CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[SELANGOR] Pas wajar tuntut lebih kerusi Exco

Posted: 17 May 2013 07:51 PM PDT


KUALA SELANGOR - Pas sewajarnya menuntut lebih kerusi untuk senarai Exco selepas melepaskan jawatan menteri besar kepada PKR meskipun memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 lalu.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang, Datuk Shafie Asnawi berkata, tindakan Pas melepaskan jawatan menteri besar menyebabkan peluang memperjuangkan syiar Islam semakin tipis.

"Rakyat juga mahu melihat Pas membentuk kerajaan yang diidamkan dengan melaksanakan hukum hudud tanpa kekangan DAP dan PKR, seterusnya membanteras premis berunsurkan maksiat serta perjudian di negeri ini," katanya.
"Saya agak kesal kerana Pas melepaskan peluang ini kerana jika tidak, mungkin mereka tidak menghadapi kekangan meneruskan perjuangan dilaungkan selama ini.
Menurutnya, sudah pastinya pengundi akan menuntut tawaran yang diberikan sepanjang tempoh berkempen.

"Kita harap tawaran diberikan bukan janji kosong seperti lima tahun lalu sehingga menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

Pada PRU12 lalu, PKR menang 15 kerusi Dun, DAP 13 kerusi dan Pas lapan kerusi muncul dengan formula 4:3:3 iaitu empat kerusi Exco daripada PKR manakala Pas serta DAP masing-masing tiga kerusi.

Status Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa

Posted: 17 May 2013 07:40 PM PDT


KUALA LUMPUR 17 Mei - Status sama ada para pelabur jongkong emas di syarikat Genneva Sdn. Bhd. (GSB), akan mendapat kembali pelaburan mereka bergantung kepada keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa ini berhubung pembekuan aset syarikat berkenaan.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menetapkan 21 Mei ini bagi memutuskan sama ada membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung keputusan beliau semalam dan permohonan untuk mengekalkan pembekuan aset syarikat tersebut oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Semalam, Rozana melepas dan membebaskan tiga pengarah GSB iaitu Ng Poh Weng, 63, Marcus Yee Yuen Seng, 61, Chin Wai Leong, 37, dan bekas pengarahnya, Liew Chee Wah, 59, daripada 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai lebih RM100 juta.

Pada prosiding yang ditetapkan untuk hujahan hari ini, pegawai pendakwa dari BNM, Alvin Ong memaklumkan, pihaknya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi pagi ini.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber yang turut mengendalikan pendakwaan pula berhujah, permohonan penggantungan keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan para pelabur.

Beliau menyatakan, berdasarkan keterangan dalam perbicaraan, wang yang diterima ke dalam akaun kesemua tertuduh adalah milik pelabur.

''Jika permohonan ini ditolak oleh mahkamah, tiada jaminan yang harta-harta berkenaan termasuk wang dan jongkong emas akan dikembalikan kepada semua pelabur.

''Sekiranya mahkamah menolak menggantung keputusan ini, rayuan pendakwaan akan menjadi akademik,'' katanya.

Sementara itu, peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla yang mewakili pihak responden menyatakan, mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, pihak pendakwaan perlu memfailkan permohonan mendapatkan perintah untuk melucutkan harta tersebut di Mahkamah Tinggi.

Katanya lagi, pelucutan hak harta yang disita boleh diberikan hanya selepas mahkamah berpuas hati bahawa harta itu bukan milik tertuduh dan tiada orang lain yang berhak ke atas harta tersebut.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Poh Weng didakwa atas 93 pertuduhan, Yuen Seng menghadapi 40 pertuduhan sementara Wai Leong dituduh atas 61 pertuduhan dan Chee Wah pula 30 pertuduhan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Public Bank Bhd., Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang di sini, antara Julai 2008 dan Jun 2009.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kesemua tertuduh juga menghadapi lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Kuchai Maju 6, Persimpangan Jalan Kuchai Lama di sini, antara November 2008 dan Julai 2009 dan pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 103(1)(a) Bafia.

[INI KALI LAH] Sekolah Satu Aliran Boleh Kukuh Perpaduan - Ahli Akademik

Posted: 17 May 2013 07:35 PM PDT


KUALA LUMPUR: Keputusan pilihan raya umum ke-13 yang mencetuskan semula isu integrasi nasional telah menimbulkan desakan supaya sekolah-sekolah vernakular diubah kepada sekolah satu aliran untuk memperkukuh perpaduan rakyat.

Seruan itu dilontar ahli akademik yang berpendapat masalah perpaduan kaum di negara ini berpunca daripada sistem persekolahan yang tidak selaras, dengan wujudnya sekolah pelbagai aliran.

Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata sekolah-sekolah vernakular di Malaysia berkembang lebih maju dan hanya 10 peratus bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan.

"Yang lainnya di sekolah vernakular. Jelas bahawa perkauman berkembang dengan luas, ia diteruskan dengan sekolah menengah swasta yang memfokus kepada sekolah bahasa jenis kebangsaan," katanya pada majlis "Wacana Post Mortem PRU13:Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' di sini, Ahad.

Beliau berkata jika di zaman penjajahan British mereka melaksanakan konsep pecah dan perintah mengenai pendidikan tetapi kini pendidikan "berpecah".

"Sekarang jika dikatakan begitu ia akan dianggap tuduhan, tetapi jika kita benarkan lagi sekolah seperti ini jangan lagi harap untuk bercakap mengenai perpaduan, ia akan hanya disambut di mulut, tidak di hati," katanya.

Nada lebih keras disuarakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mahu sekolah jenis kebangsaan dihapuskan kerana ia tidak diiktiraf oleh Perlembagaan.

"Sekolah jenis kebangsaan (SJK) hanya memecahbelahkan rakyat. Patut sekarang ada sekolah rendah kerajaan, sekolah menengah kerajaan. SJK yang ada sekarang ini ubah kepada sekolah kerajaan.

"Semua pelajar belajar di bilik darjah yang sama, makan di kantin yang sama, bermain di gelanggang yang sama. Barulah boleh mengeratkan integrasi nasional," katanya.

Perkara itu sepatutnya disokong oleh seluruh masyarakat Malaysia, katanya yang menyifatkan mereka yang tidak bersetuju dengan sistem sekolah satu aliran sebagai antiperpaduan.

Program anjuran Pertubuhan Persatuan Alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu dihadiri kira-kira 1,000 peserta terdiri tokoh Melayu, pensyarah, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, korporat, ahli politik dan golongan muda.

Bertujuan membincangkan hala tuju politik untuk kepentingan survival ummah di Malaysia, program itu turut disertai Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Prof Datuk Dr Kamaruddin Kacha dan bekas Timbalan Presiden PAS Dr Nasharuddin Mat Isa dan anggota Himpunan Keilmuan Muslim Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai ahli panel.

[RAMPAS KUASA] Malaysia Spring telah dirancang awal

Posted: 17 May 2013 06:42 PM PDT


KUALA LUMPUR 17 Mei - Pembangkang didakwa sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kelab Sri Damansara, di sini hari ini.

Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.

Menurut Tunku Abdul Aziz, demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram setakat ini dirancang pemimpin politik tertentu sejak beberapa tahun lalu sekiranya tidak mendapat mandat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Disebabkan itu juga, katanya, beberapa pemimpin pembangkang ketika itu berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan.

"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjelajah seluruh negara dengan misi untuk terus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan kononnya terdapat penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Dia terus berbohong dengan mengaku dia ialah Perdana Menteri yang sah," katanya.

Tambah Tunku Abdul Aziz, apa yang menghairankan pemimpin pembangkang lain sudah memulakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing meskipun dalam masa sama menuduh pilihan raya umum lalu tidak telus.

Malah, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah antara yang paling awal mengangkat sumpah sekali gus mengakui kemenangannya menerusi proses pilihan raya umum itu.

"Kalau mereka menang, mereka tidak bising malah akui keputusan itu telus tetapi yang kalah menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak logik termasuk 'mengimport' warga Bangladesh mengundi selain berbohong Presiden Amerika, Barack Obama akan campur tangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dalam usaha mengekang tindakan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada terus mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.

Katanya, beliau bimbang tindakan bebas pemimpin pembangkang menghasut rakyat itu boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan.

"Pembohongan yang menyentuh sentimen rakyat akan menjadi aset untuk mereka merancang sesuatu yang lebih besar dan buruk. Pihak polis perlu bertindak lebih tegas, jangan biarkan golongan seperti ini menghancurkan keamanan negara," katanya.


Pesawat MAS mendarat cemas, terbang dengan satu enjin

Posted: 17 May 2013 08:18 AM PDT


Sebuah pesawat Malaysia Airlines System (MAS) mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini tengah hari ini selepas salah satu enjinnya mengalami masalah teknikal.

Pesawat MH 2564 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.05 pagi itu melakukan pendaratan sedemikian pada pukul 12.05 tengah hari.

Sumber Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) Kuching memberitahu, juruterbang pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan menggunakan satu enjin sahaja.

"Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu. Kira-kira 200 penumpang serta anak kapal yang berada dalam pesawat itu selamat," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, walaupun terpaksa memberi laluan kepada pesawat itu mendarat cemas namun jadual penerbangan lain tidak terjejas teruk.

Katanya, punca kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak MAS.

[TOLAK LANTIKAN TIMB. MENTERI PELANCONGAN] BN terima keputusan Joseph Salang

Posted: 17 May 2013 06:37 AM PDT


PUTRAJAYA 17 Mei - Barisan Nasional (BN) menerima keputusan Datuk Joseph Salang Gandum yang menolak pelantikannya dalam barisan Kabinet baharu sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN juga menerima penjelasan Salang bahawa penolakan itu bukan kerana pangkat sebaliknya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.

"Kita terima (keputusan menolak jawatan), tak ada masalah. Beliau dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), kita bagi PRS satu jawatan menteri mewakili PRS Sarawak seperti yang disarankan oleh presiden PRS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Salang yang juga Naib Presiden PRS, menolak jawatan timbalan menteri yang ditawarkan kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...