tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video] Pemimpin PR layan pegawai kerajaan macam abdi, anjing #tolakPR #undiBN #PRU13

Posted: 09 Apr 2013 07:30 PM PDT


Kita biasa dengar pemimpin dan penyokong PR panggil anggota polis anjing. Hakikatnya rakyat perlu sedar bahawa memang selama ini pemimpin PR melayan penjawat awam seperti hamba abdi dan haiwan. Lihat sendiri video di atas untuk menyedari hakikat ini...

Penjawat awam Malaysia, jika anda hendak diperlakukan seperti anjing atau hamba abdi, dituduh korup dan pemalas, digelar dengan pelbagai nama yang menjijikkan, hatta mati pun masih dianggap bersandiwara - maka undilah mereka!

[Analisis Menarik] Asas #ManifestoBN - fakta, asas #ManifestoPR - auta #tolakPR #undiBN #PRU13 #GE13

Posted: 09 Apr 2013 05:00 PM PDT


#ManifestoBukanJanji VS #ManifestoBN #AkuJanjiBN


1. Setelah DS Najib Razak mengumumkan Manifesto BN yang dinamakan sebagai Aku Janji BN, pelbagai analisis telah dibuat samada dari pihak Pro-BN ataupun Pro-Pembangkang.

2. Namun satu persetujuan telah dibuat bahawa Manifesto BN pada kali ini adalah yang terhebat antara manifesto-manifesto sebelum ini.

3. Sampaikan pihak Pembangkang terutamanya Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang asas untuk menolak tawaran Barisan Nasional sehinggakan terpaksa menggunakan taktik untuk mengatakan bahawa Barisan Nasional meniru tawaran Pembangkang.


4. Namun begitu, harus dilihat kepada fundamental kepada tawaran-tawaran ini daripada sudut numerikal.

Perbandingan Bilangan Teras Dan Janji


5. Pada PRU-12 tahun 2008, Pembangkang secara keseluruhan telah menawarkan sebanyak 13 Teras dan 64 Janji. Namun begitu pada kali ini mereka telah menawarkan hanya 4 Teras dan 45 Janji sahaja.

6. Di pihak Barisan Nasional pula, ini adalah tawaran kali pertama DS Najib kepada rakyat. Beliau telah menggariskan secara keseluruhannya 17 Teras dan 150 Janji. Satu tawaran yang menyeluruh serta berani.

7. Mengapa Pembangkang mengurangkan teras dan janji mereka?

8. Ini kerana mereka sudah tidak berani untuk berjanji untuk kerana takut tidak dapat untuk tunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang berlaku pada penggal yang lepas.

9. Di pihak Barisan Nasional pula, dengan berbekalkan pengalaman mengurus dan pencapaian-pencapaian yang dikecapi, BN tidak takut untuk berjanji kerana yakin dan mampu untuk menunaikannya.

10. Dan BN pula menepati segala janji-janji sebelum ini sehinggakan terlalu payah untuk pihak Pembangkang mencari janji yang tidak ditepati.

Keunikan Manifesto BN


11. Pada kali ini, tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh mana-mana parti di dunia ini, Barisan Nasional pada setiap 17 Teras, BN telah membuat 2 segmen iaitu:
  • Dalam tempoh 5 tahun, kami berjanji untuk...
  • Setakat ini kami telah...
12. Berbanding dengan kenyataan Manifesto Pembangkang yang menyatakan bahawa "Sekiranya kami berjaya menawan Putrajaya, kami akan..."

13. Di situ jelas tertulis bahawa Manifesto Pembangkang tidak yakin dengan janji-janji meraka serta bersandarkan kepada "Sekiranya..."

14. Berbanding dengan Aku Janji Barisan Nasional, dengan penuh yakin, BN menyatakan "kami berjanji..." dan bukan setakat itu sahaja, BN dengan penuh yakin menyatakan "Setakat ini kami telah..." membuktikan pencapaian dan prestasi kerajaan BN setakat ini.

15. Jelas di sini Aku Janji BN adalah kerana BN Yakin dan Mampu untuk melaksanakan janji-janji mereka.

Perbandingan Ciri-Ciri Manifesto


16. Seharusnya perlu dilihat kepada ciri-ciri kedua-dua manifesto ini secara overview.

17. Terdapat 10 ciri-ciri yang telah dibandingkan dan pada akhirnya dapat dirumuskan bahawa Aku Janji BN adalah Yakin dan Mampu manakala Manifesto Pembangkang adalah Kalut dan Karut.

17 Perbandingan Antara Aku Janji BN dan Manifesto Pembangkang






18. Dengan meneliti maklumat di atas, didapati bahawa terdapat 4 bidang yang ditinggalkan oleh Manifesto Pembangkang yang tidak disentuh iaitu tentang:
  • Taraf Hidup Rakyat
  • Pembangunan Infrastruktur & Luar Bandar
  • Belia
  • Antarabangsa
19. Dibandingkan pula di bawah tentang 5 perbandingan utama tentang janji-janji ini.






 


  

Siapa Tiru Siapa?

20. Namun begitu, satu perkara yang perlu diulas adalah berkaitan dengan dakwaan Rafizi bahawa BN telah meniru Manifesto Pembangkang.

21. Sebelum ini telah disenaraikan 12 Janji-janji Manifesto Pembangkang yang meniru perlaksanaan Barisan Nasional (baca di sini) 

22. Tetapi, dakwaan Rafizi adalah khusus kepada 2 janji Barisan Nasional iaitu tentang penurunan harga kereta dan pemberian permit teksi.

23. Disenaraikan di bawah ini adalah 6 Janji Manifesto Pembangkang yang meniru perlaksanaan Barisan Nasional.







Kesimpulan 

24. Mudah untuk disimpulkan di sini bahawa Manifesto Pembangkang adalah terlalu lemah untuk dibandingkan dengan Aku Janji BN.

25. DS Najib dengan tempoh perkhidmatan hanya selama 4 tahun sahaja telah melakukan transformasi terhadap pertadbiran negara ini dengan begitu baik.

26. Perlu diingatkan bahawa wawasan Barisan Nasional adalah untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, segala perancangan telah dilakukan bermula tahun 1991 lagi.

27. Menurut kajian terkini, dengan prestasi kini, Wawasan 2020 boleh dicapai seawal tahun 2018. Ini adalah hasrat, harapan dan janji seluruh rakyat Malaysia.

28. Dan tempoh ini hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi.

29. Mengapa harus digagalkan usaha yang sudah berumur 22 tahun ini?

30. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Misteri kekayaan luar biasa anwar? #tolakPR #PenyamunRakyat #undiBN #PRU13

Posted: 09 Apr 2013 02:00 AM PDT



Kartun Penyamun Rakyat

Sumber kartun 


MISTERI KEKAYAAN LUAR BIASA KELUARGA ANWAR DAN BAPANYA TERJAWAB
http://gerakan13.blogspot.com/2013/04/misteri-kekayaan-luar-biasa-keluarga.html


Agak menarik persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh blogger Malaysia Bangkit berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh bapa Anwar Ibrahim.

Golongan muda khususnya generasi pertama kali mengundi hari ini kebanyakan tidak tahu susur galur keluaga Anwar Ibrahim, khususnya bapa beliau sendiri iaitu Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Dalam satu ceramah yang disampaikan oleh Anwar di Sabah baru-baru ini, Anwar dengan lantang mendakwa diri dan keluarganya tidak memiliki walau seinci pun tanah di Negeri Di Bawah Bayu itu. Benarkah apa yang didakwanya itu?

SB sendiri tidak mempunyai jawapan yang sahih. Tapi pendedahan yang dibuat oleh Malaysia Bangkit ini mungkin boleh membantu kita memahami dan mengenali serba sedikit latar belakang keluarga penyangak ini. Klik SINI.



SOALAN SAKARATUL MAUT BUAT ANWAR!!!

1)Berapa Aset Kekayaan yang dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman Bapa kepada Anwar Ibrahim Bapa Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan seorang rakyat biasa yang bukannya terdiri daripada susur galur bangsawan mahupun orang orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatahlagi seorang ahli perniagaan Koporat mahupun keparat.Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan yang dikutip oleh Tun Dr Mahthir daripada ABIM telahembuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA dalam sekelip mata. Bukan sahaja Anwar Ibrahi menjadi mewah malah bapanya Ibrahim sendiri secara tiba tiba mempunyai aset yang berbilion bilion apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Keewangan.Dibawah ini adalah senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman bapa kepada Anwar Al Juburi.Datuk Ibrahim Abdul Rahman, mempunyai kepentingan perniagaan yang besar mewakili Anawar dengan menjadi lembaga Pengarah lebih daripada 50 syarikat dan pemegang saham hampir 20 syarikat. Beliau terus menjadi atau telah pada lembaga syarikat awam tersenarai sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri seperti:

Pengkalen Holdings Bhd,
Pengkalen Capital Bhd,
OI Corporation Bhd,
Pan Malaysia Industries Bhd,
Nissan Industrial Oxygen Bhd
Zaitun BhdBoral Concrete (Malaysia) Sdn. Bhd;
Holdings Sdn Ibrus. Bhd;
MS Pembinaan dan
Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd;
PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd;
Metromix Sdn. Bhd
 Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd.
PPH Development (M) Sdn. Bhd.
PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd.
Dan PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.


Dibawah ini pula merupakan senarai Syarikat syarikat yang mana Bapa Anwar Ibrahim merupakan pemegang saham yang besar dalam sesebuah syraikat:

Nissan Oksigen Perindustrian Diperbadankan Berhad (3032500 saham); Par Con Corporation (900,000 saham); Perumahan Muhibah Sdn. Bhd (510,000 saham); Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000 saham); Westaflex Sdn. Bhd (200,000 saham) Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000 saham).


2)Dari mana pula aset Kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki? Dari langit kah?Adik beradik Anwar Ibrahim juga merupakan rakyat biasa yang bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya Raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Keewangan adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau lampau.

Adiknya Rani sebagai pengarah Azam intensif Sdn. Bhd, Manakala Marzuki dinyatakan sebagai pengarah lapan syarikat. :Teraju Dinamik Sdn. Bhd; Knight H & D Sdn. Bhd; Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd; Rodatra Sdn. Bhd; Sanjungan Niaga Sdn. Bhd; CSPM Resources Sdn. Bhd; Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd; Lityan Holdings Bhd dan Bumijet Industries Sdn. Bhd.

Ini adalah senarai senarai aset aset yang dimiliki oleh Bapa dan adik beradik Anwar Bin Ibrahim. Aset aset yang mempunyai nilai berbillion billion ringgit yang mana ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Keewangan pada waktu lalu.Apakah Anwar Ibrahim BERSIH? Jika beliau bersih mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia darimana kekayaan yang ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion billion ini dalam sekelip mata?Apakah Anwar dan Keluarga nya MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki memiliki aset yang berbilion billion ini?

Video

Tonton untuk memahami lagi sumber kekayaan Anwar





Perbandingan #ManifestoBN dan #ManifestoBukanJanji PR #tolakPR #undiBN #PRU13 #GE13

Posted: 08 Apr 2013 10:17 PM PDT




Kita bandingkan Manifesto 'AkuJanji Untuk Rakyat' BN dengan 'Manifesto Bukan Janji' PR untuk kita kecapi selepas PRU13... Antara realistik & merapu... [klik imej untuk gambaran lebih besar!]











-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...