CELAH GELEGAR |
- [PECAT] Lembaga Displin Pecat 61 Ahli UMNO Tanding Bebas
- [INGAT!]Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira
- [GEMPAR] [VIDEO] Hadi Dakwa Calon PKR ada MASALAH MORAL, PENGEDAR DADAH & PENGIKUT MARXISME
- Bekas MB Selangor Mat Taib muncul di majlis Pakatan Haram
- [SOKONGAN DI PENAMAAN CALON KELANTAN LUAR BIASA] Petanda BN Perintah Kelantan?
- [MAHASEWEL] Dua pelajar IPT ditahan menyamar pemantau pilihan raya
| [PECAT] Lembaga Displin Pecat 61 Ahli UMNO Tanding Bebas Posted: 22 Apr 2013 02:41 AM PDT Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. "Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas. "Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti. "LD UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini." Ujarnya lagi, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci. "Saya juga menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisan Nasional. Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO: SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13 BIL PARLIMEN/DUN NAMA/JAWATAN 1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA) 2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG) 3. PARLIMEN SEPANG – DATO' HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN) 4. HANAPIAH BIN MOHAMAD 5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG) 6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN) 7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.) 8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA 12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD 13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN 14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.) 15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM 16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN) 17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI 18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD 19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM 20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR 21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER 22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR 23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN 24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN 25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR 27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD 29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB 30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM 31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM 32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR 33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA 34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE 35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI 36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS 37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG 38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL 39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI 40. HUSSEIN BIN MUMAKIL 41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN 42. MAMAT BIN BALHANA 43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP 44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS 45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG 46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR 47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH 48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH 49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR 50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI 51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT 52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK 53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD 54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA 55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL 56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN 57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF 58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA 59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN 60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON 61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL | ||||||||
| [INGAT!]Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira Posted: 22 Apr 2013 01:46 AM PDT PETALING JAYA: Calon yang ingin tarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini boleh berhenti berkempen. Namun, nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata calon tidak lagi diberikan masa untuk tarik diri selepas tiga hari penamaan calon secara rasmi agar nama mereka tidak dicetak pada kertas undi. Ini berikutan dengan pemansuhan 'tempoh bertenang' beberapa tahun lalu, selepas Parlimen meluluskannya bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan. "Oleh itu, kami mengambil berat kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa beberapa ahli partinya menarik diri daripada bertanding ekoran masalah dalaman parti. "Mengikut undang-undang, senarai nama calon yang telah diterima pada hari penaamaan calon akan kekal dicetak pada kertas undi dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira," kata Wan Ahmad ketika dihubungi pada Isnin. | ||||||||
| [GEMPAR] [VIDEO] Hadi Dakwa Calon PKR ada MASALAH MORAL, PENGEDAR DADAH & PENGIKUT MARXISME Posted: 22 Apr 2013 01:06 AM PDT Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme' "PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah. "Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual pil-pil kuda. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini. "Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka. "Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad. Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir. "Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," katanya. Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan dan apa yang dilakukannya adalah demi 'menyelamatkan' pakatan "Kita tidak ada masalah dengan Pakatan namun tidak kita boleh terima calon seperti ini," katanya. Selain Panti, PAS turut berdepan dengan calon PKR di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Kota Damansara, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi. | ||||||||
| Bekas MB Selangor Mat Taib muncul di majlis Pakatan Haram Posted: 21 Apr 2013 04:27 PM PDT
Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat. Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini. "Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini. "Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam. Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh. Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran. Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu. "Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini. "Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya. Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno. | ||||||||
| [SOKONGAN DI PENAMAAN CALON KELANTAN LUAR BIASA] Petanda BN Perintah Kelantan? Posted: 21 Apr 2013 04:17 PM PDT
| ||||||||
| [MAHASEWEL] Dua pelajar IPT ditahan menyamar pemantau pilihan raya Posted: 21 Apr 2013 06:02 AM PDT KOTA BHARU 21 April - Dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di negeri ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menyamar sebagai pemantau pilihan raya semasa proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh semalam. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bagi Pilihan Raya Umum (PRU-13), Supritendan Che Mahazan Che Aik berkata, dua pelajar berusia 23 dan 26 tahun tersebut ditahan semasa cuba memasuki pusat penamaan calon menggunakan pas palsu. Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 24A(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang pihak yang tidak berkenaan berada dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana tempat penamaan calon. Sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya. "Mereka memakai baju T bertulis perkataan pemantau pilihan raya dan pas pemantau tetapi apabila disemak mereka bukanlah seperti yang dikatakan. "Kedua-duanya ditahan semasa cuba masuk ke pusat pencalonan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam," katanya kepada pemberita semasa menyampaikan taklimat harian di Pusat Media IPK Kelantan di sini hari ini. Sementara itu, Che Mahazan memberitahu, pihaknya juga telah merampas sebuah kapal terbang kawalan jauh yang digunakan seorang lelaki berusia 37 tahun untuk mengibarkan bendera sebuah parti politik di hadapan pusat penamaan calon yang sama. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, polis turut menerima laporan mengenai ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan membabitkan dua individu di Selising, Pasir Puteh, petang semalam yang bermula dengan insiden 'tegur-menegur'. |
| You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment