House PK

House PK


VIDEO PANAS BERAPI! CHANDRA MUZAFFAR DEDAH KISAH DALAMAN KONFLIK ANWAR IBRAHIM!

Posted: 03 Apr 2013 12:00 AM PDT

Ini video sangat menarik sebab Chandra Muzaffar menceritakan Anwar dari zaman dia pelajar dulu, video ini agak panjang maka korang ken aluangkan masa dan kenali siapa Anwar ini sebenarnya. ku tau kita semua dah tahu siapa al jubs ni sebenarnya cuma ini kira inside story la. Selamat menonton.

PARLIMEN DAH BUBAR! PERAK, SELANGOR MELAKA PETANG NI, YANG LAIN?

Posted: 02 Apr 2013 11:36 PM PDT

PM telah pun umumkan Parlimen bubar sebentar tadi, aku dikhabarkan Perak akan dibubar jam 5 petang ini. Selangor pun hari ini. Melaka juga tidak ketinggalan. So D Day is here...masa untuk selamatkan negara dari anasir KUNYIT!

Blog ini akan update dengan lebih kerap lagi selepas ini sempenan PRU yang bakal berlangsung..so stay tune..

GEMPAR BERAPI! NIK AZIZ DAN SAIFUL BAHARIN DICABAR UNTUK SAMAN USTAZ SAIDI TENTANG ISU ZINA DALAM KOC KERETAPI!

Posted: 02 Apr 2013 09:00 PM PDT


"Saya bersedia kerana saya adalah saksinya, saya ada bukti…kalau mereka nak saman, saya terima dan saya cabar Nik Aziz dan Saipul Baharin tolong saman saya kerana saya sudah bersedia masuk mahkamah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)".
Demikian tegas Ustaz Saidi Hussin yang disebut bakal berhadapan saman Adun Selising, Saipul Bahrin Mohamad yang mendakwa difitnah berkhalwat dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP) semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Sambil menegaskan langsung tidak gentar dengan ugutan saman itu, Ustaz Saidi sebaliknya meminta pemeriksaan DNA dilakukan terhadap anak kedua bongsu kepada wanita dikenali sebagai Kak Na yang ditemui berkhalwat dengan Saipul Bahrin.

"Di Pasir Puteh sendiri, semua orang tahu kes khalwat Saipul Bahrin dan apa istimewanya beliau hingga diisytiharkan oleh Nik Aziz sebagai calon pertama bertanding dalam PRU-13.

"Jika sekiranya Saipul Bahrin tidak dicalonkan, maka bermakna benarlah dakwaan kes khalwat itu berlaku antara pemimpin PAS itu dengan isteri orang… itu sebab dia wajib bertanding PRU-13 sebagai bukti dirinya tidak bersalah," katanya dalam satu temubual eksklusif di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Ustaz Saidi, pihak polis juga perlu menyiasat kes berkenaan dengan memanggil beberapa saksi termasuklah Haji Fauzi DAG 67, Azhar Kerbau dan tok bilal Kampung Golok dalam DUN Semarak.

Sementara itu, Ustaz Saidi menegaskan otak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.

Isu kafir mengkafirkan UMNO hingga mewujudkan perceraian suami isteri jelas membuktikan PAS menggunakan fahaman yang salah dan keterlaluan hingga sanggup melabelkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama seperti haiwan dan wang itu haram digunakan.

Baca seterusnya di Perak Today

VIDEO PANAS SKANDAL PAKATAN YANG WAJIB DITONTON!

Posted: 02 Apr 2013 07:00 PM PDT

PANAS BERAPI! HAKIM TARIK DIRI SEBAB SEDARA ANWAR? NAYA KHIR TOYO.....

Posted: 02 Apr 2013 05:00 PM PDT

Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki hari ini menarik diri dari satu kes sivil Anwar Ibrahim lawan Khairy Jamaluddin (Si Kitol)  atas alasan mempunyai hubungan keluarga dengan Anwar. Saya dimaklumkan oleh salah seorang peguam yang berada di sana, Mokhtaruddin menyatakan beliau adalah ipar kapada Anwar Ibrahim.

Sekiranya sesiapa masih ingat, saya pernah menulis mengkritik penghakiman beliau dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo tahun lalu. Dalam tulisan "Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?", saya nyatakan, "hakim ini patut merasa malu dengan hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini."

Hari ini tanda tanya saya mengapa Hakim Mokhtaruddin berkelakuan pelik dan luar biasa semasa perbicaraan dan ketika menjatuhkan hukuman dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo sudah terjawab.

House PK : Hmmm, perlu ke nak cakap lebih lagi? Kesian Dato Seri Khir Toyo....oh ya ini aku petik dari MyKMU
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...