BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! SAH !!! PR PENIPU BESAR !!! SEMUA MUKA GELAP DIKATAKAN BANGLA ??? VIDEO INSIDE !!!
- HOT NEWS !!! KALAH #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM PERLU LEPASKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! MB SELANGOR !!! PAS UGUT KELUAR PR JIKA WAKILNYA TIDAK DILANTIK ???
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! 97 PERATUS PENGUNDI CINA TOLAK BN ???
- BONGKAR !!! #PRU13 !!! INSIDEN 'BLACKOUT' OPERASI TERANCANG RED BEAN ARMY !!! WAJIB BACA !!!
| Posted: 10 May 2013 08:30 AM PDT kali ini,saya beri anda melihat video yang dikatakan oleh puak PR kononnya Bangla mengundi pada PRU-13 ahad lepas.jom lihat video di bawah NAK LAGI ??? NAK LAGI ??? |
| HOT NEWS !!! KALAH #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM PERLU LEPASKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG !!! Posted: 10 May 2013 05:00 AM PDT Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 15 tahun dahulu,Anwar tidak pernah berhenti berkempen untuk dirinya.Selama 15 tahun,Anwar telah ke seluruh dunia dan ke seluruh pelusuk kampung berceramah untuk menarik sokongan rakyat.Selama itu juga media-media antarabangsa memberi liputan kepadanya,sekali gus membantu kempennya.Namun,setelah 4 pilihanraya berlalu,Anwar masih lagi 'bakal Perdana Menteri Malaysia' dan sudah dua kali 16 September berlalu sejak beliau 'hampir menjadi PM',tetapi Anwar masih lagi berada di pihak pembangkang.Lebih malang baginya ialah bukan sahaja sokongan terhadap partinya merosot iaitu dari 31 menjadi 30 kerusi tetapi majoriti undi terhadapnya juga merosot teruk walaupun tandingannya Dr. Mazlan b. Ismail bukanlah tokoh lama dalam politik. Dr. Mazlan telah berjaya mengurangkan majoriti Anwar sehingga hampir 4,000.Dalam PRU-12 Anwar mendapat majoriti 15,671 tetapi kali ini hanya mendapat majoriti sebanyak 11,721 sahaja.Kemerosotan sokongan tentunya merupakan tamparan hebat kepada seorang politikus tegar seperti Anwar. Apatah lagi yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.Dengan keputusan yang memalukan itu,Anwar seharusnya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang sebagaimana seorang pemimpin yang bermaruah.Namun,kita tahu bahawa 'maruah' sama sekali tidak ada dalam kamus hidup Anwar.Anwar mungkin mempunyai 'ego',tetapi bukan 'maruah'.Malah,walaupun kekalahannya adalah jelas,Anwar tidak segan silu menerajui protes keputusan pilihanraya dengan berdegil menyatakan bahawa partinya telah menang dari segi populariti.Sedangkan,kemenangan populariti langsung tidak relevan dalam sebuah pilihanraya kerana undian dibuat oleh rakyat bukan sahaja atas faktor parti tetapi juga calon.Undian populariti hanya relevan dalam pertandingan bagi menentukan satu faktor sahaja seperti bakal Perdana Menteri.Bagaimanapun,Anwar terus menggunakan hujah ini bagi menjustifikasi bantahannya. Bagi seorang yang popularitinya sendiri telah merosot di tempat sendiri,Anwar seharusnya berfikir dua kali sebelum membawa hujah ini.Ini kerana jika mengikut undi terhadap dirinya sendiri,sudah jelas bahawa Anwar tidak popular lagi,begitu juga dengan partinya.Malah,media antarabangsa yang sebelum ini memujinya juga sudah mula sinis terhadapnya.Dalam dua tiga hari sebelum dan selepas pilihanraya,media barat pantas menyedari perwatakan Anwar yang penuh dengan 'lakonan' sehinggakan Financial Times menggambarkannya sebagai penghibur kelab malam.Seorang wartawan lain,Nile Bowie pula mendedahkan strategi politik Anwar yang dirujuknya sebagai 'mempolitikkan penipuan' kerana terlebih dahulu menuduh SPR tidak telus dan menggerakkan protes, lama sebelum pilihanraya berlangsung lagi.Nampaknya sebagai 'penghibur' juga Anwar tidak popular kerana tidak mampu menarik hati wartawan barat itu. Justeru, sebagai pemimpin tentulah jauh lebih tidak layak lagi.Namun,menjangkakan Anwar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang tentulah merupakan sesuatu yang mustahil.Sedangkan jika mengikut populariti,jawatan tersebut perlu diserah kepada DAP yang memenangi sehingga 38 kerusi iaitu satu peningkatan yang banyak dari 28 kerusi dalam PRU-12.Oleh itu,sebelum Anwar mengerahkan penyokongnya memprotes di jalanraya,beliau harus terlebih dahulu menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP.Apa gunanya berhujah atas alasan populariti jika tidak berani bertindak berdasarkan hujahnya sendiri ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! MB SELANGOR !!! PAS UGUT KELUAR PR JIKA WAKILNYA TIDAK DILANTIK ??? Posted: 10 May 2013 02:00 AM PDT Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor,Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali,di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR. Dari segi kedudukan,Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin,bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.Dalam PRU-13 yang baru berlalu,PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS,diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN. Dari konteks ini jelas sekali,jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS.Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.Pun begitu,DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak,Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu. Berikutan polemik yang berlaku,sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB.Jika itu menjadi kenyataan,maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS,Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.Apa yang pasti,keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR,ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! 97 PERATUS PENGUNDI CINA TOLAK BN ??? Posted: 09 May 2013 11:00 PM PDT PRU 13 bolehlah dikatakan sebagai Pilihanraya Paling Rasis di Dunia.Ini kerana kesimpulan yang didapati daripada analisis keputusan pilihanraya,sebanyak 97% pengundi Cina memilih untuk mengundi parti yang didominasi oleh Cina iaitu DAP.Walaupun DAP dikatakan sebagai parti berbagai kaum sama seperti sekutunya PKR dan hanya PAS yang diwakili oleh 100% Melayu Islam,tetapi,nampaknya pengundi Cina hanya memberi undi kepada DAP.Hanya di dalam keadaan tidak ada pilihan sahaja maka pengundi Cina akan memberi undi kepada PKR,terutama jika calonnya Cina,tetapi tidak sekali-kali kepada PAS.Maka,secara ringkasnya, pengundi Cina mengundi atas dasar 1. parti dominasi Cina dan 2. bangsa Cina.MCA dan Gerakan iaitu parti kaum Cina dari komponen BN juga ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina kerana dikira sebagai diterajui oleh bukan Cina.MCA hanya mampu mendapat 7 daripada 37 kerusi parlimen yang ditandingi.Manakala Gerakan hanya mampu mendapat 1 kerusi.Berbanding PRU-12 di mana MCA berjaya memenangi 15 kerusi dan Gerakan 2.Sedangkan sokongan terhadap komponen utama BN yang lain seperti UMNO,malah MIC juga meningkat iaitu masing-masing sebanyak 11% (88 kerusi) dan 25% (4 kerusi). Jelas di sini bahawa hampir keseluruhan kaum Cina telah bersatu hati menolak BN.Sebenarnya,apa yang berlaku ini tidaklah mengejutkan jika dilihat dari cara MCA mahupun Gerakan bekerja.Sejak awal lagi,kedua-dua parti ini tidak bersemangat malah 'malu-malu' untuk bekerja serta tidak tahan dengan tekanan dari puak kiasu,rasis dan chauvinis ektremis Cina yang menguasai DAP.MCA terutamanya, ditekan hebat agar memilih antara setiakawan dengan Barisan Nasional atau semangat perkauman Cina sekali gus memilih antara nasionalisme dan patriotisme terhadap negara ini dengan 'keuntungan maksima' bagi kaum Cina.Mengimbas asal kewujudan MCA dahulunya,parti ini membawa semangat murni Tun Tan Cheng Lock yang sama-sama mendukung aspirasi dan impian yang sama dengan UMNO serta