BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! #PRU13 !!! APA ERTI KEJUJURAN UNTUK PAKATAN PEMBANGKANG ??? NAK TAHU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 May 2013 05:00 AM PDT


Di hujung sebuah kampung tinggallah sepasang suami isteri,Pak Aziz dan Mak Jijah.Pak Aziz seorang yang jujur dan ikhlas yang bekerja sebagai penebang pokok.Pada suatu pagi keluarlah dia menebang pokok yang berdekatan dengan sungai dan setelah beberapa kali menetak batang pokok itu,kapaknya telah terjatuh ke dalam sungai.Semasa beliau berfikir untuk turun menyelam,tiba-tiba keluar seekor ikan pari-pari dari sungai tersebut bersama-sama sebilah kapak emas dan bertanya samada kapak itu kepunyaan Pak Aziz.Lalu dijawab oleh Pak Aziz bahawa kapak emas itu bukan miliknya.Ikan pari-pari tadi menyelam lagi dan muncul pula dengan sebilah kapak perak dan Pak Aziz juga menjawab kapak perak itu juga bukan miliknya. 

Sekali lagi ikan pari-pari itu menyelam dan timbul dengan kapak Pak Aziz.Pak Aziz gembira dan berkata itulah kapak milik beliau.Lalu ikan pari-pari itu berkata: "Tuan hamba seorang yang jujur jadi ambo berikan kapak emas dan perak itu kepada tuan hamba sebagai hadiah".Pak Aziz amat gembira dan pulang menceritakan kejadian tersebut kepad isterinya.Keesokan harinya Mak Jijah ingin juga pergi melihat tempat kejadian semalam dan semasa Pak Aziz sedang menebang pokok tersebut,tiba-tiba Mak Jijah tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai dan tenggelam.Pak Aziz amat terkejut dan menangis memikirkan bagaimana dia boleh menyelamatkan isterinya yg tercinta.Tiba-tiba ikan pari-pari yang menolong Pak Aziz semalam muncul dari dalam sungai dan membawa bersama-sama seorang gadis secantik 'Nealoffa' naik ke tebang sungai seraya bertanya Pak Aziz adakah ini isteri beliau ??? Pak Aziz terus mengiyakan bahawa gadis itu adalah isteri beliau. 

Mendengar jawapan Pak Aziz itu ikan pari-pari tersebut menjadi amat marah lalu berkata : Aku mengenali kamu sebagai seorang yang jujur tetapi mengapa kali ini kamu menipu ??? Pak Aziz menjawab : Aku ini jujur dan tidak berniat utk menipu kamu wahai pari-pari.sekiranya aku menjawab gadis ini bukan isteri ku nescaya kau akan menyelam semula lalu membawa gadis secantik 'Lisa Suriani' pula.Bila aku menjawab bukan maka barulah kamu akan membawa isteriku yg sebenarnya dan akhirnya kamu memberikan kesemua mereka kepada aku.Bahagiakah hidup aku apabila Mak Jijah ini cemburukan madu-madu dia ??? 

Begitulah jika kita kaitkan dengan PAS.PAS telah pun kecewa apabila PKR telah membelakangninya.Dalam segala tindakan PKR tidak merujuk kepada PAS,tetapi sebaliknya PKR akan berbincang dengan DAP dulu,barulah kataputus di beritahu kepada PAS.Sebab itulah kita melihat sekarang ini PAS terkontang kanting,terkapai-kapai kerana cemburu dengan pakatannya yang selalu bermain di 'belakang' PAS...

RENUNG-RENUNGKAN

GEWMPAR !!! #PRU13 !!! #BLACKOUT505 !!! ANWAR IBRAHIM KENA BELASAH DENGAN OBAMA ???

Posted: 17 May 2013 10:00 PM PDT


surat diatas telah tersebar di semua blog sejak semalam.saya nak tanya juga kepada pembaca Badut Rakyat.betul kerr apa yang terkandung dalam isi surat ni ??? kalau betul padan muka anwar ibrahim.muahahaha

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PAS HARUS KELUAR DARI PAKATAN !!! ANDA SETUJU ???

Posted: 17 May 2013 07:00 PM PDT


"Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu,Pas keluar PR!".Itulah antara kata-kata yang dituturka oleh Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menegaskan,parti itu akan keluar dari pakatan pembangkang sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.Penegasan tersebut dibuat pada Februari lalu, di hadapan hampir 10,000 penyokong PAS yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno Ke-7 (PGU 7.0) di Banggol Peradong,Kuala Nerus.Jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya ini,PAS sewajarnya mengotakan janjinya sebelum ini dengan keluar dari pakatan pembangkang kerana ia jelas telah merugikan Melayu dan Islam di dalam parti itu.Kerjasama politik atau diistilahkan PAS sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP jelas gagal memperkasakan Melayu dan Islam itu sendiri. 

Pada 2 Mei lalu,beberapa hari sebelum PRU13,kepimpinan pusat PAS sudah meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan boleh mengusulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini.Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib berkata,perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti. "Sebaik sahaja pilihan raya berakhir,kita akan menyelesaikan perkara ini.Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang," katanya.Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah sebanyak 66 kerusi dan menang 23 kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2013, jumlah yang ditandingi parti itu meningkat kepada 76 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 21 kerusi sahaja.Berbeza dengan Umno,jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 2013 adalah sebanyak 88, iaitu pertambahan sebanyak 10 kerusi daripada keputusan pilihan raya 2008. Terdapat petunjuk jelas di sini, Umno masih lagi relevan dikalangan sebahagian besar masyarakat Melayu berbanding PAS yang semakin merosot sokongan.

Kerajaan Perpaduan 

Idea Abdul Hadi pada 2009 mengenai pembentukkan kerajaan perpaduan perlu dinilai semula kerana ianya dilihat mampu untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda demi kebaikan rakyat dan negara.Jika dahulu ada pihak yang berpendirian bahawa cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan PAS,tetapi kini sudah jelas terbukti kerjasama PAS dalam Pakatan juga tidak memberi sebarang manfaat kepada parti itu.Perbincangan dan kajian mendalam perlu dibuat oleh kedua-dua parti untuk merungkai kekusutan yang berlaku dalam politik negara,lebih-lebih lagi kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang mula dicabar dan diganggu gugat pihak tertentu.Kekalahan beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan telah membuka satu dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu.Malah,tindakan Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V yang tidak merestui Naib Presiden PAS,Datuk Husam Muda dilantik semula sebagai exco juga mengejutkan. 

Menurut Menteri Besar Kelantan yang baru,Ahmad Yaakob berkata nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan. "Nama Husam atas sekali,yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya,ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah,jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya.Selain hilang Kedah,PAS turut kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan,iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN pada pilihan raya lalu.Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah keikhlasan semua pihak dan pemimpin Melayu harus buktikan mereka juga boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen politik demi mempertahankan maruah agama dan bangsa.Kerajaan perpaduan dilihat mampu mewujudkan satu landskap politik baru dengan pembentukan satu kerjasama yang ikhlas untuk kestabilan negara. Muzakarah diantara Umno dan PAS yang sudah lama terhenti perlu diadakan semula untuk mencapai matlamat itu.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #BLACKOUT505 !!! KARPAL SINGH MEMBANTAI ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!

Posted: 17 May 2013 04:00 PM PDT


FIRST TIME IN MY LIFE,I RESPECT KARPAL SINGH FOR HIS STAND ON BLACKOUT 505 !!! THAT IS GOOD STATEMENT AND THIS IS THE WAY KARPAL SINGH !!!

Karpal Singh,Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang kelmarin bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.Katanya,sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.Sebaliknya,Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13). 

"Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan Pakatan Rakyat walaupun saya sendiri dari barisan pembangkang.Negara ada undang-undang.Yang kita berani tentang,kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yang melibatkan manusia sebagai mangsa,saya berundur diri.saya tidak mahu masuk campur," kata Karpal Singh. 

Menurut Karpal Singh lagi,rakyat sekarang sudah dapat melihat siapakah yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam HIMPUN HITAM 505.Sedangkan pada masa yang sama,para pemimpin utama PAS seperti menjauhkan diri daripada Anwar Ibrahim,sekaligus memberi isyarat bahawa PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar Ibrahim yang sudah terdesak untuk menyelamatkan batang tengkuknya daripada tali gantung kerana kes Lahad Datu.Karpal Singh turut mengulas kenyataan pengasas ASAL BUKAN UMNO (ABU),Haris Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan kekerasan atas alasan porses PRU13,hampir dua minggu lepas,tidak telus dan tidak jujur. "Saya minta kerajaan bertindak dengan segera terhadap pemimpin pembangkang yang keras kepala ini," ujar Karpal Singh lagi.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...