Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Najib Razak Kemukakan Pasukan Tranformasi Baru BN Untuk Malaysia! #BNbagus #PRU13

Posted: 15 Apr 2013 11:19 AM PDT


Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) pada majlis penyerahan watikah pelantikan calon PRU 13 di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Foto: Zulkarnain Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah selesai membuat persiapan terakhir untuk menerajui perjuangan menentang pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala Barisan Nasional (BN) pula kini bersiap sedia untuk menurunkan mereka yang cukup berpengalaman serta muka baharu yang penuh bertenaga sebagai calonnya.

BN akan menampilkan muka baharu yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan hampir separuh daripada jumlah calon untuk kerusi negeri, dengan kebanyakan mereka diletakkan di negeri dikuasai pembangkang sebelum ini.

Tidak akan berlaku pertukaran pada saat-saat akhir, kata Najib, yang pertama kali menerajui BN untuk menghadapi pilihan raya umum sebagai perdana menteri, selepas beliau menyerahkan dokumen pencalonan dan aku janji parti gabungan itu kepada para pemimpin parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri BN di sini Isnin.

Ditanya tidakkah beliau bimbang untuk menghadapi kesan daripada kekecewaan yang mungkin dirasai mereka yang tidak terpilih sebagai calon, Najib berkata: "Saya lebih bimbang tentang kekecewaan rakyat."

Spekulasi tentang perang besar yang akan berlaku di Gelang Patah, Johor antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang, kini menjadi bertambah sahih apabila kawasan parlimen itu tidak terdapat dalam senarai calon yang dikeluarkan MCA hari ini.

Gelang Patah dimenangi MCA pada PRU 2008 dan parti itu dilaporkan merancang untuk meletakkan ketua bahagiannya Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan berikutan perkembangan yang berlaku selepas Lim mengumumkan keputusannya untuk bertanding bagi kerusi majoriti kaum Cina itu.

MCA dan Gerakan merupakan parti komponen BN paling awal mengumumkan senarai penuh calon masing-masing, manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) pula menamakan empat daripada calonnya.

Esok, Umno, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dijangka mengumumkan calon mereka.

Kali ini, MCA akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri, berbanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri pada PRU lepas. Selain Gelang Patah, parti itu juga tidak meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Kuantan dan Wangsa Maju.

Bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Pandan di sini, manakala dua naib presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Wanita MCA, dan Gan Ping Sieu, juga tidak disenaraikan sebagai calon.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang terlibat dalam pemilihan parti menentang dua presiden sebelum beliau, Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting, untuk merebut jawatan presiden pada 2010, tidak akan bertanding, seperti yang beliau umumkan awal-awal lagi.

Kerusi parlimen Pandan kali ini akan ditandingi penasihat undang-undang MCA bahagian itu Garry Lim.

Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas muncul sebagai presiden parti komponen BN terbaru dan keempat yang tidak akan bertanding. Kayveas, yang menang kerusi parlimen Taiping pada 2004, tetapi kalah pada 2008, tidak tersenarai sebagai calon parti itu kali ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui merupakan dua lagi pemimpin yang sejak awal lagi mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi calon.

Gerakan diperuntukkan 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi negeri, kurang satu kerusi parlimen berbanding pada 2008. Parti ini mengalami kecederaan teruk apabila ia hanya menang dua kerusi parlimen dan lima kerusi negeri pada PRU lepas. Bagaimanapun, hasrat parti ini untuk kembali bertanding di Taiping, tercapai.

Naib presiden dan ketua wanitanya Datuk Tan Lian Hoe, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini, akan bertanding di kawasan situ - kali ketiga beliau bertanding bagi kerusi parlimen selepas mencatat kemenangan di Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada 2008.

PPP, yang diberi peluang bertanding di kawasan parlimen Taiping serta kerusi negeri Pasir Bedamar di Perak pada 2008, kali ini akan bertanding bagi kerusi parlimen Kepong, dengan ketua penerangannya Datuk A. Chandrakumanan dipilih sebagai calon.

Parti itu juga akan meletakkan calonnya di empat kerusi negeri - Pasir Bedamar, Guchil (Kelantan), Kota Laksamana (Melaka) dan Kota Alam Shah di Selangor.

Najib, yang juga pengerusi BN Selangor, dijadual mengumumkan calon Umno yang akan bertanding di negeri itu esok, dalam usaha BN untuk memenangi semula negeri berkenaan daripada pakatan PKR-DAP-PAS.

Calon BN bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri akan menerima surat pelantikan masing-masing daripada ketua perhubungan negeri BN esok.

Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau mengambil kira sentimen dan harapan pemilih sebelum membuat keputusan untuk mengemukakan 33 peratus muka baharu bagi kerusi parlimen dan 49 peratus untuk kerusi negeri.

Najib berkata beliau yakin mereka yang dipilih sebagai calon mampu mengotakan aku janji BN seperti yang terkandung dalam manifestonya, yang dikeluarkan pada 6 April.

Beliau menggesa mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya terus memberi sokongan kepada parti itu kerana ia bukan kerana mereka gagal menunaikan tanggungjawab atau bermasalah, tetapi untuk memenuhi harapan pengundi dan masyarakat untuk menikmati perubahan.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini, manakala hari mengundi ialah pada 5 Mei.

Sementara itu, pembangkang terus kehilangan sokongan apabila lebih 200 anggota PKR dan DAP berketurunan India di Paya Besar, Lunas, Kedah, menyertai MIC.

Di Pasir Puteh, Kelantan, setiausaha PAS Cawangan Danan Timur Ibrahim Ismail, 63, mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi negeri Selising kerana membantah keputusan parti itu meletakkan Saiful Baharin Mohamad untuk mempertahan kerusi berkenaan.

-- BERNAMA

PANASS!! Anwar Pening! PKR Balik Pulau Protes Calon Balik Pulau Pilihan Anwar! #SavePenang

Posted: 15 Apr 2013 08:31 AM PDT


PKR Balik Pulau dah berpecah !! Kelmarin bertempat di jalan baru, balik pulau telah diadakan bantahan oleh sekumpulan penyokong tegar Yusmadi Yusof berhubung pengumuman Muhamad Bakhtiar b wan chik sebagai bakal calon baru untuk P053 balik pulau .

Kehadiran dianggarkan seramai 70 orang membantah keputusan Anwar Ibrahim sebelum ini yang menggantikan Yusmadi dengan calon baru .

Konfik ini pastinya memberi kelebihan kepada BN yang tekad merampas semula Parlimen ini serta mengekalkan 3 Dun di PRU13. - GBP




Apa dah jadi dengan PKR ni, hari-hari gaduh. Kalau bukan gaduh dengan Pas, gaduh dengan Dap, kalau bukan dengan parti lain, mereka gaduh sesama sendiri. PKR ni memang parti untuk protes saja ka? Hari-hari mesti gaduh pasal calon.. hmm..

McTheory:
Bosan tengok puak Pakatan dok bergaduh sama sendiri ni..

PANASS!! Ustaz Kazim Tension Bila Puak Parti Spender Angkat Penzina Sebagai Pemimpin! #TolakPAS

Posted: 15 Apr 2013 05:38 AM PDT


Siapa agaknya yang angkat penzina sebagai pemimpin? Setahu Mc, hanya PKR dan PAS yang masih mengekalkan penzina dalam parti, walaupun ada yang terbukti berkhalwat dan mempunyai video seks, namun mereka masih menyokong tanpa berbelah bagi.

Kalau orang kata BN pun terima Chua Soi Lek sebagai pemimpin, Mc nak bagitau la, Soi Lek pemimpin MCA, bukan Islam. Dalam BN dia bukan ada jawatan apa pun, dah ditolak. BN tak sokong pemimpin tak bermoral ni. BN tak agungkan pemimpin kaki seks, liwat dan skandal sana-sini macam Anwar, Mat Sabu, Ostat Badrul Amin dan terbaru Stopa Ali.

Tapi puak Pakatan pulak, walaupun ada bukti, ada video, sahih dan kena tangkap khalwat siap dengan tuala basah pun masih dok sanjung sebagai pemimpin, apa nak jadi la puak ni! adehh..

Mc takmau ulas panjang, rasanya ulasan dari Ustaz Kazim lebih detail dan kena tepat ke muka cacai ni!


McTheory:
Apa macam cacai, ada bagus ka?

EKSKLUSIF! Ayahanda Tun Dr Mahathir Suruh Nik Aziz 'Pergi' Masuk Kubur Dulu! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 15 Apr 2013 02:17 AM PDT

Tun Dr Mahathir BIDAS Nik Aziz!!

Rasanya kita tak lupa lagi kot dengan cerita Nik Aziz kata Solat orang UMNO tak dapat pahala, betui dak? Kalau ada yang lupa sila baca statement Nik Aziz kat bawah.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam. "Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan,"



Betui ka apa Nik Aziz kata tu? Mc tak payah jawab, Tun Dr Mahathir dah tolong jawabkan bagi kita semua! Rugi woo.. kalau tak tengok video ni!



McTheory:
Terbaik dari Tun Dr Mahathir, kena sebijik Nik Aziz!

PANASS!! Blogger Pakatan 'Sahkan' Pelakon Dalam Video tu Bukan Stopa Ali!! #SpenderStopa

Posted: 14 Apr 2013 11:16 PM PDT

Mc tergelak besar dengan satu 'analisis' blogger pro-pembangkang yang bukan sahaja low class tetapi silap besar. Anda baca printscreen blogger pro-pembangkang itu, Blog MiM, mendedahkan segala penipuan pembangkang ni.




Anda bandingkan foto blogger pro-pembangkang dengan printscreen asal video terlarang yang Mc terima daripada pembaca blog ini :



Anda lihat rambut di dalam circle. Pelik!



Ternyata tidak terdapat tanda seperti yang didakwa oleh blogger pro-pembangkang itu! Kantoi dan memalukan!

Mc tidak sangka blogger pro-pembangkang begitu desperado cuba berbohong untuk mempertahankan individu yang didakwa mirip pemimpin tertinggi PAS. Dan tindakan mereka yang cuba berbohong sudah pasti akan menyebabkan lebih ramai lagi rakyat tidak percaya kepada blogger pro-pembangkang.

Yang lebih peliknya ialah blogger pro-pembangkang sendiri telah menyebarkan foto-foto terlarang di dalam blog mereka. Mc pun tutup part yang tidak perlu disiarkan di dalam blog ini. Bukan apa, takut ramai yang muntah bila tengok nanti. he he..

Apa pun analisis yang Mc ambil dari Blog MiM, memang terbaik!

McTheory:
Ada lagi cai Pakatan yang nak nafikan semua ni?

PANASS!! Wan Azizah di BOIKOT Jentera Pakatan di Langkawi!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 14 Apr 2013 08:17 PM PDT



Semalam PKR Langkawi telah mengumumkan calonnya untuk kerusi Parlimen Langkawi yang dirasmikan oleh Wan Azizah. Kemudian Wan Azizah rasmi jentera PKR Langkawi untuk PRU kali ni, takpa kita layan gambar dulu..
Wan Azizah rasmi jentera PKR Langkawi

Yang tengah-tengah tu calon MP PKR Langkawi

Ini jentera seluruh Langkawi? OMG!! hahahaha...

Terkejut dengan jentera PKR Langkawi? Tak percaya, ni kat bawah ni ada satu lagi gambar!! Ramai woo..




Kalau ada cai pembangkang kata ini gambar sebelum majlis mula, Mc nak cakap jangan buat lawak la, ini hakikat sebenar jentera PKR. PKR mana ada jentera? Tukang tolong pacak bendera depa pun jentera Pas. Kalau takdak jentera Pas, tak hidup PKR di seluruh negeri Kedah ni.

Bab nak jadi calon, PKR memang laju, kerja tak buat, kebajikan ahli dan rakan parti macam Pas tak jaga. PKR punya Adun atau Ahli Parlimen jenis makan sorang, kalau dapat projek pun, bagi ahli keluarga depa saja. Masa kempen 'perkudakan' Pas, bila menang, kaya sorang-sorang la!!

Ini luahan dari jentera 'lama' Pas di seluruh Kedah. Mc dah jumpa dengan otai-otai jentera Pas ni. Depa kadang-kadang terpaksa 'pacak' bendera PKR disebabkan arahan 'dunggu' dari parti sendiri. Sekarang ni, markas Pas di kawasan bercampur, atau pekan diwajibkan letak bendera Dap sekali. Lagi la 'panas' puak jentera Pas ni.

Bab bendera Dap ni, ada diantara depa, rasa nak bakar dari nak pacak! he he.. Mc telah berjaya membuka pekung beberapa jentera konvesional diantara puak Pas. Lihatlah betapa rapuhnya Pakatan diantara puak pembangkang.

Paling kesian jentera bawah Pas ni la. Dikerah macam balaci, sampai ada yang beli buluh, jahit bendera sendiri kononnya perjuangan. Bila menang, YB pun haram tak nampak muka! he he he.. nasib-nasib. Mc memang tabik spring jentera 'lama' Pas, perjuangan depa dahsyat cuma depa kurang 'cerdik' sebab salah parti. he he..

Ok kita sambung balik kisah calon PKR di Langkawi dan seluruh Kedah,

Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Abdullah, 64, hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menamakan penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim, 50, sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah.

Pakatan pembangkang memperuntukkan satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Langkawi iaitu Ayer Hangat, kepada PAS yang dijangka mempertaruhkan Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad, 50.

Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi DUN pada PRU 2008.

Pada PRU 2008, PKR bertanding bagi tujuh kerusi dan menang lima kerusi.Mereka kalah di kawasan Parlimen Alor Setar dan Langkawi.

PKR sebelum ini mengumumkan nama calon bagi enam kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU 2008.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan, akan bertanding di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu manakala Naib Presiden parti, N Surendran pula akan bertanding bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Calon lain ialah Ketua Wanita Cabang Sungai Petani, Nor Azrina Surip @ NurinAina Abdullah (Parlimen Merbok) dan Ketua PKR Cabang Kuala Kedah, Dr Azman Ismail(Kuala Kedah), manakala Datuk Johari Abdul kekal bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani.

Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung pula sekali lagi akan bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar selepas kalah pada 2008.

Ini bermakna misteri kerusi parlimen Sungai Petani bagi PKR dah terjawab, Joe Bedul aka P.Ramlee celup mengekalkan kerusi parlimennya. Muka taktau malu betul, kerja haram tak pernah buat, turun padang pun setakat berceramah, tiba-tiba nak kekal di Sungai Petani? Terima la balasan dari rakyat Sungai Petani nanti!

Insyallah, untuk PRU kali ini, ini janji Mc sebagai Ketua Jentera UMB Kedah, kita rampas semua kawasan PKR!! Moga dipermudahkan Allah dalam misi menyelamatkan Kedah dari bencana dan musuh negara! Aminn..


McTheory:
Kawasan PKR peluang untuk kita rampas 70-30.. kemenangan di tangan BN!

PANASS!! Siapa Wanita Dalam Video Bersama Stopa Spender! #TolakPAS

Posted: 14 Apr 2013 06:16 PM PDT



Mc mendapat tahu, wanita tersebut berasal dari Pahang, ibu tunggal dua orang anak ini berusia 41 tahun. Taklah berapa muda sangat. Tapi masih sedap lagi la si Stopa Ali tengok. Dia bukan cari makan dengan cara macam ni, tapi dapat duit tambahan daripada Stopa Ali ni.

Dia juga seorang peniaga, menjual busana muslim di Kuala Lumpur. Mengenali Stopa Ali sejak tahun 2009. Stopa Ali banyak membantu wanita ini meringankan beban sekiranya menghadapi kemorosotan dalam perniagaan busana muslimnya. Hubungan mereka semakin intim dari perniagaan sehinggalah ke ranjang.

Ada cai pembangkang kata ini isteri kedua Stopa Ali, kalau bini kedua, takkanlah nak 'bermain' pun macam takut-takut, kena 'book' hotel dan sms bagai. Boleh main kat rumah apa? Lepas main siap ada 'servis' urutan pulak tu, isteri ka layan macam tu?

Paling confirm, Stopa Ali siap bayar duit lagi kat perempuan tu. Dengan isteri sendiri kena bayar duit ke? he he.. otak cai-cai Pakatan ni memang tak boleh bla la.. hahaha..

Paling Mc menarik bila ada cai Pakatan kata video tu fitnah dan edit. Mana ada manusia boleh edit video dengan begitu sempurna sekali. Panggil pengarah dari Hollywood pun belum tentu dapat edit video macam tu. Cacai oohh cacai.. retikanlah penipuan kamu tu. Orang dah kenal siapa pemimpin Pas sebenarnya!!

P/s: Ingat Pas, ingat Parti Ader Spender!!

McTheory:
Pada yang belum tengok video Stopa Spender, boleh klik SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...