BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! CERITA SEBENAR LIM KIT SIANG NAK SANGAT JOHOR TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 05 May 2013 12:00 PM PDT


Sekiranya tiada yang membocorkan maklumat ini pasti ramai yang tidak menyedari akan krisis dalaman yang berlaku di dalam DAP sebuah parti 'ultra kiasu' yang begitu tebal mengamalkan sikap perkauman.Namun pendedahan yang dilakukan oleh bekas pimpinan DAPSY Shen Yee Aun,baru-baru ini agak mengemparkan.Ini kerana menurut Syen,walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman.Parti ultra kiasu itu ketika ini dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba 'bunuh-membunuh' antara satu sama lain.Satu kem dikatakan pro kepada Penasihat DAP,Lim Kit Siang dan satu lagi dikatakan menentang penguasaan ahli parlimen Ipoh Timur yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh 'Dinasti Lim' di dalam parti tersebut. 

Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya tidak mampu mengekalkan kuasa untuk anaknya.Ramai pemimpin DAP dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng yang dilihat tidak mesra,kuku besi dan biadap.Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan terlalu kurang ajar dengan pemimpin 'senior' DAP yang mencantas pengaruh mereka di kawasan, apabila cuba meletakkan 'orang baru' bagi mengantikan mereka.Ekoran tindakan itu,beberapa pemimpin di peringkat negeri telah mula melancarkan serangan secara senyap bagi menolak kepimpinan Guan Eng di dalam DAP sebagai tanda bantahan.Antara kepimpinan negeri yang dimaksudkan ialah Dr Boo Cheng Hau (Johor),Sim Tong Hin (Melaka),Teng Cheng Kim (Selangor) dan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham (Perak). Malah keputusan Kit Siang untuk bertanding di kerusi Gelang Patah, Johor dibuat atas faktor untuk mengukuhkan penguasaan Guan Eng. Ini kerana sebelum ini sokongan dan pengaruh Cheng Hau di katakan agak kuat di Johor dan permusuhannya dengan Guan Eng amat merisaukan Kit Siang. 

Tidak cukup dengan itu,keputusan Cheng Hau untuk meletakkan jawatan di dalam DAP sebelum ini turut dikaitkan dengan pertelingkahan ini.Sebagai tindak balas,pengerusi DAP Johor itu telah meminta rakan sekutunya Norman Fernandez untuk mengeluarkan kenyataan yang agak keras dengan mengatakan undi DAP bukan Pas.Kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan bagi menimbulkan kemarahan ahli Pas agak mengambil keputusan menolak Kit Siang di Gelang Patah.Dengan kehadiran Kit Siang di Johor diharapkan mampu membunuh populariti Cheng Hau sekaligus memastikan penguasaan 'Dinasti Lim' di dalam DAP berkekalan.Selain daripada itu,Kit Siang juga turut menghantar macainya,Kulasegaran untuk menyerang Nga dan Ngeh.Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melalui twitternya tidak lama dahalu mengatakan Ngeh sebagai pengamal rasuah. Malah ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut,Kit Siang secara terbuka turut mengakui wujud masalah dalaman di dalam kepimpinan DAP Perak.Penghijrahannya untuk bertanding di Johor diharap dapat membantu menyelesaikan apa jua pertikaian antara pemimpin parti itu di negeri ini.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! CERITA SEBENAR KEPALA PECAH,DITERAJANG DAN DITUMBUK DALAM KEJADIAN FLASHMOB IPOH TERBONGKAR !!!

Posted: 05 May 2013 05:00 AM PDT


tu diaaa.semalam kejadian flashmob puak PR mengatakan pemuda UMNO yang mulakan dulu.sedapnya mulut mereka bercakap.kononnya pemuda UMNO gangster dan membelasah puak PR.ok,kita lihat video di bawah siapa yang mulakan dulu.adakah puak PR atau pemuda UMNO sendiri


APA KATA ANDA ??? 

SEBARKAN VIDEO INI 

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PUAK PR MAIN KASAR DI SELANGOR !!! HALANG WARGANEGARA MALAYSIA MENGUNDI !!!

