Gelombang Rakyat |
| CALON DUN SG. ACHEH - CHEGU BARD LUDAH KERJASAMA PEMUDA PAS PULAU PINANG. Posted: 20 Apr 2013 10:37 PM PDT Perebutan kerusi DUN Sungai Acheh antara PKR dan PAS sampai ke kemuncak hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan tiga penjuru di kerusi berkenaan termasuk penyandang Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN). PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon parti itu akan menentang Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah. Kesemua mereka menyerahkan borang di pusat pencalonan di sini pagi tadi. "Saya telah dipilih oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk bertanding di sini dan ia adalah mandat dari Pakatan," kata Badrul. Mohd Yusni sebelum ini menyatakan perasaan terkejut apabila Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman mengumumkan akan meletakkan calon untuk bertanding di Sungai Acheh walaupun telah bersetuju kerusi tersebut milik PAS. Pencalonan Mohd Yusni diumumkan oleh Ketua PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man pada Rabu minggu lalu. "Saya ingat Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) akan diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Nibong Tebal. Saya jangkakan perkara ini kerana saya dan beliau telah bekerjasama secara rapat." |
| GAMBAR ADEGAN PANAS NAJIB BERTEMU SAKSI KES ALTANTUYA? Posted: 20 Apr 2013 07:37 PM PDT Gambar di atas sudah cukup menggambarkan sikap sebenar seorang Pemimpin No. 1 Negara. Berhadapan dengan seorang lelaki muda dari PKR belaan individu bernama Anwar. Pelikkan? Individu yang merupakan wakil calon PKR menentang Najib di Parlimen Pekan ini merupakan salah seorang individu penting dalam menyebarkan serangan fitnah terhadap beliau. Fitnah bukan sebarang fitnah. Menerusi sebaran gabungan blogger JINGGA13, Fariz Musa antara Pemimpin PKR yang tidak jemu2 menggunakan segala ruang memfitnah Najib dengan pelbagai tuduhan termasuklah penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya. Jika anda berada di tempat Najib, adakah aksi sebegini bakal anda lakukan? Gambar tersebut juga memperlihatkan sifat Najib seorang pemimpin rendah diri, tidak sombong dan riak dengan kedudukan dan pengalamannya dalam pimpinan Kerajaan. Jikalau kita di pihak yang benar, tak perlulah mudah melatah. Tak perlu keliling dunia memburukkan pihak lawan secara ekstrim di hadapan peminatnya. Malah mampu berdepan dan senyum dengan tenang. Kerana yakin akan kewujudan Allah. Utamakan tanggungjawab selaku pemimpin. Najib seorang individu yang tenang. Walaupun dihimpit tuduhan yang mengancam keselamatannya sendiri. Tiada roadshow politik membersihkan nama. Tiada bas yang membawanya keliling dunia meraih simpati. Kerana Najib percaya kepada kehendak Allah. Amanah paling utama selaku PM dilaksanakan dengan penuh komited. Insyaallah, doa pemimpin sebegini disayangi dan dilindungi Allah. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment