CELAH GELEGAR |
- [JANGAN PERLI SAIFUL TELAH DITEBUK TUPAI] Saiful nikah 25 Mei ini
- [KHALWAT] Jais Sahkan PELAKON Shah Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat
- [ASET atau LIABILITI] Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timbalan Menteri Pelajaran
- Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat
[JANGAN PERLI SAIFUL TELAH DITEBUK TUPAI] Saiful nikah 25 Mei ini Posted: 17 May 2013 12:40 AM PDT "Ya, berita itu benar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi. Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan. Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu. "Kami bertunang pada 20 Oktober lalu," jawabnya ringkas. Saiful sebelum ini juga pernah bertunang dengan pembaca berita BernamaTv, Janna Syariza Mohd Zaki, namun pertunangan itu putus sekitar tiga tahun lalu. Selain itu, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim ini telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 dan mengakui bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Beliau kemudiannya mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini. Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. | ||||
[KHALWAT] Jais Sahkan PELAKON Shah Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat Posted: 16 May 2013 11:19 PM PDT Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas. "Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya. Shahrizal ditahan pada pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awadan jika disabitkan bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Maria Farida dan Miera Leyana namun hubungan mereka tidak bertahan lama. Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen pelakon itu gagal apabila Shahrizal tidak menjawab panggilan yang dibuat sejak malam tadi. | ||||
Posted: 16 May 2013 06:32 PM PDT Bagi yang fobia agenda Kristian - Terimalah kenyataan ini: Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timbalan Menteri Pelajaran Sudahkah kita meneliti senarai Menteri Kabinet yang diumumkan. Saya nak sentuh tentang jawatan Timb Menteri Pelajaran iaitu YB Mary Yap Kain Ching. Beliau adalah MP Tawau dan merupakan Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Beliau bukan sahaja seorang yang beragama Kristian, yang tidak menjadi isu pun kerana negara ini negara berbilang bangsa dan agama bahkan seorang mubaligh (Missioney Christian) bahkan Presiden kpd Sekolah Mubaligh Kristian. Cuma saya hendak mengajak adek-adek (mungkin memujuk lebih tepat) yang sering menbangkitkan tentang ancaman Kristianisasi kpd saya. Hati hati dalam menyokong gagasan politik tertentu kerana ia akan menjayakan agenda Kristian di negara kita, tulis mereka. Nah! Sekarang bagaimana? Saya bukan hendak memulangkan paku buah keras. Tetapi inilah akibat dari berfikir dalam kerangka teori konspirasi. Kita dah ingatkan proses demokrasi Pilihanraya bukan hendak menjayakan agenda Kristian, atau agenda plural, liberal, LGBT, atau agenda kaum Cina, agenda DAP. Pilihanraya adalah proses untuk memilih kepimpinan negara bagi memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang lebih baik untuk masyaarakat sipil (civil). Sekarang seorang Presiden mubaligh Kristian dilantik menjadi Timb Menteri Pelajaran. Apakah beliau akan menggunakan kedudukannya untuk menjayakan agenda Kristian di sekolah-sekolah? Sebagai seorang rakyat yang rasional saya tidak berfikir seperti itu. Beliau walaupun Presiden Persatuan Sekolah mubaligh Kristian (yang melahirkan paderi, nun dan sisters) akan menghormati Perlembagaan Malaysia dan akan menjaga sensitiviti umat Islam dan orang melayu di negara ini. Bagi anda yang risau tidak berpenghujung terhadap agenda Kristianisasi ini, anda akan terus dicengkam oleh rasa kebimbangan. Nak undi PR serbasalah,undi BN ini pula jadinya! Jadi selepas ini asingkan isu pilihanraya dengan isu menangani ancaman Kristianisasi. Jangan campur adukkan. Nak tangani ancaman Kristian, bagunkan agenda dakwah. Nak tangani agenda liberal dan plural atau LGBT bangunkan agenda dakwah. Ini adalah sedutan dari mesy meja bulat yang di pengerusikan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Disember yang lalu yang dihadiri oleh YB Mary Yap: ------------------------------ "Muhyiddin berkata sekolah mubaligh tidak akan diketepikan dan akan menikmati keistimewaan yang sama seperti sekolah kebangsaan. "Sekolah mubaligh melaksanakan kurikulum kebangsaan dan oleh itu, ia diberikan status yang sama," kata Yap. Beliau berkata, Muhyiddin juga yakin sekolah mubaligh akan terus menerima pembiayaan untuk penyelenggaraan bangunan dan program pembangunan profesional. Ketika membentangkan Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf sekolah mubaligh. Yap berkata: "Kami amat berterima kasih kepada Muhyiddin dan Tan Sri Bernard Dompok, yang menyelaraskan mesyuarat " Sumber: Hafidzi Mohd Noor | ||||
Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat Posted: 16 May 2013 07:49 AM PDT
SHAH ALAM: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis. Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam. "Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya. Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment