Gelombang Rakyat |
VIDEO KANTOI - PENGAKUAN TAUKEY CINCIN RM24 JUTA MILIK ROSMAH..? Posted: 05 Apr 2013 07:38 PM PDT VIDEO bawah merupakan Penjelasan dari Director of Fine Jewelry of Jacob & Co. Philip, Nassimi berkaitan cincin yang dikatakan dibeli Isteri PM Rosmah Mansor bernilai RM24 Juta dari syarikat beliau. KETERANGAN VIDEO :- Cincin tersebut dibawa oleh wakil Jewellry Jacob & Co New York mengiringi bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev. ke kediaman PM di Putrajaya sebagai bahan pameran dan promosi. Maira Nazarbayev merupakan salah seorang pelanggan tetap syarikat sebagaimana yang diperjelas menerusi video tersebut. Persoalannya, adakah Rosmah benar2 membeli cincin tersebut? Ketika cincin itu dibawa masuk ke Malaysia pada 16 April 2011, beberapa proses dilakukan di KLIA termasuklah urusan pengisytiharan Kastam mengikut prosedur Undang2 yang dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd. (Klik pada imej borang di atas untuk lihat lebih jelas) Jujur betul Rosmah. Nak beli cincin harga RM24 Juta kena check kastam. Isteri PM pulak tu? Kenapa tak masuk secara menyeludup je? Confirm kantoi? Kan Kuasa Rosmah lebih besar dari PM? Siap arah Najib lagi. Rosmah arah jela tiada sebarang bentuk prosedur dilakukan ketika bawa cincin tu. Berani kau nak lawan? Pembangkang yang kata la. Isteri PM ke, Isteri TPM ke, kastam tetap kena check. Buat apa nak takut? Sebab Rosmah tak belipun cincin tu. Kan... Seterusnya, pemeriksaan Kastam sekali lagi dilakukan di KLIA ketika cincin tersebut dibawa keluar pada 20 April 2011 ke Singapura bagi tujuan pameran buat pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan. (Klik pada imej borang di atas untuk lihat lebih jelas) Dilaporkan setelah promosi pameran terakhir di Hong Kong, ianya dibawa pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011. Tak percaya jugak? Tengok puas2 imej di bawah ni. Borang Pengisytiharan Kastam Amerika-Pengembalian produk Amerika tanpa cukai. Gila tak gila punya bukti. (Klik untuk lihat lebih jelas) : - Hah. Nak terang apa lagi? Taukey cincin sendiri sudah nafi. Anwar nak bagi alasan apa? Taukey cincin dibeli BN? Alasan sama jugak. Mamposs la semua nak dibeli. Sudah2 lah. Nak tegur, tegur la. Tak kira siapapun manusia tu. Isteri PM pun tiada masalah kalau nak ditegur. Manusia. Tak ada yang sempurna. Asalkan teguran tu membina, baguslah kalau beritahu kat dia dengan cara baik. Jangan heret Rosmah dengan cerita2 gosip dalam kancah politik. Fitnah pulak tu. Kalau nak cerita sepak terajang politik ni sampai kiamat tak selesai. Serabut. Tapi biarlah Orang politik berdepan dengan lawannya dalam gelanggang yang sama. |
KALIMAH ALLAH - WARNING TERAKHIR PEMIMPIN PEMUDA PAS BUAT ANWAR. Posted: 05 Apr 2013 05:20 AM PDT Umat Islam akan terus membantah cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu sehinggalah pakatan pembangkang, terutama PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), bersetuju kalimah itu hak eksklusif umat Islam. Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata pihaknya bertegas dalam isu itu demi menjaga kesucian agama Islam. "Selagi mereka tidak memutuskan kalimah Allah adalah untuk umat Islam, selagi itu kita akan terus membantah dan mengadakan demonstrasi, bukan hanya di Pulau Pinang tetapi di negeri-negeri lain juga. "Ini juga bukanlah gimik politik sebaliknya kami memang membantah perkara berkenaan sejak 2010 lagi, bukan hanya apabila menjelang pilihan raya sahaja," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman yang disertai kira-kira 100 anggota NGO Islam serta penyokong PAS Permatang Pauh di Masjid Seberang Jaya di sini hari ini. Pada perhimpunan itu, peserta turut bertindak menyebat patung, membakar sepanduk serta gambar pemimpin DAP dan PKR bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap rakan sekutu PAS terbabit. Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata pihaknya turut mengedarkan risalah 'wajib mempertahankan kalimah Allah' kepada jemaah di masjid itu dan usaha akan diperluas ke masjid-masjid lain di seluruh negara. Sementara itu Presiden Warisan Anak Merdeka, Abdul Ghani Harun berkata pihaknya memilih Masjid Seberang Jaya sebagai venue perhimpunan hari ini kerana mahu pengundi di Permatang Pauh tahu siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penyandang kerusi parlimen tersebut. "Saya mahu pengundi di sini tahu siapa sebenarnya Anwar, sebahagian peserta yang ada hari ini adalah ahli PAS Permatang Pauh dan mereka juga kecewa dengan tindakan Anwar yang enggan menerima keputusan Majlis Syura PAS," katanya. Katanya beliau juga mahu seluruh umat Islam di seluruh negara terus menolak perjuangan dan menentang Anwar kerana tindakannya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam boleh menimbulkan huru-hara. "Kalimah Allah bukan milik PAS, PKR, DAP atau Umno sebaliknya hak eksklusif orang Islam, milik umat Islam maka kita harus bangkit menyatakan bantahan secara terbuka untuk menentang pakatan yang punya agenda jahat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment