tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video] Lawak - Siapa patut jadi PM Pakatoon #tolakPR #Najib4PM #vote4BN #PRU13 #GE13

Posted: 05 Apr 2013 09:00 PM PDT


Naaaah.... banyak sangat flip flop

[Video] PR Parti Anak Beranak, UMNO bukan #tolakPR #vote4BN #PRU13 #GE13

Posted: 05 Apr 2013 07:07 PM PDT







'Jawatan Umno tidak diwarisi' - Tun Faisal


Khabar angin yang bertiup kencang - Kononnya Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas,  telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang. 

Khabarnya - PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.

Khabarnya - DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.  Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh

Jika ini semua benar 

Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan "hitam" Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan? 

Benarkah sekarang wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof? 
Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal? 

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang di bawah tu semua begitu pandir sehingga tak layak jadi calon?


Sidek Baba tolak Anwar selepas jumpa 28 orang dan istikharah #DramaKing #tolakPR

Posted: 05 Apr 2013 05:00 PM PDT

image

Sidek Baba tolak Anwar atas tiga sebab – masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar


Baca juga





KUALA LUMPUR – Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata  pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan  bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau  menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab – masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir hari ini selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai  kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia  Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah  seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri)  dia (Anwar).

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998) selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar  sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar  berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak  untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan  kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia  digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?"      Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika  ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. – Bernama


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...