CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


PRU-13: Jui Meng Muncul Semula...

Posted: 03 Apr 2013 11:25 PM PDT


PETALING JAYA: Selepas lebih dua minggu Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri daripada aktiviti politik, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu akhirnya tampil bagi menjelaskan mengenai 'misteri kehilangannya'.

Beliau dijadualkan akan mengadakan sidang media pada Jumaat mengenai persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Johor serta kedudukannya sebagai Pengersui MPN negeri itu.

Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, Chua mengesahkan akan mengetuai sidang media berkenaan bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan sehingga beliau menemui media pada Jumaat.

"Saya tak mahu jawab apa-apa sekarang, tunggu esok (Jumaat)," katanya ringkas.

Adalah difahamkan Chua akan kembali menerajui PKR negeri selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya 'memujuk' bekas naib presiden MCA itu dengan dijanjikan kerusi untuk beliau bertanding.

Pada Rabu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali turut mengesahkan parti itu sedang meneliti kawasan yang sesuai untuk ditandingi Chua.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas hari ini (Khamis) bagi memuktamadkan senarai agihan kerusi serta menyelesaikan isu pertindihan kerusi antara komponen mereka iaitu PKR, PAS dan DAP.

Chua dilaporkan 'menghilangkan' diri sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan pada 18 Mac lalu akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah yang dilobinya (Chua) sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat turut berharap untuk bertanding semula di kerusi yang pernah disandangnya itu atau kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum Lim mengumumkan hasratnya, ketegangan antara pakatan pembangkang lebih awal berlaku antara Chua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hou apabila kedua-duanya bertelagah merebut kerusi Gelang Patah untuk parti masing-masing.

Selepas 'kehilangan' Chua, kedudukannya sebagai Pengerusi MPN Johor diambil alih sementara oleh timbalannya, Dr Ahmad Faidhi.

[MALAM TADI] PRU-13: Nik Aziz dakwa sembahyang orang UMNO tak dapat pahala

Posted: 03 Apr 2013 05:43 PM PDT


KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya

[BEREBUT KERUSI] PAS TERPAKSA Serah 3 Kerusi Kepada PKR

Posted: 03 Apr 2013 05:36 PM PDT

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan iaitu kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum 2008.

Pertukaran kerusi antara sekutu pakatan pembangkang itu terpaksa dibuat berikutan timbulnya bantahan di kalangan penyokong PKR apabila PAS mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, gantian ketiga-tiga kerusi berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.


"Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sudah hubungi Datuk Seri (Abdul) Hadi dan saya sendiri berbincang dengan Datuk Mustafa bagi menyuarakan bantahan ahli PKR apabila PAS umum bertanding di Temerloh dan Kangar.

"Bagaimanapun kami ambil keputusan untuk akur dan terima baik perkembangan itu. Jadi PKR akan bertanding di Bera sebagai gantian kerusi Temerloh.

"PKR juga akan bertanding di Labuan dan Setiawangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

PAS sebelum ini mengumumkan Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi bertanding di Parlimen Temerloh selain turut akan meletakkan calon bertanding di Kangar.

Kedua-dua kerusi berkenaan ditandingi PKR pada pilihan raya umum yang lalu.

Selain itu Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, pakatan pembangkang akan memuktamadkan agihan kerusi antara parti itu bersama PAS dan DAP pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis.

"Siri rundingan bersama PAS dan DAP berjalan dengan baik, sehingga kini kita sudah capai lebih 90 peratus persetujuan.

"Tidak banyak kerusi yang bertindih, kita akan selesaikan esok (Khamis)," katanya lagi.

[gempar] TUNKU MAHKOTA JOHOR LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN PBNJ seta merta

Posted: 03 Apr 2013 07:37 AM PDT

 
"Saya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah membuat keputusan dan mendapat titah perkenan dari DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Darul Ta'zim, dan juga hasil daripada perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negeri Johor, dengan ini, saya meletakkan jawatan saya sebagai Presiden dalam Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya "memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.

Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk menjadi dan mentadbir PBNJ sebgai Penaung, serta merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai Tunku Mahkota Johor adalah selayaknya memegang jawatan sebagai Penaung dalam PBNJ. Dengan jawatan saya sebagai Penaung, ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bolasepak negeri Johor di seluruh pelusuk tanah air yang mana telah bersusah payah beramai-ramai memberi sokongan yang tidak terbatas kepada pasukan bolasepak negeri Johor selama ini. Sokongan padu daripada anda semua amatlah saya hargai dan saya harapkan agar ianya berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh terus gah berdiri di persada bolasepak tanah air.

Untuk makluman semua, jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Ta'zim selepas ini akan disandang oleh YB Dato' Haji Obet Bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor. Saya berharap anda semua dapat memberi sokongan yang penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan juga saya akan sentiasa memantau dan mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bolasepak negeri Johor ini dari perigkat akar umbi sehinggalah ke peringkat yang lebih global.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan penyokong-penyokong bolasepak negeri Johor yang selama ini menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya dalam menaikkan nama baik PBNJ. Saya juga menyeru agar sokongan padu dari para penyokong akan sentiasa berterusan demi menaikan imej dan juga mutu pemain-pemain bolasepak negeri Johor dan juga PBNJ.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarhakatuh."

TERKINI : MUFTI PERLIS BERTANDING ATAS TIKET PKR DI KANGAR??

Posted: 03 Apr 2013 05:26 AM PDT


Benarkah Dr Juanda bertanding atas tiket PKR di Kangar, Perlis??


Sebelum ini EP ada terdengar Dr Juanda adalah antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya untuk kali ini selain Dr Asri..

Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13 dan dilihat sebagai calon 'boleh menang' kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama menjadi kelebihan pada Dr Juanda

Dan menguatkan lagi persepsi itu, Dr Juanda sering kali muncul di stesen TV tempatan dan beliau juga menunjukkan minat yang tinggi untuk berkecimpung dalam bidang politik sejak akhir-akhir ini..

Betul atau bohong..sama-sama kita nantikan hari penamaan calon..
Sumber: Empayar Pemuda
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...