Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Ada Teloq ka Mahfuz Omar Nak Sambut Cabaran Ni? #TolakPas

Posted: 02 Apr 2013 07:17 AM PDT



Ha ha ha.. agak-agak si Mahfuz ni berani tak? Adehh.. Mahfuz ni cakap saja berapi-berapi, bila berdepan kecut habis!!

PANASS!! Dap Bagi Projek Kat Penjenayah? #SavePenang

Posted: 02 Apr 2013 05:37 AM PDT


Projek mega DAP Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 billion mendapat kritikan hebat dari berbagai pihak. Projek-projek tersebut, termasuklah Lebuhraya Gurney Drive–Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2km., Lebuhraya 4 lorong dari Tun Dr. Lim Chong Eu–Bandar Baru Air Itam sepanjang 4.6km., Terowong bawah laut antara Pulau Pinang–Butterworth sepanjang 6.5km dan Jalan 4 lorong dari Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km.

Secara umumnya, projek-projek ini dilihat sebagai kenyataan keangkuhan Lim Guan Eng dalam mempamerkan kuasanya dan langsung tidak mempunyai objektif untuk kesejahteraan rakyat. Terutamanya apabila merujuk kepada projek terowong bawah laut yang dilihat sebagai 'redundant' atau berulang, kerana ia membawa objektif yang sama dengan projek jambatan kedua yang belum lagi siap.

Sumber dalaman DAP mendedahkan pihak-pihak yang terlibat dengan projek-projek ini seperti berikut:
1. CZB: Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
·BUCG: Beijing Urban Construction Group – 10%
·ST: Sri Tinggi Sdn Bhd – 10%
§ Davy – 5%
§ Leslie&Co – 5%
·JU: Juteras Sdn Bhd (Annie & Party) – 10%
·ZC-CRC: Zenith Construction Sdn Bhd JV with China Railway Construction Ltd (CRCL) – 70%
§ Pinny – 5%
§ Jimmy & Party – 10%
§ Terry – 3%
§ TBD – 2%

Blog DAP Insider membayangkan nama-nama ringkas yang digunakan merupakan 'kod panggilan' bagi menyembunyikan identiti sebenar mereka. Namun, ramai yang dapat mengagak bahawa 'Annie & Party' bermaksud Anwar dan PKR, manakala 'Davy' ialah 'Daddy' atau Lim Kit Siang sendiri.

Tindakan Lim Guan Eng memberi 'habuan' kepada kroni melalui projek ini tidaklah mengejutkan kerana semua orang tahu bahawa slogan 'Cekap, Amanah dan Telus' DAP hanyalah alat pemasaran yang tidak membawa makna apa-apa kepada DAP, tetapi sekadar untuk memperbodohkan penyokong mereka.

Namun, apa yang mengejutkan ialah 'tahap' korupsi yang dilakukan nampaknya hampir menyaingi rekod kebodohan PAS Kedah kerana ia terlalu jelas dan terang-terangan.

Mana tidaknya, jika syarikat yang mendapat kontrak bagi projek mega berbilion ringgit ini, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.

Perkara ini didedahkan oleh blog Stop The Lies pada 16 Mac lalu.

Jika pendedahan ini benar, kita agak 'kagum' memikirkan bagaimana Lim Guan Eng boleh mempunyai kuasa ajaib untuk menganugerahkan projek kepada syarikat yang belum lagi ditubuhkan? Bagaimana dan dari segi apa syarikat tersebut dinilai?

Jika CZB hanya bertindak sebagai orang tengah sekalipun dan tidak perlu menyediakan kepakaran, kita tidak faham bagaimana ia boleh terpilih sedangkan ia belum wujud sewaktu tender ditutup?

Apa yang lebih 'menakutkan' ialah Pengerusi CZB, Zarul Ahmad Mohamad Zulkifli didapati pernah disabitkan di bawah kesalahan jenayah di mana beliau terlibat dalam skandal pinjaman bersama dengan tiga lagi bekas pekerja Rakyat Merchant Bankers Berhad (RMB), dan telah dikenakan penjara sehari serta denda berjumlah RM10,000-RM50,000 pada tahun 1994.

Kesalahan mereka melibatkan Akta Bank dan Institusi Kewangan, di mana mereka telah meluluskan pinjaman melebihi had berjumlah RM127 juta. Zarul secara peribadi telah didapati bersalah memberi pinjaman RM10.6 juta dan telah mengaku bersalah memindahkan RM67.5 juta lagi kepada pelanggan RMB.

Sumber : Rakyat Merah Kuning

PANASS!! Zul Noordin Jelas Dakwaan Hina Agama Hindu!! #FitnahPR

Posted: 02 Apr 2013 02:17 AM PDT


"Rakaman itu dibuat 12 tahun lalu. Ia tidak ada kaitan dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia)." Demikian ulasan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berhubung penyebaran rakaman video yang memaparkan kononnya beliau memberi komen negatif terhadap penganut agama Hindu.