MIC, iaitu ke arah bangsa Malaysia yang bersatu hati.Para bijakpandai kaum Cina pada ketika itu cukup memahami bahawa sepertimana pendatang di negara-negara lain,tidak boleh tidak,mereka perlu mengasimilasi dengan kaum bumiputera negara ini dan tidak boleh terus mengasingkan diri.Para pendatang wajib memahami bahawa mereka kini berada di negara asing, bukan lagi negara nenek moyang mereka serta perlu menerima serta menghayati 'roh' negara ini sebagai menghargai kewarganegaraan yang mereka perolehi. Atas kefahaman inilah maka,Parti Perikatan dilahirkan yang berkongsi harapan yang sama iaitu agar suatu hari nanti,kita semua akan menjadi 'bangsa Malaysia' yang sebenar-benarnya serta 'melupakan' soal perbezaan kaum.Namun,harapan itu kini musnah apabila MCA juga mula mengikut jejak DAP.MCA sekarang bukan lagi MCA dahulu sedangkan DAP tetap DAP yang sama.Semangat perkauman dan idea pengasingan yang dipegang oleh DAP terus hidup dan berkembang segar serta semakin kuat sedangkan semangat nasionalisme,patriotisme serta muhibbah MCA semakin lama semakin terhakis.Biar betapa pun kepimpinan UMNO enggan mengakuinya bagi menjaga hati kaum Cina,tetapi jika benar-benar serius ingin menangani masalah penolakan kaum Cina terhadap BN,maka semua pihak wajib berkata benar iaitu semangat yang murni yang dahulunya dimiliki oleh MCA itu telah dihakiskan oleh Sekolah-sekolah vernakular.Manusia secara semulajadinya akan lebih memahami sesama sendiri jika bergaul dari kecil, iaitu dalam usia naïf.Apabila kita dipaksa untuk bergaul bermula dari peringkat Universiti atau alam pekerjaan,maka penerimaan terhadap satu sama lain tentunya menjadi kekok dan hambar. Jangan pula kita pura-pura tidak tahu bahawa wujudnya guru-guru di sekolah Cina yang gemar meniupkan api perkauman,menghasut bangsanya agar menjadi bongkak serta memandang rendah dan hina pada kaum lain dan jangan sekali-kali menafikan bahawa akhbar-akhbar Cina juga bertanggungjawab membentuk generasi baru Cina yang turut berkongsi aspirasi tidak sihat yang dibawa oleh DAP.Atas semua faktor inilah maka segala impian murni para pemimpin Perikatan suatu ketika dahulu untuk melihat satu bangsa Malaysia wujud dalam ertikata sebenar,iaitu tidak hipokrit dan tidak bersifat 'solekan' politik,kini merupakan sesuatu yang MUSTAHIL.selagi tiada tindakan diambil untuk menyekat puncanya selagi itulah kaum Cina akan terus dengan sikap perkauman mereka,malah akan pasti semakin kuat dan berakar umbi.Sudah terserlah kini bahawa tujuan atau matlamat parti-parti politik Cina hanyalah 'keuntungan maksima' bagi kaum mereka.Sehubungan dengan itu,ia juga membawa makna melemahkan kerajaan pimpinan Melayu.Strategi mereka ialah untuk meletakkan seorang Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri,kalau pun bukan Perdana Menteri.Bagi mereka,ini hanya boleh dicapai jika PR memerintah.Walaupun begitu,oleh kerana sifat rasis yang terlalu tegar ditambah dengan ketidakpercayaan terhadap PAS dan PKR yang terkenal dengan U-turn dan putarbelit,maka undi terhadap PR masih lagi tidak mampu menyaingi BN.Hakikatnya,kaum Cina sudahpun memiliki 80% dari 'Malaysia' sehingga mereka telah merasakan yang mereka tidak lagi memerlukan kerajaan untuk membantu mereka.Oleh itu,dengan sokongan kaum Cina yang hanya tinggal 3% terhadap BN,untuk apa lagi kepimpinan negara terlalu 'memberi' kepada kaum itu.Apa yang kepimpinan perlu lakukan sekarang ialah mengukuhkan lagi kawalan terhadap 20% yang tinggal untuk menjana kepentingan kaum-kaum lain.saya minta maaf kerana keluarkan artikel ini.ini adalah kebenaran.anda lihat sendiri sekarang,adakah wakil MCA atau GERAKAN atau wakil kaum cina berada di dalam parlimen nanti ??? saya bukan racis,sekadar memberi kebenaran untuk anda RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! #PRU13 !!! INSIDEN 'BLACKOUT' OPERASI TERANCANG RED BEAN ARMY !!! WAJIB BACA !!! Posted: 09 May 2013 07:01 PM PDT Insiden 'black out' PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan viral sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat.Lebih ironis,sehingga 'profile picture' di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar hitam gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika berlangsungnya pengiraan undi di kawasan yang terlibat.Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR bersama BN yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka menang di kawasan yang di sasarkan.Namun,ADUN Kuang,Shukor Idrus meminta pembangkang menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa mengalami masalah bekalan elektrik,sehingga membawa kepada manipulasi kertas undi.Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa perkara itu dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa 'salah laku' membabitkan Umno BN dengan kerjasama SPR,seperti yang didakwa.Shukor menambah bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika benar sekalipun dakwaan mereka,beliau meminta untuk pembangkang menyenaraikan kawasan yang terbabit. sebelum itu,anda baca dulu cerita diatas,sebelum ini puak PR mengadakan himpunan di stadium kelana jaya.macam ni kerr nak perintah negara,sampai puak sendiri pun pengotor ??? saya sambung semula cerita shukor.Hakikatnya,bukan Shukor sahaja,ramai yang hendak tahu di mana tempat itu suapaya dapat dipastikan benar ataupun tidak dakwaan yang digembar gemburkan pembangkang dan jika benar perkara itu terjadi,mereka tidak dihalang untuk membuat aduan dan kalau tidak benar itu boleh membuktikan mereka berniat jahat.Mereka juga sengaja membesar-besarkan isu ini dan lebih memeranjatkan mereka sudah bersiap sedia dengan lampu suluh seperti sudah makluam akan terjadinya insiden black out di kawasan itu.Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),penyokong dan pemimpin PR mendakwa terdapat manipulasi kertas undi dilakukan bagi memastikan BN memenangi pilihan raya pada Ahad lalu.Manipulasi itu dikatakan dilakukan dengan menggunakan taktik memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi berlaku. Bagaimanapun tinjauan di laman sosial Facebook mendapati beberapa petugas SPR menafikan hal itu.Malah mereka menyatakan rasa hairan apabila ejen mengundi PR bersedia dengan lampu suluh sejak dari jam 5 petang.Ia seolah-olah telah bersedia untuk kejadian bekalan elektrik terputus.Farah Wulan yang bertugas pada pilihan raya lalu menafikan dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan pembangkang terlalu 'paranoid'.Farah juga dilihat turut mempersoalkan lokasi kejadian terputusnya bekalan elektrik memandangkan beliau sendiri merupakan petugas SPR yang turut terlibat mengira undi di hadapan ejen parti yang bertanding.Paling menimbulkan syak wasangka apabila terdapat ejen DAP yang awal-awal agi sudah memabawa masuk lampu kecemasan dengan alasan takut sekiranya terputus bekalan elektrik.Ini yang menjadi persoalannya sekarang ini.Namapaknya operasi ini adalah sat operasi terancang pembangkang dan menjadikan BN sebagai mangsa untuk dipersalahkan.Red Bean Army yang merupakan cybertroopers DAP juga disyaki terlibat dengan konspirasi operasi black out PRU13 ini apabila video black out disiarkan lima miniti selepas 'kejadian'.Ini menunjukkan persediaan awal telah dilakukan dan persiapan itu ternyata amat rapi sehingga mereka dapat bergerak secara pantas dan sangat efisien.Kalau ada akal,maka bolehlah menilai mana yang betul mana yang silap.Tapi kalau akal ada tapi digunakan untuk menebas dan menunding jari saja pon tak ada gunanya. Syabas pembangkang dengan 'game black out' anda !!! kalau betul pembangkang kalah,apa cerita dengan 3 negeri yang dikaut oleh pembangkang ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment