BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! BN PERLU UTAMAKAN NEGERI YANG DIMENANGI !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! LIM KIT SIANG DAH JAWAB ARTIKEL @UMONLINE "APA LAGI KIT SIANG MAHU" !!! MEH BR JAWAB !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ANAK CINA SANGGUP MATI KERANA ANWAR IBRAHIM UNTUK HIMPUNAN #BLACKOUT505 !!!
- HOT NEWS !!! ISU RASUAH !!! SPRM BERTINDAK PROFESIONAL !!! PR PULA MACAM 'AYAM BERTELUR RIUH SEKAMPUNG' !!!
- KANTOI !!! #PRU13 ANWAR IBRAHIM BAKAL DITANGKAP KERANA ISU #LAHADDATU ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! SEKOLAH VERNAKULAR KILANG RASIS ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! 81 PERATUS RAKYAT MALAYSIA DESAK ANWAR IBRAHIM BERSARA !!!
EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! BN PERLU UTAMAKAN NEGERI YANG DIMENANGI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 May 2013 12:00 PM PDT PRU-13 sudah dua minggu berlalu dan BN yang kembali menerajui Kerajaan Pusat telah pun menamakan anggota kabinetnya,sementara setiap negeri baik yang dimenangi BN mahu pun pakatan pembangkang juga sudah selesai upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri.Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13,sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR.Di sebalik semua itu,kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri.Bila bercakap perihal kemenangan,kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.Lantaran itu,BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini.Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki.Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan.Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya.Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua ??? Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa.Justeru itu,apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua ??? Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 16 May 2013 08:30 AM PDT Penasihat DAP,Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu " yang disiarkan dalam Utusan Malaysia,telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.Lima perkara tuntutan yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah : 1) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil 2) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi 3) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan terutama dalam konteks perundangan dan hukuman 4) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara 5) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik. Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan BN yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja ??? Untuk mencari kebenaran,pandanglah dengan mata burung jarang melihat dunia seperti katak di bawah tempurung.Kerajaan BN yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR,yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan,DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP,PKR dan PAS. Persoalan Pertama : Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan,apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 2008 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini ??? Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk Pulau Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP Atau,adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di Pulau Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi ??? Persoalan Kedua : Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil,sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang.Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah.Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman.Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak.Sebaliknya yang sering mencabar perlembagaan biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T. Persoalan Ketiga : Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T ??? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja ??? Dalam hal pendidikan pula,sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI,tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan. Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP ??? Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen aggresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR,siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang.Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini,bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat ??? Persoalan Keempat : Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti,sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim ??? Persoalan Kelima : Akhir sekali,pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik,tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya,pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP.Beranikah Kit Siang menafikannya ??? KEPADA LIM KIT SIANG !!! ITU JAWAPAN SAYA UNTUK ANDA !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ANAK CINA SANGGUP MATI KERANA ANWAR IBRAHIM UNTUK HIMPUNAN #BLACKOUT505 !!! Posted: 16 May 2013 05:00 AM PDT Himpunan membantah PRU-13 yang diberi nama 'Himpunan 505' terus berjalan walaupun calon-calon yang menang telah pun mula masuk ke pejabat untuk bekerja.Himpunan yang disertai oleh majoriti Cina ini turut mengadakan 'Silent Walk' atau berjalan senyap dengan berbaju hitam konon berkabung atas kematian demokrasi di Malaysia.Jelas sekali anak-anak muda Cina ini bukanlah dari golongan yang bijak.Mereka tidak tahu apa itu demokrasi,mereka tidak tahu apa itu ideologi,mereka tidak tahu sistem pilihanraya, undang-undang,perlembagaan dan apa-apa jua.Kejahilan mereka ini membuatkan saya tertanya-tanya mengenai apakah yang diajar sekolah-sekolah vernakular Cina selain sikap perkauman ??? Jika inilah produk sekolah vernakular,apakah layak kaum Cina mempersoalkan kualiti sekolah kebangsaan ??? Kaum Cina sentiasa menganggap mereka lebih bijak dari Melayu tetapi sebenarnya anggapan itu salah.Melayu cukup bijak malah jauh lebih bijak dari kaum Cina sekiranya mereka memilih untuk menjadi bijak. Ramai dari golongan tua Cina sebenarnya cukup maklum akan hal ini kerana itu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan peluang untuk kaum Melayu maju,dihadkan.Mereka bimbang sekiranya kaum mereka pula yang ketinggalan di belakang.Perlu diingatkan bahawa kaum Cina tidak mempunyai pemikiran seperti Melayu yang santai, enggan bersusah payah dan bahagia asalkan selesa.Sifat semulajadi kaum Cina itu ialah suka bersaing dan amat takut kalah.Pengasingan anak-anak Cina dari kaum lain di peringkat sekolah membuatkan daya pemikiran mereka dengan sendirinya menjadi sehala serta terhad sehingga akhirnya membentuk produk yang tidak berkualiti.Akibatnya,mereka mudah dipengaruhi dan diperalat oleh pihak-pihak tertentu.Hari ini,anda melihat bagaimana mudahnya Anwar Ibrahim memperalatkan anak-anak muda produk sekolah vernakular yang lemah pemikiran ini dengan mengheret mereka ke dalam drama pemberontakan yang dirancangnya sekian lama.Beliau menyogokkan ilusi kononnya rakyat,terutama kaum Cina telah dinafikan hak di bumi Malaysia dan kononnya mereka berhak mendapat lebih lagi dan akan mendapatkannya sekiranya beliau memerintah. Hakikatnya,kita semua tahu bahawa anak-anak Cina ini bukannya menyokong sangat Anwar Ibrahim.Mereka tahu bahawa Anwar hanya diperlukan untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri untuk DAP.Anwar hanya perlu duduk di kerusi itu sebentar sahaja,sementara membolehkan ia 'ditukar-milik' kepada DAP.Sangka anak-anak Cina ini,mereka tentulah bijak kerana berjaya mempergunakan Anwar.Apa yang mereka tidak tahu ialah,Anwar sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan kerusi itu.Untuk apa beliau mengheret mereka ke perhimpunan demi perhimpunan dengan ucapan-ucapan yang semakin hari semakin ganas menghasut dan menaikkan kemarahan mereka ??? Untuk apa ??? Sedangkan rakan-rakan seperjuangannya yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja ??? Anwar sebenarnya sengaja mencabar kerajaan dan Yang DiPertuan Agong secara terbuka.Tujuannya adalah untuk mengumpan pihak berkuasa agar menangkapnya agar anak-anak Cina yang telah 'dirasuk' itu akan marah dan membuat kecoh.Dalam kata lain,anak-anak Cina peserta himpunan itulah benteng,senjata dan sasaran dalam pertembungan dengan pihak berkuasa. Bayangkan,kecederaan atau kematian walau seorang sahaja anak Cina dalam pertembungan itu pasti akan menaikkan kemarahan rakan-rakannya serta kaum Cina keseluruhannya.Ia kemudiannya akan digembar-gemburkan sebagai kekejaman polis dan seterusnya perkauman.Dalam sekelip mata sahaja,pemberontakan dan pertembungan antara kaum akan merebak sebelum anak-anak Cina itu sedar yang mereka telah terperangkap dalam satu permainan yang merbahaya.Inilah yang Anwar mahu iaitu mencetuskan anarki sehingga ia menjadi berita gempar ke seluruh dunia.Berita ini kemudiannya akan dijadikan alasan untuk Anwar memohon bantuan asing,menjatuhkan kerajaan dan akhirnya melantik diri sebagai Perdana Menteri sebelum terpaksa melepaskan jawatan itu kepada DAP.Apapun,tidak mustahil juga yang anak-anak Cina itu sebenarnya cukup tahu akan strategi Anwar dan mereka sendiri rela menjadi kamikaze demi perjuangan ke arah Ketuanan Cina di Malaysia.Jika benar mereka adalah 'pejuang yang sedar dan rela',maka sekiranya anarki benar-benar berlaku,pihak berkuasa wajib dan berhak untuk melayan mereka sebagai pemberontak dan bukannya rakyat yang tidak bersalah. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 16 May 2013 01:30 AM PDT PR dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap agensi pencegahan rasuah kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu.Bagaimanapun,berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh,kerajaan yang dipimpin BN pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan.Melalui NKRA membasmi rasuah,kerajaan meletakkan sasaran kes rasuah akan dapat dikurangkan sekaligus memberikan ketakinan kepada rakyat bahawa agensi ini menjalankan tugas dengan berkesan dan penuh dengan kredibiliti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik mahupun pegangan agama.Mengambil contoh kes Pusat Fidlot Nasional (NFC),Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata bertindak tegas terhadap pelakunya,walaupun umum mengetahui mereka yang terlibat mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi Umno. Ini membuktikan SPRM menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa tekanan atau arahan tertentu daripada tangan-tangan ghaib dalam politik tanah air sekaligus membuktikan mereka menjalankan tugas secara bebas.Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah juga tidak berasas apabila mengaitkan pemimpin tertinggi Umno dengan projek-projek tertentu tanpa bukti kukuh.Malah apabila mereka cuba mendapatkan sokongan dari negara luar seperti Hong Kong juga berkenaan satu-satu kes,pihak berkuasa pencegahan rasuah di sana tidak melayani permintaan mereka kerana terbukti tiada kes untuk difailkan.Ini turut menunjukkan bahawa SPRM bertindak secara professional dan menuruti keperluan seperti yang termaktub dalam NKRA membasmi rasuah yang diketuai oleh Datuk Hisham Nordin. Matlamat utama NKRA ini juga adalah untuk memastikan generasi masa hadapan tidak terbelenggu dengan budaya rasuah yang sudah pasti akan menghancurkan negara.Bagi pembangkang,mereka seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu rasuah di negara ini,tanpa hanya tahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain.Adalah lebih mudah bagi kerajaan mencapai matlamat sifar rasuah dengan bantuan semua pihak,tanpa hanya meletakkan beban di bahu kerajaan semata-mata.Pelbagai langkah telah diusahakan kerajaan dan pihak-pihak terlibat seharusnya memastikan hasrat ini tercapai tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing.Apabila ada sesetengah pemimpin pembangkang dituduh terlibat dengan gejala rasuah,mereka melenting tak tentu pasal,tetapi sebaliknya menuduh kerajaan pula terlibat dengan rasuah tanpa mengemukakan bukti kukuh.Tindakan SPRM menyiasat pendedahan video yang dibuat sebuah agensi dari Australia juga membuktikan efisien mereka terserlah,tanpa mengira fahaman dan ideologi parti sesetengah pihak.Jadi pembangkang seharusnya berfikir dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa penyertaan semua pihak,membanteras gejala rasuah adalah tugas mustahil dan sukar. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #PRU13 ANWAR IBRAHIM BAKAL DITANGKAP KERANA ISU #LAHADDATU ??? WAJIB BACA !!! Posted: 15 May 2013 10:00 PM PDT Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu,poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim.Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang,lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.Tidak mahu menerima realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan Nasional,Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan PRU13.Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang.SPR mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru selesai 5 Mei lalu akan diwartakan pada bulan ini. Setelah ini dilakukan sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang yang tidak berpuas hati atas terhadap keputusan pilihan raya bolehlah membawa aduan mereka melalui proses petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah.Ini adalah proses lumrah yang telah berjalan tanpa sebarang cacat celanya sejak pilihan raya umum pertama negara pada tahun 1959.Jika mana-mana calon mewakili mana-mana parti politik merasakan terdapat unsur penipuan berhubung mana-mana aspek perjalanan pilihan raya dan mempunyai bukti bahawa kekalahannya disumbang oleh sesuatu penyelewengan tersebut,maka ia mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk mengemukakan rayuan atau petisyen terhadap calon yang diisytiharkan menang.Mahkamah lah yang menentukan samada sesuatu petisyen itu mempunyai asas atau sebaliknya.Jika benar penyelewengan telah berlaku dan seseorang calon telah kalah disebabkan kepincangan tersebut,mahkamah boleh memutuskan spaya pilihan raya baru di adakan semula bagi kawasan terbabit. Jika sebaliknya berlaku,petisyen tersebut akan ditolak dan mahkamah akan mengekalkan keputusan kemenangan yang diperolehi calon berkenaan.Bagaimanapun amat pelik sekali apabila Anwar memilih untuk mempersoalkan keputusan SPR bilamana badan itu belum lagi menggazetkan keputusan pilihan raya seperti yang dikehendaki undang-undang.Seolah-olah Anwar mahu mendahului SPR dan pihak mahkamah apabila mendakwa PRU13 merupakan ibu kepada segala penipuan di dalam PRU negara ini.Oleh kerana beliau mendakwa demikian maka pada pandangannya seluruh rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh menyokongnya.Maka diheretnya ribuan penyokong pembangkang ke Stadium Kelana Jaya,Selangor dan kemudiannya Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang.Sehingga kini Anwar melalak terlolong keseorangan diri untuk menegakkan satu perjuangan yang bersendikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya.Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya,kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara. Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut.Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.Anwar,Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara.Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara,Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.Menurut sumber,Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah,Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.tunggu yerrr Anwar Ibrahim dan pemimpin PR yang lain !!!! RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! SEKOLAH VERNAKULAR KILANG RASIS ??? WAJIB BACA !!! Posted: 15 May 2013 07:00 PM PDT Sedar atau tidak bahawa pantang larang paling besar bagi kaum Cina negara ini ialah apabila Sekolah Vernakular disentuh.Malah,tidak keterlaluan jika saya katakan,bahawa mereka meletakkan Sekolah Vernakular sebagai lebih tinggi atau sama 'sucinya' dengan tokong dan berhala mereka.Seolah-olah,tanpa sekolah itu bangsa Cina akan mati atau agama mereka akan hancur.Alasan mereka untuk mempertahankan sekolah tersebut adalah kononnya untuk memastikan budaya,adat dan bahasa ibunda mereka terus terpelihara.Untuk itu,saya ingin memetik tulisan Tai Zee Kin seorang Cina dari produk Sekolah Kebangsaan yang turut mempersoal sikap kaumnya yang degil ingin mempertahankan Sekolah Vernakular. UNTUK SELANJUNTYA hakikatnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak mengajar pun budaya atau kesusasteraan Cina seperti Si Shu Wu Jing dan lain-lain.Murid-murid dari Sekolah Cina juga tidak tahu membezakan antara agama dan ideology filosofi Cina iaitu antara confusionisme,taoisme atau Mahayanian Buddha.Mereka juga tidak diajar tentang kostum tradisi Cina seperti Han Fu dan bezanya dengan Cheong Sam / Kei Po dari Manchuria.Malah,nama-nama asal yang melambangkan budaya sebenar Cina seperti Yehonala,Nurhachi,Aisinjeoro juga mereka tidak pernah mendengarnya.Sebaliknya menggunakan nama Lim,Tan,Chong dan sebagainya.Secara amnya,Sekolah Cina tidak langsung mempertahankan bahasa,budaya atau adat Cina.Justeru,menurut Zee Kin,dengan pengetahuan beliau yang lebih mendalam dan luas mengenai budaya dan kesusasteraan Cina berbanding produk dari SJKC sendiri,maka hujah pihak ekstremis Cina untuk mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan mempertahankan budaya dan bahasa Cina adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Beliau juga turut menempelak mereka yang mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan ekonomi,iaitu kerana ekonomi China semakin berkembang dan bakal menguasai dunia.Namun,di masa yang sama puak ini tidak mampu menjawab kenapa Singapura yang menjadi kiblat DAP itu tidak mempunyai walau satu pun sekolah Cina ??? Jika Mandarin yang diperlukan untuk maju, maka ia boleh diambil sebagai subjek tambahan lepas waktu sekolah seperti yang dilakukan Zee Kin dan apa yang jelas, penguasaan bahasa Mandarin beliau adalah jauh lebih baik dari kebanyakan produk SJKC.Perlu diingatkan bahawa Zee Kin adalah produk Sekolah Kebangsaan iaitu sekolah milik kerajaan. Perhatikan perbezaan tahap pemikiran beliau yang jauh lebih rasional serta bijak.Hujah beliau berdasarkan fakta dan bukan emosi.Beliau ternyata seorang yang berilmu, banyak membaca dan mengkaji.Kualiti seperti ini tidak mungkin didapati di sekolah-sekolah vernakular, kerana itu kita melihat produk SJKClah yang kini ke hulu ke hilir mengekori Anwar Ibrahim dengan harapan beliau dapat memberi kerusi Perdana Menteri kepada DAP suatu hari nanti. Secara dasarnya,kewujudan Sekolah Vernakular sudah pun melampaui objektifnya dan langsung tidak menepati motifnya.Asalnya Sekolah Vernakular dibenarkan kerana pendatang Cina pada waktu itu tidak berniat untuk tinggal lama di negara ini.Walaubagaimanapun,apabila Perang Dunia ke2 meletus dan Jepun menceroboh negara China,kaum Cina di negara ini tidak dapat kembali ke negara asal.Lebih-lebih lagi apabila di masa yang sama bahagian utara China juga mengalami perang saudara antara pihak komunis dengan nasionalis.Justeru,mereka terpaksa terus tinggal di Malaya.Malaya yang berada dalam proses kemerdekaan akhirnya menerima kaum Cina dengan beberapa syarat iaitu menggariskan hak istimewa kaum Bumiputera 'ditukar' dengan hak pendidikan kaum pendatang yang berdasarkan negara asal,atas fahaman bahawa mereka akan kembali ke sana.Oleh kerana kaum Cina terus kekal di negara ini,maka secara automatik Sekolah Vernakular sudah tidak relevan lagi. Hari ini,setakat apa yang dilihat,Sekolah Vernakular hanyalah tempat untuk mengeluarkan produk rasis dan chauvinis Cina. Selain itu, ia sekadar menjadi 'kunci' utama untuk mencabar dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjustifikasi ketidakpuasan hati kaum Cina.Apa yang lebih malang ialah ia bertindak sebagai 'risiko' yang semakin hari semakin besar dan semakin serius bagi keharmonian negara ini.Keengganan dan kedegilan pihak ekstremis Cina untuk terus mempertahankan Sekolah Vernakular adalah tidak lain tidak bukan kerana ia memberi mereka platform untuk 'membina kuasa'.Mereka tidak mahu kaum Cina mengasimilasi dengan kaum lain dan menjadi satu bangsa Malaysia yang tulen tetapi mereka punya niat dan agenda rasis dan chauvinis untuk meletakkan kaum Cina lebih tinggi dari kaum lain.Hari ini,mereka terus berlakon kononnya mereka tidak punya niat sedemikian. Malah,sesiapa sahaja yang menyentuh soal ini akan dibawa ke mahkamah.Antaranya,bekas hakim Mahkamah Rayuan,Datuk Mohd Noor Abdullah telah diselar dan dituduh sebagai menghasut dan mengugut kerana mendedahkan niat sebenar DAP dan para ektremis Cina.Sehubungan dengan itu,Lim Guan Eng juga berikrar akan bermati-matian bersama PR untuk mempertahankan Sekolah Vernakular.Soalnya,kenapa ??? Semua hujah untuk mempertahankan Sekolah Vernakular telah pun disangkal.Atas apa lagi sekolah tersebut perlu terus wujud di Malaysia jika bukan untuk meningkatkan jurang antara kaum ??? Kenapa jurang itu mesti ditingkatkan ??? Kita semua tahu jawapannya walaupun DAP terus menafikannya.Apa yang pasti,sesuatu yang tidak membawa kebaikan wajar dihapuskan,bukan dibela dan dipelihara sehingga besar.Api semasa kecil memang tidak merbahaya tetapi kini ia telah pun membesar Justeru,apakah kerajaan hanya akan bertindak apabila ia sudah menjadi bom nuklear ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #PRU13 !!! 81 PERATUS RAKYAT MALAYSIA DESAK ANWAR IBRAHIM BERSARA !!! Posted: 15 May 2013 04:00 PM PDT Sepanjang keterlibatan beliau dalam arena poltik sebagai pembangkang,sudah banyak kontroversi dan masalah-masalah yang timbul segala-galanya berpunca bagi mencapai agenda dan matlamat beliau untuk menjadi perdana menteri yang diidamkannya selama ini,Sepanjang beiau menjadi Ketua Umum PR,negara menghadapi pelbagai ancaman dari pelbagai sudut yang nyata sudah tiba di tahap sehingga membahayakan keselamatan negara.Sikap pembangkang ini yang menunjukkan kerakusan mengejar jawatan dan kuasa sehinggakan melanggar undang-undang dan sistem yang selama ini membentuk negara mendapat reaksi negatif dari golongan intelektual mahupun masyarakat.Budaya himpunan dan rapat umum serta demonstrasi jalanan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kononya bertujuan untuk membawa suara rakyat yang menginginkan perubahan membawa padah kepada adab dan sopan santun rakyat negara ini. Semestinya bijak dalam agenda untuk membodohkan dan menipu rakyat,Anwar nampaknya sekali lagi memungkiri setiap patah perkataan yang diucapkan beliau dengan membatalkan hasrat untuk bersara dalam bidang politik jika gagal memenuhi matlamat utama menawan Putrajaya dan menjadi perdana menteri pada PRU13 yang lalu.Janji hingga tinggal janji dan Anwar masih kekal berdiri membuat onar dan kacau dengan sekali lagi menganjurkan perhimpunan haram BlackOut505 bagi membantah keputusan SPR berikutan pilihan raya yang lalu.Rakyat sudah mula muak dan bosan dengan permainan Anwar Ibrahim yang gemar melakukan kerosakan dan keberantakan berbanding mengikut undang-undang yang sedia ada, beliau lebih cintakan keganasan berbanding keamanan. Dan ini adalah punca kenapa rakyat tidak mahu beliau menjadi perdana menteri Malaysia.Oleh yang demikian,satu kaji selidik telah dijalankan oleh majalah The Edge yang mendapati lebih 81 peratus rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim untuk menepati janji dan berundur dari arena politik negara.Majoriti telah bosan dengan gaya politik jalanan Anwar yang ternyata keji dan kotor sehinggakan menyebabkan ramai pihak terlibat dengan kancah politik sebegini.Dengan cara yang begini,rakyat sudah mula sedar bahawa ianya akan menjatuhkan nama baik negara dan sekali gus membahayakan masa depan negara yang semakin laju mengorak menuju Wawasan 2020.Sedar atau tidak,Anwar Ibrahim mula menerapkan perasaan dan semangat pemberontak kepada setiap pengikut beliau yang buta mata dan akal untuk berfikir dengan menyertai dan mengikut setiap kata dan perhimpunan yang dianjurkan.Sebagai sebuah negara yang membangun maju,ketamadunan manusia seharusnya menjadi aras panduan setiap rakyat bagi membentuk sebuah negara yang lebih baik dan rakyat Malaysia nampaknya sudah sedar dan tersentak bahawa perlunya untuk semua kembali bersatu dan bersama membangunkan dan memajukan negara dan bukannya merosakkan negara dengan politik jalanan Anwar Ibrahim. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment