BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! #PRU13 !!! GULING KERAJAAN !!! TUNKU ABDUL AZIZ MEMBELASAH ANWAR IBRSHIM KAW-KAW !!!

Posted: 22 May 2013 08:30 AM PDT


Sabtu lalu,bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Dalam dakwaan Tunku Aziz,seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.Namun,hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut.Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP,tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak. 

Ini kerana,jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara.Sekali gus,ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.Dalam pada itu,dua parti komponen PR iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut.Tetapi,Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayub berkata,parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.Menurutnya,Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.Malah,Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas,Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran,bukannya melalui ledakan di jalan raya. 

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya ??? Itu adalah gopoh.Fikirkan kemenangan melalui kesabaran.Kesabaran adalah kunci yang membuka.Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook.Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.Nampaknya,hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya.Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini.Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil,namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HATTA WAHARI SEMAKIN BIADAP !!! APA CERITA NI ???

Posted: 22 May 2013 05:00 AM PDT


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari sejak menyertai parti 'ultra kiasu' DAP dilihat semakin berjaya meresapi ideologi dan mentaliti pembangkang yang gemar berpolitik di jalanan.Namun amat malang baginya apabila demonstrasi yang dianjurkan itu GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan apabila hanya dihadiri oleh ahli DAP itu sahaja.Dia yang pada mulanya berhasrat untuk meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan akhbar arus perdana Utusan Malaysia, muncul untuk beberapa minit sahaja di hadapan premis syarikat itu.Namun,insiden tersebut mengundang reaksi negatif mereka yang berada di tempat kejadian apabila,Hatta selaku PENGANJUR dan KETUA DEMO tidak dapat menahan rasa malu telah menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangan Utusan yang 'menyambut' kehadirannya.

Menurut rekod,Hatta adalah merupakan bekas kakitangan Utusan yang dipecat kerana di dapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang cenderung menyokong ideologi pakatan pembangkang.Malah beliau juga sebelum ini pernah mengugut akan mendedahkan kepada umum identiti sebenar 'Awang Selamat'.Berbalik kepada isu menunjukkan isyarat lucah tadi,sebagai seorang yang berpendidikan dan kononnya mempunyai maruah diri,dia sepatutnya tidak melakukan perkara sedemikian.Ini secara tidak langsung menunjukkan pemikiran yang sempit serta sikap tidak profesional yang wujud dan membelenggu dirinya.Tak ubah seperti orang yang 'gila talak'.Sedangkan secara rasionalnya,jika benar terdapat rasa tidak puas hati, Hatta boleh menyuarakan perkara tersebut dengan cara yang lebih berhemah dan beradab.Syukur kakitangan Utusan mempunyai tahap mentaliti yang tinggi,kalau tidak meriah juga aktiviti demonstrasi petang kelmarin. 

Sebagai seorang yang telah terjun ke kancah politik,dia seharusnya menunjukkan sikap orang yang mempunyai sahsiah diri yang baik serta tidak menjatuhkan maruah sendiri dan agama.Orang politik akan bergaul dengan segenap lapisan masyarakat dan sikap yang kurang rasional dan tidak profesional boleh mendatangkan impak negatif.Tetapi,inilah cara politik pembangkang,mereka lebih selesa gunakan kekerasan dan menunjukkan kebodohan masing-masing bagi mencapai kepuasan yang diingini.Kalau dapat diubah,mesti lebih cantik corak perjalanan politik negara yang mewujudkan satu persaingan yang sihat.Kalau beginilah gayanya pembangkang,memang tidak jauh perginya.Untuk menggantikan kerajaan sedia ada,haruslah menjadi yang lebih baik.Kalau orang-orang seperti Hatta Wahari ini yang dikumpul PR,memang buruk lah pakatan sampai bila-bila dan tidak akan wujud daya persaingan yang sihat.Biarlah bodoh sedikit,asal tinggi budi pekertinya.Kerana dengan adab yang tinggi,banyak ilmu yang dapat dipelajari.Kawan pun senang untuk dicari.Cuma satu menjadi kemusykilan ialah,sejak ahli DAP ini dipecat dari Utusan,dia yang sebelum ini hanya memakai kereta cabuk,dilihat semakin bergaya dengan kereta mewah.Persoalannya dari mana sumber kewangan tersebut diperoleh ????

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KEJAYAAN TAWAN GUNUNG #EVEREST !!! BUKTI KEHEBATAN WARGA FELDA TERSERLAH !!! PUAK PR ???

Posted: 22 May 2013 01:30 AM PDT


Misi Everest-Felda 2013 yang melibatkan tujuh pendaki telah berjaya diselesaikan apabila 5 dari 7 pendaki tiba di puncak tertinggi iaitu 8,848 meter dari paras laut,pada jam 10.15 pagi,21hb Mei 2013.Pendakian ini sekali gus meletakkan satu rekod baru dalam sejarah pendakian gunung tertinggi itu oleh rakyat Malaysia kerana diketuai oleh seorang wanita Islam termuda iaitu Siti Hanisah Sharuddin yang berusia 23 tahun. Ekspedisi ini dianjurkan oleh Kelab Ekplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda serta mendapat tajaan dari Felda dan Felda Global Ventures Holding (FGVH).Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) sedang melaksanakan Projek Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai atau lebih dikenali sebagai 7 Summit's Expedition dalam usaha meletakkan nama Malaysia dalam peta pendakian dunia.Selain Gunung Everest,Program 7 Summit's Expedition ini melibatkan pendakian ke Gunung Everest, misi pendakian yang lain adalah Gunung McKinley (Benua Amerika Utara), Gunung Kilimanjaro (Benua Afrika), Gunung Elbrus (Benua Eropah),Gunung Aconcagua (Benua Amerika Selatan),Gunung Vinson Massif (Benua Antartika) dan Gunung Casztern Pyramid (Benua Oceanic). 

Misi kali ini lebih menarik kerana ia melibatkan anak-anak Felda secara langsung,di mana 4 dari mereka dibentuk untuk menjadi pendaki utama dengan objektif jangka panjang untuk melahirkan Everest Speaker & Motivator.Secara keseluruhannya,misi ini membuktikan kebolehan anak-anak Felda untuk menyahut cabaran serta merealisasikan impian.Walaupun Felda sering dirujuk sebagai kawasan yang 'jauh ke dalam' di mana warganya dikatakan mempunyai pergaulan dan pandangan yang terhad,tetapi itu tidak bermakna yang mereka tidak mampu untuk menguasai dunia.Segalanya mungkin dengan azam dan usaha.Mendaki puncak tertinggi seperti Everest memerlukan bukan sahaja kecerdasan fizikal tetapi mental dan yang lebih penting ialah keupayaan mengawal diri dalam menerima cabaran selain fokus dan tekad untuk menyelesaikan apa yang telah dirancang dan diusahakan.Bak kata orang yang bijaksana,yang penting bukan apa yang ada di puncak atau apa yang ada di sebalik gunung.Tetapi,pendakian itulah ganjarannya.Melalui satu ekspedisi yang begitu mencabar minda dan tenaga mampu menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik.Ini kerana,ia mendedahkan kita bukan sahaja kepada ragam dan karenah orang di sekeliling kita yang turut tertekan dan tercabar oleh keadaan,tetapi juga kita akan belajar mengenali diri sendiri melalui cara kita mengendalikan situasi selain dapat menilai tahap kekuatan diri.Semua ini merupakan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian selain menjadi pedoman di masa depan.Oleh itu,kejayaan anak-anak Felda menawan Everest bukanlah satu pencapaian yang bersifat sementara, sebaliknya ia merupakan 'tanda aras' mengenai kemampuan sebenar anak-anak Felda yang sewajarnya setanding dengan jenama 'Felda' itu sendiri iaitu sebuah organisasi gergasi bertaraf dunia.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM PANIK !!! DOKUMEN DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU AKAN DIDEDAHKAN ???

Posted: 21 May 2013 10:00 PM PDT


Anwar semakin pening kepala dan panik apabila Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Zahid Hamidi berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'.Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu,Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.Apa yang lebih menarik,maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis,malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. 

Berdasarkan laporan tersebut,polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah.Polis,tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara.Bukan sahaja rakyat,tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah,Yong Teck Lee turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu,didedahkan.Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya,adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. 

Selepas dibebaskan dari penjara,Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri.Anwar harus kembali ke pangkal jalan,bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.Anwar perlu sedar,sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan,yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau.Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul ??? Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau.Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! SAH !!! DAP TIDAK TELUS !!! APA CERITA NI ???

Posted: 21 May 2013 07:00 PM PDT


Pembangkang berkata bahawa PRU-13 lalu adalah tentang perubahan,maka suka saya menyatakan bahawa mereka berkata benar.Sedar atau tidak,kita semua sedang meniti perubahan itu.Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat.PRU-13 membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya.PAS kini tahu siapa DAP,DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya.Kerajaan juga kini sedar siapa kaum Cina tak kira DAP,MCA atau Gerakan dan Cina juga kini tahu siapa Melayu PAS,Melayu UMNO dan Melayu PKR.Cuma yang mungkin masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hitam sambil menganga mendengar Anwar berucap membawa harapan 'Ketuanan Cina'. 

Kita biarkan anak-anak Cina produk SJKC itu terus percaya apa yang mereka ingin percaya kerana mereka bukannya bijak sangat untuk diajak berbicara.Namun,dengan 'perubahan' yang berlaku ini,inilah diseru agar semua pihak yang bijak, waras dan matang agar berhenti dari menjadi hipokrit.PAS tidak perlu lagi berpura-pura berjuang demi Islam,PKR tidak perlu berpura-pura berjuang demi keadilan dan DAP tidak perlu berpura-pura berjuang demi ketelusan.UMNO dan MIC juga tidak perlu lagi berpura-pura percaya kepada kepura-puraan MCA dan Gerakan.Ayuhlah kita semua berjuang atas kebenaran yang sebenar-benarnya.Hari ini,BN sudah pun mula bekerja dan PAS sudah pun mengambil keputusan untuk 'senyap' sahaja.PKR bagaimanapun,memilih untuk menafikan kekalahan dan terus berlawan dan yang masih belum pasti hala tujunya adalah DAP.Di kala pemimpin DAP yang menang PRU sudah mengangkat sumpah dan menafikan menyokong himpunan haram,anak muda Cina totok DAP pula terus berhimpun bersama Anwar/PKR menentang keputusan PRU. 

Oleh itu,apa yang dapat kita simpulkan ialah,mungkin masih tiada arahan rasmi dari Tokong Lim kepada anak-anak Cina totok ini untuk meninggalkan Anwar di pentas keseorangan.Mungkin DAP sebenarnya masih mengharapkan Anwar dapat melakukan sesuatu untuk menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat ini.DAP kini sedang bergelut dengan kebangkitan orang-orang Melayu yang sudah 'mengenali' mereka.Rata-rata,ancaman mereka dengan menggunakan label 'rasis' terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka tidak lagi berjaya.Malah,ugutan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang juga sudah tidak dipedulikan lagi.Ini kerana,setiap kali mereka menuduh orang lain rasis,setiap kali juga sikap rasis mereka terserlah semakin jelas.Sikap DAP ini tidak ubah seperti sikap Yahudi yang melabel sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan Zionis merampas tanah Palestin sebagai rasis dengan merujuk kepada peristiwa 'holocaust'.Sedangkan,semuanya hanyalah lakonan untuk menutup agenda jahat mereka sendiri.Taktik yang sama juga diguna oleh DAP dan ianya terbukti apabila Karpal Singh menyuruh bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Aziz agar menutup mulut dan tidak mendedahkan 'rahsia' DAP.Hakikat bahawa DAP sedang berahsia dengan rakyat amatlah menarik kerana parti tersebutlah yang paling lantang melaungkan 'ketelusan' seolah-olah mereka melakukan segala-galanya secara terbuka dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan.

Justeru,apabila Karpal mengakui bahawa DAP mempunyai 'rahsia',segala hipokrasi DAP pun terbukti.Tidak cukup dengan itu,Karpal juga mengugut akan mengambil tindakan ke atas Tunku Aziz sekiranya 'rahsia' itu didedahkan kepada umum.Apa yang pasti, 'rahsia' DAP itu tentulah bukan sesuatu yang baik untuk rakyat.Jika tidak,kenapa DAP perlu merahsiakannya ??? Jadi,saya ingin bertanyakan kepada Karpal Singh,di manakah ketelusan yang dilaungkan DAP,jika parti sendiri penuh dengan rahsia ??? Dan di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan DAP jika sesiapa yang bersuara akan disaman,didenda,diugut dan diancam ???  Sebagai sebuah parti politik yang berazam untuk menjadi pemerintah, DAP tidak wajar berahsia dengan rakyat.Lebih-lebih lagi jika DAP ingin terus melaungkan ketelusan dan kebebasan dalam perjuangannya.Seperti yang dikatakan di atas,politik Malaysia sedang mengalami perubahan di mana kita semua kini bermain atas landasan 'berterus-terang' selaras dengan matlamat kita untuk menjadi negara maju.Jika DAP masih memilih untuk berpura-pura baik,telus,bersih dan tidak rasis maka DAP akan ketinggalan dalam arus politik semasa sedangkan semua orang tahu sudah siapa DAP yang sebenarnya.Sudah sampai masanya kita semua berkata benar dan berani mempertahankan apa yang kita anggap benar itu serta biarkan rakyat memilih sendiri 'kebenaran' manakah yang mereka mahukan.Lagipun,bukankah DAP juga yang melaungkan 'ubah' ??? Justeru,saya menyeru DAP agar berubahlah dengan berkata benar.Ada berani ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! GRO HADIAH KEMENANGAN PR DI SELANGOR ???

Posted: 21 May 2013 04:00 PM PDT


kelmarin,sekumpulan anggota polis dari IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Setia Alam dan berjaya menahan 5 orang wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO).Penangkapan kelima-lima GRO warga Thailand ini bersama-sama 32 pengunjung yang leka diulit layan seksual sekali gus membuktikan Bandaraya Shah Alam yang suatu ketika dulu bersih dari kegiatan maksiat sebegini,kini sudah tidak seperti dulu lagi.Serbuan itu dilakukan selepas hasil risikan selama 24 jam selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan maksiat di premis tersebut.Premis hiburan itu yang suatu ketika diumumkan oleh Kerajaan Selangor hanyalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti muzik ternyata benar-benar sudah berubah menjadi pusat maksiat seperti dibimbangi ramai sebelum. 

Dulu di waktu zaman pemerintahan BN premis sebegini agak sukar untuk ditemui disebabkan keseriusan Kerajaan Negeri melakukan serbuan demi serbuan untuk membasminya.Tapi semenjak PR berkuasa di Selangor suasana sudah banyak berubah barangkali kerana ia dilihat sebagai penyumbang utama untuk kantung Kerajaan Negeri.Barangkali inilah hadiah penuh makna bagi para pengundi di Selangor khususnya bagi penyokong PR apabila wujudnya premis sebegini yang pastinya akan terus bercambah dari masa ke semasa sama seperti kewujudan rumah urut di hampir setiap Seksyen di Shah Alam.tempat siapa tu ??? patutlah ramai yang meroyan bila Datuk Zul Noordin jadi calon untuk BN.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...