Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Pasangan Blogger Lucah Hina Bendera BN Mohon Maaf! #TolakPR

Posted: 04 Apr 2013 08:18 AM PDT


Pasangan kontroversi di Malaysia, 10 minit yang lepas telah memohon maaf kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) kerana memuatnaik gambar lucah yang disifatkan mereka boleh mempersenda dan menghina bendera BN. Gambar ini mendapat kritikan daripada ramai bloggers dan Facebookers malah Blog CTS sendiri antara yang terawal mendedahkan perkara berkenaan. 
Hari ini juga, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dilaporkan oleh Utusan Malaysia, akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN. Mc berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik, dengan syarat, mereka melakukan semua itu kerana naif dan tidak didorong dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan dan cuba menjatuhkan BN.
Sumber asal CTS

TUDIAA!! Esok Kedah Bubar, Hari Ni Azizan Dah Tergolek!! #TukarKedah #TolakPAS

Posted: 04 Apr 2013 06:37 AM PDT


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi tadi bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Azizan menghadap baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur sambil diiringi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zaki kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Menteri Besar Kedah itu dijangka menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 9 pagi esok sebelum boleh menetapkan tarikh pembubaran DUN Kedah.

Selepas bertemu dengan YDP Agong, Azizan terjatuh ketika berjalan. Foto tersebut sempat di rakam oleh media yang ada berhampiran. Bagi Mc, foto Azizan terjatuh tidak patut dijadikan kontroversi, namun ada diantara penyokong Pas sendiri dikatakan bertepuk tangan dan gembira bila Azizan terjatuh.


Mc rasa pembaca pun tahu geng mana yang bertepuk tangan dan bersorak sakan tu. Depa memang dok tunggu Azizan jatuh untuk mereka gantikan tempat Azizan dengan MB baru. Manusia paling gembira tentunya Phahrolrazi, sebab dia diantara manusia yang 'tergedik' sangat nak jadi MB.

Punya kalut nak jadi MB hinggakan sanggup ugut nak tutup bilik gerakan ditempat sendiri. he he..

McTheory:
Kesiann Tok Jan..belum lawan dah jatuh..

PANASS!! Kesian Melihat Penderitaan Pelajar KUIN Di Sepak Macam Bola!! #TukarKedah #TolakPas

Posted: 04 Apr 2013 05:37 AM PDT


Tak ramai orang tahu penderitaan pelajar KUIN ni. Tempohari si Kamera Kupang beritahu Mc mengenai perkara ini. Mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya penting!

Gambar kiriman menunjukan 4 buah Bas yang digunakan untuk mengangkut pelajar KUIN yang ditempat beberapa penginapan di Daerah Baling. Bayangkan pelajar-Pelajar tersebut terpaksa melalui jarak perjalanan dari tempat penginapan di Baling ke Kuala Ketil hampir 45 minit.

kasihan sungguh mengenangkan nasib mahasiswa yang memohon untuk menginap asrama di Kuala Ketil namun sehingga kini asrama di Kuala Ketil belum-dapat disiapkan walaupun Jamil hanya berjanji 4 minggu sahaja dan kini dah masuk lebih 2 bulan asrama pelajar gagal disediakan dalam kampus KUIN.

Apa yang malangnya, pada hari ini semua mahasiswa yang menginap di asrama sementara di Sedim Kulim dan PLKN Baling dipindahkan pula buat kali ketiga ke SMA Yayasan Khairiyah baling.


Sebelum ini mereka dipindahkan ke Jitra kemudian ke PLKN Baling dan Sedim Kulim, kini penempatan mereka di asrama pelajar Yayasan Khairiah Baling.

Dalam insiden hari ini, apabila pelajar somalia tiba dan melihat penginapan yang terdapat di yayasan KHairiyah mereka memberontak seolah-olah mereka ditipu kerana perkhidmatan keselesaan dan kemudahan amat jauh berbeza. Mungkin disebabkan ketakutan dan bimbang pihak pelajar warga asing membuat laporan ke KPT, lantas pelajar dari Afrika itu terus dipindahkan dengan sebuah bas ke sebuah lokasi penginapan yang lebih selesa bertaraf chaley/motel di Baling.


Persoalan, bagaiman nasib anak bangsa dan warganegara kita. Adakah dengan sebab mereka tidak memberontak mereka harus patuh dengan perpindahan yang mengganggu sesi pengajian mereka ? Zalim sungguh .....

Jangan buat pelajar macam bola,tak kesian kat pelajar ka? Bayangkan kalau anak-anak kita ditempat pelajar-pelajar tersebut, macam mana agaknya? Setiap hari terpaksa menempuh perjalanan sejauh 50KM untuk pulang ke asrama masing-masing, jauh tuu..

Selepas musim cuti persekolahan tamat, kemana pelajar KUIN ini akan di pindahkan pula ? kerana Asrama di Yayasan Khariah akan digunakan oleh pelajarnya sendiri.

McTheory:
Buah khemah tidur dalam hutan kot??

KASI PANASS!! Video Pakatan Jahat yang Patut Semua Rakyat Malaysia Tengok! #TolakPR

Posted: 04 Apr 2013 02:17 AM PDT



Rakyat Malaysia kena bersedia menghadapi segala cabaran dan ujian, demi pertahankan negara kita yang tercinta ni.

PANASS!! Nik Aziz Fitnah Utusan Malaysia!! #TolakPAS!

Posted: 03 Apr 2013 11:17 PM PDT


Apa daa.. Menteri Besar Kelantan yang disanjung tinggi oleh pengikut Pas membuat fitnah terang-terangan. Walaupun perkara tersebut di'tweet' oleh admin yang menjaga akaun twitter Nik Aziz, namun rasanya setiap tweet akan izinkan dulu oleh Nik Aziz, baru boleh ditweet keluar.

Sudah berapa lama Utusan Malaysia tidak lagi menyiarkan nombor ekor. Apakah mereka tidak sedar akan semua itu? Atau Nik Aziz sengaja cuba membuat persepsi buruk rakyat terhadap Utusan Malaysia?

Puak Pas ni tak takut dosa fitnah ka? Atau fitnah ni memang dah jadi makanan harian dorang?

McTheory:
Ini diantara bukti jelas Pas suka FITNAH!

TUDIAA!! Lagi Ahli PKR Keluar Parti!! #TolakPR #PRU13

Posted: 03 Apr 2013 09:12 PM PDT


Aiyoo.. makin lama makin karam la PKR, mungkin orang dah malas nak duduk dalam parti anak beranak ni kot. Kalau boleh nak angkut satu keluarga semua masuk dalam parti tu. Kemudian, apa yang anak beranak depa cakap, semua kena ikut, walaupun tak betul.

Siapa yang boleh tahan dengan perangai puak Anwar ni!!

SUNGAI SIPUT - Seramai 40 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertindak keluar dari parti itu kerana kecewa terhadap pucuk pimpinan yang tidak memberi laluan kepada anggota menyuarakan pandangan.

Ketua Pemuda PKR bahagian Sungai Siput, Aminuddin Mohd. Shukri menyerahkan borang kumpulan itu menyertai UMNO kepada Ketua UMNO bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun di Wisma UMNO Sungai Siput di sini.

Aminuddin berkata, mereka melihat tiada kesepakatan antara pucuk pimpinan dan anggota parti selain pembangkang tidak boleh dijamin mentadbir negara dengan baik jika diberi mandat untuk memerintah.

"Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, bagaimana nak bersatu. Duduk dalam parti tapi tiada kesepakatan, bagaimana nak mentadbir negara. Boleh ke mentadbir negara dengan tiada sehaluan. Mentadbir negara bukan perkara yang boleh buat main-main," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang pernah menyokong UMNO selama 20 tahun berkata, kawasan mereka tidak mempunyai perubahan terutama daripada aspek pembangunan sejak pembangkang menang di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008.

Kawasan itu disandang Dr. Micheal D.Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri S. Samy Vellu dan calon Bebas Nor Rizan Oon dengan majoriti 1,821 undi.

Aminuddin berkata, mereka juga difahamkan pucuk pimpinan PKR merestui calon PSM untuk bertanding atas tiket sendiri di kawasan parlimen berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Beliau yang menjawat jawatan ketua pemuda sejak 2001 akan mengatur strategi supaya BN dapat merampas semula kawasan berkenaan.

Sementara itu, Dzulkifli berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Aminuddin dan anggotanya kerana memberi sokongan kepada BN.

"UMNO bahagian bangga kerana kembalinya bekas pemimpin PKR yang juga anak didik saya dahulu. Tepat pada masanya...kehilangan keyakinan mereka kepada pembangkang dapat membantu BN Sungai Siput," katanya. -Bernama

GEMPAR!! Mahasiswa Seluruh Malaysia Menyokong BN!! #PRU13 #Najib4PM

Posted: 03 Apr 2013 07:12 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 APRIL - "Kami komited menyumbangkan akal fikiran,masa untuk membela dan membantu rakyat di negara ini" ujar Hafiz Ariffin di dalam satu sidang media bagi pelancaran Siswa4U yang diadakan di PWTC pagi ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa matlamat penubunan Siswa4U adalah untuk menggerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk di dalam proses demokrasi politik baru dalam PRU13 secara sihat,rasional,matang,berilmu,berintegriti dan bermaruah.

"Ia sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan".



"Penggerak Siswa4U terdiri dari pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus yang mana sebelum ini banyak terlibat dengan aktiviti antaranya aktiviti kesukarelawanan".

"Apa yang kami inginkan ialah sebuah negara yang aman dengan masyarakat berbilang agama,proses demokrasi dan pilihanraya yang adil,telus dan lancar".

"Kami juga berprinsip pemimpin yang dicalonkan dan dipilih merupakan pemimpin yang bersih,berpengetahuan,berpengalaman berkidmat untuk rakyat,mesra pengundi muda dan dapat menarik minat anak muda"

Beliau juga turut menegaskan bahawa parti yang bertanding mesti menunaikan setiap janji yang ditawarkan di dalam manifesto dan berharap agar pihak berkuasa dapat terus mengawal keamanan negara.

"Sesuai dengan keterbukaan kerajaan untuk meminda perkara 15(2) AUKU,Siswa4U juga akan menggunakan pendekatan secara 'peers group' dalam usaha mendekati mahasiswa bagi menyokong segala usaha transformasi yang telah dibuat oleh kerajaan".

Hafiz juga turut menjelaskan,pendirian yang dibuat berasaskan pelbagai aspek antaranya agenda transformasi yang dibuat oleh kerajaan yang bersungguh-sungguh menunaikann janji melalui program mereka seperti NKRA,NKEA dan sebagainya.

"YAB Perdana Menteri juga begitu konsisten dan ikhas dalam memupuk semangat patriotisme serta menjaga hubungan diantara kaum di Malaysia"

"Beliau juga bersungguh-sungguh dalam mendekati golongan muda dan berusaha mengurangkan beban kelompok ini dengan pelbagai bantuan seperti baucer buku,rebat telefon pintar,PR1MA dan sebagainya dan mempunyai track record yang baik".

"Kami Siswa4U memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap Dato' Seri Najib Razak serta calon-calon yang bakal diketengahkan oleh Barisan Nasional dalam PRU13" ujarnya mengakhiri sidang media. - MyMahasiswa

PANASS!! Anwar Cuba Campur Tangan dalam Senarai Calon Pas Kedah? #TukarKedah #TolakPR

Posted: 03 Apr 2013 05:12 PM PDT

Anwar ada rancangan jahat untuk Pas Kedah?


Kenapa PKR perlu menghantar surat dan merahsiakan daripada pengetahuan Menteri Besar Kedah dan orang-orangnya? Bukankah Anwar boleh meminta sendiri senarai calon daripada MB Kedah tanpa perlu mengunakan orang tengah?

Atau Anwar dan PKR tidak percayakan Azizan lagi? sebab tu mengunakan cara belakang untuk dapatkan senarai nama calon Pas Kedah. Suka betul Anwar dengan 'cara belakang' ni.

Banyak persoalan dalam kepala otak Mc ni.

Rasanya, Anwar nak tengok berapa ramai Anwarinas dalam Pas Kedah jadi calon kot, mungkin sebab tu dia mintak dan mungkin akan diubah mengikut seleranya nanti bila tidak ada anwarinas yang dipilih oleh Azizan.

Sebab tu hingga sekarang, senarai calon Kedah masih lagi tidak diterima oleh Pas Kedah. Katanya masih ada di Pas Pusat.

Azizan kerat habis penentangnya di Kedah. Penentangnya tu, ramai geng Anwarinas dan syiah, rasanya atas alasan tersebut Anwar mahu campur tangan untuk menentukan calon di Kedah.

Bagus juga tu, makin ramai Anwarinas jadi calon, makin ramai la sampah yang Pas Kedah tawarkan nanti. he he..

McTheory:
Tak sabar nak tengok senarai akhir calon sampah Pas Kedah..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...