CELAH GELEGAR |
- [TERKINI, 5.20PM 15 MEI] SENARAI BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013
- Husam boikot majlis Nik Aziz
- [KABINET BARU] Biar jadi aset, jangan jadi liabiliti
- [PANAS] Pelakon Eina Azman Minta Ibu Pelakon Afiq Muiz Mohon Maaf, Kesal dikaitkan Konflik Keluarga Afiq
- [BOIKOT] Gabungan NGO Islam ajak boikot produk pentingkan keuntungan Semata-mata
- [MALAYSIAKINI] NGO Melayu gesa BOIKOT perniagaan dimiliki Cina
- [GEREJA KHALIMAH ALLAH] Jati mahu polis siasat laman web dan Facebook siar iklan gereja guna kalimah Allah
[TERKINI, 5.20PM 15 MEI] SENARAI BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013 Posted: 15 May 2013 02:56 AM PDT BALANCED CABINET Berikut senarai Kabinet baru bagi penggal 2013-2018 yang SEBENAR berdasarkan sidang media Datuk Seri Najib jam 5.20 petang 15 Mei 2013: Press Releases
Pejabat Perdana Menteri BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013 PERDANA MENTERI: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) TIMBALAN PERDANA MENTERI: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) JABATAN PERDANA MENTERI: MENTERI: (1) YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO) (2) YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013) (3) YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA (SENATOR) (4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS) (5) YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO) (6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB) (7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS) (8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR) TIMBALAN MENTERI: (1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO) (2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR) MENTERI KEWANGAN: (1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) (2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO) MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI: (1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) (2) MENTERI II: YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO) (3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS) (4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC) (1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO) MENTERI PENGANGKUTAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU) (2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO) (1) MENTERI : YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB) MENTERI KERJA RAYA: (1) MENTERI : YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO) MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO) MENTERI LUAR NEGERI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO) MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: (1) MENTERI : YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO) (1) MENTERI : YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO) MENTERI SUMBER MANUSIA: (1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO) MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: (1) MENTERI : YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB) MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: (1) MENTERI : YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO) MENTERI BELIA DAN SUKAN: (1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC) (1) MENTERI : YB DATO' SERI SUBRAMANIAM (MIC) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO) MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR) MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO) MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: (1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO) MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: (1) MENTERI : YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO) MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS) MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI: (1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO) MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: (1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB) MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: (1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO) PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI) TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN JUMLAH 57 JAWATAN JUMLAH KEMENTERIAN 24 JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI) JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG Berikut senarai Kabinet baru bagi penggal 2013-2018 yang menjadi bahan spekulasi di dalam banyak laman web: Perdana Menteri (Menteri Kewangan) Datuk Seri Najib Tun Razak Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan) Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Datuk Seri Idris Jala Datuk Ahmad Maslan Menteri Kewangan Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Pelajaran Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Menteri Kerja Raya Datuk Seri G Palanivel Menteri Kesihatan Datuk Wee Ka Siong Menteri Belia Dan Sukan Dato Ahmad Shabery Cheek Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S Subramaniam Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Noh Omar Menteri Perdagangan Dan Industri Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shafie Afdal Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi Datuk Fadillah Yusof Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mahazir Khalid Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Datuk Joseph Salang Gandum Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Datuk Noriah Kasnon Menteri Penerangan Dan Komunikasi Khairy Jamaluddin Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Johari Abdul Ghani | ||||||||||||
Posted: 15 May 2013 01:48 AM PDT
Tindakannya tidak menghadiri majlis yang tamat pada pukul 1 petang itu menimbulkan tanda tanya memandangkan beliau merupakan antara orang kesayangan bekas Menteri Besar itu. Tindakan itu menggambarkan Husam masih berkecil hati dan kecewa kerana tidak tersenarai sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan terus mengambil tindakan memencilkan diri. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau tidak nampak kelibat Husam pada majlis tersebut. "Husam tidak nampak pun pada majlis ini. Kita jemput semua, wakil rakyat, pemimpin-pemimpin Pas dan yang membuat jemputan Unit Sumber Manusia, kita hadir sahaja," katanya. Pada majlis berkenaan, Nik Aziz menyerahkan dokumen tugas jawatan Menteri Besar baharu kepada penggantinya, Datuk Ahmad Yaakob. Ditanya mengenai Husam, Mohd. Amar berkata, adalah satu situasi yang biasa apabila seseorang berasa tidak puas hati terhadap sesuatu keputusan atau tindakan oleh pihak lain. "Tidak berpuas hati merupakan perkara biasa dan bagi kita, benda ini tidak pelik. Ia bukan masalah. Isunya di sini adalah Istana Kelantan tidak berkenan. Menteri Besar pun sudah jelaskan, jadi itulah jawapannya sama ada kita puas hati atau tidak, itulah kenyataannya. "Kalau hendak angkat sumpah mesti depan Tuanku, kalau Tuanku tidak setuju, sesiapa pun tidak boleh. Perkara ini sudah jelas," katanya. Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas yang dibangkitkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Mohd. Amar berkata, Pas telah membuat pendirian tidak akan adakan perbincangan dan kerjasama dengan UMNO. Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat pendirian dan ia disokong oleh ahli Pas yang senada dengan keputusan itu. | ||||||||||||
[KABINET BARU] Biar jadi aset, jangan jadi liabiliti Posted: 14 May 2013 07:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Barisan kabinet Kerajaan Persekutuan yang bakal diumumkan Rabu haruslah kompeten, kredibel dan konsisten. Menurut penganalisis politik, Norizan Sharif, ini penting kerana tanpa tiga perkara tersebut individu yang dilantik itu akan menjadi liabiliti kepada Perdana Menteri. Ujar beliau, ketiga-tiga perkara tersebut merupakan faktor yang menyumbang kepada 'trust in government' atau kepercayaan kepada kerajaan. Katanya, isu kepercayaan atau kebolehpercayaan masyarakat terhadap kerajaan akan menjadi cabaran yang besar kepada barisan kabinet yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. "Isu yang paling besar ialah Datuk Seri Najib harus selesaikan dengan barisan kabinet ini kebolehpercayaan atau kepercayaan kepada kerajaan," kata Norizan dalam sesi temuramah Agenda Awani malam tadi. Menurut beliau, masyarakat sekarang pada keseluruhannya tidak lagi percaya kepada kerajaan berbanding masyarakat pada zaman 1960an. "Sebab itu saya mengatakan bahawa dalam konteks di UK, US, Australia dan banyak negara lain… dia bertukar-tukar kerajaan kerana dia tak puas hati," kata beliau. Selain itu Norizan berpendapat, sesiapa sahaja yang berada dalam kabinet harus merupakan aset kepada Perdana Menteri. Namun jika individu itu merupakan bagasi, dia berkemungkinan akan berhadapan dengan banyak isu. Menyentuh tentang ciri-ciri kabinet yang bakal diumumkan, selain mampu mendokong transformasi yang di bawa oleh Najib, faktor-faktor seperti kaum, geografi (Sabah dan Sarawak), generasi muda, hirarki serta meritokrasi juga harus diambil kira. Beliau juga mencadangkan agar saiz kabinet dikecilkan kepada hanya 10 kementerian supaya menjadi lebih mudah untuk mencari individu yang layak. "Sebab itu saya mengatakan bahawa kalau kabinet itu dikecilkan sabenarnya lebih mudah untuk mencari orang yang layak berbanding dengan 40 orang menteri yang dicari itu. Dan ini yang saya sebutkan antara sebab mengapa kabinet itu harus dikecilkan supaya proses mencari yang terbaik itu menjadi tidak terlalu sukar," tambah Norizan. Perdana Menteri dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, pada 12 tengah hari nanti bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baharu. Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis. Barisan kabinet baru itu dijangka satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk menjayakan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib. Muka baru dari Sabah dan Sarawak juga disebut akan mengisi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet berikutan pendirian MCA dan Gerakan tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan. | ||||||||||||
Posted: 14 May 2013 06:21 PM PDT Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 18, kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis. "Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri. "Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari," ujarnya ketika ditemui di sidang media, di sini, Selasa. Eina berkata demikian ketika mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di mStar Online pada Selasa yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap Afiq. Jelas Eina, dia sebaliknya sering menasihatkan Afiq agar sentiasa mendahulukan keluarga dan berbincang masalah dalaman keluarga mereka secara baik. "Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan. "Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja," katanya. Sementara itu, ibu kepada Eina, Amy Roshaida Abdul Rafel, 46, berharap ibu pelakon lelaki tersebut menerima kembali anaknya dan tidak memanjangkan hal itu. "Sebagai seorang ibu, saya memahami situasi dan perasaan dia tapi pada saya, dia perlu berbincang sebelum mendoakan keburukkan anaknya kerana baik dan buruk doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah. "Saya berharap dia terima kembali anaknya dan memaafkan segalanya," katanya. Dia turut kesal kerana perkara tersebut turut melibatkan Eina dan secara tidak langsung memburukkan nama keluarga mereka. "Sebagai ibu saya turut terasa jika mereka tuduh anak saya kikis dan kurang ajar dan Eina baru bertapak dalam industri tetapi macam-macam pula kontroversi yang kena pada dia," katanya. Mengulas tentang hubungan pasangan pelakon yang dikatakan sedang hangat bercinta, katanya, pasangan itu hanya sebagai kawan rapat dan tidak lebih daripada itu. "Selama ini saya diam orang bercakap mereka bercinta, tapi sebenarnya mereka kawan rapat dan saya tahu Afiq banyak kongsi masalah dengan Eina dan saya sendiri. "Dia minta pendapat saya sebagai orang tua bagaimana untuk selesaikan masalah keluarganya dan saya nasihatkan dia agar balik kepada keluarga kerana buruk baik seorang ibu, syurga itu tetap dibawah tapak kakinya," ujarnya. Tambahnya, Eina masih muda dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan baru mula membina kerjayanya. | ||||||||||||
[BOIKOT] Gabungan NGO Islam ajak boikot produk pentingkan keuntungan Semata-mata Posted: 14 May 2013 09:01 AM PDT KUALA LUMPUR 14 Mei - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu rakyat negara ini memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka bukan mahu bersifat rasis memboikot produk-produk berkenaan, namun sudah sampai masanya rakyat sedar dan bangkit. Kebanyakan produk yang diboikot itu kata Nadzim, turut tidak selamat untuk dimakan dan ini tidak disedari masyarakat. "Selama 50 tahun sebagai contoh, kerajaan memberikan monopoli kepada sebuah syarikat yang membekalkan tepung, namun selepas diberikan kepada syarikat Melayu/Islam, mereka kata mereka dianiaya. "Adakah mereka dianiaya? Selama selepas merdeka siapa yang kaya? Bukan Melayu yang kaya, namun kita tidak pernah mempersoalkannya. Kenapa bangsa lain nak mempersoalkannya pula?" dakwanya dalam satu sidang akhbar di Jalan Tun Ismail, di sini hari ini. Dalam pada itu Nadzim berkata, pemboikotan yang dilakukan terhadap beberapa produk itu juga mengambil kira kepentingan kesihatan rakyat negara ini. "Ada produk yang kita kesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan dan tidak ramai yang tahu mengenai perkara berkenaan," katanya. Setakat ini, ada lima produk yang akan diboikot oleh gabungan NGO Islam dan akan ditambah dari semasa ke semasa. Senarai penuh produk yang diboikot oleh NGO-NGO Islam itu boleh didapati dengan melayari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di www.ppim.org.my Laman web PPIM sudah tidak boleh diakses ketika ini mungkin ada kaitan kempen boikot ini, namun celahgelegar berjaya mendapatkan senarai daripada laman Facebook. SENARAI BARANGAN CINA dan SEKUTU DAP 1.Tepung Gandum Cap Sauh 2.Sri Murni Minyak Masak 3.Sri Murni Nugget 4.Sri Murni Telur 5.Marina Nugget 6.Marina Tuna 7.Aminah Hassan Sos Cili 8.Aminah Hassan Sos Tomato 9.Aminah Hassan Bihun 10.Roti Massimo 11.PowerRoot Extra 12.PowerRoot Ginseng Tongkat Ali 13.PowerRoot Hani Kurma Madu Dates 14.PowerRoot Ali Café 15.PowerRoot Per'L Kacip Fatimah 16.PowerRoot Oligo Malt 17.PowerRoot 9spot Isotonic 18.PowerRoot Ali Tea 19.PowerRoot Oligo Cereal 20.Malta 21.NutriMalt (Halal, tapi dalam dibuat dalam kilang CarlsBerg) 22.Teh Cap Masjid 23.Teh Guru Cap Masjid 24.Pau Ahmad 25.Old Town White Coffee 26.Pasaraya EconSave 27.Pasaraya KK mart 28.Pasaraya 99 SpeedMart 29.Pasaraya EconMart 30.Pasaraya Hero 31.Pasaraya TMC 32.Minyak Knife 33.Minyak Buruh 34.Minyak Naturel 35.Minyak Daisy 36.Drinho ALL DRINKS 37.Isomax Isotonic 38.HomeSoy 39.Farm Crows Butter 40.Bihun Orang Kampung 41.Bihun Jati 42.Starbucks Cofee 43.Kenny Rogers Roaster 44.Papa John's Pizza 45.Wendy's Hamburger 46.Krispy Kreme 45.Sports Toto SENARAI BARANGAN MILIK ORANG ISLAM YANG WAJIB KITA TOLONG / BELI.. 1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary) 2. Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary) 3. Minyak Masak Tiara (FELDA) 4. Minyak Masak Saji (FELDA) 5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA) 6. Susu Manis Cair Saji (FELDA) 7. Magge Sajimee Saji (FELDA) 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA) 9. Marjerin Pelangi (FELDA) 10. Sos Cili Pelangi (FELDA) 11. Sos Tomato Pelangi (FELDA) 12. Jem Peanut SunBear (FELDA) 13. Sardin Agromas 14. Sardin Pertima 15. Kopi Hang Tuah 16. Bihun Sufi 17. Mi Kuning Sufi 18. Kuey Teow Sufi 19. Garam Sufi 20. Sos Lada Hitam Sufi 21. Sos Cili/Tomato Sufi 22. Kicap Masin/Manis Sufi 23. Tepung Goreng Sufi 24. Minyak Masak Sufi 25. Telur Cap Sufi 26. Ubat gigi Najwa 27. Ubat gigi Halagel 28. Garam Halagel 29. Tepung gandum Cap Bidara 30. Tepung gandum Faiza 31. Jus minuman Safina 32. Syampoo D'herbs 33. Mydin 34. MyMart (kedai keluaran Mydin) 35. Bihun Kampung | ||||||||||||
[MALAYSIAKINI] NGO Melayu gesa BOIKOT perniagaan dimiliki Cina Posted: 14 May 2013 08:36 AM PDT Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara. Sambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar". Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal. Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina. Nadzim bagaimanapun berkata boikot itu buat masa ini ditujukan kepada lima syarikat sahaja kerana dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan seharian jika dilakukan secara besar-besaran. "Kalau kita boikot semua mungkin kita pun tak dapat meneruskan kehidupan," katanya. Rezeki ditentukan Tuhan Ditanya tentang kemungkinan kempen itu menjejaskan mata pencarian orang Melayu yang bekerja dengan perniagaan terbabit, Nadzim menegaskan rezeki ditentukan Tuhan dan orang Melayu perlu "membuang keraguan mereka pada Allah". "Kalau dua tiga syarikat (sahaja diboikot), tak ada masalah. "Rezeki Allah nak bagi. Kita mahu orang Melayu jangan bertanya (perkara ini) lagi, kita buangkan keraguan kita pada Allah," ulasnya. Beliau turut menyeru orang Melayu agar terus memperkukuh kedudukan ekonomi mereka agar terus dihormati oleh orang-orang Cina. "Ini undang-undang alam, kalau kita lemah, kita miskin orang tak hormat kita. "Kalau orang Cina tak hormat kita kerana kita lemah, itu satu kebiasaan," katanya. Antara ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1Malaysia itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, dan Majlis Belia Palestin Malaysia. Malaysiakini sedang menghubungi syarikat yang dimaksudkan NGO berkenaan untuk maklum balas. Sumber: Malaysiakini SENARAI BARANGAN CINA dan SEKUTU DAP 1.Tepung Gandum Cap Sauh 2.Sri Murni Minyak Masak 3.Sri Murni Nugget 4.Sri Murni Telur 5.Marina Nugget 6.Marina Tuna 7.Aminah Hassan Sos Cili 8.Aminah Hassan Sos Tomato 9.Aminah Hassan Bihun 10.Roti Massimo 11.PowerRoot Extra 12.PowerRoot Ginseng Tongkat Ali 13.PowerRoot Hani Kurma Madu Dates 14.PowerRoot Ali Café 15.PowerRoot Per'L Kacip Fatimah 16.PowerRoot Oligo Malt 17.PowerRoot 9spot Isotonic 18.PowerRoot Ali Tea 19.PowerRoot Oligo Cereal 20.Malta 21.NutriMalt (Halal, tapi dalam dibuat dalam kilang CarlsBerg) 22.Teh Cap Masjid 23.Teh Guru Cap Masjid 24.Pau Ahmad 25.Old Town White Coffee 26.Pasaraya EconSave 27.Pasaraya KK mart 28.Pasaraya 99 SpeedMart 29.Pasaraya EconMart 30.Pasaraya Hero 31.Pasaraya TMC 32.Minyak Knife 33.Minyak Buruh 34.Minyak Naturel 35.Minyak Daisy 36.Drinho ALL DRINKS 37.Isomax Isotonic 38.HomeSoy 39.Farm Crows Butter 40.Bihun Orang Kampung 41.Bihun Jati 42.Starbucks Cofee 43.Kenny Rogers Roaster 44.Papa John's Pizza 45.Wendy's Hamburger 46.Krispy Kreme 45.Sports Toto | ||||||||||||
Posted: 14 May 2013 07:21 AM PDT SHAH ALAM - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) petang tadi membuat satu laporan polis meminta pihak berkuasa itu menyiasat sebuah laman web dan laman sosial Facebook yang menyiarkan sekeping gambar iklan yang mempunyai mesej sebuah gereja menggunakan kalimah Allah. Bendahari Jati, Noor Azizan Abdul Majid berkata, laman web yang mempunyai alamat www.necf.org.my yang dipercayai milik sebuah gereja National Envangelical Christian Fellowship (NECF) beralamat di No. 32, Jalan SS2/103, Taman Sea, Petaling Jaya dekat sini. Menurut beliau, pada laman sosial Facebook milik Malaysia My Home pula didapati telah menyiarkan sekeping gambar iklan yang mempunyai mesej daripada penganut Kristian yang menggunakan perkataan dan kalimah Allah. "Saya melihat laman web dan Facebook itu ketika berada di pejabat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pukul 9.45 pagi tadi. "Saya lihat penggunaan kalimah Allah di dalam gambar tersebut adalah bertentangan dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam 1988) dan Perlembagaan Persekutuan Artikel 11," katanya pada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment