CELAH GELEGAR |
- [JANGAN MENGALAH] Pas berhak tuntut jawatan MB Selangor
- Jangan kaitkan penyingkiran saya dengan sultan Kelantan - Husam
- [URGENT] SURAT UNTUK NAJIB
| [JANGAN MENGALAH] Pas berhak tuntut jawatan MB Selangor Posted: 07 May 2013 05:11 PM PDT Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dengan kelebihan yang ada pada Pas, PKR dan DAP tiada pilihan kecuali memberi laluan kepada parti itu mengepalai Selangor. Bagaimanapun katanya, kewibawaan Pas akan hilang sekiranya Pas gagal menuntut hak tersebut memandangkan sepanjang penggal lalu Pas banyak bertolak ansur dan hanya menurut segala keputusan yang dibuat. "Itu sewajarnya kerana rakyat sokong dan undi Pas, sebab hendak melihat Pas memerintah Selangor. PKR dan DAP perlu bagi laluan kepada Pas. "Kalau betul-betul memartabatkan Islam, Pas kena sedar diri, tunjukkan kehebatan dan kemampuan mereka mentadbir Selangor berlandaskan Islam dan mendukung Islam seperti pegangan parti itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Abu Bakar berkata, selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mengangkat Islam dan Melayu, Perkasa menyokong sekiranya calon Pas dipilih menjadi Menteri Besar. Beliau berkata, Pas Selangor perlu mengambil peluang tersebut kerana ALLAH sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pas iaitu daripada lapan kerusi pada PRU12 kepada 15 kerusi pada pilihan raya kali ini. "Dulu Pas hanya ada lapan kerusi, tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh cakap apa-apa tetapi sekarang kerusi Pas banyak. "Tetapi kalau Pas tunduk lagi pada PKR dan DAP, orang Melayu Islam dalam mungkin akan lari dan kecewa dengan parti itu," katanya. |
| Jangan kaitkan penyingkiran saya dengan sultan Kelantan - Husam Posted: 07 May 2013 05:05 PM PDT KOTA BHARU 8 Mei - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa meminta 'penyingkiran' beliau sebagai Exco kerajaan negeri tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu menegaskan, Sultan Kelantan merupakan seorang raja yang saksama dan adil. Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana "tidak diberitahu, tidak dimaklumkan dan tidak ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan Pas negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baharu." "Ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting ini membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan," katanya kepada sekumpulan petugas media di sini petang semalam. Beliau turut mengedarkan satu kenyataan kepada petugas media yang hadir iaitu The Star, Sinar Harian dan dua akhbar berbahasa Cina. Tanpa mempertikaikan barisan Exco kerajaan negeri yang dilantik, Naib Presiden Pas itu memohon tidak berlaku amalan kronisme di semua peringkat. Beliau turut memohon amalan pemberian kawasan getah klon dan multispesies dihentikan, sementara pemberian kawasan perlombongan seeloknya dilakukan secara tender terbuka. "Kedudukan amalan perladangan dan perlombongan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Yakin dikaji semula. "Perjalanan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) perlu dikaji semula. Perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan terokaan rakyat juga perlu dikaji semula," katanya. Beliau turut meminta susunan yang telah diatur bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan bandar baharu sukan Bukit Merbau tidak dirombak atau dihentikan, manakala tuntutan royalti tidak dikendurkan. Husam digugur kerana tak dapat restu Sultan?Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa digugurkan daripada senarai nama Exco kerajaan Pas Kelantan yang baharu setelah tidak mendapat 'restu' Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob ketika berhadapan dengan beberapa penyokong setia Husam yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, di rumahnya petang semalam. [KLIK Video Penjelasan Penuh Husam Musa Isu Digugur sebagai Exco Kelantan 2013] Menurut Ahmad, nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan. |
| Posted: 07 May 2013 05:16 PM PDT Kehadapan YAB Datuk Seri Najib yang dihormati. PRU13 telah berlalu, keputusannya juga telah diketahui. Namun apa yang pasti, dalam sehari dua ini, YAB Datuk Seri harus duduk termenung menginsafi diri. Walau usaha pihak sana untuk merampas Perak dan Terengganu masih diteruskan. Nampaknya perkara pertama yang harus disegerakan oleh YAB Najib Razak ialah penambahbaikan etika media. Tajuk-tajuk utama media seperti Utusan Online dan Kosmo hari ini sangatlah busuk! Sedarlah, rakyat masih memberi peluang kepada BN bukan kerana BN itu baik, tetapi mungkin tiada pilihan yang lebih baik. Lawan BN pasti bermuhasabah dan tidak sabar menanti PRU14. BN tidak hanya perlu BERUBAH, tetapi juga BERUBAT. Hanya dengan 'pembersihan ' yang bersih, rakyat tidak mengira kaum akan kembali kepada BN pada PRU14. Berilah segala peluang kepada golongan yang sepatutnya tanpa meminggirkan golongan yang satu lagi. Perkasakan ekonomi Melayu tanpa menidakkan sumbangan kaum lain. Buanglah semua NANAH & TUNGGUL dalam UMNO dan BN. Pilihlah menteri-menteri yang segar tidak hanya bersandarkan jawatan parti. BERTEGASLAH Datuk Seri. Bunuh kronism dan rasuah, hindari golongan pengipas dan penglipur lara. Buanglah imej UMNO sebagai parti elit dan kaya. Ingatlah rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yg menggila. KUTIP mana-mana yang baik dalam manifesto PR. Perbaikilah jika tidak lengkap rancangannya. Tiada siapa yang akan mentertawakan jiwa besar Datuk Seri. Jangan berdendam dengan negeri-negeri yang menolak BN. Politik 'torture' ternyata GAGAL! Bantulah dan berikan hal yang sepatutnya kerana yang mendapatnya adalah rakyat Malaysia juga. PANTAULAH.Gunakanlah kelebihan kerusi yang dimiliki UMNO di Dewan Rakyat untuk memperkasakan Islam. Insafi kekurangan sokongan Cina untuk memperbaiki puncanya. SELAMAT BEKERJA Datuk Seri, percayalah majoriti rakyat masih dibelakang kepimpinan Datuk Seri! (Sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun ini). Akhir kata, sembah salam saya kepada Datin Seri di rumah. YANG BENAR, Rakyat Malaysia |
| You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment