BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! APAKAH CITA RASA PENGUNDI CINA YANG SEBENAR ???
- HOT NEWS !!! LIM KIT SIANG NAIK ANGIN DENGAN ANWAR IBRAHIM !!!
- HOT NEWS !!! TIAN CHUA HILANG SOKONGAN DI BATU !!!
- HOT HEWS !!! CHUA SOI LEK UMUM LETAK JAWATAN !!!
- HOT NEWS !!! AZIZAN MENGHINA KAUM INDIA !!! APA CERITA NI ???
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! APAKAH CITA RASA PENGUNDI CINA YANG SEBENAR ??? Posted: 12 Apr 2013 12:00 PM PDT Sememangnya menarik diungkit kembali perbandingan sejarah di antara pilihan raya umum 1974 dan paling terkini yang bakal dilangsungkan pada 5 Mei 2013.Tidak dapat dinafikan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah memperkenan pembubaran Parlimen kedua-dua era tersebut adalah satu peristiwa yang begitu sukar untuk diulangi.Juga begitu menakjubkan dan mungkin juga secara kebetulan Perdana Menteri ketika pertama kali Sultan Abdul Halim menandatangani pembubaran Parlimen ialah Tun Abdul Razak Hussein iaitu bapa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.Tetapi satu perkara paling menarik dan juga kritikal untuk dihayati oleh rakyat Malaysia adalah suasana pilihan raya 1974 adalah begitu getir sekali kerana keputusan pilihan raya 1969 yang menjerumus kepada rusuhan kaum paling terburuk dalam sejarah Malaysia.Pengundi pilihan raya 1974 memikul tanggungjawab yang begitu berat pada ketika itu kerana pilihan mereka akan menentukan arah tuju politik negara sama ada mahu terus bersama dengan corak kepimpinan Barisan Nasional (BN) atau dengan pembangkang yang diketuai oleh DAP. Pembangkang terutama sekali DAP begitu yakin bahawa pengundi terutama sekali daripada kaum Cina akan memilih mereka jika keputusan 1969 diambil kira yang banyak memihak kepada DAP.Tetapi akhirnya rakyat Malaysia memilih corak perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN dengan memberi mandat yang begitu besar malah melebihi 2/3 jumlah kerusi Parlimen. Keputusan pilihan raya umum 1974 telah mencorakkan kestabilan dan kemakmuran Malaysia hampir empat dekad lamanya sehinggalah keputusan pilihan raya umum 2008 sekali lagi mengulangi detik persimpangan ke mana arah tuju rakyat Malaysia. Begitu kritikalnya keputusan pilihan raya 1974 yang dibayangi oleh pilihan raya 1969 sekali lagi berulang kerana pilihan raya tahun ini juga dihantui oleh keputusan pilihan raya 2008 yang tidak memihak kepada BN dan buat kali kedua gagal memperolehi mandat 2/3 kerusi Parlimen seperti mana yang telah berlaku pada tahun 1969.Tetapi selama lima tahun pasca 2008 rakyat telah melalui era politik pembangkang yang sedikit sebanyak telah mencacatkan keharmonian dan pembangunan negara. Memang benar tidak berlaku rusuhan kaum tetapi politik melampau pembangkang yang telah mempolitikkan segala isu daripada isu ekonomi, sosial,pendidikan sehinggalah kepada hal keselamatan dan kedaulatan telah memporak-perandakan keharmonian dan perpaduan rakyat. Pengundi Melayu dan India kebanyakannya telah akur dengan kesilapan 2008 kerana suasana politik melampau tidak memberi manfaat kepada sesiapa.Tidak syak lagi wujud perasaan pengajaran dan iktibar dari kalangan pengundi kedua-dua kelompok ini.Tetapi pembangkang begitu yakin bahawa pengundi Cina tetap akan menyokong mereka seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2008. Sebab itu Johor dikatakan menjadi tumpuan mereka kali ini kerana persepsinya adalah pengundi Cina di Johor dianggap sebagai undi penentu di kebanyakan kawasan sama ada Parlimen atau negeri. Johor juga merupakan kubu kuat MCA kerana pilihan raya 2008 menyaksikan negeri itu menyumbang tujuh kerusi Parlimen dari keseluruhan 15 yang dimenangi oleh parti tersebut. Menjadi cita-cita DAP jika pengundi Cina Johor memilih mereka maka MCA bukan sahaja dapat dihapuskan tetapi DAP akan menjadi parti yang paling dominan dalam pembangkang. Strategi politik DAP yang berteraskan kaum Cina dan berada dalam kelompok pembangkang adalah begitu berbahaya kerana ini memungkinkan senario kaum Cina tidak diwakili dalam Kerajaan Pusat. Tambahan pula Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah menyatakan bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan Kabinet jika keputusan pilihan raya 2013 lebih buruk daripada 2008.Begitu tidak sihat bagi Malaysia jika sebahagian besar kaum Cina berada di luar kerajaan jika diteliti pengajaran pengalaman yang dialami pengundi Melayu di Singapura. Majoriti pengundi Melayu tidak menyokong kerajaan PAP pada pilihan raya 2001 kerana merasa terkilan dengan pendirian Singapura yang menyokong kempen memerangi keganasan Amerika Syarikat yang ditafsirkan sebagai kempen menindas umat Islam.Walaupun PAP memperolehi jumlah sokongan yang begitu padu iaitu sebanyak 75 peratus undi,tetapi sokongan tersebut hanya datang daripada satu kelompok pengundi sahaja iaitu kaum Cina.Tetapi keputusan pilihan raya 2006 telah mempamerkan penghijrahan pengundi Melayu di mana hampir 80 peratus telah kembali ke pangkuan PAP. Malah PAP dikatakan bernasib baik masih mampu memperolehi 66 peratus undi hanya kerana ihsan pengundi Melayu.Berlakunya perubahan sikap pengundi Melayu dari tahun 2001 hingga 2006 adalah kerana selama lima tahun kaum Melayu bagaikan terpinggir daripada arus pembangunan Singapura gara-gara di label sebagai penyokong pembangkang. Pengundi Cina di Malaysia tidak boleh memperlekehkan peranan yang telah dimainkan oleh MCA selama lima tahun kebelakangan ini.Walaupun berada dalam keadaan yang agak lemah kerana persepsi keputusan pilihan raya 2008,parti itu masih mampu memainkan peranan yang agak efektif. Hubungan diplomatik dan ekonomi di antara Kuala Lumpur dan Beijing menjadi bertambah erat terutama sekali ketika era kepimpinan Najib.Walaupun kedua-dua negara mempunyai masalah pertindihan sempadan maritim di Laut China Selatan, tetapi isu ini tidak bergolak seperti mana yang dihadapi oleh Filipina atau pun Vietnam. Begitu juga dengan hubungan ekonomi menjadi bertambah rancak seperti pembinaan kompleks penyelenggaraan kereta api oleh syarikat pengeluar lokomotif terbesar dunia China South Locomotive & Rolling Stock Corporation Ltd. dan juga penubuhan kampus cawangan luar negara Universiti Xiamen di Salak Tinggi adalah manifestasi betapa pentingnya pengaruh MCA dalam Kerajaan Pusat.Pengundi Cina mempunyai tanggungjawab yang agak berat kali ini kerana pilihan mereka akan menentukan arus pembangunan negara yakni sama ada mereka mahu bersama-sama menjayakannya atau pun hanya menjadi pemerhati sahaja. - Utusan Malaysia RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! LIM KIT SIANG NAIK ANGIN DENGAN ANWAR IBRAHIM !!! Posted: 12 Apr 2013 08:30 AM PDT Kecelaruan di dalam PR nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih.Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda,tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.Hari ini,kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR.Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali.Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit.Jika ceramah mendapat sambutan pula,kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi.Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur,Perak ke Gelang Patah,Johor. Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN,sekali gus merampas Johor.Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak.Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas,di samping mengekalkan Pulau Pinang,congak mereka.Walaubagaimanapun,perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi.Malah,lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi,termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai.Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan 'dirinya' sendiri apabila berhadapan dengan Anwar.Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.Oleh itu,walaupun,keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR,namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh,kawasan selamatnya. Sedangkan keputusan awal untuk 'lari' dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana.Namun,memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak,maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa.Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan kata-kata,"biar kalah,biar mati !!!" Jelas,ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi.Seolah-olah sudah putus asa,itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini.Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali.Setelah berdekad-dekad berpolitik,jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri.Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar,mahupun PAS di saat-saat akhir.Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP.Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya.Nampaknya,kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung.Oleh itu,pesan kita pada Kit Siang,jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS.Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! TIAN CHUA HILANG SOKONGAN DI BATU !!! Posted: 12 Apr 2013 05:00 AM PDT Kebodohan demi kebodohan yang ditunjukkan Naib Presiden PKR ini akhirnya sudah menampakkan kesan dan menghakis keyakinan rakyat.Terbaru,penduduk-penduduk Parlimen Batu mula sedar siapa sebenarnya Tian Chua sehinggakan ceramah beliau di kawasan parlimen sendiri tidak mendapat sambutan seperti PRU12. Tian Chua seharusnya mengambil jalan mudah dengan memohon maaf terhadap kenyataannya bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara.Maka tidak perlu pembangkang mengeluarkan segala jurus untuk menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa Pakatoon tidak sensitif dan Patriotik.Bukan pemimpin utama pembangkang sahaja yang bersilat,pemimpin Melayu DAP,Aspan Alias turut berkungfu mengutuk sesiapa sahaja yang mengkritik Tian Chua termasuklah bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor. Diungkit kembali kes Rahim tumbuk Anwar sampai lebam dulu.Rasanya bukan Rahim sahaja,1 Malaysia kalau diberi ruang dan peluang akan melakukan perkara yang sama terhadap petualang negara.Selepas hampir 2 bulan menyatakan insiden Lahad Datu adalah sandiwara,Tian Chua cuba kembali ke Sabah untuk memberi ceramah untuk terus menabur fitnah-fitnah terhadap pengawal keselamatan.Rakyat Sabah sudah sedar dan matang,kehadiran yang tidak diundang itu hanya mampu sampai setakat di lapangan terbang sahaja.Tian ditahan dan terus dihantar balik ke parlimen Batu.Niat hati hendak mengadu dengan pengundi sendiri tapi malang kali kedua Tian Chua hanya mampu meluahkan perasaan pada kerusi-kerusi kosong yang disusun cantik di parlimen Batu.Adakah ceramah tak dapat sambutan juga sandiwara UMNO,YB Tian Chua ??? muahahahaha.... Tian sebelum ini telah terlibat dengan pelbagai skandal diantaranya kemalangan yang mengakibatkan kematian anggota keselamatan di Kota Tinggi.Kematian pun Tian Chua spin."Ketika tiba dilokasi kejadian,motosikal dan Mercedes Benz bertembung selepas kereta Mercedes dinaiki Tian Chua itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan" - Kenyataan Polis "Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dipercayai seorang anggota tentera memotong sebuah bas yang menghala ke Kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta Tian Chua" - Kenyataan Suara Keadilan.Hebat betul diorang ni spin. Itu baru sedikit.Ada macam-macam lagi pengkhianat negara ini telah lakukan kerosakan di bumi Malaysia ini.Gigit telinga polis,cetus kekecohan,persenda perjuangan wira negara.Inilah Tian Chua. #BetterNation kalau Malaysia takde rakyat macam @TianChua RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT HEWS !!! CHUA SOI LEK UMUM LETAK JAWATAN !!! Posted: 12 Apr 2013 02:40 AM PDT |
| HOT NEWS !!! AZIZAN MENGHINA KAUM INDIA !!! APA CERITA NI ??? Posted: 12 Apr 2013 12:19 AM PDT 1 Malaysia sudah tahu,sokongan masyarakat terhadap kerajaan kini semakin meningkat kesan daripada beberapa pelaksanaan program transformasi Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Hasil transformasi yang merangkumi semua aspek ini telah berjaya membela nasib masyarakat India dengan banyak peluang telah disediakan dalam bidang perniagaan dan pendidikan.Senario ini pastinya telah memberi ancaman kepada pembangkang kerana golongan ini pada tahun 2008 dikatakan menyokong mereka sehingga berjaya merampas lima negeri.Untuk mengekalkan sokongan masyarakat India terhadap pembangkang, pelbagai usaha telah dijalankan dengan memfitnah kerajaan telah menindas mereka selama ini. Antara propaganda yang dimainkan adalah, isu ketiadaan kad pengenalan membabitkan 300 ribu kaum India di negara ini yang dikatakan dosan terbesar kerajaan Umno.Macam biasa,pembangkang akan mengeluarkan angka yang gempak-gempak di setiap gerakan, himpunan atau ceramah mereka.Puluh ribu dan ratusan ribu adalah jumlah yang paling mereka suka tapi hakikatnya,bila mereka turun berdemo dulu,yang datang hanya 200 orang jer.Bila nak daftar, sekali orang indon diorang bawak sekali.Nampok benor menipunya.Dalam mereka cuba menfitnah kerajaan,mereka juga cuba menarik perhatian kaum India dengan menunjukkan apa yang mereka mampu berikan kepada kaum India. Di Kedah,kerajaan Pas pimpinan Azizan cuba membantu sekolah-sekolah tamil dengan memberi bantuan sebanyak RM2000 SAHAJA.Bukan jumlah yang besar tapi cukuplah untuk membantu sekolah selain daripada menarik undi memandangkan pilihan raya dah dekat.Akibat niat pembangkang dari awal sudah tidak baik,kebaikan yang cuba ditonjolkan hasil daripada penipuan kantoi. Bukan sahaja kantoi tapi secara tidak langsung telah menaikkan kemarahan kaum India di Kedah.Pada 2 April lalu, Azizan dan exconya,Manikumar telah mengadakan satu majlis penyerahan cek kepada sekolah-sekolah aliran Tamil di mana setiap sekolah akan mendapat peruntukan berdasarkan kategori yang telah ditetapkan.Tapi parti Islam Pas yang terkenal dengan pelbagai penipuan kantoi apabila cek yang diberikan kepada sekolah-sekolah telah tamat tempoh.Pengerusi PIBG SRJK (T) Ladang Harvard gagal menunaikan cek berkenaan apabila pihak bank Islam memaklumkan cek yang bertarikh 12 Disember itu tidak sah kerana sudah melebihi 3 bulan.Punyalah kelam-kabut nak mendapat sokongan kaum India sehingga tarikh cek yang dah luput pun mereka tidak sedar.Macam manalah agaknya kalau mereka memerintah Putrajaya nanti.Haru biru jadinya.Tindakan MB Kedah Ustaz Azizan memberikan cek tamat tempoh kepada sekolah-sekolah Tamil seluruh Kedah dilihat sebagai satu usaha menghina kaum India di negeri itu.Apa malang nasib rakyat kedah dapat MB nyanyuk,tak tahu nak tadbir dan kuat menipu.Eloklah rakyat dalam pilihan raya akan datang ni hangpa semua humban ja ustaz kaki kelentong ni.Hangpa dapat cek tendang,hangpa tendang je lah Pakatan keluaq dari Kedah la pulak. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









.jpg)

No comments:
Post a Comment