CELAH GELEGAR |
- [PELAKON & PENGACARA] Karl Shafek Ikut Family Turun Berkempen
- [VIDEO] DEBAT Fathul Bari VS PAS
- 4 ahli UMNO jadi calon Bebas di Johor dikenakan tindakan - Ghani
- [FANATIK] Bila UMNO buat SALAH, Bila PAS/PR buat SEMUA BETUL
- PKR pecat dua ahli tanding Bebas
- [MARAH] WATIKAH PENCALONAN BN Bekas MP LIPIS (Datuk Shahrum) TELAH DIROMPAK
- ANALISIS PRU-13: Musang berbulu ayam terperangkap
- [TERLAMPAU GILA KUASA DUNIA] Sah PAS Lawan PKR di 7 kerusi
| [PELAKON & PENGACARA] Karl Shafek Ikut Family Turun Berkempen Posted: 21 Apr 2013 01:37 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2013: Bukan dirancang, tetapi secara tidak sengaja kepulangan pengacara dan pelakon popular Karl Shafek ke kampung halamannya di Pekan, Pahang hari ini telah membawanya untuk melihat acara penamaan calon di sana. Tidak sendirian, dia bersama keluarganya termasuk ibu bapa serta sepupu terdekat telah menyertai perarakan penamaan calon dan sesi bersama Perdana Menteri di Padang Majlis Daerah Pekan, seawal jam 7.30 pagi tadi. Bercakap kepada portal murai.com.my, Karl Shafek berkata dia sama sekali tidak menyangka kepulangannya ke kampung halaman kali ini telah membawanya untuk memeriahkan acara penting untuk musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Semuanya secara kebetulan. Bukannya saya mahu berkempen atau berjinak-jinak dengan politik tetapi bila tiba di kampung malam tadi, keluarga saya ajak untuk memeriahkan acara penamaan calon di daerah Pekan. "Satu pengalaman yang cukup menyeronokan. Selain dapat bertemu Perdana Menteri, saya juga dapat melihat perpaduan semua bangsa. Tak kiralah mereka datang daripada mana-mana parti sekalipun. "Saya terharu dan bangga kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang aman serta tenang walaupun ada penyokong dari parti yang datang pada hari ini," katanya ketika dihubungi. Karl Shafek berkata, dia pernah mengikuti program konvoi anjuran Kelab Anak-anak Pekan (KAWAN) pada 2008 ketika sesi pilihan raya untuk tahun berkenaan. Namun katanya, apa yang dialaminya kali ini ternyata jauh berbeza dan cukup meriah. Tambah pengacara rancangan On Air itu, dia juga berpeluang bertemu peminatnya di daerah berkenaan selain bertanya khabar dengan teman lamanya. "Saya sedikitpun tidak meletakan jurang diri saya sebagai seorang artis ketika menghadiri program seperti ini sebentar tadi dan jauh sekali untuk merasa tidak selesa. "Saya ikuti program ini pun kerana saya ingin merasai sendiri pengalaman berkempen untuk pilihan raya dan bila ada orang yang menegur, bertanya khabar dan ingin mengambil gambar saya, itu adalah perkara biasa. "Apa yang penting di sini ialah semangat perpaduan dan kemasyarakatan," katanya yang akan pulang mengundi sehari sebelum pilihan raya pada 5 Mei ini. Ditanya mengenai pembabitan golongan selebriti dalam parti politik, Karl Shafeq berkata dia menganggap perkara itu sebagai hak kebebasan kepada sesiapa sahaja. Malah sebagai rakyat, dia akan memilih pemerintah yang berjaya meyakinkannya dan memiliki kekuatan dalam membangunkan sesebuah negara. Sumber: Murai.com | ||
| [VIDEO] DEBAT Fathul Bari VS PAS Posted: 21 Apr 2013 12:24 AM PDT | ||
| 4 ahli UMNO jadi calon Bebas di Johor dikenakan tindakan - Ghani Posted: 20 Apr 2013 11:19 PM PDT JOHOR BAHRU 21 April - Empat ahli UMNO negeri ini yang bertindak menjadi calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini akan berdepan tindakan disiplin serta-merta. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pihaknya sedang meneliti masalah di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit dan akan menyerahkan laporan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kadar segera. "Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli parti yang mengambil keputusan bertanding (sebagai calon) Bebas, ini satu fenomena baru di negeri Johor walaupun berlaku banyak negeri lain (pada pilihan raya) kali ini. "Ada yang boleh saya kata meragam hingga mengambil keputusan untuk bertanding Bebas, rata-rata jelas bahawa ahli parti masih lagi kukuh kesetiaan mereka kepada parti. "Ada yang mengambil keputusan resign dan ada yang akan diambil tindakan disiplin serta-merta, mereka akan dirujuk dalam masa terdekat kerana kita akan hantar kepada Jawatankuasa Disiplin parti yang kita maklum juga membuat pemantauan," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang dan Konsert SJKT Kangkar Pulai dekat sini semalam. