Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


LAGI VIDEO PANAS ZUL NORDIN HINA KAUM INDIA VERSI 2..?

Posted: 04 Apr 2013 01:38 AM PDT



SYABAS Zulkifli Nordin. Tindakan beliau meminta maaf secara terbuka sewajarnya dilakukan pada masa yang sesuai setelah meninggalkan perjuangan Pembangkang.

Tidak dapat dinafikan. Mana2 individu berstatus rakyat Malaysia tidak dapat menerima sebarang bentuk penghinaan sesama Agama di Negara ini. 

Tindakan bekas Peguambela Anwar ini menghina kaum India dalam satu siri ceramah Agama tatkala beliau masih dalam perjuangan sempit  PAS yang secara tidak langsung menyokong kenyataan beliau pada ketika itu.

Zul Nordin pernah bergiat aktif bersama pimpinan PAS sebelum dipelawa Anwar menyertai PKR bertanding pada PRU12.





Agak memalukan jika kenyataan ini dijadikan perang psychology dari puak2 Pakatan kerana Zul Nordin pada ketika ini masih bersekongkol dengan perjuangan kotor mereka.





Kita jangan lupa juga satu ketika dahulu Zul Nordin antara individu yang terpengaruh dengan desakan pimpinan Pemuda PAS bertindak protes dan menyerang Forum Antara Agama anjuran Bar Council satu ketika dahulu.

Sekurang2 nya pendedahan video tersebut memberi pengajaran buat beliau setelah bertindak meninggalkan puak2 Pembangkang.






TONTON VIDEO TERTERA.. Kenyataan paling 'Luar Biasa' individu bernama Zul Nordin yang satu ketika dahulu amat kritikal dan ekstrim dalam politik.

Alhamdulillah. Beliau nampak lebih terbuka dan merendah diri dalam meneruskan perjuangan Islam sejak meninggalkan Pembangkang.

Kerana fahaman ekstrimis yang dibawa beliau dididik dan didukung bekas rakan2 seperjuangannya satu ketika dahulu.


FATWA PRU13 NIK AZIZ - "SOLAT ORANG UMNO DITOLAK TAK DAPAT PAHALA"

Posted: 03 Apr 2013 10:40 PM PDT




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.






"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu dalam laporan Utusan di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.






Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.






Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya.


ARTIKEL SEBELUM INI (Klik tajuk di bawah untuk baca) :-

VIDEO PALING MEMALUKAN NAJIB - PELUANG ANWAR KE PUTRAJAYA CERAH.


VIDEO PALING MEMALUKAN NAJIB - PELUANG ANWAR KE PUTRAJAYA CERAH.

Posted: 03 Apr 2013 05:01 PM PDT



Harapan buat Anwar menawan Putrajaya bakal menemui jalan mudah berdasarkan satu insiden yang berlaku terhadap PM Najib Razak seperti Tertera pada VIDEO di bawah : -




LEBIH 10 RIBU BELIA SERANG NAJIB DI PUTRAJAYA.

Just like Anwar always remind to his supporter.

The Power of Rakyat..

Salam Reformasi. So how Anwar? You never 'surrender' right? Road to Putrajaya if you think you can.



AURA TUN M - 20 RIBU RAKYAT SELANGOR BAKAL SERANG ANWAR SABTU INI.

Posted: 03 Apr 2013 08:20 AM PDT



Anwar bakal tergamam dengan kejutan yang bakal diberikan 20,000 rakyat mewakili Negeri Selangor menyiup samboyan aura Bekas Bos beliau, Mahathir Mohamed mambanjiri  Perhimpunan Selamatkan Selangor Sabtu ini.

Program tersebut yang dijangka berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam itu bakal menjadi simbol kebangkitan rakyat Selangor dalam memastikan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) terus dipertingkatkan sekali gus membolehkan usaha merampas semula negeri ini daripada tangan parti pembangkang tercapai.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya yang merupakan antara tulang belakang program berkenaan berkata, pada perhimpunan tersebut, Mahathir dijangka memberi ucapan yang mempunyai elemen kejutan bagi menyedarkan rakyat negeri ini agar mereka dapat mengukuhkan keyakinan untuk kembali memastikan BN berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Ini adalah program pertama Perkasa selepas Dewan Rakyat dibubarkan dan merupakan siri akhir jelajah perhimpunan Perkasa di seluruh negara sebelum ini.

"Kita akan membuktikan perhimpunan ini memberikan mesej jelas bahawa rakyat Selangor menunjukkan sokongan padu kepada BN dalam PRU-13,'' katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Anwar nampaknya tersilap langkah mendakwa Selangor merupakan kubu kuat Selangor. Ternyata ianya bersifat sementara. Mungkin ada masalah lebih besar yang perlu diambilkira Anwar memaksa Selangor dilepaskan.

Atau mungkin Anwar sedang memilih 2 pemimpin kesayangannya untuk dijadikan mangsa liwat bagi menutup kesilapan sendiri. Azmin Ali? Atau Khalid Gagap?


5 NEGERI ISYTIHAR BUBAR DUN SETAKAT INI.

Posted: 03 Apr 2013 02:08 AM PDT



5 negeri termasuk Negeri Sembilan sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sehingga jam 5 petang ini.

Tiga DUN yang dibubar secara rasmi sebaik pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ialah Perlis, Melaka, Perak dan Sabah.

Pembubaran DUN Perlis dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada jam 12.30 tengah hari, diikuti DUN Melaka apabila Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran DUN, kira-kira jam 1 tengah hari.

Menyusul petang ini ialah DUN Perak selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menandatangani watikah pengisytiharan pembubaran DUN, jam 2.30 petang dan DUN Sabah apabila Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menandatangani notis pengisytiharan pembubaran DUN, jam 3.45 petang.

Sebelum ini, pada 28 Mac lalu, DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik selepas tempoh lima tamat.

DUN Terengganu dijangka dibubar dalam tempoh terdekat selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin, lewat hari ini.

Sementara itu, pembubaran dua DUN yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah dan Pulau Pinang akan ditentukan esok selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masing-masing dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, esok.

DUN Selangor dan Kelantan juga dijangka dibubarkan esok.

Dua lagi negeri iaitu Johor dan Pahang belum dimaklumkan tarikh pembubaran DUN masing-masing.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...