tun faisal dot com

tun faisal dot com


Azizan kutuk Selangor tak tunai janji, dia pun sama.. #TukarKedah #ManifestoBukanJanji

Posted: 01 Apr 2013 08:30 PM PDT



Amboi.. sikit punya best cakap kat orang, dia pun dua kali lima.. manifesto PR Kedah pun banyak yang tak selesai, tak percaya ce tengok video kat bawah...  Pas oh Pas, tak habis-habis tipu rakyat....

'Selangor janji banyak sangat, sebab tu tak larat nak bayar', kata MB Kedah

OLEH AMIN ISKANDAR DAN MD IZWAN

MARCH 30, 2013
Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu. — Gambar oleh Md Izwan
ALOR SETAR, 30 Mac  — Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan antara kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.

Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.
"Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan … mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar," kata menteri besar Kedah itu dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.
"Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni," tambah Azizan merujuk kepada protes yang sering berlaku terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.
Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.
Menurut Azizan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, rakyat pada masa kini bukannya mahu bergantung kepada kerajaan akan tetapi mahukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin kehidupan lebih baik untuk mereka.
"Yang penting dalam konteks masa kini, rakyat bukan nak bergantung kepada duit kerajaan. Dia mahu kerajaan yang baik, kerajaan yang beri jaminan, keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka.
"Sebab itu kita panggil 'Kedah Sejahtera'. Dia berniaga, dia bertani, dia ada duit dia. Tapi kita jangan rasuah, jangan menyeleweng, jangan ada kroni, jangan semua you bolot untuk kamu semua," tambah beliau merujuk kepada tema yang digunakan oleh negeri tersebut.
Ketika ditanya apakah janji yang akan diberikan kepada pengundi negeri sekiranya PR berjaya memerintah semula Kedah selepas Pilihan Raya 2013, Azizan berkata: "Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah." 
Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi, bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.
Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Perak walaubagaimanapun, kembali semula ke tangan BN selepas tiga ADUN PR berpaling tadah.


Sumber

#ManifestoBukanJanji - 32 JANJI KARUT bukti manifesto dirangka oleh budakPR, bukan pakar. #tolakPR

Posted: 01 Apr 2013 04:27 PM PDT


Ini akibat bila budak-budak diberi jawatan pakar strategi bukan disebabkan kepakaran tapi sebab kejambuan. Nak jadi pakar pun biarlah berpengetahuan dan berpengalaman. Akibatnya buat janji karut marut dan tidak bersandarkan realiti dan fakta semasa. Oleh kerana budak-budak ini kurang pengetahuan dan pengalaman, buat unjuran pendidikan percuma pun salah, bila buat unjuran turunkan harga kereta - hancus. 



#ManifestoBukanJanji : 
32 Perkara Karut Di Dalam Manifesto Pakatan Part 1/3

1. Setelah didedahkan 12 Janji Manifesto 'Karut' Pakatan Pembangkang, kini didedahkan pula 32 Janji Pakatan Pembangkang yang boleh dikategorikan sebagai karut.

2. Dalam segmen ini, didapati bahawa kebanyakan janji ini bercanggah dengan fakta semasa, tidak selari dengan apa yang telah diamalkan selama ini.

3. Sebagai contoh, janji mereka untuk menghayati Agama Islam itu sendiri bercanggah dengan amalan mereka selama ini yang telah menghina Agama Islam itu sendiri.

4. Baca, fahami dan teliti 32 Janji Manifesto Karut Pakatan Pembangkang (Part 1/3)











[Video] Krisis Air - Selangor Pasti Hancur dah ada 95,000 views. JOM #ubahSgor #tolakPR

Posted: 01 Apr 2013 01:30 AM PDT


Undilah kami lagi, Selangor pasti hancur.....

Nik Aziz GAGAL siri-2 - Kes rogol meningkat, HIV/AIDS tertinggi #TukarKelantan

Posted: 31 Mar 2013 11:00 PM PDT



Kelantan catat peningkatan kes rogol

KOTA BHARU 9 Sept (2011) . - Negeri ini mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.

Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak.

Beliau yang bimbang jenayah rogol secara bergilir-gilir menjadi trend terkini remaja di negeri itu bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kes dalam tempoh itu.

"Walaupun kes dicatatkan masih rendah iaitu 197 sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 206 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi ia meningkat dalam tempoh dua minggu lalu," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Tok Panjang, Kedai Buloh, anjuran Persatuan Sukan Tomoi Kelantan, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Pangkalan Chepa, Dali Husin dan Pengerusi Persatuan Sukan Tomoi Kelantan, Mat Hassan Jusoh.

Mazlan sehubungan itu berharap ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan anak gadis mereka sewenang-wenangnya keluar bersama teman lelaki.

"Mungkin sempena musim perayaan, ibu bapa beri kelonggaran untuk anak gadis mereka keluar berjumpa teman lelaki," katanya.

Mengenai Ops Sikap Ke-24 di negeri ini yang berakhir 5 September lalu, Mazlan memberitahu, ia mencatatkan sebanyak 834 kes dengan 26 kematian.




Kelantan Juara AIDS Tiga Tahun Berturut-Turut

Tujuh hari lepas kita dikejutkan dengan perangkaan yang dikeluarkan Polis Kelantan yang menunjukkan kes rogol meningkat mendadak di Bumi Tadahan Wahyu negeri Islam pimpinan ulama tersohor Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sumber: Klik di sini

Hari ini pula satu perangkaan yang mengejutkan juga sampai lagi ke pengetahuan kita.

Kali ini melibatkan di negeri pimpinan ulama Pas yang menjadi penyumbang utama bilangan penyakit HIV, AIDS di Malaysia.

KOTA BHARU 15 Sept (2011). – Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.

Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.
"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).

"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.

"Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak terlibat dengan mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan kondom dan seks yang selamat untuk mengurangkan penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM15,000 dari Hotel GRV di sini, hari ini.

Sumbangan itu merupakan 10 peratus daripada keuntungan kasar promosi bufet Ramadan Hotel GRV pada bulan lepas.

Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar GRV, Vincent Chua dalam satu majlis ringkas kepada Dr. Illias.

Dr. Illias Adam berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 3,652 kes jangkitan HIV telah dilaporkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes.

"Sejumlah 2,985 (81.7 peratus) kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki dan 668 (18.3 peratus) adalah perempuan. Majoriti kes iaitu 88.7 peratus jangkitan masih berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun.

"Statistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa majoriti daripada penularan HIV berlaku di kalangan orang Melayu iaitu 65,235 atau 71 peratus daripada jumlah penghidap HIV di seluruh negara," katanya.

Sumber: utusan

Untuk pengetahuan semua, Kelantan bukan sahaja menjadi juara AIDS pada tahun 2010. Mereka juga adalah juara bertahan sejak 2008. Selangor juga sedang mencatat trend peningkatan kerana semakin hari semakin banyak pusat maksiat yang dibuka di negeri itu.

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.

Katanya, pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun berikutnya.

"Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes).

"Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini," katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.

Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini.

"Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin," katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan.

"Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

"Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV)," katanya.

Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan.

Sumber: bharian

Syabas Pas, itulah berkat pemerintahan tok guru dan ulama selama 20 tahun di bumi Kelantan



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...