Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Akibat Ghairah, Penyokong Pas mahu Pakatan Haram 'Tumbang'!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 22 Apr 2013 08:17 AM PDT





Apa dah jadi ni, bila penyokong Pas sendiri minta Pakatan di tumbangkan?

McTheory:
Yeahh.. tumbang Pakatan! ana setuju la.. he he

PANASS!! Sahlan Nasution Yakin Rampas Pokok Sena Dari Tangan Mahfuz Omar!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 22 Apr 2013 05:37 AM PDT



Siapa Dato Sahlan yang menjadi lawan kepada Mahfuz Omar di Pokok Sena? Apa kelebihan beliau? Apa beliau akan lakukan jika dapat merampas parlimen Pokok Sena dari tangan badut Pas si Mahfuz Omar?

Rasanya beliau dah jawab dalam video dibawah,




Berdasarkan petunjuk sokongan yang di perolehi dari penduduk Parlimen Pokok Sena ketika hari penamaan calon pada 20hb yang lalu, Dato' Sahlan Ismail Nasution begitu yakin dapat merampas kerusi Parlimen Pokok Sena (P008) dari Mahfuz Omar, mampu merampas DUN Bukit Lada serta DUN Bukit Pinang dari PAS dan akan mempertahankan DUN Derga yang di menangi BN pada PRU12 yang lalu.

Bagi Dato' Sahlan, siapa pun yang di calonkan PAS, ianya tidak menjadi masalah atau halangan baginya kerana Dato' Sahlan yakin bahawa sokongan dari pengundi BN, pengundi atas pagar dan segelintir pengundi PAS sudah berjaya di perolehinya di Pokok Sena berdasarkan gelombang kebangkitan rakyat menyokong BN di Kedah.

Selain dari itu " Aku Janji BN Kedah PRU13 " juga memain peranan menarik sokongan penduduk di Parlimen Pokok Sena di PRU13 ini setelah penduduk di Parlimen Pokok Sena begitu yakin bahawa BN mampu menunaikan janji-janji yang telah di lakukan berbanding janji Manifesto PRU13 dari Pakatan Rakyat Kedah.

Sokong dari penduduk di Parlimen Pokok Sena pastinya akan di terjemahkan melalui bentuk undi semasa hari pembuangan undi yang akan berlangsung pada 05 Mei ini.


Makk aii.. diantara profile Dato Sahlan dengan Mahfuz Omar, umpama langit dan bumi. Umpama malaikat dan syaitan. Sudah tentu anda tahu yang mana malaikat, dan yang mana syaitannya! he he..


McTheory:
Masih nak pilih Mahfuz Omar? Pilih dengan bijak untuk masa depan kita!

PANASS!! Video Ini Bukti Rakyat Malaysia Tolak Najib Razak? #BNbagus #PRU13

Posted: 22 Apr 2013 02:16 AM PDT

Jika anda tolak Najib Razak, sememangnya anda berada dalam kerugian yang amat besar!

Mc taknak cakap banyak, Mc pun terkejut bila tengok video ni. Ramai gilaaaa... malah paling menarik bila kaum cina sudah kembali menyokong BN dan mempercayai kepimpinan Najib!


McTheory:
I Love Ah Jib Gor.. he he he..

PANASS!! Dr Maza FITNAH Ustaz Fathul Bari!! @RealDrMAZA

Posted: 21 Apr 2013 11:17 PM PDT



Sekali lagi Dr Maza memfitnah Ustaz Fathul Bari! Apa masalah Dr Maza ni sebenarnya? Sebelum tweet sesuatu perkara tu, adakah Dr Maza pastikan dulu perkara tersebut betul atau tidak? Kalau tak betul, bukankah ia menjadi fitnah?

Kalau dilihat kembali sifat iris hati Dr Maza terhadap Ustaz Fathul, ianya semakin menjadi-jadi. Kenapa begitu?