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang keputusan empat anggota BN negeri yang bertanding sebagai Bebas, antaranya Timbalan Ketua UMNO cawangan Felda Adela, Azaman Johari yang menentang penyandang Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said. Tiga lagi yang telibat adalah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Mohd. Zan Abu dan Ketua UMNO cawangan Kampung Parit Rabu, Yunus Mustakim di DUN Gambir serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun. Sementara itu, Abdul Ghani yang bertanding di Parlimen Gelang Patah turut menyentuh tentang masalah calon Bebas di DUN Mengkibol yang dihadapi DAP dan percakaran antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang saling bersaing di DUN Panti. "Saya tidak dapat mengesan kes (pembangkang) di Panti, tetapi di Mengkibol mungkin disebabkan Ng Lam Hua tidak puas hati lalu mengambil keputusan sedemikian. "Satu antaranya (punca) adalah perbalahan dalam pakatan itu sendiri kerana ada agihan kerusi yang mungkin tidak disenangi parti dalam pakatan (pembangkang)," katanya. | ||
| [FANATIK] Bila UMNO buat SALAH, Bila PAS/PR buat SEMUA BETUL Posted: 21 Apr 2013 01:03 AM PDT | ||
| PKR pecat dua ahli tanding Bebas Posted: 20 Apr 2013 08:04 PM PDT
Ridzuan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tapah, manakala Kamal Badri akan bertanding di kerusi Dun Behrang. Pengarah Pilihan Raya PKR Perak, Ismail Yusop berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk melakukan tindakan sama kepada penyokong dan pencadang kedua-dua individu berkenaan. "Kepimpinan parti anggap tindakan dua ahli itu tidak mengejutkan, namun sangsi dengan niat sebenar mereka bertanding sebagai calon Bebas. "Kita akan sarankan kepada pimpinan pusat untuk memecat mereka dari parti. Mereka mungkin berbuat demikian kerana tidak disenaraikan sebagai calon," katanya pada sidang media di Pejabat PKR Negeri Perak, semalam. Tambahnya, perkara itu membuktikan pilihan pucuk pimpinan PKR adalah tepat kerana calon dilantik mewakili parti mesti taat setia kepada parti serta perjuangan, tidak kira dicalonkan atau tidak. | ||
| [MARAH] WATIKAH PENCALONAN BN Bekas MP LIPIS (Datuk Shahrum) TELAH DIROMPAK Posted: 20 Apr 2013 06:58 PM PDT Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj. "Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya. "Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi 'calon boleh menang' bagi BN. Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13. | ||
| ANALISIS PRU-13: Musang berbulu ayam terperangkap Posted: 20 Apr 2013 05:16 PM PDT Tindakan tegas Najib itu pastinya memerangkap Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar dan mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam parti. Kamilia meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar. Ketika Najib duduk untuk menikmati jamuan tengah hari bersama-sama jentera BN Parlimen Pekan di perkarangan rumah pusaka peninggalan bapanya, dia memang kelihatan sugul. Beliau mungkin menjangka terdapat protes di kalangan pemimpin BN berikutan beberapa pemimpin lama yang digugurkan daripada bertanding pada pilihan raya kali ini. Mungkin beliau tidak menyangka ada yang senekad itu. Najib berkali-kali menyebut mereka yang tidak terpilih supaya tidak merajuk terlalu lama, kerana ini bukan bermakna sumbangan mereka tidak dihargai atau mereka dianggap sebagai gagal menunaikan tugas. Sebaliknya ia hanyalah semata-mata untuk memenuhi kehendak rakyat yang mahukan majoriti muka baru di dalam saf kepimpinan parti yang memerintah itu. Selaku pemimpin yang membawa transformasi sama ada di dalam bidang ekonomi dan politik negara, dengan rakyat didahulukan, Najib memang mengotakan janjinya untuk menerajui era baru di dalam UMNO dan BN keseluruhannya. Kamilia sepatutnya tidak mendengar bisikan-bisikan "jahat" yang mahukan dia mengkhianati parti yang selama ini meletakkan beliau di puncak dan menikmati segala kesenangan daripadanya atau memang beliau seorang `Musang berbulu ayam' yang selama ini memang tidak ikhlas berjuang di dalam parti dan pada bila-bila masa akan menunjukkan wajahnya yang sebenarnya. Wajah tamak serta mabukkan kuasa. Tidak menjadi calon bukan bermakna masa hadapan menjadi gelap, Najib sendiri memberitahu beliau cukup menghargai pengorbanan yang diberikan oleh para pemimpin lama dan mereka tidak akan diabaikan. Najib telah menggariskan misi yang jelas pada pilihan raya kali ini iaitu untuk menang dengan majoriti lebih besar iaitu dua pertiga bagi membentuk kerajaan yang kuat. Apabila BN kembali berkuasa dengan lebih kuatn dan lebih banyak orang dapat dibantu. Memang wajarlah BN menyingkirkan seorang dua pemimpin yang begitu mementingkan diri sendiri daripada dia menyebabkan seluruh parti ditimpa bencana. by BORHAN ABU SAMAH, Utusan Online | ||
| [TERLAMPAU GILA KUASA DUNIA] Sah PAS Lawan PKR di 7 kerusi Posted: 20 Apr 2013 09:12 AM PDT Kerusi Parlimen tersebut ialah Labuan, manakala enam kerusi DUN itu ialah Sungai Acheh di Pulau Pinang, Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) serta tiga lagi DUN di Terengganu - Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir. Di Labuan, PKR mencalonkan Ibrahim Menudin manakala PAS meletakkan Hadnan Mohamad. Mereka akan berdepan dengan pendatang baru Rosman Isli dari Umno. Pada 2008, kerusi itu dimenangi oleh Yusof Mahal dari Umno dengan majoriti yang besar. Star Online melaporkan Ibrahim sebagai berkata tiada kompromi dan mereka akan berentap antara satu sama lain. Katanya, mereka tidak boleh menarik diri kerana sudah memfailkan kertas pencalonan dan jika berbuat demikian, akan hilang wang deposit. Ibrahim, merupakan salah seorang rekrut baru PKR dengan latar belakang korporat, yang juga bertanding kerusi DUN Bongowan di bawah Parlimen Kimanis. Di Pulau Pinang, PKR dan PAS akan bertembung di Sungai Acheh. PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin (kiri) yang lebih dikenali sebagai ChuguBard manakala PAS meletakkan Mohd Yusni Mat Piah.Kerusi itu disandang oleh Mahmud Zakaria dari Umno, yang menang pada 2008 dengan majoriti nipis 250 undi. Di Kota Putera, Adam Mat Said (PAS) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) akan berdepan dengan Mohd Mahdi Musa (BN). Di Bukit Besi pula, PAS dan PKR turut meletakkan calon masing-masing iaitu Roslan Islam (PAS) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR). Mereka akan berdepan dengan calon BN, Roslee Daud. Kerusi Kota Damansara pula akan ditandingi enam calon, termasuk dari PAS dan PKR. Mereka ialah Ridzuan Ismail (PAS), Halimaton Saadiah Bohan (BN), Mohd Nasir Hashim (PKR-penyandang), Halmi Omar (Bebas), Edros Abdullah (Bebas) dan Suppiah a/l Anandan (Bebas). SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG Badrul Hisham Shaharin (PKR) Mohd Yusni Mat Piah (PAS) Datuk Mahmud Zakaria (BN) KOTA DAMANSARA, SELANGOR Ridzuan Ismail (PAS) Mohd Nasir Hashim (PKR) Halimaton Saadiah Bohan (BN) Halmi Omar (Bebas) Edros Abdullah (Bebas) Suppiah Anandan (Bebas) LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN Rosman Isli (BN) Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) Hadnan Mohamad (PAS) PANTI, JOHOR Azlisham Azahar (PAS) Datuk Baderi Dasuki (BN) Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) SEBERANG TAKIR, TERENGGANU Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN) Zakaria Dagang (PAS) Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) KOTA PUTERA, TERENGGANU Mohd Mahdi Musa (BN) Adam Mat Said (PAS) Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) BUKIT BESI, TERENGGANU Roslan Ismail (PAS) Roslee Daud (BN) Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) |
| You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.













PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin (kiri) yang lebih dikenali sebagai ChuguBard manakala PAS meletakkan Mohd Yusni Mat Piah.
No comments:
Post a Comment