tun faisal dot com |
Selepas Tabung Memali, ada cubaan untuk sebat duit Tabung #LahadDatu pula? #tolakPR #PRU13 Posted: 08 Apr 2013 08:29 PM PDT Dulu duit Tabung Memali, sekarang duit Tabung Lahad Datu pulak? Kalau isteri kawan pun diaorang sebat, apa lagi hak rakyat. Fikir-fikirlah... #PenipuRakyat : PAS Songlap Duit Tabung Lahad Datu Macam Tabung Memali?Rayuan Tabung Lahad Datu yang ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dilancarkan pada 7 Mac yang lalu sepi tanpa sebarang khabar berita. Berapakah jumlah yang berjaya dikumpulkan dari tabung tersebut dan ke mana ianya disalurkan adalah dua soalan yang bermain di fikiran saya. Kenapa dua soalan ini perlu ditimbulkan? Pertama kerana kutipan derma ini disalurkan menerusi akaun Maybank bernombor 5640-2540-0414 iaitu akaun milik PAS, sebagai rakyat yang prihatin kita bimbang wang tersebut tidak sampai ke pihak sepatutnya. Lihat screen di bawah : Hahaha... Tabung untuk perajurit tapi akaun yang digunakan milik Parti Islam Semalaysia (PAS), kenapa PAS tidak menubuhkan satu akaun baru yang khas untuk orang ramai dan ahli parti itu menyumbang kepada perajurit di Lahad Datu? Bagaimana PAS membezakan wang sumbangan untuk perajurit Lahad Datu dan wang milik mereka? Lihat Media Prima yang turut menubuhkan tabung buat perajurit di Lahad Datu, ia disumbangkan menerusi satu akaun khas atas nama TABUNG WIRA LAHAD DATU yang ditubuhkan atas perkara tersebut. Bukannya disumbangkan menerusi akaun Media Prima : Dengan cara ini, pihak penganjur mengetahui jumlah yang berjaya dikumpulkan dan pastinya wang dalam akaun tersebut adalah untuk perajurit di Lahad Datu. Justeru itu, PAS perlu mengumumkan berapakah jumlah yang mereka kumpul hasil tabung yang dilancarkan oleh mereka atas nama akaun Parti Islam Semalaysia (PAS)? Kedua PAS perlu membuktikan wang tersebut disalurkan dan adakah ia benar-benar sampai kepada perajurit di Lahad Datu. Desakan ini wajar dibuat kerana rekod PAS sebelum ini amat buruk apabila melibatkan duit-duit derma. Lihat saja Tabung Memali, berjuta hilang entah ke mana, balu-balu tidak terima satu sen! Layan dikir barat dulu selagu...! Sana tipu di sini tipu, sana belit di sini belit - ada abang sanggup tipu adik, ada parti Islam sanggup tipu orang Islam... |
#ManifestoBN TIDAK TIRU #ManifestoPR hasil khayalan budak hingusan PR #tolakPR #PRU13 #GE13 Posted: 08 Apr 2013 05:00 PM PDT Siapa sajalah yang nak ciplak manifesto hayalan budak-budak hingusan PR. Sudahlah unjuran yang dibuat tak realistik; cadangan pun tidak bersandarkan realiti semasa. Paling teruk, langsung tak dimasukkan tentang royalti kelantan dan Terengganu. Dalam manifesto juga tidak disebut nak laksana hudud, tutup kilang dan premis arak, tutup premis judi termasuk Genting Highland seperti yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin tertentu sebagai gula-gula atau candu kepada budak-budak PR, terutama budak Pas. Jawapan Kepada Tuduhan BN Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat – #manifestoBNApril 7, 2013 · 81 Comments Oleh Ab Jalil Backer Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia. Seperti yang dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang. Membawa tema "Menepati Janji, Membawa Harapan" memfokuskan kepada 17 perkara berikut: 1. Menangani Kos Sara HidupPemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihatwww.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka. Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai. Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily: Dakwaan 1 Harga kereta Fakta: Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan "Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat." (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional) Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat. Dakwaan 2 Dasar Perumahan FAKTA: Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik. Malahan Dato' Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Lagi mengeai dasar perumahan negara boleh baca di sini. Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa? Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka? Dakwaan 3 Keretapi lajuFAKTA Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut. Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja. Dakwaan 4
FAKTA: Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula) Dakwaan 5 Royalti Petroleum Fakta Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat. (Lihat berita harakahdaily: PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal). Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut. Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji. Dakwaan 6 Permit Teksi Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat. Sehingga 31 Disember 2007, LPKP telah mengeluarkan sebanyak 31,760 lesen teksi. Daripada jumlah ini sebanyak 9,487 ialah permit teksi individu (29.9%). Pada 11 Julai 2009, PM telah umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaiki kehidupan para pemandu teksi. Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi. Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini? Sekarang siapa tiru siapa? Dakwaan 7 "Pengkalan" data Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat. Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php). Jadi siapa tiru siapa lagi? Dakwaan 8 Tanah wakaf Fakta Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto. Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal? Dakwaan 9 Pakej penggajian baru Fakta Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional. Kesimpulan Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN. Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang "menjanjikan bulan dan bintang" tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan. [Nota: Tengok video bawah ni, mungkin rakyat lebih tahu bahawa nama saja Manifesto Rakyat tetapi ia bukan demi rakyat tapi demi kuasa dan keuntungan duniawi.] |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment