CELAH GELEGAR |
- [JANGAN FITNAH] Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail) BUKAN LETAK JAWATAN TAPI BERSARA WAJIB Pada 17 Mei 2013
- [GAMBAR, TERKINI] Mahasewel DEMO bawa replika keranda, tuntut ketua SPR undur
- [DINAFIKAN HAK OLEH PAKATAN HARAM] 'Kami bukan Bangla', MEREKA GENGSTER Negara
- Wujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan
- [RESULT PRU13] ANWAR KESEORANGAN : Kit Siang TIMBANG Wakil Dlm Kerajaan, Azmin Mahu Nepotisme Dlm PKR DIBUANG
- [KENAIKAN HARGA ROTI GARDENIA] FITNAH Pembangkang TERBONGKAR
- [BANTAH KHALID JADI MB] Azmin Ali MUNGKIN LETAK JAWATAN
| Posted: 10 May 2013 02:18 AM PDT | ||||
| [GAMBAR, TERKINI] Mahasewel DEMO bawa replika keranda, tuntut ketua SPR undur Posted: 10 May 2013 02:08 AM PDT Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13. Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang. Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard. Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis "PRU 13 adalah yang paling kotor" mereka turut melaungkan "Tukar SPR" dan "Anak muda mahukan keadilan". Turut kelihatan juga ialah kira-kira 10 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan. Sementara itu, dalam ucapan selepas memorandum diserahkan kepada pegawai perhubungan awam SPR, Safwan berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan respon terhadap tuntutan mereka.
| ||||
| [DINAFIKAN HAK OLEH PAKATAN HARAM] 'Kami bukan Bangla', MEREKA GENGSTER Negara Posted: 09 May 2013 07:03 PM PDT
Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu. Pengalaman mengundi kali pertama Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidupnya. "Ini kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10 tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat mengundi. "Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan itu," katanya. Katanya, kumpulan itu terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru. "Beberapa hari sebelum mengundi, MyKad saya patah dan saya buat yang baru. Bila mereka tengok, terus naik angin dan menghalau saya. "Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada saya. Puas saya menafikan, tapi tidak diendahkan. Saya cuba mengawal emosi saya kerana tidak mahu kejadian tidak baik berlaku tetapi ada yang bertindak menendang dan memukul dada saya," katanya. Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas. "Selepas membuat laporan, saya kembali ke tempat pengundian, tetapi, perkara sama berlaku. Kerana tidak mahu terlepas peluang, saya diiringi beberapa pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi," katanya. Suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir ini berharap kejadian ini tidak akan berlaku pada masa akan datang. "Janganlah menilai seseorang daripada paras rupa sahaja. Buat masa ini saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil. "Apa yang akan saya buat nanti, bukan mahu mengaibkan sesiapa, cuma memberi kesedaran terhadap mereka sahaja," katanya. Dalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti 'Mat Bangla'. Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi. Adiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. "Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya. "Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi," katanya. Katanya, abangnya tidak sangka kejadian itu melanda dirinya kerana itulah pertama kali abangnya mahu mengundi. "Kami dalam proses menyaman pihak terlibat," katanya. Katanya, tindakan tersebut bukan kerana wang, tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak bertindak sedemikian. "Memang wajah kami ini tak macam orang Melayu lain, kerana kami ini keturunan campur. Tapi kami warganegara Malaysia yang sah. Jangan lihat pada paras rupa. Kami sudah tinggal di Rawang lebih 20 tahun," katanya. | ||||
| Wujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan Posted: 09 May 2013 06:07 PM PDT KUALA LUMPUR 9 Mei - Persatuan Pengilang dan Industri Pekhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) menyeru kerajaan agar mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang dimansuhkan sebelum ini. Presiden PPIPBM, Datuk Ab. Rahim Abu Bakar berkata, ini penting dalam memberi kemudahan terus kepada usahawan-usahawan yang sebelum ini dijadikan 'bola' ketika ingin mendapatkan khidmat nasihat. "Mungkin kerajaan sebelum ini mempunyai alasan tertentu dalam memansuhkan kementerian tersebut, namun bagi kami peniaga, eloklah kementerian itu diwujudkan semula. "Kalau tidak, kami akan jadi haru biru lagi disebabkan tidak tahu nak ke mana, ada yang kata kena ke MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), ada yang kata kena ke koperasi (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) akhirnya kami pening. "Kementerian Pembangunan Usahawan merupakan tempat kami berbincang dan mendapatkan khidmat nasihat, tetapi selepas dimansuhkan, kami hilang punca. Kena ingat, usahawan sederhana merupakan mereka yang majoriti, mereka perlu dibantu," katanya dalam sidang akhbar pasca-Pilihan Raya Umum ke-13 di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ab. Rahim turut berkata, dalam masa terdekat, persatuan akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyampaikan amanat ahli-ahli persatuan. Dalam pertemuan itu menurut beliau, mereka akan menyampaikan beberapa maklum balas termasuk merayu kepada kerajaan untuk menilai semua polisi yang membabitkan usahawan bumiputera. Untuk rekod, PPIPBM mempunyai 1,500 ahli serta 2,000 ahli bersekutu | ||||
| Posted: 09 May 2013 04:25 PM PDT Anwar: 'Rakyat berhak tuntut kemenangan dirampas' Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakikatnya kemenangan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah satu pembohongan secara terang-terangan. "Sebenarnya kemenangan anda telah dicuri daripada anda. Bagaimana ia boleh diterima? Mereka yang tidak boleh menerima kekalahan dan terpaksa melakukan penipuan itu untuk kekal berkuasa. Tegasnya, beliau akan terus membantah penipuan dan tindakan menafikan kemenangan parti pembangkang merupakan sesuatu yang memalukan dalam sistem demokrasi di negara ini. Perhimpunan "Blackout 505" di Stadium Kelana Jaya, semalam yang disertai oleh ratusan ribu penyokong PR dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum berhimpun untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap kezaliman dan penipuan pemerintah. Kit Siang: DAP terbuka kepada cadangan mengenai perwakilan Cina dalam kerajaan Sungguhpun Anwar masih mengamuk dan meracau serta menghasut rakyat agar bangkit menentang keputusan PRU13, Lim Kit Siang dan Azmin dilihat masing-masing boleh menerima keputusan PRU13 dengan hati terbuka. Lim Kit Siang tidak menoleh kebelakang lagi malah katanya DAP terbuka kepada syor dan cadangan mengenai keperluan perwakilan Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons kepada perkara itu kemudian. "Kami (akan) beri masa kepada mereka untuk mengemukakan semua cadangan," katanya pada sidang akhbar di sini semasa diminta mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan. Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam temuramah dengan akhbar Sin Chew semalam juga berkata DAP boleh mewakili kepentingan masyarakat Cina di peringkat kerajaan persekutuan. Lim berkata: "Biar mereka kemukakan semua cadangan, kemudian kami akan beri respons." "Kami akan tunggu dan lihat," katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu. Azmin Ali: 'Saya mahu selamatkan PKR' Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara terbuka mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu pembangkang menerima realiti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali berkata beliau tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat. Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas. "Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." kata Azmin dalam laman Twitternya. Beliau turut dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13 Ahad lepas. "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal. Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima. "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat. | ||||
| [KENAIKAN HARGA ROTI GARDENIA] FITNAH Pembangkang TERBONGKAR Posted: 09 May 2013 10:35 AM PDT Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah. Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain. Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza. GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah. Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada "kwik-lok" dan/ atau semua pembungkus produknya. Harganya adalah tetap. Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya. Sumber rujukan : http://gardenia.com.my/blog-bm/?p=64 | ||||
| [BANTAH KHALID JADI MB] Azmin Ali MUNGKIN LETAK JAWATAN Posted: 09 May 2013 06:20 AM PDT PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu. Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok). Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor. Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas. "Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." kata Azmin dalam laman Twitternya. Beliau turut dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13 Ahad lepas. "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal. Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima. "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat. Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Azmin gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab. Pada pilihan raya umum lalu, Azmin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi. Azmin memperoleh 54,827 undi sementara pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Rahman Ismail mendapat 50,093 undi . |
| You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




















No comments:
Post a Comment