CELAH GELEGAR |
- [GEMPAR] Tian Chua DIHALAU KELUAR Sabah Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KOTA KINABALU
- Lelaki taksub jadi ikan duyung
- Minda Pondok CABAR lagi Nik Aziz DEBAT...dah 2 kali, Kenapa Takut?
- 21 Ciri-Ciri Utama Dalam Manifesto Barisan Nasional
- Dr. M akui simpan surat 18 pages Azizah menceritakan tabiat sebenar suaminya
- PKR pujuk Nik Aziz sokong biseksual jadi Perdana Menteri?
- PRU-13: Pembangkang bakal keluar surat palsu al-Qardawi - Taktik JAHAT PR
- Mahasiswa UM Tanding Atas Tiket BEBAS Di Pekan LAWAN NAJIB
[GEMPAR] Tian Chua DIHALAU KELUAR Sabah Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KOTA KINABALU Posted: 06 Apr 2013 11:59 PM PDT
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang turut tiba bersama Tian Chua bagaimanapun dibenarkan memasuki Sabah dan diberikan pas lawatan sementara oleh para pegawai imigresen bertugas. Mohamad yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau mengesyaki sesuatu 'perkara' akan berlaku apabila sejurus turun daripada pesawat mereka disapa dan ditegur oleh beberapa polis cawangan khas yang seperti sedang menunggu ketibaan mereka. "Semasa bergerak ke kaunter imigresen saya nampak ramai pegawai-pegawai beruniform biru dan Tian Chua dimaklumkan tidak dibenarkan memasuki Sabah. Saya bernasib baik kerana diberikan sekeping kertas putih (pas lawatan sementara)," katanya semasa merasmikan markas Pas Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru di sini hari ini. | ||
Lelaki taksub jadi ikan duyung Posted: 06 Apr 2013 11:43 PM PDT Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk 'menukar' dirinya menjadi makhluk mitos itu. Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung 'ekor' khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam. Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung. "Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur. "Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air," katanya. Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi. Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. "Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri. "Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar," katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu. "Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita," katanya. - The Sun | ||
Minda Pondok CABAR lagi Nik Aziz DEBAT...dah 2 kali, Kenapa Takut? Posted: 06 Apr 2013 08:33 PM PDT BESUT 6 April - Pengerusi Minda Pondok, Zainal Abidin Awang mengulangi cabaran berdebat dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin galak mengeluarkan pelbagai kenyataan songsang dan menyimpang dari agama. Katanya, suatu yang amat malang apabila Nik Abdul Aziz yang sepatutnya membantu mengukuhkan perpaduan ummah dan meninggikan syiar agama mengambil pendekatan melampau yang meruntuhkan sehingga masyarakat jadi keliru dan agama seperti dipermainkan kerana berpolitik. Katanya, sejak dua tahun lalu beliau telah membuat cabaran terbuka untuk berdebat, namun setakat ini Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu hanya membisu dan hanya orang lain yang bersuara. Menurutnya, Minda Pondok turut mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tujuan sama, tetapi ternyata cabaran berkenaan masih tidak berjawab. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): 7 Dalil Haram Sokong Pas di Dataran Jerteh Souq dekat sini malam tadi. Ceramah yang berjaya menarik lebih 3,000 orang itu turut mengupas mengapa masyarakat Islam perlu menolak Pas dan parti pembangkang pada PRU-13 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi selain menjelaskan isu-isu semasa. Zainal Abidin berkata, Pas telah tersasar jauh dari landasan sebenar, termasuk mendoakan kehancuran sesama Islam dan keadaan itu memaksa Minda Pondok untuk melancarkan gerakan menyedar dan menyelamatkan ahli Pas dengan cara memberikan penerangan dalam pelbagai bentuk. Mengenai kenyataan terbaharu Nik Aziz bahawa solat orang UMNO tidak diterima oleh Allah dan peroleh pahala, Zainal Abidin berkata, walau 1,000 kali Nik Aziz berkata demikian, tetapi hanya Allah yang berkuasa menentukan dan bukannya Nik Abdul Aziz. "Dia (Nik Abdul Aziz) kata UMNO tolak Islam tetapi pernahkan seorang pemimpin UMNO berkata, langkah mayat aku terlebih dahulu baru boleh laksanakan negara Islam dan begitu juga pernahkah pemimpin UMNO kata hukum hudud adalah 0.0001 dalam Islam," ujarnya. Tambahnya, ekoran itu pihaknya (Minda Pondok) akan terus berceramah untuk memberitahu masyarakat Islam tentang apa yang tidak benar dan kesalahan yang dibawakan oleh Pas dengan harapan masyarakat sedar keadaan sebenarnya. | ||
21 Ciri-Ciri Utama Dalam Manifesto Barisan Nasional Posted: 06 Apr 2013 07:37 PM PDT 21 CIRI-CIRI UTAMA: 1 - BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13. 2 - 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat. 3 - Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018. 4 - Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono. 5 - Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia. 6 - Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran'bersama rakyat. 7 - BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150. 8 - Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual. 9 - Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas. 10 - Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar. 11 - 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA. 12 - Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam. 13 - Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat. 14 - Membina Lebuh raya Pan Borneo. 15 - Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi. 16 -Sekolah satu sesi diperluaskan. 17 -Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas. 18 - Transformasi sekolah vokasional. 19 - 4,000 anggota Polis setiap tahun. 20 - Penggunaan SafeCam. 21 - Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat. | ||
Dr. M akui simpan surat 18 pages Azizah menceritakan tabiat sebenar suaminya Posted: 06 Apr 2013 11:12 AM PDT KUALA LUMPUR 5 April - Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab. Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri. Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif. "Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit. "Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu. Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh. "Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya. Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia esok. | ||
PKR pujuk Nik Aziz sokong biseksual jadi Perdana Menteri? Posted: 06 Apr 2013 07:34 AM PDT PULAU PINANG 5 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta menjelaskan dakwaan wujud usaha parti itu untuk memujuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengeluarkan fatwa menggalakkan seorang biseksual menjadi Perdana Menteri. Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah berkata, beliau mendapat maklumat bahawa usaha berkenaan dilakukan Wan Azizah bersama anaknya Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden parti serta Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin. "Menurut sumber dalaman PKR, usaha mereka bertiga mendapat sokongan jitu daripada puak 'Anwarinas' dalam Pas, malah pelbagai bantuan turut ditawarkan bagi menjayakan usaha memujuk Nik Abdul Aziz. "Saya juga difahamkan bahawa Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan komitmen yang tinggi dan bersetuju untuk membawa perkara ini ke Majlis Syura Ulama parti itu," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Aminah lagi, antara isu lain yang dijangka dibawa dalam mesyuarat itu termasuklah penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu. "Kemungkinan besar persetujuan ini akan diperoleh melalui proses undi dalam majlis syura," katanya. Mengulas lanjut, Aminah berkata, Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi didakwa sanggup berbuat apa sahaja dan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan politik mereka. "Soal memilih pemimpin biseksual dianggap sebagai satu political trade off sahaja bagi mereka berdua," katanya. | ||
PRU-13: Pembangkang bakal keluar surat palsu al-Qardawi - Taktik JAHAT PR Posted: 06 Apr 2013 06:51 AM PDT
Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri. Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lainnya mengandungi kononnya surat sokongan Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu. "Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya. "Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa di sini hari ini. | ||
Mahasiswa UM Tanding Atas Tiket BEBAS Di Pekan LAWAN NAJIB Posted: 06 Apr 2013 05:56 AM PDT Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan menurunkan pelajar jurusan sains politik Mohamed Bukhairy Sofian sebagai calon bebas. Katanya, kumpulan tersebut menurunkan seorang calon sebagai tuntutan untuk memperbaharui sistem pendidikan tinggi di Malaysia. "Kami mahu menonjolkan manifesto kami dan membawa dasar tersebut ke Parlimen. "Selain itu, kami tidak akan mengetepikan isu yang menjejaskan penduduk tempatan di Pekan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat. Mohamed Bukhairy merupakan wakil Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) UM dan pengerusi Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, manifesto tersebut telah dikemukakan kepada parti memerintah dan parti pembangkang bulan lalu tetapi masih belum menerima respons daripada kedua-dua parti itu. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment