House PK |
MESEJ KHAS UNTUK KHAIRY JAMALUDDIN THE KITOL! TOLONG SAMPAIKAN PADA DIA! Posted: 16 May 2013 09:08 AM PDT Akhirnya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang meminta jawatan Menteri, mendapat apa yang diidam-idamkannya. Ternyata juga, taktiknya untuk menolak tawaran jawatan Timbalan Menteri, juga menjadi kerana sepertimana juga jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang pernah disandangnya dahulu, imej yang dipaparkan serta sokongan berbayar yang ada padanya, membolehkan dia mencapai apa yang diidam-idamkan. Khairy Jamaluddin telah diberikan jawatan Menteri Belia dan Sukan. Sekaligus jawatan tersebut sepatutnya mendekatkan dia dengan golongan belia dan menarik seramai mungkin belia atau lebih tepat lagi pengundi kali pertama, kedua dan ketiga agar menyokong Kerajaan yang dia merupakan salah seorang daripada anggota kabinetnya. Persoalan yang dimunculkan sekarang ialah, mampukah Khairy Jamaluddin memikul tugas berkenaan atau dia sebenarnya akan mengulangi semula apa yang pernah dilakukannya dahulu ketika berada dalam FAM? Tentu anda masih ingat dengan pasukan MYTEAM di mana Khairy Jamaluddin terlibat sepenuhnya? Bukankah pada ketika itu, MYTEAM mendapat publisiti yang amat hebat terutama menerusi sokongan tidak berbelah bahagi stesen televisyen TV3? Dengan rancangan yang berbentuk program realiti, ahli-ahli pasukan dikumpulkan dari golongan yang kononnya tidak mempunyai ruang untuk pasukan-pasukan yang lain. Atau dengan kata lain, MYTEAM dibentuk daripada pemain-pemain amatur berbakat besar yang tidak dihiraukan oleh pengurusan pasukan-pasukan bola sepak lain di seluruh Malaysia. Publisiti yang besar dan cakap besar Khairy Jamaluddin, pasukan tersebut menyertai Liga Bola Sepak Malaysia. Ramai yang melihat MYTEAM sebagai sebuah pasukan baru yang mempunyai reputasi digeruni. Cakap-cakap besar Khairy Jamaluddin yang kononnya dia lebih pandai dan lebih hebat dalam pengurusan bola sepak tanah air, akhirnya diberi peluang untuk membuktikan kehebatannya itu. Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah memberi laluan kepada Khairy. Ternyata, manusia yang banyak bercakap dan sentiasa cuba membuktikan mereka lebih hebat daripada orang lain menerusi amalan percakapan, tidak ke mana-mana pun. Prestasi pasukan MYTEAM tidak pernah lebih baik daripada pasukan liga kampung. Manakala jawatannya dalam FAM juga tidak meningkatkan mutu bola sepak tanahair. Akhirnya seperti yang diketahui, MYTEAM entah ke mana, dan Khairy Jamaluddin terpaksa meletak jawatan dengan muka biru birat menahan malu apabila dia tidak sahaja gagal membuktikan kata-katanya, bahkan pengetahuannya tentang bola sepak juga amat melucukan. Pemain-pemain import akhirnya dibenarkan bermain semula dalam Liga Malaysia sebagai cara menarik penonton. Kini, Khairy Jamaluddin sudah bergelar Menteri Belia dan Sukan. Jawatannya kali ini lebih besar dari mana-mana jawatan yang pernah disandangnya, termasuklah sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Apakah prestasinya juga tidak sehebat mana walaupun para penyokong dan upahan propagandanya cuba menggambarkan betapa dia adalah seorang anak muda yang penuh idea dan berinovatif? Apakah Khairy Jamaluddin akan memberikan seribu satu macam alasan lagi untuk membela dirinya sebagaimana yang berlaku dalam banyak kes sebelum ini, termasuklah dengan bantuan kaum upahannya? Mendengar ikrar Khairy Jamaluddin bahawa tugas yang sedang dipikulnya sekarang adalah amanah yang sangat berat, mampu membuatkan ramai yang tersenyum lebar. Apakan tidak, sebagai Ketua Pemuda UMNO sendiri pun, Khairy Jamaluddin gagal total, apakah dengan menjadi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mampu memperbaiki prestasinya? Bagaimana agaknya kalau ditanya, apa yang telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sepanjang PRU13 dan apa pula yang telah dilakukan untuk membantu calon-calon Barisan Nasional sehinggakan kebanyakan calon tertungging, kecundang dan tewas dengan majoriti yang memalukan, walhal Pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri merupakan wakil UMNO untuk meraih sokongan daripada golongan muda kepada parti berkenaan sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk kecuaian berkenaan? PRU13 telah pun berlalu. Keputusannya telah diterima sama ada dengan protes mahupun dengan dada terbuka. Pun begitu, ramai yang masih menaruh harapan, Ketua Pergerakan UMNO yang paling gagal itu, tidak lagi bersikap HANGAT-HANGAT TAHI AYAM sebaliknya lebih cekal dengan Melayu, Malaysia dan Islamnya. Dan bukan lagi dengan agenda NEW POLITIC mahupun ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada usia 40 tahun semata-mata! |
WAHAI BUMIPUTERA MALAYSIA! MARILAH KITA BERSATU HATI DAN BOIKOT BARANGAN CINA DAP! Posted: 16 May 2013 04:43 AM PDT SENARAI BARANGAN MILIK ORANG ISLAM 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary) 2. Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary) 3. Minyak Masak Tiara (FELDA) 4. Minyak Masak Saji (FELDA) 5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA) 6. Susu Manis Cair Saji (FELDA) 7. Magge Sajimee Saji (FELDA) 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA) 9. Marjerin Pelangi (FELDA) 10. Sos Cili Pelangi (FELDA) 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA) 12. Jem Peanut SunBear (FELDA) 13. Sardin Agromas 14. Sardin Pertima 15. Kopi Hang Tuah 16. Bihun Sufi 17. Mi Kuning Sufi 18. Kuey Teow Sufi 19. Garam Sufi 20. Sos Lada Hitam Sufi 21. Sos Cili/Tomato Sufi 22. Kicap Masin/Manis Sufi 23. Tepung Goreng Sufi 24. Minyak Masak Sufi 25. Telur Cap Sufi 26. Ubat gigi Najwa 27. Ubat gigi Halagel 28. Garam Halagel 29. Tepung gandum Cap Bidara 30. Tepung gandum Faiza 31. Jus minuman Safina 32. Syampoo D'herbs 33. Mydin 34. MyMart (kedai keluaran Mydin) 35. Bihun Kampung BOIKOT BARANGAN GENG DAP SENARAI BARANGAN SEKUTU DAP 1.Tepung Gandum Cap Sauh 2. Sri Murni Minyak Masak 3. Sri Murni Nugget 4. Marina Nugget 5. Marina Tuna 6. Aminah Hassan Sos Cili 7. Aminah Hassan Sos Tomato 8. Aminah Hassan Bihun 9. Roti Massimo 10. PowerRoot Ali Cafe 11. PowerRoot Oligo Cereal 12. PowerRoot 9SPOT ISOTONIK 13. Malta 14. NutriMalt 15. Teh Cap Masjid 16. Teh Guru Cap Masjid 17. Pau Ahmad 18. Old Town White Coffee 19. Pasaraya EconSave 20. Pasaraya KK mart 21. Pasaraya 99 SpeedMart 22. Minyak Knife 23. Minyak Buruh 24. Minyak Naturel 25. Minyak Daisy 26. Drinho ALL DRINKS 27. Isomax Isotonic 28. HomeSoy 29. Farm Crows Butter Sebarkan dan share dlm fb anda ke, blog ke, apa sahaja. Tekadkan hati. Kena ajar kaum DAP ni. Copy n paste pd kawan2 kita yg lain dan mintak depa pun share dlm fb. . . Gelombang boikot ni dah nak berjaya! Tgu apa lg? Share! Share! Share! |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment