rakyat Kedah dapat melaksanakan pendidikan percuma? Sebab kalau kita lihat balik 'track record' mereka selama 5 tahun ni, tersangatlah teruk!!

Atau mereka hanya mahu berjanji lagi tanpa perlu fikir untuk menunaikannya.

Sebab apa mereka berani untuk berjanji lagi? Biasa la, rakyat Kedah kan mudah lupa, senang kena tipu!! 5 tahun lepas kena tipu, kali ni nak kena tipu lagi ke?

Sebelum pembaca percaya 'manifesto angan-angan' Pakatan Haram Rakyat Kedah tu. Apa kata tengok dulu video dan gambar-gambar kat bawah ni.


Tak cukup? Mc fitnah?

Klik Untuk baca..

Disebabkan masalah pengurusan yang serius dalam KUIN, para pelajar KUIN juga turut turun padang berdemo, untuk membantah pengurusan KUIN yang tersangatlah teruknya!!



P/s: Mc minta tolong rakyat Kedah yang prihatin tolong sebarkan maklumat dalam blog ni, untuk bacaan orang Kedah yang lain. Masih ramai yang tertipu dengan 'janji kosong' dan 'manifesto angan-angan' Pakatan Haram Rakyat Kedah.

McTheory:
Sebelum anda fikir nak undi Pakatan Haram Rakyat Kedah, tolong jawab soalan salah seorang mahasiswa KUIN tu?? Peduli ke tak nasib depa tu?

PANASS!! Kebodohan dan Kebebalan Rafizi Yang Patut Semua Tahu!! #TolakPR

Posted: 01 May 2013 02:16 AM PDT


Badut sarkas nak beraksi membodohkan diri sendiri.



He he he.. patut la si Rafizi ni meroyan sangat nak hapuskan AES, rupanya dia diantara pengumpul saman paling banyak. Rafizi ni pernah pertikaikan kenapa DS Rosmah ada dua saman AES yang tertangguh. Ehh bro.. dua saman tu kira biasa la. Ni ko ada 9 saman, wow! banyak tu. Bila nak settle ni?

Inilah contoh wajah pemimpin Pakatan Haram. Mereka menuduh pemimpin kita teruk, sedangkan mereka lagi teruk bila kita selidiki. Rafizi menuduh DS Rosmah tak bayar dua saman, sedangkan dia sendiri ada sembilan saman yang tertangguh.

Ini contoh paling simple, tentang sifat kendiri puak Pakatan Haram ni.


Transkrip perbualan emel di antara Rafizi Ramli dengan blogger pembangkang yang kini diburu polis kerana memfitnah SPR membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin PKR terbukti membiayai operasi fitnah yang dilakukan oleh blogger pembangkang terutama kepada DS Najib Tun Razak.

Kiriman emel blogger Milo Suam kepada Rafizi Ramli yang yang dikirimkan 27 Januari 2012 adalah mengenai pembelian dokumen daripada seorang kakitangan Hotel Shang Ri La berhubung majlis pertunangan anak PM yang berlangsung di hotel tersebut.

Teliti transkrip perbualan di antara Rafizi Ramli dan blogger MiloSuam :








Jelas terbukti bahawa Rafizi Ramli membeli dokumen yang didakwa penyelewengan PM daripada seorang kakitangan hotel dengan nilai RM5000 di mana blogger kaki kelentong MiloSuam bertindak sebagai perantara.


McTheory:
Rafizi ni jenis manusia tak sedar diri!!

PANASS!! Video Malaysia Prophecy from Jerusalem Di Kecam Hebat!! #TolakPR

Posted: 30 Apr 2013 11:17 PM PDT



Masya'Allah! Video apakah ini...?

Bukankah ianya boleh mengganggu-gugat kestabilan Umat slam dan Bukan Islam di Negara ini...?
Sedarlah wahai Rakyat Malaysia... Apakah hati kita masih tertutup dengan bukti-bukti sebegini?

Sedarlah Wahai orang Islam... Adakah kita masih mahu bergaduh sesama sendiri..?
Pertahankanlah Negara ini dari ancaman musuh (dalam mahupun diluar)

Ingatlah! Kita Pertahankan Negara in bererti kita pertahanan Islam! Kita Pertahankan Agama-Agama Lain! Kita Pertahankan Kemajmukan! kita Pertahanan kestabilan yang ada!

Kita Pertahankan Negara tercinta ini demi pewaris kita!!! Jangan biarkan Orag LUAR Mengganggu gugat dan mencampuri urusan Negara Kita!!!

Apakah kita mahu orang luar ganggu hal ehwal Negara kita...? Fikir-fikirkanlah...

Video kecaman terhadap video sesat kat atas tu!!

PANASS!! Cina Kuala Kedah Bakal Kuburkan Phahrolrazi!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 30 Apr 2013 08:17 PM PDT



Semalam aku sempat curi masa sat lawat kawasan  Pengkalan Kundur, bermua dari Tandop sampailah ke Kota Sarang Semut..Nampak suasana kemeriahan perang bendera di sepanjang Terusan Wan Mat Saman memang dasyat.BN dengan cara BN, Pas dengan cara Pas..Kalau Pkr ni jangan katalah, memang takdak langsung..Nak tau pasaipa takdak?? Cabang Pkr di Kola Kedah ni ada lebih kurang 750 ahli saja..Sebab tu Pkr duk kerah jentera Pas tolong kempen..

Kita lupakan bab Pkr dulu, aku nak sambung cerita pasal lawat kawasan pengkalan kundur semalam. Ok, lepas tu aku patah balik dan singgah di Taman Cengkih Simpang 4.Lama jugak duk melepak dengan orang orang situ.. Sembang punya sembang terkeluaq pulak cerita pasal jasa jasa Phahrolrazi dengan Mat Kassim di kawasan tu..Kat Simpang 4 ni ada satu persatuan cina yang cukup cukup kuat.. Depa ni dulu bagi peluang kat Phahrolrazi dengan Mat Kassim jadi wakil rakyat sebab nak ubah angin nak tengok macamana servis wakil rakyat PR dengan wakil rakyat BN.

Jadi bila dah Phahrolrazi jadi wakil rakyat, dan dilantik pula jadi Exco PBT depa pun seronoklah sebab macam macam boleh tolong dan lagi satu pulak, masa manifesto Pas dulu Phahrolrazi pulak janji nak turunkan cukai pintu..Selang beberapa bulan lepas Phahrolrazi jadi Exco, depa pun pi la jumpa dia mintak lampu jalan 4 biji nak buh kat laluan utama masuk kawasan depa..

tunggu punya tunggu, Phahrolrazi tak buat jugak, siap bagi macam macam alasan itu ini itu ini..Last sekali depa pi jumpa Dato Jamil Idruss mantan wakil rakyat BN Pengkalan Kundur merangkap Timbalan Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah tolong depa. Perosah punya perosah, last skali boleh buat lampu jalan tu.. Lepas 2 tahun Pas perintah depa pun pi mengadap Phahrolrazi tanya pasaipa cukai pintu naik mendadak.. Phahrolrazi dengan mudah kata kat orang orang cina ni jangan bayar.Masyarakat cina ni tak bayaq la buat macam Phahrolrazi kata..Last sekali keluaq surat tunggakkan.Tak puas hati punya pasal depa pi jumpa skali lagi Phahrolrazi,tanya pasaipa keluaq notis.Yang celakanya si Phahrolrazi ni dia siap cakap surat yang keluaq ni orang BN buat bukan Pas..

Apa lagi, menyirap lah geng geng masyarakat cina..Depa pun tak bodoh macam Phahrolrazi sangkakan, yang perintah negeri Pas, apa kena mengena dengan BN yang jadi Exco PBT tu hang, apa kena mengena dengan BN..Lepas pada tu depa dah makin meluat dengan perangai Phahrolrazi.Kaki pembohong, kaki pembelit, kaki auta memang nombor satu.La ni baru depa sedaq memang BN yang boleh tolong, dan banyak tolong depa selama ni..

Kalau sebut pasal Mat Kasim(MP Kola Kedah PKR) ni jangan cerita la baru 2 kali turun sejak 5 tahun jadi MP..Apa masalah masyarakat cina di Kola Kedah pun dia tak ambik tau.Jangan nak kata masyarakat cina, masyarakat melayu pun dia tak ambik peduli..Masalah nelayan,pembangunan di Kola Kedah,kesesakkan jalan dihadapan RTM, pasar besar, Kuala Sungai, Mergong, Sime Tyre. Semua tu tak diambik peduli oleh wakil wakil rakyat Pas..Sedangkan dalam Parlimen Kuala Kedah ada 2 orang Exco kanan..

Hat sorang lagi wakil rakyat Kubang Rotan tu jangan ceritalah yang dia tau saman saja..Sampai rakyat sendiri pun dia saman..Bila dah jadi wakil rakyat ni kita kena berani berdepan dengan semua cabaran sebab itu jalan yang kita pilih.Jangan bersikap diktaktor sampai tak boleh nak tegur..Aku nak tanyalah kan, ada ka orang kampung yang kerjanya kais pagi makan tengah hari ambik tau pasal jalan raya ni bawah kerajaan pusat ka bawah kerajaan negeri?

Jadi bila depa ingat Nasir jadi wakil rakyat, orang pertama depa akan kata adalah nasir sebab tak tolong.Wartawan ni turun buat liputan saja.lapor apa permasalahan penduduk..Hang pulak Nasir bila dah dengaq tu, pi la turun balik tempat yang ada masalah jumpa mereka mereka yang diinterview tu, terang balik situasi sebenar bukannya terus buat PC bawa loya 2,3 ekoq kata nak saman.. Macam ni kah wakil rakyat??

Kalau Nasir nak tau, sebab kes saman itulah, hang akan hilang beribu ribu undi melayu dalam Dun Kubang Rotan..Orang kampung dah nekad dah takmau bagi undi kat Nasir pada PRU kali ni..

Jadi kesimpulannya yang aku tengok dalam Parlimen Kuala Kedah ni, BN ada harapan untuk rampas kembali kawasan Kuala Kedah.Insya Allah.


McTheory:
Cerita menarik ni di ambil dari blog Medan Tempur Kedah

TUDIAA!! Video Bukti Dakwat Kekal Boleh Di cuci? #TolakPR

Posted: 30 Apr 2013 05:39 PM PDT



Memang sudah dijangka yang pembangkang akan cuba mencetuskan perasaan tidak percaya rakyat kepada sistem SPR yang menguruskan PRU 13 ini...mereka mendakwa bahawa dakwat kekal boleh dipadam dengan mudah...

Di sini aku hendak kongsikan 1 rakaman video demonstrasi memadamkan dakwat kekal oleh anggota polis yang sudah mengundi..maaf..identiti polis tu tidak boleh didedahkan kerana faktor keselamatan..

Ternyata hasil cucian dengan KERAS, dakwat kekal itu masih kekal biarpun telah dicuci dengan bahan peluntur...cukup-cukuplah pembangkang menabur fitnah tu!! - HE



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...