Penulis sebelum ini pernah mendedahkan mengenai ketelanjuran pakatan pembangkang yang menggunakan isu 'pengundi hantu' untuk menafikan kemenangan Barisan Nasional/UMNO dalam pilihanraya umum yang lalu.
Ekoran terlalu ghairah untuk mempengaruhi minda masyarakat kononnya wujud penipuan dalam proses pilihanraya, mereka akhirnya tanpa disedari turut menuduh penyokong sendiri sebagai Bangla. Alasan yang digunakan, muka mereka mirip pekerja Bangla, Nepal, Indon dan sebagainya. Menarik bukan!
Terbaru ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mewakili kawasan Serdang terpaksa melutut membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan 'pengundi hantu' yang dilemparkan sebelum ini. Mangsa yang dikenali sebagai Chua Lai Fat, merupakan pengundi kali pertama telah dijadikan sebagai modal kempen Kian Ming bagi menipu rakyat.
Lai Fat dituduh sebagai pengundi hantu hanya kerana wajah Indianya, yang dilihat tidak selari dengan nama Cina yang digunakan seperti yang tertera di kad pengenalannya. Sedangkan secara faktanya beliau memang berketurunan India namun telah dijadikan sebagai anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang. Nama yang digunakan adalah merupakan nama yang diberikan oleh keluarga angkatnya.
Dr Ong melalui akhbar Cina baru-baru ini telah memohon maaf atas kesilapannya menuduh Lai Fat sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13.
"Saya akhirnya dapat mengenal pasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya," kata wakil DAP itu yang turut memanjangkan permohonan maaf kepada pengundi dan keluarga mangsa.
Mudah bukan!!! Setelah mereka puas menggunakan isu tersebut untuk menipu rakyat dan memalukan mangsa dengan pelbagai tuduhan fitnah, ia dianggap selesai dengan sepotong ayat maaf.
Isu ini bukanlah merupakan isu yang baru. Malah setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, pakatan pembangkang akan sering membangkitkan isu tersebut yang kononnya akan mengundi untuk BN/Umno.
Malah Anwar Ibrahim sebelum ini juga, berulang kali menuduh kononnya kemenangan pembangkang telah 'diragut' oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menggunakan warga asing sebagai pengundi.
Ketua pembangkang itu, melalui kempen jelajah 'Kemerahan Rakyat' sering berkata, penipuan tersebut terbukti dengan kehadiran warga 'Bangla' di pusat-pusat mengundi pada PRU-13.
Yang pelik dan anehnya, isu pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.Kenapa dakwaan terbabit seolah-olah berhenti apabila menang di 3 negeri? Jelas, segala dakwaan pengundi hantu adalah merupakan helah politik dan sandiwara mereka yang langsung tidak berpijak kepada fakta.
Impian untuk menjadi perdana menteri, seperti menghantui diri Anwar yang sehingga kini masih enggan menerima keputusan majoriti rakyat yang menolaknya.
Rakyat sewajarnya bangkit beramai-ramai untuk menyatakan ketegasan supaya pakatan pembangkang khususnya 'Bapa Sandiwara Negara' Anwar Ibrahim akur untuk menerima dan menghormati proses demokrasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik sempit Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih, maka tibalah masa wakil rakyat yang menang untuk bekerja.
Sebenarnya tidak wujud pengundi hantu, yang wujud hanyalah pemimpin hantu, Pemimpin hantu ini setiap hari menghasut rakyat kononnya pilihan raya tidak adil biar pun satu demi satu tuduhan dibuktikan palsu.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment