Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Isu Video Mustafa Ali Nak Saman Blogger? #TolakPAS #SpendaPutih

Posted: 12 Apr 2013 08:17 AM PDT


Bila media bertanya Mustafa Ali tentang videonya yang tersebar tu.. dia kata,

Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung.


Uihh.. taknak jawab, dia guna peguam? Nak saman blogger la tu? Dalam post sebelum ni Mc ada selitkan video mirip Mustafa Ali, Mc taknak komen video tu betul atau tidak si Mustafa Ali, tapi muka memang mirip dia. he he..

Paling syok, pimpinan Pas belum pun tengok video tu, dah tuduh fitnah UMNO! Apa punya ghopla jingga betui. he he..

P/s: Video tu ada kat SINI

McTheory:
Depa sedap-sedap, UMNO juga yang salah..

HOT INFO! #IsuAirSgor! Khalid Nak Perbodohkan Rakyat Selangor 5 Tahun Lagi? #SaveSgor

Posted: 12 Apr 2013 06:34 AM PDT

Ini penipu punya olang..

Mc kesian dengan kawan-kawan kat KL and Selangor ni. Kalau dulu hampir setengah juta penduduk Lembah Kelang teputus bekalan air kerana rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti, sekarang ni setengah juta lagi pengguna berdepan masalah terputus bekalan air kerana paip pecah.

Itu pun Kerajaan Negeri Selangor tak kesian lagi pada rakyat, mereka masih berdolak dalih berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Punca kerosakan infrastruktur juga datang dari mereka.

Lepas ni akan bersambunglah sandiwara Khalid Gagap yang mengatakan Syabas tidak cekap buat kerja dan patut dikawal oleh Kerajaan Negeri. Padahal punca ketidakcekapan Syabas seperti yang didakwa oleh Khalid adalah berpunca daripadanya mereka juga.

Tanggungjawab kerajaan negeri Selangor adalah untuk memastikan bekalan samada air mentah ataupun air terawat mencukupi untuk pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Kalau jumlah air yang disimpan tak mencukupi, macam mana nak diagihkan kepada pengguna? Sebab tu kita kena buat tempat simpanan air yang lebih besar dan minta tolong bantuan dari negeri yang tak pernah alami masalah air.

Khalid asyik bercakap yang 33% air hilang dalam penghantaran kepada pengguna, 33% tu banyak gila, bukan sikit. Kita kena tahu untuk turunkan kadar NRW ni, paip-paip edaran air yang dah berpuluh tahun dan usang ni perlu diganti. Bukan hanya cakap saja!

Analoginya senang jer, umpama tauke restoran nasi lemak nak edar kan 1000 bungkus nasi lemak. Dan dalam perjalanan tu, budak-budak yang nak hantar tu, naik motor dan letak 1000 bungkus dalam bakul. Dalam perjalanan nak hantar tu, 330 bungkus nasi lemak jatuh keluar sebab bekas atau kotak untuk mengisikan paket-paket nasi lemak tersebut berlubang.

Untuk mengelakkan 330 bungkus nasi lemak terus terjatuh, patutnya tuan punya restoran nasi lemak tu sepatutnya kena lah ganti kotak ataupun bekas nak dihantarkan nasi lemak tersebut supaya tak jatuh. Kalau tak diganti perkara yang sama akan berulang lagi nanti. Nasi lemak akan terus jatuh!

Sama macam isu air ni, kalau Syabas dah minta kebenaran daripada Kerajaan Negeri Selangor nak gantikan paip-paip yang sudah lama ni, tapi ditolak atas alasan nak buat penstrukturan semula, bermakna selagi tak buat penstrukturan semula, masalah NRW ini takkan selesai, dan air dalam penghantaran akan berterusan hilang 33%?

Akibatnya, penstrukturan sampai hari ni belum nampak apa-apa lagi tindakan, masalah air terawat terus dibazirkan 33% hilang dalam penghantaran. Bila jadi macam ni, siapa yang perlu disalahkan?

Di tambah sandiwara yang Syabas ni gagal, Kerajaan Negeri bekukan perbelanjaan modal ataupun Capex Syabas untuk menukar paip-paip usang ni. Lepas tu dituduhnya Syabas tidak cekap sebab gagal turunkan kadar NRW kepada 15% seperti yang termaktub dalam perjanjian. Macam mana nak turun NRW kalau paip-paip usang tak diganti? Ini memang satu penganiayaan. Menyekat Capex Syabas seperti menyekat hak rakyat kepada bekalan air.

Ni semalam Lembah Kelang dah dua hari hujan lebat. Bukan saja banjir kilat, kereta dan rumah tenggelam, tapi paip pun pecah dek tak mampu bertahan akibat asakan dan tekanan kuat dari arus air sungai yang naik dan mengalir deras ekoran hujan lebat selama lima jam semalam.

Ya lah paip pun dah usang, nak tunggu masa jer, kena pula dengan asakan deras air hujan, terus pecah. Ni kali kedua pengguna Lembah Kelang terputus bekalan air. Ya lah rumah pam nak kena tutup sebab nak repair paip yang dah pecah. Dah paip buruk usang memang la mudah pecah.

Bila jadi macam ni siapa pula yang Kerajaan Negeri nak kambing hitamkan? Jangan lupa yang paip-paip air ni semua hak milik kerajaan negeri dan tugas Syabas cuma menyelenggarakannya. Kalau Syabas dah cakap perlu ganti, tapi tak dibenarkan, apakah ini salah Syabas lagi?

Ini baru satu paip, banyak lagi paip yang perlu di ganti. Dua minggu lepas media ada melaporkan yang Syabas membuat perbincangan dengan penduduk di kawasan Sg Way kerana akan mengadakan penutupan kerana kerja-kerja mengganti paip yang usang yang akan memakan masa.

Perlu diingat yang paip-paip yang nak digantikan ini bukannya terletak di kawasan-kawasan lapang, tetapi juga di tengah-tengah kawasan perumahan dan perindustrian. Jadi kenalah berbincang dengan pengguna di kawasan tersebut. Bukannya hari ni cakap nak ganti, besok dah siap!!!

Khalid Gagap memang telah gagal dalam usahanya untuk menangani isu air di Selangor dan kini memohon rakyat memberinya satu penggal lagi untuk menyelesaikan penstrukturan air malah berjanji akan diagihkan saham air kepada rakyat Selangor. Tapi nak ke rakyat Selangor percaya dia lagi, dia pernah berkata yang manifesto bukan janji dan tak pernah ditarik balik katanya.

Tambah pula Dr Wan Azizah dah bagi bayangan yang Khalid mungkin tidak akan dikekalkan sebagai MB Selangor sekiranya Pakatan Rakyat terus mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke 13. Apa kuasa Khalid Gagap nak teruskan saham air?

Adakah Menteri Besar seterusnya akan menolak saham air ini kerana ini idea Khalid Gagap seperti Khalid menolak Langat 2 kerana ia perancangan kerajaan pusat kerana berlainan parti? Lagi pun Dr Wan Azizah mengaku wujudnya perselisihan pendapat antara Khalid Gagap dan Azmin Ali yang telah lama mengidamkan kerusi empuk Khalid.

Adakah rakyat Selangor masih sanggup mengharung masalah air 5 tahun akan datang ini? Khalid tidak pernah membentang perancangannya selama ini, cuma cakap nak buat itu dan nak buat ini. Tapi sampai sekarang apa pun dia tak buat!

Jadi kepada setengah juta pengguna yang terdiri daripada pengguna di Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney, Kampung Pandan Dalam, Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang dan Ukay Heights fikirlah siapa yang akan memimpin kerajaan negeri Selangor selepas PRU13 nanti.

Atau korang semua akan terus hidup dalam masalah gangguan air yang tidak akan berkesudahan!

McTheory:
Menyesal dulu tidak ada gunanya..

PANASS!! Kisah Bekas MB Selangor Confirm Nak Masuk Pas? #PRU13 #TolakPR

Posted: 12 Apr 2013 05:42 AM PDT


Dua hari yang lepas Nizar bekas MB Pakatan Perak kecoh kata bekas MB BN Perak dulu si Tajol Rosli nak masuk Pas. 

Lepas orang tuduh dan kata dia fitnah, tiba-tiba si Nizar ubah pulak statement kata bukan bekas MB Perak tapi bekas MB Selangor.

Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad.


"Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.

"Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup," katanya.

Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat.

Jadi sekarang ni, Pas kata Mat Taib nak masuk Pas? Bukan Mat Taib ni dok sibuk berniaga kat Indonesia ka? Kata dah tak minat dengan politik lagi, sampai bahagian dia pun dia tak jaga dah. Tiba-tiba dengar nak masuk Pas, apa cerita ni Mat Taib?

Yang tua, yang reject, yang tamat tempoh semua nak masuk Pakatan, kenapa ya?

McTheory:
Pakatan Haram, pusat pengumpulan sampah-sampah terbuang!

PANASS!! Kisah Skandal Sebenar di Kulim Hi-Tech #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 12 Apr 2013 02:17 AM PDT


Korang pernah dengar nama Kulim Hi-Tech tak? Kalau hangpa orang Kedah, aku rasa ramai yang tahu pasal kehebatan Kulim Hi-Tech ni... Kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kedah yang ditubuhkan Kerajaan BN Kedah dulu...

Baru-baru ni, PAS Kedah dok "gebang besaq" dalam buku "Sayangi Kedah Menipu Rakyat" dengan mengatakan Kulim Hi-Tech tu untung besar dan ramai pelabur masuk DISEBABKAN KEPIMPINAN PAS YANG "HEBAT"...heh!

Nak tahu cerita sebenar di sebalik "kehebatan" PAS Kedah tu? Meh sini aku cerita....

Amiruddin sebagai Exco Pelaburan selalu bagitau dalam ceramah dia bahawa PAS Kedah bawak ramai pelabur masuk ke Kulim Hi-Tech. Berbilion-bilion ringgit untung yang PAS Kedah bawak masukkkk... Betul ke?

Sebenarnya, 95% pelabur di Kulim Hi-Tech tu dibawa masuk oleh Kerajaan BN Kedah sebelum ini dan Kerajaan Pusat melalui MIDA. MIDA ni agensi tarik pelabur asing di bawah MITI...Datuk Mukhriz Mahathir adalah Timbalan Menteri MITI...

Kalau Amiruddin sebut dia bawak masuk pelaburan dari syarikat First Solar tu, maknanya dia bohong! Sebab syarikat tu dah ada kat Kulim Hi-Tech sejak tahun 2007 lagi. Di zaman BN. Syarikat tu adalah pelabur terbesar di Kulim Hi-Tech...

Jadi, Kulim Hi-Tech di bawah PAS Kedah memang hancur prestasinya. Presiden Kulim Hi-Tech yang dilantik PAS tu memang tak reti buat kerja. Bayangkan, teruknya prestasi Presiden tu sampai depa tulis dalam buku rekod Kulim Hi-Tech! Rekod buruk..!!!

Antara sebab lain Kulim Hi-Tech hampir semput ialah bila Presiden Kulim Hi-Tech yang tak reti buat apa pun tu lantik seorang kakitangan yang terbukti mempunyai penglibatan rasuah dan manipulasi wang. Tu diaaa... habis laaa... Perasuah pun depa ambik kerja di Kulim Hi-Tech...

Paling best ialah sikap dan perangai Presiden merangkap CEO Kulim Hi-Tech tu. Dia ni dikatakan suka kira "tile" lantai yang pecah, marah bila signboard senget, suka check bumbung, kira tapak kaki babi hutan, kira pokok kelapa sawit dan tangkap gambar tandas kotor di Kulim Hi-Tech!

Takdak kerja lain yang lebih mencabar kaaa??? Itu kerja Presiden merangkap CEO Kulim Hi-Tech yang bertaraf antarabangsa tu? PAS tak dak orang lain lagi ke yang layak untuk dilantik? Puiiii..!!!

Buku "Sayangi penipu rakyat Kedah" tu kata PAS Kedah berjaya bawak masuk berbilion ringgit pelaburan berbanding di zaman BN Kedah. Kuat sungguh depa menipu noooo...

Hangpa tau tak PAS Kedah ni menipu? Cuba tengok kat bawah ni...Yang ni tak tipu punyaaa..!!!




Dah nampak penipuan PAS Kedah dalam sektor pelaburan di Kulim Hi-Tech? Heh! Apa PAS Kedah ingat orang-orang Kedah ni semuanya "buta" dan tak tau apa sebenarnya yang berlaku?

Agak-agak laaaa.... Orang Kedah dah lama maju di zaman BN laaaaa..."educated" kata orang putih. Bukan macam Mahfuz Omar yang eja "lunch" pun tak reti..!!! Mahfuz ajak orang makan tengahari di Twitter... tapi eja "launch"..!!! Kah! Kahh! Kaahhh!!! Tahap tu ke Naib Presiden PAS?

Nukilan dari Duke Of UMNO

PANASS!! Itu Bukan Mustafa Ali, Video Fitnah UMNO Tu! - Husam Musa

Posted: 12 Apr 2013 12:16 AM PDT



Bila tersebarnya video mirip Setiausaha Agung Pas, Mustapha Ali. Sudah tentu media akan bertanyakan soalan ini pada rakan-rakan parti Pas. Sebenarnya, media tak perlu tanya pun rakan pemimpin Pas tu. Mereka sudah diberikan skrip, 'Semua itu kerja UMNO'!

Walaupun yang ditangkap menyebarkan video tu orang AMK PKR, namun mereka tetap akan salahkan UMNO.

Contohnya seperti kenyataan Husam Musa yang percaya, video seks baru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti Islam itu "palsu" dan parti tidak perlu menyiasatnya. Bahkan, tak perlu tengok, Pas sudah tahu video itu palsu. Nak tengok Klik SINI

Lihatlah betapa dahsyatnya tuhan kurniakan 'mukjizat' kepada pemimpin Pas ni. Belum tengok dah tahu dah!

"

Jika mereka boleh buat video Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka boleh buat video melibatkan sesiapa sahaja," kata Husam (kiri) ketika ditemui pagi ini.

Ada wartawan telah menghantar sms kepada Mustafa Ali, namun beliau membalas dengan sms pendek 'Tak Perlu Komen!'

Walaupun mempunyai bukti video itu disebar dan diupah oleh PKR untuk memerangkap pemimpin itu - yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan.

PKR sememangnya mempunyai dendam terhadap Setiausaha Agung Pas ni. Dari kes perpaduan, hingga ke kes video seks, kemudian terkini perebutan kerusi diantara Pas dan PKR. 

Maka untuk jatuhkan kredibiliti Mustapha Ali, PKR pun mengedarkan video seksnya! Penyebar telah ditangkap, boleh baca kat SINI

PKR punya kerja, kami blogger pro UMNO juga yang kena tuduh jahat. Yang berzina tak jahat, yang dedahkan tu dipanggil jahat? Puihh!!

McTheory:
Bila Nik Aziz nak mengampunkan Mustafa Ali ni?

PANASS!! Bendera Hitam Pas Semakin Menular di Kedah dan Perlis! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 11 Apr 2013 09:30 PM PDT



Agak pelik bendera parti ajaran songsang yang sepatutnya berwarna hijau bertukar menjadi warna hitam..Dalam sejarah Pas, baru 2 tempat aku tengok bendera Pas warna hitam, 1 di Kedah (sebab Pas Kedah tengah bergaduh sakan) yang keduanya di Arau..Tapi aku tak tahu apa motif Pas Arau pasang bendera warna hitam..

Gambar di Kedah

Cuba anda fikir kenapa apa maksud yang cuba disampaikan oleh Pas Perlis. Adakah mereka tahu nasib mereka PRU kali ini atau berlakunya perpecahan dalam Pas di Perlis? Aku dimaklumkan bahawa gambar ini di ambil semasa Pas kawasan Arau melancarkan belon PRU dimana hanya 30 orang sahaja yang hadir untuk pelancaran belon ini..

Kalau 30 orang hadir anda fikir fikirkan lah tengok apa maksudnya. Maknanya geng sendiri pun tak datang support program. Macam ada pepecahan dalaman. hmm.. betul ka?

Sumber gambar dari Medan Tempur.

PANASS!! Identiti Wanita Bersama Lelaki Mirip Setiausaha Agung Pas Telah Dikenal Pasti! #TolakPAS

Posted: 11 Apr 2013 06:51 PM PDT


Tentu ramai yang nak tahu siapa wanita yang bersama dengan lelaki mirip wajah setiausaha agung Pas tu? Wanita tu kalau tak salah orang thai yang fasih berbahasa melayu. Bukan Islam, tak pasti sama ada dia pelacur atau tidak, mungkin perempuan simpanan lelaki tu di Thai kot.

Pada yang tak tahu cerita sebenar, semalam tersebar video seks lelaki yang mukanya mirip Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali. Mc taktau betul atau tidak, tapi pembaca boleh nilaikan sendiri video tu kat SINI.


Paling Mc tak boleh tahan apabila lelaki terbabit membayar wanita tersebut dengan wang dalam sampul. Apakah itu wang derma jihad yang selalu parti bulan kutip di setiap ceramah?

Kah kah kah.. derma jihad untuk bayar 'pemuas nafsu seks'? kah kah kah.. yeahh.. ini cara Pas berjuang!

Semalam juga tertangkapnya penyebar video seks ni, kalau nak tau siapa yang sebar, boleh baca kat SINI.

Apa yang pasti, dalangnya bukan UMNO, tetapi orang PKR yang sakit hati dengan Pas. Tentunya ini pasal calon!! he he..

McTheory:
Hampir semua pemimpin tertinggi Pas terpalit dengan video seks, patut la depa sokong Anwar Ibrahim.. depa pun sama jenis juga!

PANASS!! Pengerusi Dap Johor Kata, Guan Eng Pilih Calon Dap Johor Dalam Keadaan Mabuk! #PRU13 #TolakPR

Posted: 11 Apr 2013 05:37 PM PDT


Mc sebenarnya nak tergelak dengan Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang mendakwa setiausaha agung parti Dap, Lim Guan Eng, memilih calon Dap di Johor dalam keadaan mabuk dan tidak waras. Kerana mengikutnya, banyak calon yang tak betul!

Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti, dan salinannya dihantar kepada anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) dan wakil rakyat parti itu, dia membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti.

Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas.

Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Dr Chen, dalam jawapannya, mencadangkan Guan Eng mengkaji semula calon di Johor bagi mencari penyelesaian yang boleh diterima semua.

"Malang sekali kerana tidak ada perbincangan apabila DAP memutuskan pembahagian kerusi, berbeza daripada yang dicadangkan oleh jawatankuasa pemilihan negeri," katanya lagi.

Kalau benar seperti yang didakwa oleh Dr Boo, ini bermakna Dap bukan parti yang serius untuk menjaga rakyat. Semuanya dibuat tergesa-gesa dan tangkap muat. Kalau ahli Dap sendiri tak yakin dengan Dap. Macam mana rakyat boleh yakin?

Jangan-jangan, dia perintah Penang pun agaknya sambil mabuk la kot? he he..


McTheory:
Patut la asyik salah saja.. sampai bini pun salah.. he he
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...