Menurut beliau, rakaman itu tidak ada kaitan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dianggotainya sekarang kerana ia dibuat 12 tahun lalu.

"Mengapa pihak yang menayangkan rakaman video itu tidak memaparkan lokasi dan penonton ceramah tersebut, sedangkan saya berceramah lebih lima minit dan diadakan di markas parti Pas dan penontonnya ahli Pas sendiri, bukannya ahli Perkasa."

 "Saya ingin memberi amaran kepada pihak tertentu jangan terus memburukkan nama saya, kelak segala rahsia buruk mereka akan terbongkar dan mereka tidak boleh menunjuk muka kepada masyarakat lagi,"

katanya ketika menyampaikan ceramah, di Kampung Permatang, di sini malam tadi. Beliau berkata demikian bagi mengulas rakaman video bertajuk "Zulkifli Nordin (Perkasa) menghina agama Hindu" yang dimuat naik di laman YouTube beberapa hari lalu. Zulkifli menyifatkan usaha menyebarkan video tersebut sebagai taktik pihak yang bankrap idea serta mahu memburukkan namanya. - UTUSAN

TUDIAA!! 20 Ribu Rakyat Johor Serbu Tun Dr Mahathir! #BNbagus

Posted: 02 Apr 2013 01:17 AM PDT

Semalam bukan main lagi orang DAP cakap Johor akan mereka tawan. Tetapi realitinya sangat jauh berbeza daripada orang DAP. Di Johor masih ramai yang menyokong teguh Barisan Nasional baik Melayu, Cina, India mahupun bangsa-bangsa lain.


Dalam ceramah Tun Dr. Mahathir di Pulai, Johor, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menggesa rakyat Johor menolak Pakatan Rakyat dan menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang. 

Kalau lihat pada mereka yang hadir ke ceramah semalam iaitu sebanyak lebih kurang 20 ribu rakyat, Johor bakal jadi kubur politik Lim Kit Siang. Dari satu parlimen kepada satu parlimen menunjukkan bahawa tidak ramai yang menyokong dirinya.

Dengar cerita percaturan untuk meletakkan Kit Siang di Johor dengan alasan mahu menawan Johor merupakan taktik licik beberapa pemimpin DAP yang mahukan Dinasti Lim berkubur.

Ada dengar-dengar semua ini kerja Ronnie tapi tak tahulah Mc. Sebab kini DAP juga sedang mempunyai masalah dalaman yang teruk. Mereka dah mula tunjuk taring sebab nak kerusi mudah menejlang PRU13 ini. - Keris7Lok

PANASS!! Cikgu Non Cerita Kisah MB Kedah Suka Pukul Bini!! #TukarKedah #TolakPas

Posted: 01 Apr 2013 10:17 PM PDT



Cikgu Non bercerita mengenai kisah MB Kedah yang suka pukul bini. Nampak macam alim, nampak macam berperibadi ulamak, rupanya panas baran, dok tibai bini dia. Kesiann.. laa..

PANASS!! Azizan Sindir MB Selangor Banyak Sangat Janji! #ManifestoBukanJanji #TolakPR

Posted: 01 Apr 2013 08:17 PM PDT


ALOR SETAR, - Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan antara kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.

Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.

"Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan … mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar," kata menteri besar Kedah itu dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.

"Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni," tambah Azizan merujuk kepada protes yang sering berlaku terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Menurut Azizan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, rakyat pada masa kini bukannya mahu bergantung kepada kerajaan akan tetapi mahukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin kehidupan lebih baik untuk mereka.

"Yang penting dalam konteks masa kini, rakyat bukan nak bergantung kepada duit kerajaan. Dia mahu kerajaan yang baik, kerajaan yang beri jaminan, keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka.

"Sebab itu kita panggil 'Kedah Sejahtera'. Dia berniaga, dia bertani, dia ada duit dia. Tapi kita jangan rasuah, jangan menyeleweng, jangan ada kroni, jangan semua you bolot untuk kamu semua," tambah beliau merujuk kepada tema yang digunakan oleh negeri tersebut.

Ketika ditanya apakah janji yang akan diberikan kepada pengundi negeri sekiranya PR berjaya memerintah semula Kedah selepas Pilihan Raya 2013, Azizan berkata: "Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah."

Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi, bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Perak walaubagaimanapun, kembali semula ke tangan BN selepas tiga ADUN PR berpaling tadah.

HOT INFO! Anwar Sediakan 'Kubur' Untuk Kit Siang di Johor! #BNbagus #PRU13 - Tun Dr Mahathir

Posted: 01 Apr 2013 06:11 PM PDT



JOHOR BAHARU, - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.

"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.

"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis 'Bicara Minda' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.

Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat 'Ubah' dan 'Tukar' kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.

Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.

"Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.

Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.

"Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri," katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.

Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.

"Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.

Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.

Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.

-- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...