Adakah kerana Dr Maza sakit hati melihat Ustaz Fathul Baru menjadi calon di DUN Sanglang? Ini bukan pertama kali Dr Maza menyerang Ustaz Fathul, malah kali ini Dr Maza bermain persepsi seolah-olah Ustaz Fathul mengajak orang supaya berbohong.

Kalau kita selidik balik tentang perkara ini, nampak sangat ada pihak yang tidak bertanggung jawab telah memutar belitkan kenyataan Ustaz Fathul.

Malah Ustaz Fathul sendiri telah menjawab tentang perkara ini dalam video dibawah,




Sekarang ni Dr Maza nak kata apa? Nak minta maaf? Berani Dr Maza tweet minta maaf terhadap Ustaz Fathul kerana telah salah sangka dan TER fitnah beliau? berani? Ulamak apa yang suka sebarkan fitnah ni? aduhh.. mungkin Ulama akhir zaman!

McTheory:
Sekali dah buat salah, orang takkan percaya sampai bila-bila!

EKSKLUSIF dan PANASS!! Laporan Audit Penyelewengan Pas Kedah Terhadap Maktab Mahmud Di Dedahkan!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 21 Apr 2013 07:40 PM PDT


Mc terkejut pada mula membuka helaian laporan audit satu sekolah Agama yang telah lama bertapak di Kedah ni. Maktab Mahmud, sekolah agama yang dikatakan terbaik di seluruh Kedah. Sekolah agama idaman pada ibu-bapa yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama secara serius.

Bila sebut nama Maktab Mahmud, akan ada satu standart dan level khas dalam pemikiran orang Kedah. Malah untuk menjadi pelajar Maktab Mahmud juga bukan mudah, perlu melalui pelbagai ujian sebelum dapat dilantik menjadi pelajar di Maktab Mahmud.

Begitu besarnya nama Maktab Mahmud di pemikiran orang Kedah. Selama lebih 50 tahun BN memerintah, Maktab Mahmud telah menjalankan tugas mendidik dan melahirkan ramai ilmuan agama, bertindak cemerlang dan tak pernah pula Mc mendengar masalah penyelewengan dan masalah pengurusan.

Bila Kedah jatuh di tangan Pas. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Sepatutnya Maktab Mahmud menjadi lebih cemerlang dan terbilang dibawah Pas, namun ia tak jadi begitu, ia jadi terburuk pulak. Pengurusan yang tidak cekap, pegawai tidak mempunyai 'punch card', laporan akaun yang serabut dan keliru. Malah ada laporan audit yang agak misteri, seperti pembayaran wang tidak mempunyai resit, ada dua nombor resit yang sama dan pembayaran Maktab Mahmud, diletakkan atas nama pengetua, bukan atas nama institusi.

Kalau Mc dan rakan lain tulis dalam blog dengan kosong, tanpa bukti, orang akan kata kami ni tipu, fitnah!


Mc dan rakan blogger Kedah lain tak fitnah, kami mempunyai laporan lengkap audit dalaman dan kami akan dedahkan satu per satu. Mc percaya pada waktu ini sudah ada pemimpin Pas Kedah yang sudah berpeluh, kerana pekung mereka akan dibongkar oleh kami.

Sebab tu Mc kata, puak Pas ni puas mengutuk Kerajaan UMNO/BN dikatakan tidak telus, rasuah, kroni dan sebagainya. Tetapi bila mereka dapat kuasa, mereka jadi lebih teruk dari orang yang mereka tuduh! Mereka tuduh kita rasuah dan penyelewengan tanpa bukti! Tapi kita dedahkan penyelewengan mereka dengan dokumen dan fakta! Mari kita lihat siapa yang kena!

Kalau mengikut laporan audit yang kami terima, hampir semua Maktab Mahmud diseluruh Kedah mempunyai masalah audit dan pengurusan. Tapi paling teruk ialah Maktab Mahmud Alor Setar, tidak ada sebarang rekod!



Maknanya tidak ada rekod kewangan, resit, pembayaran dan lain-lain? Dahsyat!! Tengok helaian dibawah pula!


Baca dalam petak merah, apa sudah berlaku ni? Gagal kemukakan dokumen sokongan bersama baucer bayaran? Maknanya duit keluar tanpa resit yang sah! Macam mana boleh jadi macam ni? Kalau benar guna duit Maktab untuk beli keperluan pengajian, kenapa tak kepilkan sekali resit apa yang dibeli? Atau duit tu masuk poket untuk beli benda lain?

Ini pengurusan yang tidak telus, pembayaran yuran, duit keluar masuk, bukan perkara main-main. Lainlah memang ada niat untuk main-mainkannya. Paling menarik, bila Mc 'semak' siapa yang jadi pengetua Maktab Mahmud ni, membuatkan Mc ketawa besar!

Isteri Adun Pas ni! Anak saudara orang tu! Isteri pada Ketua orang tu, dan semuanya berkaitan dengan keluarga dan orang Pas belaka! he he.. rosak-rosak! Patut la makin mundur dan lingkup Maktab Mahmud, rupanya dijaga oleh orang yang tak layak dan menjadi 'HAK MILIK' keluarga kroni Pas Kedah.

Ok, cerita ni tak habis lagi sebenarnya, kita sambung nanti! Banyak lagi pendedahan.

Lepas KUIN Pas lingkupkan, kini Maktab Mahmud pulak, kalau diberi peluang lagi, rasanya Kerajaan Negeri Kedah pula lingkup dengan kerja bodoh Pas ni!


McTheory:
Ada lagi yang menarik dan tak masuk akal untuk di dedahkan.. jangan kalut, kita sambung esok diwaktu dan blog yang sama. he he..

TUDIAA!! Michelle Yeoh Menyokong Kepimpinan PM @NajibRazak!! #BNbagus #PRU13

Posted: 21 Apr 2013 05:39 PM PDT


Pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh menolak bidasan pembangkang yang mengkritik Perdana Menteri dan meminta rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak."Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa dan akan melakukan banyak lagi perkara yang baik," katanya kepada kira-kira 60,000 hadirin pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Persekutuan Keturunan Cina Selangor.

"Saya, setulus ikhlas berharap bahawa beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan saya minta anda semua untuk memberinya mandat yang kukuh," katanya.Yeoh menjadi sasaran bidasan oleh penulis blog pro pembangkang selepas bintang 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' itu menerima jemputan untuk menghadiri majlis makan malam semalam.

Bagaimanapun, beberapa pihak, termasuk bapanya, Datuk Yeoh Kian Tiek, mempertahankan tindakan Michelle itu, sambil mengingatkan bahawa anaknya seperti semua rakyat negara ini berhak untuk menyokong mana-mana parti politik. Sambil menggesa pembangkang supaya lebih terbuka, Kian Tiek berkata anaknya berhak untuk menghadiri mana-mana majlis makan malam atau acara.

"Kita perlu menghormati hak setiap pengundi, bukan mengkritik mereka dan mendakwa bahawa mereka tidak patut mengundi BN. Itulah semangat demokrasi," Kata Kian Tiek.

Manakala seorang blogger Jovis Low pula berkata, pada ucapan Perdana Menteri, meminta rakyat supaya menolak pembangkang. Beliau berkata, sesetengah ahli-ahli politik membicarakan "Ubah" tetapi rakyat tidak mahu perubahan yang akan menjadikan malaysia sebuah negara yang aman sekarang kepada negara yang penuh dengan konflik dan keganasan.

Antara tulisannya yang menarik ialah, "Malaysia mencapai pertumbuhan 5.6 peratus pada tahun lalu - antara yang tertinggi di dunia. "Adakah anda mahu menukar semua kejayaan ekonomi yang telah kita capai? "Saya tahu jawapannya tentu tidak,"

Kita mahu bertransformasi kearah kemajuan yang lebih baik, bukan perUBAHan yang lebih buruk dan jahanamkan negara!

McTheory:
Sesungguhnya selama 4 tahun, Najib Razak telah melakukan pentadbiran yang sangat baik!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...