Posted: 05 May 2013 03:00 AM PDT


Seorang lelaki tempatan dihalang untuk mengundi di Dewan Serbaguna Bt 17,Rawang oleh sekumpulan individu kerana menyangka dia adalah pengundi hantu hanya kerana memiliki nama dan mempunyai paras rupa yang mirip seperti warganegara asing,pagi tadi.Mangsa,Tajudeen N.Anver Bacha,50 yang berasal dari Perak berkata,beliau yang tiba di perkarangan dewan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,ditahan dan dimarahi oleh kumpulan terbabit sebelum ditendang oleh seorang daripada mereka tanpa sempat menjelaskan salah faham berkenaan.Beliau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh Tajudeen di Balai Polis Rawang kerana merasakan hak beliau sebagai rakyat Malaysia dihalang.

Di lokasi berhampiran,seorang lelaki kelahiran Selangor turut menerima nasib yang sama apabila dia dihalang untuk mengundi oleh beberapa individu di SRJK(C) San Yuk Bt 17,Rawang,kira-kira jam 10 pagi tadi Niaz Ahmad Mohamad Zubir,35 yang disangka pengundi hantu itu walau bagaimanapun berjaya meloloskan diri dari kumpulan berkenaan dan sempat membuang undi sebelum diherdik dan ditendang oleh kumpulan yang sama sejurus selesai menjalankan tanggungjawab beliau.Dia yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Rawang. 

gambar di atas menunjukkan Tajudeen N.Anver Bacha ditemuramah oleh pihak media berhubung insiden yang berlaku kepada beliau.

INILAH SIKAP PUAK PR !!! 

MACAM NI KER NAK PERINTAH NEGARA ???

PR YANG NAK SANGAT BERSIH !!!

AKHIRNYA PUAK PR SENDIRI YANG BUAT HAL !!!

APA CERITA NI ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! 2 PELAKON BANGLA DITAHAN DAN MENGAKU DIBAYAR RM250 !!!

Posted: 05 May 2013 01:32 AM PDT


3 lelaki warganegara Malaysia ditahan pihak Polis bersama 2 orang warga Bangla tadi di Lembah Pantai dipercayai cuba mencetuskan kekecohan.Hasil siasatan pihak Polis keatas kenderaan yang digunakan satu unit camera dan satu unit video camera.Turut dirampas satu unit laptop.Suspek 3 lelaki yang ditahan bersama 2 orang bangla itu dipercayai cuba memanipulasi hari pengundian hari ini dengan mewujudkan cerita bangla mengundi bagi pihak BN.Kesemua suspek dibawa ke balai Polis bagi siasatan lanjut.Maklumat awal diperolehi bangla yang terlibat dalam lakonan pengundian palsu dibayar rm250 setiap seorang. 

tu diaaa.Patut lah kecoh sana sini,rupanya puak PR yang buat benda ni semua nak wujudkan kekecohan dalam internet.Bangsat betul lah puak PR ni.Mentang mentang dah tahu mereka akan kalah.Memang kurang ajar lah mereka ni.Pesanan kepada semua.Jika jumpa van ataupun kenderaan yang meragukan sila laporkan pada pihak Polis berhampiran.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! BUKTI MILO SUAM DIBAYAR OLEH RAFIZI LEMBU DIDEDAHKAN !!!

Posted: 04 May 2013 10:00 PM PDT


Pakatan memang lantang memperjuangkan kebebasan bersuara.Malangnya,Pakatanlah yang kerap menghalang & mengherdik mereka yang mengamalkan kebebasan bersuara.Tindakan cybertroopers Pakatan terutamanya Red Bean Army naungan DAP mengherdik dan membuli penyokong-penyokong BN adalah contoh betapa mereka sendiri tidak menghormati kebebasan bersuara orang lain.Mereka adalah golongan hipokrit paling besar di alam maya.Blogger Milo Suam yang ditahan polis di bawah OSA juga dikatakan menerima bayaran dari Rafizi Ramli & PKR.Dia yang sebelum ini ditahan berhubung penyiaran dua artikel beserta gambar,dokumen rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya,baru-baru ini.Dua artikel itu adalah berhubung penyiaran satu dokumen rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, baru-baru ini. 

