UMNO Online - “Tindakan Tukar Kerajaan Yang Ada Rekod Cemerlang Merugikan Rakyat” plus 9 more

UMNO Online - “Tindakan Tukar Kerajaan Yang Ada Rekod Cemerlang Merugikan Rakyat” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tindakan Tukar Kerajaan Yang Ada Rekod Cemerlang Merugikan Rakyat

Posted: 02 Apr 2013 06:09 AM PDT

KUALA PENYU, 2 April – Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, sekiranya rakyat berniat untuk menukar kerajaan yang mempunyak rekod cemerlang maka ianya akan merugikan negara dan rakyat sendiri.

Ujarnya yang juga merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, rakyat tidak harus memperjudikan kesejahteraan dan masa depan negara kepada sebuah kerajaan baru yang belum pasti mampu mentadbir dengan baik seperti apa yang telah dibuktikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Kerajaan yang ada sekarang mempunyai rekod pentadbiran yang cemerlang dan telah berjaya membangun negara serta sentiasa prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat secara berterusan. Kerajaan BN menunaikan tanggungjawab terhadap semua penduduk tanpa diskriminasi. Biarkan rakyat itu tidak menyokong kerajaan namun bantuan tetap dihulurkan tanpa ada sebarang rasa pilih kasih.

"Justeru itu kita tidak perlu tukar kerajaan kerana ianya adalah satu tindakan yang amat merugikan negara dan dikhuatiri kesejahteraan yang kita nikmati selama ini akan tergadai," katanya pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort di Tadika Pen Yu Kg Sungai Labuan, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Ketua Daerah Kuala Penyu, OKK Raymond Insi, KDM Sitompok Jumat Isnin dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Beaufort, Munah Jikri.

Tambah Azizah, beliau masih amat yakin bahawa rakyat khususnya di negeri Sabah masih sayangkan BN dan akan memberi mandat yang lebih besar kepada BN untuk terus mentadbir negara ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias berkata, rakyat telah menilai bahawa kerja yang dilaksanakan BN bertambah baik sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui pemerintahan.

"Kita mempunyai pemimpin yang baik dan sayangkan rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang bijak mentadbir negara dan tahu menjaga kepenting rakyat. Kita mahu pemimpin yang sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat yang telah menjadi agenda utama BN di bawah pimpinan Perdana Menteri.

"Oleh itu, saya amat yakin, kita di Sabah masih terus setia dan akan terus menyokong BN. Hanya bersama BN Sabah akan terus membangun dengan lebih pesat," katanya. - MediaUMNO

MALAYSIA NEGARA INDAH PELBAGAI BUDAYA

Posted: 02 Apr 2013 06:06 AM PDT

Pelancong datang pelancong pergi,

Datang melancong Negara kita,

Tempat bersejarah mereka lawati,

Mereka melihat berbilang budaya.

 

Berbilang kaum boleh bersatu,

Masing-masing ada budaya sendiri,

Rakyat kita memberi restu,

Mereka suka berada disini.

 

Adat resam berbilang kaum,

Budaya etnik berbilang bangsa,

Pelancong hairan terasa terpegun,

Rakyat Malaysia hidup bahagia.

 

Makanan Malaysia sedap sekali,

Sedap dimakan semua bangsa,

Pelancong sangat berpuas hati,

Mendapat makanan pelbagai rasa.

 

Ikan bakar asam pedas,

Masak lemak cili padi,

Sayur ulaman bersama kerdas,

Boleh didapati semua Negeri.

 

Nasi beriani dari Johor,

Yang sedap di Batu Pahat,

Makanan ini sangat masyhur,

Sudah ada di merata tempat.

 

Kalau kita pergi ke Kedah,

Di Kuala Kangsar labu sayong dibeli,

Laksa mereka dimakan sudah,

Di taiping jangan lupa Kuewteow Doli.

 

Masak tempoyak ikan patin,

Makan pula ditengah hari,

Di Temerloh tidak bermusim,

Bersama keluarga makanan dinikmati.

 

Dari Temerloh ke Terengganu,

Sebelum kita ke Kelantan,

Keropok lekor dan telur penyu,

Nasi dagang jadi rebutan.

 

Masak lemak cili api,

Asam pedas ayam kampung,

Di Selangor senang didapati,

Di restoran ataupun di warung-warung.

 

Asam pedas ikan bakar,

Makanan sedap di Melaka,

Sambal asam ulam segar,

Tak percaya bolehlah cuba.

 

Melaka indah bandar sejarah,

Pelancong datang tidak berhenti,

Serata dunia termasyhur sudah,

Banyak tempat boleh dilawati.

 

Kalau kita pergi ke Sabah,

Gunung Kinabalu boleh didaki,

Banyak juga tempat sejarah,

Menyelam laut semulajadi.

 

Keindahan alam didalam laut,

Tempat menyelam banyak sekali,

Menyelam sekali hati terpaut,

Itulah tarikan Sabah bistari.

 

Ini kisah Negeri Sabah,

Cantiknya alam semulajadi,

Berbilang kaum bersatu sudah,

Maju membagun seluruh negeri.

 

Kerajaan BN sentiasa membantu,

Membangunkan Sabah tidak henti,

Apa sahaja yang rakyat mahu,

Terus diberi tak perlu dinanti.

 

Keselamatan Sabah dijaga rapi,

Tentera dan polis ada bertugas,

Rakyat senang mencari rezeki,

Hidup aman maju dan cergas.

 

Mempunyai budaya cara sendiri,

Aktiviti rakyat semasa lapang,

Untuk rakyat berhibur hati,

Kepada pelancong selamat datang.

 

Ke mana sahaja dalam Malaysia,

Penerbangan ada setiap hari,

Dari semennajung, Sarawak dan Sabah,

Perjalanan itu tak hairan lagi.

 

Dari Sabah ke Kuala Lumpur,

Singgah di Kuching beli terubuk,

Dengan mesra kita bercampur,

Nilai murni sentiada ditunjuk.

 

Membangun Sarawak tidak berhenti,

Luar Bandar diutamakan,

Tak perlu tunggu dan menanti,

Segala pembangunan disegerakan.

 

Di Sarawak ada Kampung Budaya,

Seni budaya semua bangsa,

Kek Sarawak Jangan dilupa,

Udang segar sentiasa ada.

 

Mee kolok makanan ternama,

Sedap di makan pagi dan malam,

Boleh didapati di mana-mana,

Di bandar Kuching Bumi Kenyalang.

 

Naik feri atau jambatan,

Penerbangan ada sepanjang masa,

Pulau Pinang jadi rebutan,

Nasi kandar mesti dirasa.

 

Pasembor dan lain makanan,

Boleh dimakan dipadang kota,

Ais kacang dan lain minuman,

Di Padang Kota semuanya ada.

 

Ke Pulau Pinang malas nak pergi,

Negeri itu pentadbiran pembangkang,

Kalau pergi pun ke Batu Feringghi,

Ke tempat lain penat pun datang.

 

Kalau boleh BARISAN ambil,

Kepada pembangkang katakan sudah,

Di Pulau Pinang politik tak stabil,

Rakyat terbiar tidak diendah.

 

BARISAN sedang bekerja kuat,

Parti Gerakan teraju uta,ma,

Kebajikan Rakyat diambil berat,

Dengan BARISAN bekerjasama.

 

Pergi pula ke Pulau Langkawi,

Tempat peranginan terkenal Negara,

Melalui penerbangan atau feri,

Sampai di Langkawi sewa kereta.

 

Langkawi sendiri ada sejarah,

Sejarah Mahsuri penuh istimewa,

Tujuh keturunan terbiar sudah,

Sekarang terkenal seluruh dunia.

 

Pelancong datang sepanjang masa,

Datang melawat Pulau Lagenda,

Datang sendiri keistimewaan diarasa,

Langkawi tempat menambah mesra.

 

Tempat menyelam ke dasar laut,

Keindahan laut semulajadi,

Pelancong datang hati terpaut,

Ada yang datang beberapa kali.

 

Makanan sedap di mana sahaja,

Sepanjang jalan ke Pantai Cenang,

Laksa Langkawi jangan dilupa,

Laut cantik boleh berenang.

 

Pemandangan cantik indah permai,

Di atas air penginapan pengunjung,

Pengunjung datang bertambah ramai,

Dari seluruh dunia datang melancong.

 

Pergi pula ke negeri Kedah,

Jangan lupa ke pasar Rabu,

Jelapang padi dilawat sudah,

Kedah membangun seperti dulu.

 

Pembangkang memerintah Negeri Kedah,

Kerajaan PAS mentadbir Negeri,

Banyak hutan digondol sudah,

Membangun negeri cara sendiri.

 

Kesusahan petani nelayan mereka biarkan.

Kerajaan BARISAN membantu mereka,

Masalah rakyat tidak diuruskan,

Pemerintahan Pas punya angkara.

 

Ambil balik Negeri Kedah,

Kerajaan Barisan majukan Negeri,

Pentadbiran PAS dirasa sudah,

Barisan Nasional ambil kembali.

 

Negeri Perlis cantik membangun,

Di Utara Malaysia penuh sejarah,

Rakyat bahagia sentiasa tersenyum,

Kerajaan BARISAN memajukan sudah,

 

Banyak tempat boleh dilawati,

Rakyat bersatu berbilang bangsa,

Tanaman mangga sungguh menjadi,

Tarikan pelancong ke hujung Negara.

 

Rakyat aman negeri maju,

Tak ada masalah antara bangsa,

Hidup bahagia bersatu padu,

Barisan Nasional memerintah selesa.

 

Empat Tahun Najib Terajui Agenda Transformasi Gemilang

Posted: 02 Apr 2013 05:40 AM PDT

TARIKH 3 April 2009, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakar sejarah negara apabila menjawat teraju kepimpinan Malaysia sebagai Perdana Menteri keenam selepas peralihan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara pertama yang dilaksanakan oleh beliau selaku kepimpinan tertinggi ialah mengajak seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melaksanakan transformasi dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Selepas empat tahun berlalu, penilaian ke atas pelaksanaan transformasi telah dilakukan apabila Datuk Seri Mohd Najib sendiri membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mana ia menjadi bukti bahawa kewibawaan sebagai negarawan telah dicorakkan dengan kemajuan dan pembangunan negara bangsa.

Kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri telah mengarahkan setiap menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas masing-masing dengan matlamat agar kabinet yang ada benar-benar menggalas tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

Sebagai Presiden UMNO pula, Najib dalam ucapan sulungnya dalam persidangan terbesar orang Melayu iaitu Perhimpunan Agung UMNO pada 13 Oktober 2009 telah menekankan pentingnya aspek perubahan dalam agenda baru parti bagi memastikan UMNO terus teguh dan dihormati.

Perkara terbabit dibuktikan kemudiannya dengan pindaan Perlembagaan UMNO yang melibatkan penambahan dan pemansuhan beberapa fasal membabitkan peluasan jumlah perwakilan, penghapusan kuota, yuran, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan sebagai setiausaha bahagian.

Najib membuktikan gerak kerja yang mantap dengan menjadikan dirinya sebagai contoh terbaik dalam pendekatan bersama rakyat dan menyelami permasalahan masyarakat.

Pemimpin turun padang menjadi agenda utama dan keperibadiannya yang berjiwa rakyat berjaya 'menutup mulut' pihak lawan yang sebelum ini melakukan serangan peribadi terhadap beliau dan keluarganya.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang memahami aspirasi masyarakat, Najib sentiasa memikirkan hasrat untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan.

Antaranya ialah pendidikan yang bermutu bermula dari pra sekolah lagi, mengoptimakan potensi diri, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, prasarana awam yang mencukupi dan pemilikan rumah yang selesa serta berkemampuan untuk berlindung dan membesarkan anak-anak.

Beliau juga sering menekankan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa menepati janji dan meletakkan masalah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.

"Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.

“Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji," katanya ketika berucap dalam pembentangan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), baru-baru ini.

Bukan itu saja, dalam tempoh empat tahun kepimpinan Najib sebagai nakhoda Malaysia, nama negara terus mekar malar di persada antarabangsa.

Antaranya, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit.

Sementara Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013, telah meletakkan Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing di dunia dan Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik selain International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013.

"Mencapai status negara maju berpendapatan tinggi adalah matlamat kita. Apa yang mustahak, kita mahu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan kita sendiri, di mana kebahagiaan individu, keluarga dan masyarakat menjadi asas utama bukan semata-mata angkatunjuk ekonomi.

“Oleh kerana itulah, Dasar Transformasi Negara digubal dan dilaksana bagi memastikan setiap rakyat Malaysia akan merasai nikmat kemajuan yang diusahakan," tegas Najib.

Tentunya, impian Perdana Menteri ini mempunyai kesinambungan yang akan diteruskan oleh generasi seterusnya dengan pendekatan mantap dan matang. Kesungguhan kepimpinan Najib sebagai pemimpin negara perlu dikekalkan dengan menghadapi apa jua rintangan dalam BN khususnya untuk berdepan dengan perang besar iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.

Apa jua yang berlaku atau apapun persepsi serta manipulasi yang dilontarkan oleh pihak lawan, sewajarnya pertimbangan membuat penilaian menjadi keutamaan dengan kejayaan dan kegemilangan yang dilakar oleh Najib sebagai sandaran. Sesungguhnya hanya BN yang merealitikan janji ditepati untuk impian Wawasan 2020 sebagai kenyataan.

Ropikah Ahmad (Penulis Adalah Editor umno-online.com)

Sudahlah Tidak Membantu, Mencemuh Pula… Sikap Pembangkang Memalukan!!

Posted: 02 Apr 2013 05:31 AM PDT

Salam 1Malaysia… Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan, seperti polis dan tentera, kini tiba pula giliran Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada dicerobih orang asing.

Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.

Giliran Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah “dimangsakan.”

Apa maksud Teresa Kok mereka dimangsakan?

Jelas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini berfikiran cetek dan sempit apabila semua perkara yang berlaku, waima insiden yang serius seperti di Lahad Datu itu pun ingin dipolitikkan dan menjadi salah UMNO.

Menuduh UMNO bertanggungjawab dalam perkara itu jelas tidak masuk akal kerana UMNO lah pihak yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Ada pemimpin PR yang melawat lokasi ground zero?

Mereka lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan keselamatan tanpa memikirkan perasaan anggota keluarga mereka yang anak, suami, isteri pergi berjuang di Lahad Datu.

Apa yang mereka tahu, menuduh insiden itu konspirasi UMNO, pasukan keselamatan itu menjadi mangsa dengan sandiwara UMNO.

Adakah Teresa Kok mengatakan anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu itu pergi dengan sia-sia dan menjadi mangsa?

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi?

Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.

Ketika negara sedang berjuang untuk memastikan kedaulatan negaranya tidak dicabar, pembangkang masih lagi sibuk memainkan sentimen politik yang sempit.

Pembangkang sibuk menuduh insiden Lahad Datu konspirasi UMNO, tapi mereka terlupa Reuters melaporkan pembangkang menjadi dalang pencerobohan Sabah menerusi pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III.

Mat Tiarap KL

Meneliti Manifesto Bukan Janji, Janji Dicapati Pembangkang

Posted: 02 Apr 2013 05:18 AM PDT

Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui 'Manifesto Bukan Janji' yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata.

Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara.

Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta. Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai, namun harganya tidak pula diturunkan kerana pengeluar juga perlu mengambil untung.

Malah di Amerika Syarikat kereta tersebut turut dikenakan cukai, namun harganya lebih murah kerana pasaran negara itu besar berbanding Malaysia.

Kerajaan secara dasarnya telah mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan, termasuk syarikat pengeluar, pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna.

Adalah penting untuk mengimbangi semua ini, kerana jika harga kereta terlalu rendah syarikat pengeluar tidak akan mendapat keuntungan malah para pelabur pula akan lari dan tidak lagi membuka kilang di Malaysia. Tidak ketinggalan penurunan harga kereta secara mendadak turut akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan.

Kesannya ialah ekonomi kita, kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais diturunkan seperti yang dikatakan oleh pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya. Malah mereka-mereka yang terlibat dengan industri automotif ini akan berdepan dengan situasi gulung tikar dan muflis.

Itu belum lagi diambil kira faktor yang akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion. Sekali gus ia pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.

Menurut pakar ekonomi, apa yang penting ialah bukan menurunkan harga cukai, kerana harga kenderaan sebenarnya boleh turun tanpa perlu mengurangkan pendapatan negara. Iaitu melalui langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini dengan melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar kenderaan.

Ini kerana langkah tersebut jelas terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding 'manifesto bukan janji' pakatan pembangkang.

Malah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar lebih efisien, selamat dan dinikmati juga merupakan satu langkah yang dinamik.

Selain mengelakkan kesesakan jalan raya, kos perjalanan yang lebih murah ia juga mampu mengurangkan penceraman alam sekitar. Ini kerana hanya dengan menurunkan harga tidak akan mampu memberi penyelesaian terbaik kerana perlu mengambil kira faktor pengeluaran serta pendapatan rakyat.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan.

Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat.

gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Sebanyak 22 Kerusi DUN Kedah Berpihak Kepada BN – Ahmad Bashah

Posted: 02 Apr 2013 04:44 AM PDT

ALOR SETAR, 2 April –  Sebanyak 22 daripada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah kini dilihat ‘putih’ kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Enam lagi kawasan dikategori ‘kelabu putih’ kepada BN, dan parti komponen itu boleh menang di 28 kerusi DUN untuk merampas kembali Kedah dengan majoriti dua pertiga.

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata bagi kawasan Parlimen, BN Kedah menyasar 11 kerusi daripada 15 kawasan, iaitu tujuh dikategori ‘putih’ dan empat ‘kelabu putih’.

“Kita percaya pengundi yang berstatus atas pagar akan memihak kepada kita setelah apa yang telah kerajaan BN (Persekutuan) buat selama lima tahun ini,” katanya selepas melancarkan program Jelajah Gelombang Biru Parlimen Kuala Kedah pada Selasa.

Untuk rekod, bagi membentuk kerajaan negeri memerlukan 19 kerusi DUN bagi majoriti mudah, dan 24 kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Ahmad Bashah berkata secara keseluruhan, peratusan pengundi kaum India yang menyokong BN boleh mencapai 85 peratus manakala pengundi kaum Cina pula disasar sekurang-kurangnya 40 peratus.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada PRU13, nama calon bertanding akan diumum seminggu lebih awal berbanding sehari sebelum penamaan calon sebelum ini.

“Antara kelebihan penamaan calon diumum lebih awal ialah calon boleh memperkenalkan diri dan beramah mesra dengan orang ramai serta tidak ada sesuatu (masalah) di sebalik penamaan calon itu sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Bashah meminta petugas melipatgandakan usaha di pusat daerah mengundi bagi memastikan pengundi di kawasan mereka seramai mungkin menyokong BN.

Siap Siaga Agenda Jahat Pembangkang Rancang Huru-Hara Semasa PRU -13

Posted: 02 Apr 2013 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, adalah penting untuk seluruh rakyat negara ini terutamanya pengundi mengetahui dakwaan bahawa pakatan pembangkang merancang untuk membuat huru-hara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ujarnya, beliau sendiri telah mendapat maklumat dan menerima beberapa dokumen bagaiaman pakatan pembangkang mengajar jentera mereka untuk membuat huru-hara.

"Maklumat yang saya dapat bukan hanya sekadar bergaduh dan membakar bendera seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini namun ada kaedah-kaedah tertentu yang mereka ajar. Sekiranya mereka tewas maka akan ada perkara-perkara yang akan mereka lakukan dan ungkit termasuklah perancangan mencalitkan dakwat kekal di tangan pengundi bagi menggagalkan PRU-13.

"Saya amat berharap agar pihak berwajib terus memantau dan membuat kawalan ketat tentang perkara ini. Begitu juga dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Saya berharap mereka akan memastikan dakwat kekal selamat dalam simpanan tanpa ada sebarang kebocoran berkenaan warnya yang bakal digunakan.

"Saya sendiri tidak tahu warna apa yang akan digunakan dan saya berharap agar rakyat terutama mereka di luar bandar jangan terpengaruh dengan agenda pembangkang yang ingin mencalit dakwat kekal di hari mereka. Pengundi mesti ingat bahawa dakwat hanya akan dicalit ditempat mengundi.

"Oleh itu, pihak berwajib harus sentiasa peka dan mengambil tindakan segera kepada usaha-usaha untuk mengadakan kekacauan semasa kempen, berceramah atau sebagainya kerana mereka akan melakukan pelbagai cara bagi membuat huru-hara termasuklah mempertikaikan senarai pengundi," ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Tambah beliau, sikap pakatan pembangkang ini dilihat amat tidak profesional dan tidak dapat menerima kenyataan sekiranya rakyat menolak mereka pada PRU nanti. Ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menerima apa sahaja suara rakyat seperti apa yang berlaku pada PRU-12. – MediaUMNO

Kerajaan DAP Kerajaan Salah Kira, Salah Taip dan Tak Tahu Menahu

Posted: 02 Apr 2013 04:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April –  Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa tidak tahu tentang projek kerajaan Pulau Pinang di China yang melibatkan kos RM3.4 Bilion ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang akhbar kelmarin.

Tegasnya, Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri sepatutnya mengetahui setiap perlaburan negeri di dalam dan di luar negara, apatah lagi ia melibatkan satu jumlah yang amat besar.

"Kalau ikut prosedur kerajaan negeri, setiap keputusan mengenai sesuatu projek mesti melibatkan kelulusan exco negeri. Jadi, kalau Lim Guan Eng kata beliau tidak tahu menahu tentang projek tersebut, ini sesuatu yang amat pelik. Lainlah kalau Pulau Pinang guna sistem lain untuk meluluskan projek kerajaan negeri.

"Jadi dalam hal ini, timbul persoalan, masakan beliau sebagai seorang Ketua Menteri, tidak tahu kerajaan negerinya melabur sebanyak RM3.4 bilion di luar negara? Jika benar begitu, kita syak ada sesuatu yang tidak kena tentang perlaburan tersebut. Apakah Lim Guan Eng memang benar-benar tidak tahu, atau sengaja buat-buat tak tahu?," ujar beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, sekiranya negeri sebesar Pulau Pinang itu pun tidak mampu dijaga oleh Lim Guan Eng, bagaimana DAP mahu menjaga pentadbiran satu negara yang sudah tentu lebih rumit dan lebih banyak prosedurnya.

"Sebelum ini, beliau memberikan asalan tersilap kira dalam pemilihan jawatankuasa CEC DAP. Kemudian, beliau memberi alasan tersalah taip dalam jumlah kos projek terowong bawah tanah Pulau Pinang yang menyebabkan lebihan sebanyak RM2.2 bilion.

"Hari ini, beliau sebagai KM  boleh buat kenyataan tak tahu pula tentang projek kerajaan negeri yang melibatkan kos sebanyak RM3.4 bilion! Sepatutnya beliau sebagai KM, perlu tahu semua hal dalam negeri termasuk ke mana wang kerajaan negeri mahu disalurkan. Mana boleh beliau bagi jawapan tak tahu tentang hal itu," tegasnya.

Justeru itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh menyeru agar rakyat Malaysia, khususnya rakyat Pulau Pinang menilai sejauh mana kecekapan DAP dalam mentadbir sesebuah negeri.

"Ini bukan perkara remeh temeh. Ini perkara yang melibatkan sejumlah wang yang besar bernilai bilion ringgit. Tapi jawapan yang diberikan beliau jawapan budak-budak, jawapan remeh temeh.

"Wang itu bukan milik beliau atau DAP. Itu wang rakyat dan hak kerajaan negeri. Mana boleh kita sebagai ketua negeri ambil sambil lewa atau tidak tahu ke mana wang negeri disalurkan. Ini yang harus rakyat sedar. Sekiranya kita tersalah bagi kepercayaan pada mereka yang tak berpengalaman dan buat kerja sambil lewa, inilah jadinya," akhiri beliau.

Isu pelaburan Projek  Taman Elektronik Pulau Pinang di Wuhu, China pada tahun 2011 yang melibatkan kos sebanyak RM3.4 bilion itu telah dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leng yang mendakwa projek tersebut cuba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat negeri itu. -MediaUMNO

PM Terajui Manifestasi Janji Ditepati Untuk Transformasi Rakyat – Tengku Adnan

Posted: 02 Apr 2013 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru rakyat agar menilai dan memperhalusi kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah genap menjadi Perdana Menteri Malaysia selama empat tahun esok.

Katanya, sebagai rakyat yang mempunyai wibawa dan tanggungjawab untuk menentukan masa hadapan negara dan bangsanya, maka tentunya penilaian juga dibuat kepada kepimpinan tertinggi peneraju negara.

"Sepanjang empat tahun kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib, beliau telah membawa transformasi dengan memberi anjakan bukan saja kepada masyarakat tetapi juga kepada negara di persada antarabangsa," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, Dasar Transformasi Nasional yang digerakkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial (PTS) telah member satu landskap baru dalam pembangunan negara.

"Sepanjang empat tahun, Datuk Seri Mohd Najib menerajui negara, beliau turut dilemparkan tohmahan dan serangan peribadi dari pihak pembangkang tetapi dengan kematangan, beliau tidak terpengaruh atau melatah sebaliknya terus fokus kepada manifestasi konsep 1Malaysia yang merupakan suatu prinsip untuk membangunkan sebuah negara yang bersatu padu dan progresif.

Jelasnya, kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) telahpun melakukan perubahan melalui transformasi yang dilaksanakan tanpa sebarang agenda negatif sebaliknya rakyat mendapat manfaat.

"Kerajaan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib telah melengkapkan pendekatan sedia ada untuk memperkukukan perpaduan dalam negara bagi menjamin kestabilan yang berterusan.

"Perdana Menteri tidak pernah endah dengan provokasi, manipulasi dan tohmahan negatif segelintir pihak yang sememangnya mahu melihat beliau melakukan kesilapan sebaliknya, Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapiaan Diutamakan menjadi formula untuk memastikan aspirasi nasional Wawasan 2020 dicapai."

Tegasnya yang juga Setiausaha Agung BN, sebagai pemimpin parti yang memegang tampuk pentadbiran negara, Datuk Seri Mohd Najib sentiasa mengutamakan permuafakatan di kalangan 13 anggota kompenannya dan ini adalah perbezaan terbesar berbanding pakatan pembangkang yang hanya melibatkan tiga sekutu.

"Jika dilihat, segala keputusan yang diambil dalam BN adalah keputusan yang konsensus dengan Perdana Menteri tidak melakukan keputusan bersendirian sebagaimana pembangkang sehinggakan ada dikalangan pemimpinnya yang mengeluarkan kenyataan mengatakan ini adalah pandangan peribadi sedangkan mereka ini adalah pemimpin parti tapi bagaimana boleh kata peribadi atau tidak kerana ia adalah suara bersama," ujarnya.

Justeru beliau berkeyakinan walaupun tentunya BN akan menghadapi keadaan yang lebih getir pada PRU nanti tetapi percaya bahawa dengan perancangan dan pelaksanaan yang ditrajui oleh Datuk Seri Mohd Najib maka tentunya sokongan masyarakat akan terus teguh kepada BN.

"Tidak ada sebab untuk kita menolak BN pada PRU ke-13 nanti apatah lagi karisma kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib telah terbukti dengan janji ditepati berbanding pakatan pembangkang yang bertindak sebaliknya." – MediaUMNO

Pemimpin Wanita BN Tidak Terpilih Diminta Elak Perangkap ‘Projek Khas’ Pembangkang

Posted: 02 Apr 2013 03:40 AM PDT

KOTA KINABALU, 2 April –  Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) pusat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan semua pemimpin wanita parti komponen itu yang tidak dipilih atau dicalon pada pilihan raya umum akan datang agar tidak terperangkap dengan ‘projek khas’ pembangkang yang cuba menangguk di air keruh.

Sebaliknya, beliau berkata mereka harus terus berjuang, setia dan memberikan sokongan padu sekali gus memastikan kemenangan BN.

“Saya meminta kepada semua pemimpin wanita yang secara sukarela dan ikhlas mengundur diri daripada bertanding, atau mereka yang tiada rezeki untuk bertanding pada PRU13 supaya terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN, teguhkan iman dan kembali kepada perjuangan asal BN.

“Jangan kita biarkan diri kita dipengaruhi anasir daripada parti pembangkang yang saya tahu akan ada projek khas mereka untuk memujuk, mendesak dan banyak lagi helah kepada mereka yang tidak menjadi calon,” katanya.

Shahrizat, yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara, berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan bantuan bernilai RM50,000 kepada 500 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Numbak, Sepanggar pada malam Rabu lepas, di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Likas pada Selasa.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Armani Mahiruddin, Anggota Dewan Undangan Negeri Karambunai yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Jainab Ahmad dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Jumat Idris.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO, berkata walaupun tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini, beliau tetap bersemangat meneruskan perjuangan untuk BN dan bertekad akan terus turun padang.

“Saya percaya dengan misi dan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan setia berpegang teguh kepada semangat perjuangan BN.

“Sebab itu, walaupun saya tidak bertanding, semangat saya masih lagi berkobar-kobar untuk membantu jentera pilihan raya dan seterusnya menggerakkan jentera wanita,” katanya.

Ditanya sama ada lebih ramai calon wanita BN bakal dicalon pada PRU13, Shahrizat berkata beliau mengemukakan ‘ramai nama’ untuk pertimbangan Perdana Menteri.

“Semua nama saya sudah serahkan, dan saya sudahpun berjumpa dengan Perdana Menteri pada Rabu tetapi akhirnya terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.

“Ini kerana banyak perkiraan yang akan dibuat oleh Perdana Menteri. Siapa yang menjadi calon, kita tunggu… sebab ramai pemimpin wanita yang layak.

“Saya berharap beliau akan memberi ruang dan peluang kepada calon wanita,” katanya.

Shahrizat turut melahirkan keyakinan bahawa setiap negeri akan mengetengahkan calon wanita pada pilihan raya umum nanti.

“Naluri wanita kita bukan pengkhianat, walaupun banyak nama yang saya bagi tetapi kalau ada nama yang tidak dicalonkan, saya yakin kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi kepada BN,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...