CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[VIDEO & GAMBAR] Aksi Sex dipercayai Pemimpin Pembangkang Mula diEDAR

Posted: 11 Apr 2013 07:25 AM PDT







 

Polis SAHKAN terima laporan video seks pemimpin pembangkang

Posted: 11 Apr 2013 07:07 AM PDT

Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU 11 April - Polis mengesan perbuatan mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang oleh seorang lelaki di daerah Besut hari ini.

Kejadian itu dikesan di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Perumahan Lorong Hidayah di Kampung Alor Lintang, Besut.

Video cakera padat beserta sejumlah gambar 'aksi' pemimpin pembangkang itu di dalam sampul surat itu diletakkan di pekarangan rumah penduduk sekitar kawasan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung pengedaran video seks itu kira-kira pukul 7.40 pagi ini di Balai Polis Kampung Raja, Besut.

"Bagaimanapun, lelaki yang mengedarkan sampul surat mengandungi gambar dan VCD itu gagal dikesan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


BN rampas semula Selangor, Kedah: Ramal pakar Feng Shui

Posted: 11 Apr 2013 06:47 AM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diperingkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lalu.      
Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh itu, semalam.

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.

"Selepas pembubaran pada 3 April lalu, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari itu jatuh pada 5 Mei," katanya.

Koh berkata, BN banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.
"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah padapilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan. 

[KECOH DUN Sungai Acheh] PKR Calonkan Chegu Bard vs PAS Calonkan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Yusni

Posted: 11 Apr 2013 04:57 AM PDT

Chegu Bard
Ustaz Yusni
 
PULAU PINANG 14 April - Kemelut parti mana yang akan bertanding antara Pas dan Parti Keadilan rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) masih menjadi tanda tanya.

Ini ekoran Pas menamakan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Yusni Mat Piah sebagai calon di Sungai Acheh manakala PKR negeri pula menamakan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sebagai calon di tempat yang sama.

Ironinya, ini telah menimbulkan kekalutan dalam parti pakatan pembangkang yang nampaknya tidak berbincang terlebih dahulu sebelum memuktamadkan calon yang bertanding di DUN itu.

Seperti kata Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Salleh Man berkata, keputusan Pas bertanding di DUN Sungai Acheh telah dimuktamadkan pada perbincangan di peringkat pusat Pas kelmarin.

Bagaimanapun beliau hairan mengapa PKR meletakkan calonnya bertanding di situ sedangkan kerusi tersebut asalnya adalah kerusi milik Pas yang menyerahkan untuk ditandingi PKR pada PRU-12.

"Pas nak ambil balik kerusi itu dan saya menegaskan Pas akan bertanding di kerusi tersebut pada PRU-13 ini.

"Tidak berlaku apa-apa sengketa antara Pas dan PKR kerana keputusan Pas bertanding di situ adalah keputusan Pas Pusat dan perkara itu dimuktamadkan sehingga menjelang penamaan calon pada 5 Mei ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mengumumkan nama-nama calon Pas Pulau Pinang yang akan bertanding pada PRU-13 di markas Pas Pongsu Seribu dekat sini malam tadi.

Kelmarin, Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman telah mengumumkan Badrul Hisham atau Chegu bard sebagai calon PKR bertanding di DUN Sungai Acheh.

Tambah Salleh, Pas akan bertanding di enam kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen pada PRU-13 kali ini.

Ini sekali gus, beliau sendiri akan mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir manakala empat kerusi DUN iaitu Penaga ditandingi Ketua Penerangan Pas negeri, Rosidi Hussin; bekas Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Arshad Mohamad Salleh (Permatang Berangan); Penyelaras DUN Zahadi Mohamad (Sungai Dua) dan Ketua Muslimat Pas Bayan Baru, Asnah Hashim di Bayan Lepas.

Menurutnya, dua kerusi Parlimen yang ditandingi Pas ialah Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang masing-masing akan ditandingi ahli perniagaan Asnan Hamimi Taib Azamuddin dan bekas tokoh korporat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin.

Sehubungan itu, Salleh yakin Pas dapat membuktikan kemampuan untuk mendapat sokongan rakyat pada PRU-13 ini kerana 60 peratus calon yang diketengahkan adalah calon muda


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...