Lelaki berusia 29 tahun atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman itu ditahan di pekarangan sebuah pasar raya di Setia Alam,Klang,pada pukul 12.07 tengah malam.Penyiaran artikel pertama bersabit perutusan polis berhubung pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 6 Mac lalu.Kes disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana dokumen yang disebarkan diklasifikasikan sebagai rahsia.Sementara satu lagi yang bersabit laporan dari Balai Polis Jalan Tun Razak pula disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.bukan perkara baru untuk pemimpin PR membiaya blogger bagi meningkatkan imej mereka di dunia siber,sedagkan pada hakikatnya mereka setakat cakap berhabuk.Hanya pandai mencipta isu dan memporak perandakan negara tanpa mengambil kira konteks keseluruhan demokrasi menjadi punca mereka begitu taksub membantu pemimpin mereka.Blogger-blogger itu juga dibayar dengan jumlah yang besar bagi memastikan mereka terus kekal berkhidmat dan tidak berpaling tadah.Fitnah-fitnah terus dicipta untuk menipu rakyat sedangkan berita yang disalurkan mereka adalah palsu dan tempeelan semata-mata.Tanpa fakta,blogger seperti ini akan menghina,mencaci dan membuat dakwaann tidak berasas ketika menyerang BN demi memastikan penyalur dana terus membeerrikan dana untuk mereka.Begitu mudah menjadi blogger PR,cukup dengan skill kuat menipu dan berbohong serta mencipta fitnah baru,mereka akan diupah untuk berkhidmat kepada pemimpin mereka dan apabila disiasat,mereka akan mendakwa Malaysia tidak menjalankan prinsip demokrasi secara keseluruhannya.Namun ketika memfitnah mereka tidak pernah pun fikir semua itu,apatah lagi menjaga batasan agama.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PERINGATAN UNTUK PENGUNDI !!! PERUSUH AKAN PAKAI BAJU BN !!!

Posted: 04 May 2013 07:00 PM PDT


Taktik PR untuk merusuh telah pun diketahui ramai.Mereka memulakannya dengan provokasi seperti membelasah penyokong BN serta 'menyerang' bilik-bilik gerakan BN dengan harapan BN akan bertindak balas sehingga terjadinya ketegangan.Semalam,terdedah lagi satu taktik mereka memasang bendera-bendera kecil berwarna-warni di beberapa tempat di seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan Selangor.Difahamkan ia merupakan pelan logistik himpunan ke arah rusuhan.Selain itu,saya juga sudah mengetahui pelan Anwar Ibrahim untuk melarikan diri ketika rusuhan berlaku dan terdapat tiga negara pilihannya iaitu Amerika,Australia atau satu lagi negara yang masih 'agak' rahsia.Sebelum semua ini terdedah, saya juga telah terlebih dahulu mendedahkan hujah-hujah mereka dalam berkempen,seperti mencari seorang yang menyerupai Anwar di Thailand untuk membuktikan bahawa bukan Anwar di dalam video aksi dengan China Doll.Namun,taktik itu terpaksa dibatalkan kerana 'mamat Thai' tersebut jauh terlalu muda untuk diyakinkan sebagai orang di dalam video.Dua tiga minggu sebelum itu pula,para blogger telah terlebih dahulu menyatakan bahawa Anwar akan mengeluarkan surat dari Ulama tersohor Yusuf Qardawi bagi membuktikan konon beliau mendapat sokongan ulama. 

Dan ternyata,Anwar benar-benar mengikut skrip dan surat itu pun dikeluarkannya semalam tetapi hari ini telah dibuktikan sebagai ditulis oleh anak Ulama itu tanpa kelulusan bapanya.Kali ini,satu lagi taktik PR terdedah iaitu bahawa mereka telah pun menempah 10,000 baju T berlogo Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh.Tujuannya adalah untuk memburukkan BN,sekali gus memudahkan huru-hara dicetuskan dengan terlebih dahulu berlakon untuk bergaduh dengan penyokong mereka yang lain.Mereka menjangka,pergaduhan itu akan merebak dan 'menjangkiti' penyokong BN dan penyokong PR yang lain.Selalunya yang diupah untuk melakukannya adalah dari kalangan samseng dan juga anak-anak muda yang terkapai-kapai mencari arah tujuan yang langsung tidak memahami motif mereka di upah atau apakah kesan dari tindakan mereka.Sangka mereka ia adalah satu keseronokan dan mungkin juga perjuangan.Dengan itu,saya menyeru kepada ibubapa agar menasihati anak muda agar jangan mudah terikut-ikut dengan hasutan untuk membuat huru-hara.Di masa yang sama, kita ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar berfikir lebih panjang sebelum terpengaruh dengan apa-apa juga kekecohan yang berlaku di depan mata kita sepanjang pilihanraya.Jangan mudah melatah jika melihat pergaduhan,sebaliknya laporkan kepada pihak berkuasa untuk untuk mengambil tindakan.Jangan jayakan segala perancangan huru-hara pembangkang.Biarkan mereka terjerit-jerit dan terlompat-lompat sesama sendiri. Jalankan tanggungjawab dan hak anda untuk mengundi dengan tenang hari ini.

RENUNG-RENUNGKAN


BREAKING NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! NURUL IZZAH SABOTAJ JENTERA AZMIN ALI !!!

Posted: 04 May 2013 04:00 PM PDT


Ketika semua parti-parti politik membuat pecutan terakhir menuju pilihanraya,Nurul Izzah pula membuat pecutan terakhir untuk menyelamatkan dirinya dari ditendang oleh Azmin Ali.Menurut sumber,malam semalam,Nurul Izzah telah menghantar sekurang-kurangnya 20 orang untuk 'berkempen' agar tidak memberi undi kepada Azmin di DUN Bukit Antarabangsa.Arahannya berbunyi lebih kurang seperti berikut,biar Azmin menang di Parlimen Gombak tak apa,tetapi jangan dimenangkan di DUN.Telah menjadi pengetahuan umum bahawa sakit hati Nurul Izzah kepada Azmin dan keluarga kerana melukakan hati ibunya sudah tidak dapat dibendung lagi.Ibunya sendiri,Wan Azizah langsung tidak mampu bertentang mata dengan Azmin kerana terlalu sedih mengenangkan Anwar lebih sayangkan lelaki itu suami isteri,berbanding isterinya yang sah.Sebelum ini,Anwar lebih awal mengumumkan Wan Azizah tidak bertanding,tetapi kemudiannya,Nurul Izzah telah bertindak menafikannya. 

Ketiadaan Wan Azizah beberapa lama sehingga ramai tertanya-tanya ke manakah sang Presiden walaupun kempen telah bermula,membuktikan bahawa Anwar benar-benar lebih menyayangi Azmin dari Azizah.Justeru,sebagai seorang anak 'solehah',Nurul Izzah mengatur langkah sendiri untuk menjatuhkan kekasih bapanya itu.Beliau tidak sanggup melihat Azmin menjadi Menteri Besar dan seterusnya 'membunuh' semua orang dari kem ibunya.Nurul Izzah perlu menyekat kemaraan Azmin yang nampaknya sudah begitu melampau akibat terlalu dimanjakan oleh Anwar.Pada pilihan raya umum 2008, Azmin berjaya memenangi kerusi Parlimen Gombak menewaskan saingan calon dari BN,Said Anuar Said Ahmad.Beliau mendapat undian sebanyak 40,334 undi dengan majoriti undi adalah sebanyak 6,867.Manakala,bagi kerusi Dun Bukit Antarabangsa,Azmin menerima undian sebanyak 11,731 undi menewaskan calon BN,Haslina Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.Kali ini, Azmin akan berhadapan dengan Mohamad Nadzim Bin Ibrahim dari BN iaitu seorang peguam dan juga setiausaha syarikat dan nampaknya sebelum berhadapan dengan Mohd Nadzim, Azmin perlu terlebih dahulu berhadapan dengan Nurul Izzah.saya pasti,jika Anwar mendapat tahu berita ini, tentu beliau bertambah pening dengan anak perempuannya ini.Mana tidaknya,sudahlah kerusi sendiri hampir pasti akan terlepas, bukannya Izzah hendak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kerusinya, tetapi hendak dipastikan pula agar kerusi orang lain turut terlepas sama.

Bagaimanapun,kita faham bahawa Anwar tidak boleh marah kerana beliaulah yang membentuk kedua-duanya iaitu Izzah dan juga Azmin.Kedua-dua personaliti ini menjadi begitu rakus kerana berpegang teguh kepada kepimpinan melalui tauladan.Kerakusan telah menyebabkan Nurul Izzah sering bertindak sembrono.Beliau sebelum ini turut cuba memerangkap kerajaan agar mendedahkan maklumat pertahanan kepada dunia.Malah,kerana tidak berfikir sebelum bercakap, beliau juga telah mentafsir ayat mengenai kebebasan beragama sebagai bermaksud Umat Islam juga berhak menukar agama.Tindakan ini ternyata memakan dirinya dan juga parti.Nurul Izzah juga turut mendedahkan kebodohannya apabila cuba mengulas dan menyerang kerajaan dalam isu Lahad Datu.Dari rakaman youtube ceramahnya,Nurul Izzah yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin negara ini sebenarnya langsung tidak tahu mengenai sejarah pasukan keselamatan mahupun tugas-tugas mereka sekarang.Rupa-rupanya selama ini Nurul Izzah menyangkakan yang kerja pasukan Cawangan Khas adalah untuk mencari orang hilang ??? Dan dalam tempoh berkempen ini,Nurul Izzah buat kerja bodoh lagi apabila cuba mempertikai dakwat kekal yang diperjuangkan partinya. Susah payah beliau merakam orang mencuci jari setelah mengundi tetapi akhirnya,orang itu sendiri mendedahkan bahawa Nurul Izzah telah memerangkapnya. 

saya faham bahawa penyokong-penyokong PKR akan mempercayai apa saja,tetapi tidakkah Nurul Izzah sendiri merasa malu dengan taktik bodoh ini ??? Telah kita beritahu dahulu bahawa dakwat kekal hanya digunakan di negara-negara dunia ketiga dan Malaysia tidak perlu berbalik ke belakang kerana kita punya cara yang lebih canggih dari itu.Namun,PR sanggup berdemonstrasi memperjudikan nasib dan nyawa penyokongnya demi dakwat kekal.Maka,bagi mendiamkan Nurul Izzah dan Ambiga, SPR pun bersetuju untuk menggunakan sistem itu disamping sistem sedia ada. Tetapi, kini Nurul Izzah dan juga Ambiga ingin menentang dakwat kekal pula.Benarlah kata orang,apabila slogannya ialah 'lawan tetap lawan',maka tentulah mereka akan terus melawan walaupun tiada apa yang perlu di lawan.Sebelum terus berlawan,mungkin Nurul Izzah perlu melihat dulu apa yang bakal dilawannya.Beliau kini berhadapan dengan Datuk Raja Nong Chik yang cukup dekat dengan rakyat. Pada tahun 2008, Izzah mengatasi Shahriazt sebanyak 2,895 undi daripada 56,650 pengundi. Kali ini, jumlah pengundi Lembah Pantai adalah 72,533 yang mana sebahagiannya disangkakan Izzah sebagai 'pengundi hantu'.Bagaimanapun, Izzah tidak lagi memainkan isu ini setelah pengundi tersebut sendiri tampil memberitahu Izzah bahawa mereka adalah 'manusia dan bukan hantu'.Mungkin Izzah telah menyedari bahawa beliau tidak akan mampu melawan Raja Nong Chik, maka kerana itulah beliau pun menghalakan senjata ke arah Azmin Ali semata-mata untuk menepati slogan 'lawan tetap lawan'.Apapun,kita doakan semoga pengundi Lembah Pantai dan juga pengundi Bukit Antarabangsa bijak membuat pilihan.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...