Gelombang Rakyat |
- RIBUAN PENGUNDI BOIKOT CALON BN DI WANGSA MAJU?
- BANK NEGARA - PELOBI ZIONIS SALUR DANA PRU13 BUAT PARTI POLITIK.
- CALON TIKET BEBAS - KARPAL SINGH UGUT JENICE LEE.
| RIBUAN PENGUNDI BOIKOT CALON BN DI WANGSA MAJU? Posted: 21 Apr 2013 10:38 PM PDT Menjelang pembubaran Parlimen, Wangsa Maju merupakan kerusi Wilayah Persekutuan yang paling panas diperkatakan orang ramai yang mengikuti perkembangan politik. Parlimen yang kelihatan hampir terlepas pandang di mata masyarakat pada PRU sebelum ini tiba2 gamat dengan Satu Sidang Media anjuran Ketua MCA Wangsa Maju Yew Teong Lock yang tidak berpuas hati dengan keputusan BN memilih wakil UMNO sebagai calon. Namun 'suara sumbang' calon BN yang tewas ke tangan PKR pada PRU12 itu tidak mewakili majoriti masyarakat Wangsa Maju. Hari Penamaan Calon di Parlimen berkenaan baru2 ini memberi jawapan sebenar relevennya BN meletakkan Dato Dr. Shafei Abdullah sebagai calon. Malah mukadimah serangan politik PKR yang mahu mengambil kesempatan menggunakan isu Teong Lock terhenti gara2 kejutan ribuan para penyokong Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju itu tanpa mengira kaum mahupun latar belakang agama. Serangan mengaitkan status jawatan Dato' Shafei selaku Setiausaha Politik Najib sebagai tiket memudahkan beliau terpilih sebagai calon terkubur sejurus melihat lautan manusia berarak menjadi tulang belakang mengiringi beliau ke Pusat Penamaan Calon. Ianya membuktikan bahawa Najib lebih mengutamakan suara rakyat di kawasan tersebut terhadap bakal pemimpin mereka walaupun berhadapan risiko besar dengan rakan komponen MCA. Akan tetapi ianya berjaya diselesaikan atas semangat persaudaraan. Jikalau itu suara rakyat, apalah sangat hendak perbandingan dengan calon PKR Dr Tan Kee Kwong yang hanya pernah dikenali di kaca tv satu ketika dahulu. Apatah lagi menjejakkan kaki menerjah masyarakat di Wangsa Maju. Mungkin sebelum ini bekas Timb. Menteri Kabinet yang dibeli Anwar ini sekadar pernah singgah kedai kopi di Wangsa Maju sahaja. Insyaallah, usaha dan tawakal. BN bakal kembali menang dengan keputusan lebih cemerlang. Terima kasih buat Dato Yew Teong Lock kerana tidak mengambil langkah seperti Datuk Kamelia Ibrahim yang memilih bertanding atas tiket bebas. TERKINI.. ADA BERITA BAIK BERKAITAN KONTROVERSI ISU BAZAAR NIAGA UPTOWN DANAU KOTA. KLIK DI SINI untuk ketahui maklumat tersebut. |
| BANK NEGARA - PELOBI ZIONIS SALUR DANA PRU13 BUAT PARTI POLITIK. Posted: 21 Apr 2013 07:38 PM PDT Laporan terbaru pihak Kementerian Kewangan mengenalpasti terdapat dana yang disalurkan menerusi agensi Pelobi Zionis bagi pembiayaan sepanjang kempen PRU13 melibatkan sebuah parti politik? Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut. Parti Politik manakah yang terlibat? KLIK DI SINI untuk paparan selanjutnya. |
| CALON TIKET BEBAS - KARPAL SINGH UGUT JENICE LEE. Posted: 21 Apr 2013 09:10 AM PDT Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu tidak akan bertolak ansur dengan tindakan anggota yang melanggar disiplin dengan bertanding sebagai calon Bebas apabila tidak dinamakan sebagai calon dalam pilihan raya umum 5 Mei. Oleh yang demikian, beliau memberi tempoh 24 jham kepada calonnya yang bertanding Bebas – Jenice Lee (DUN Teratai) dan Sim Tong Him (Parlimen Kota Melaka) – 24 jam untuk memohon maaf dan berundur dari pertandingan. Jika tidak, kedua-dua calon berkenaan akan dipecat daripada parti, katanya. "Ini ada satu perbuatan melanggar disiplin yang serius. Ianya tidak boleh diterima, tidak boleh dimaafkan dan melampau," katanya dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini. Selain itu, tindakan juga akan dikenakan ke atas para penyokong kedua-dua calon berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






.jpg)
No comments:
Post a Comment