Apple Biru

Apple Biru


PANAS! 60 Ahli PKR Bayan Lepas Masuk UMNO! Yusmadi Lari Kampung!

Posted: 01 Apr 2013 07:57 AM PDT


Sebanyak 60 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang di sini keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang.
Wakil kumpulan itu, Mohd. Eruwan Yusof, 35, berkata, selama lebih lima tahun bersama dengan PKR, beliau mendapati perjuangan parti itu tidak mempunyai makna untuk rakyat.
"Dahulu kami terlalu ghairah inginkan perubahan kerana itu kami beri sokongan penuh tetapi akhir-akhir ini kami merasakan keadaan di Pulau Pinang ini bukannya bertambah baik sebaliknya menjadi kelam-kabut dan bergolak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Syed Ameruddin Syed Ahmad di Flat Taman Emas, Sungai Batu di sini. - Bernama

TU DIA : Dong Zong Jumpa PM Di Putrajaya

Posted: 01 Apr 2013 06:52 AM PDT


Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di sini.

Presidennya, Dr Yap Sin Tian, berkata pertemuan kira-kira sejam bermula jam 12 tengah hari itu membincangkan isu mengenai pendidikan Cina di negara ini termasuk Sijil Pelajaran Bersepadu (UEC).

Katanya, Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengkaji cadangan yang dikemukakan Dong Zong.


Mynewshub

UPDATED LAHAD DATU: Anggota Polis Didakwa Bersubahat Dengan Pengganas

Posted: 01 Apr 2013 05:37 AM PDT


Tujuh warga selatan Filipina pada Isnin didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan. Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.
Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah.
Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.
Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. -BERNAMA

PANAS! Ridhwan Sulaiman Dakwa Jamalul Kiram Sultan Sulu Palsu

Posted: 01 Apr 2013 03:27 AM PDT


Terkini! Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman mendakwa Jamalul Kiram, yang dipercayai dalang pencerobohan pengganas di Sabah, bukan keturunan sultan Sulu sebenar.

Sebaliknya, Muhammad Ridhwan berkata keturunan kesultanan Sulu sebenar adalah Muedzul Lail Tan Kiram, iaitu anak kandung kesultanan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina.

Beliau berkata atas faktor itu pertubuhannya menjalankan urusan transaksi kebajikan dengan Muedzul Lail.

Mykmu.net

UPDATED 4.00 PM : Seri Dikehendaki Polis Berhubung Isu Lahad Datu Serah Diri

Posted: 01 Apr 2013 01:33 AM PDT


Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.
Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada pukul 11.05 pagi tadi.
Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.
Muhammad Ridzwan menyerah diri berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.BERNAMA

Kadar Kemiskinan Menurun #betterNation

Posted: 31 Mar 2013 11:33 PM PDT


Hasil kaji selidik yang dijalankan, menunjukkan Malaysia telah berjaya mencapai sasaran dalam mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh 2015 seperti yang rancangkan. Lebih 60 peratus telah berjaya dikurangkan sejak awal kemerdekaan, kepada 1.7 peratus pada 2012.

Selari dengan itu kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera, Cina & India nyata berkurangan, sementara pendapatan isi rumah telah berjaya ditingkatkan daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada 5,000 pada 2012. Malah jurang pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar pekali Gini menurun kepada 0.431 pada 2012.

Dari segi kategori etnik pula, pendapatan isi rumah bulanan bumiputera meningkat 6.9 peratus kepada RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.

Hasil kejayaan negara ini juga dapat dilihat daripada peningkatan lebih 1,200 peratus ini, bermula sejak Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah pada tahun 1974. Angka Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita turut menunjukan peningkatan daripada AS$257 pada 1957 kepada AS$9,970 pada tahun lalu. Ia merupakan peningkatan hampir 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad.

Ini merupakan petanda kejayaan kerajaan Barisan Nasional dalam usaha menggalakkan pembinaan landasan ekonomi yang kukuh melalui pelebaran pembangunan di kawasan bandar bagi memenuhi kepesatan urbanisasi yang menempatkan lebih 71 peratus penduduk.

Dengan pencapaian ini, ia membuktikan bahawa sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhan kepada dua peratus pada 2015 telah pun tercapai tiga tahun lebih awal. Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada kerajaan @BarisanNasional.

Semua angka ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak perlu bersikap retorik kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib telah membuktikan bahawa mereka benar-benar serius untuk membangunkan sosioekonomi negara.
Walaupun usaha kerajaan ini dilihat berjaya menepati sasaran yang ditetapkan, Perdana Menteri berkata usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah bukan saja akan diteruskan, malah akan ditingkatkan lagi.

Kesimpulannya, kerajaan BN/Umno telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta melakukan yang terbaik dalam mengurus tadbir dan memacu ekonomi negara. Malah pelan perancangan Transformasi Negara yang diatur secara bijaksana ini selari dengan pendekatan wasatiyyah yang diperkenalkan tidak lama dahulu telah terbukti dan memberikan impak kesan yang positif.

Barisan Nasional, Janji Di Tepati!!!
Pakatan 'Manifesto Bukan Janji'!!!

Suara Generasi Baru

PANAS! PKR rancang kekecohan di 10 tempat pembuangan undi

Posted: 31 Mar 2013 08:39 PM PDT


Menyedari bakal berdepan dengan laluan yang sukar dan berkemungkinan besar akan kalah dalam pilihanraya umum yang bakal diadakan nanti, jentera dan para pencacai pakatan pembangkang dikatakan sedang merancang untuk melakukan kekecohan sewaktu kempen pilihanraya dan hari pembuangan undi.

Ini bertujuan untuk menyalahkan Umno dan BN yang kononnya telah bersikap ganas sehingga menganggu proses demokrasi yang akhirnya telah mengakibatkan kekalahan calon mereka.
Ia didedahkan melalui sepucuk surat yang bertarikh 15 Disember 2012 mengenai cara dan kaedah yang perlu digunakan bagi mencapai maksud yang dikatakan tadi. Surat tersebut antara lainnya memberikan garis panduan yang dipecahkan kepada 2 peringkat mengenai peranan yang perlu dilakukan.

Peringkat pertama, yang disarankan untuk dilakukan ialah mewujudkan kekecohan di pusat mengundi supaya orang ramai kecewa dan kurang senang dengan kelemahan pengurusan, mewujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan dan memprotes supaya wujud rasa benci pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peringkat kedua pula menurut surat tersebut yang tertera lambang parti pembangkang itu melibatkan pasukan media atas talian yang akan mewujudkan twitter khas bagi memperlekeh SPR.

Malah menurut surat itu lagi, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Ia turut diakui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru-baru ini telah membangkitkan perkara yang serupa, bahawa kerajaan mempunyai maklumat berhubung perancangan puak dan pencacai pembangkang yang ingin mencetuskan huru hara.

Nampaknya Anwar sedang merencana seribu satu cara bagi memastikan impiannya untuk menjadi perdana menteri tercapai.
Jadi tidak hairanlah dengan pendekatan yang mereka gunakan sebelum ini, untuk memberikan gambaran yang buruk terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apabila usaha itu dilihat berjaya, mereka akan menggunakan pendekatan yang sama untuk menyerang semua institusi yang berkaitan seperti SPR, PDRM, badan kehakiman dan sebagainya.

Ia sengaja dicalarkan bertujuan untuk merosakkan integriti badan dan institusi tersebut. Dengan cara ini, semua tuduhan yang telah dan bakal dilemparkan melalui serangan propaganda akan menyebabkan rakyat terpengaruh.

Dengan mewujudkan dan mencipta suasana tidak aman tersebut, mereka berkemungkinan mengharapkan agar tindakan dapat diambil. Supaya sekiranya pihak pembangkang tewas, ini dilihat membolehkan mereka menuduh bahawa PRU-13 dijalankan secara tidak adil.

Tambahan pula rakyat selama ini telah terpengaruh dengan dakyah mereka, maka tuduhan baru ini akan menyebabkan masyarakat khususnya pengundi terus diperbodohkan dengan sandiwara yang direka cipta itu. Akhirnya kumpulan Bersih akan sekali lagi tertipu untuk sekali lagi membuat hura hara.

Walaupun ia bertentangan dengan semangat demokrasi dan keadilan yang kononnya turut diperjuangan. Namun bagi Anwar, ideologi komunis 'Matlamat Menghalalkan Cara' adalah pendekatan yang terbaik untuk digunakan.

Ini kerana Anwar sedar atas faktor umur, di tambah dengan sebab-sebab yang lain telah menyebabkan ahli parlimen pematang Pauh itu sanggup buat saja asalkan dapat  berkuasa.

Kesimpulannya kalau dah ketua namanya Anwar Ibrahim, pengikut dan pencacainya pun akan turut mewarisi perangai seperti setan!

Suara Generasi Baru

UPDATED : Pengganas menyamar jadi orang tempatan

Posted: 31 Mar 2013 07:00 PM PDT


Saki-baki pengganas Sulu yang diburu pasukan keselamatan dikesan menukar strategi apabila kebanyakan mereka kini didakwa mengaku sebagai orang tempatan dan bercakap dalam loghat Bajau.
Pengganas Sulu juga tidak akan membawa senjata ketika keluar di tempat awam seperti pasar dan pekan bagi menggelak mereka diketahui oleh orang awam dan juga pihak berkuasa yang kerap melakukan pemeriksaan.
"Strategi baharu pengganas Sulu itu menyukarkan pihak berkuasa mengesan saki-baki pengganas Sulu," kata sumber itu.

Kosmo

BONGKAR!Gambar Hubungan Intim Pemimpin dan Naib Pengerusi Wanita PKR Penang di bilik mandi tersebar??

Posted: 31 Mar 2013 06:00 PM PDT


Huh! Macam dah menjadi resam dan PKR, dari atas sampai kebawah tak habis-habis cerita tak senonoh. Jika BOS PKR kuat menyontot China Doll dan Cium Tiak Mahasiswa Jantan termasuk perlauan tidak senonoh pemimpin PKR Kedah di depan Laptop.  kali ini anak buahnya di Pulau Pinang. Kecoh tentang penyebaran gambar hubungan intim antara Ahli Majlis PKR dengan Naib Pengerusi Wanita PKR Pulau Pinang.

Jika benarlah surat dan gambar yang diperkatakan, maka memnang benarlah PKR adalah parti songsang dan terbukti penuh dengan skandal seks. Memang seks tidak boleh dipisahkan dari PKR. Tapi macam biasa la, U Ulang I Saman dan gelaran kepada UMNO sebagai porno akan menjadi senjata macai untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. Namun tidak mejawab persoalan dan memberi apa-apa jawapan tentang pertuduhan tersebut. Harus diingat, yang mendedahkan skandal tak senonoh ini adalah dari dalaman PKR sendiri! Macai pun sama, kaki seks! ptuiii!!!

BONGKAR! Lagi Facebooker Hina Sultan Selangor

Posted: 31 Mar 2013 05:00 PM PDT

Memang celaka! Inilah macai Pakatan Rakyat yang kurang ajar! Ajaran Pakatan Rakyat supaya menghina Raja-Raja Melayu. Terbaru, seorang facebooker berbayar Pakatan Rakyat telah menghina Sultan Selangor. Sebelum ini, mamat ini jugak lah yang menghina Sultan Johor. Kome boleh tengok facebook Rakyat Anarki yang menghina Sultan Selangor ni. Muka pun dah macam Al-Juburi! ptuii!!!

Teman berharap tindakan tegas diambil kepada mamat sekor ini...Jangan dibiarkan berlarutan hingga menjadi lebih parah! Melayu tak sedar diri! Melayu tak sedar diuntung! 

HOT NEWS! Jacel Kiram Pengikut Setia Twitter Anwar Ibrahim, Kebetulan atau Dirancang?

Posted: 31 Mar 2013 04:00 PM PDT



Adeeh! Jacel Kiram jadi follower twitter Anwar Ibrahim! Musykil kan! Atau secara kebetulan atau sebagai peminat biasa kepada Raja Penipu Dunia Sekelian Alam ini. Mungkin ada yang akan bertanya, mengapa isu jadi follower twiiter mahu dijadikan isu politik ? Banyak sebab! Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi adalah dirancang. Jarang sekali secara kebetulan. Banyak kaitan antara Anwar dan Sulu yang telah dibongkar sebelum ini. So! Tidakkah isu follower twitter Jacel Kiram - Anwar secara yang dirancang?

Dengan media sosial khususnya twitter yang dimaksudkan, segala perhubungan dan arahan menjadi lebih pantas dan cepat melalui Direct Message (DM). Apa yang berada di dalam isi kandungan DM antara mereka berdua, tidak diketahui! Tak gitu?

Kome baca apa cerita Gelombang WangsaMaju dibawah,

Mengapa Jacel begitu berminat mengikuti Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR yang sudah semakin galak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Musykil, Musykil dan Musykil ...

Apakah Jacel Kiram mahu mengambil hati Anwar Ibrahim, dan bakal menabalkannya menjadi 'Princess of Sabah' dalam sebuah kerajaan autonomi sekiranya pembangkang berjaya memerintah Malaysia nanti?

Perlu diingat, Anwar Ibrahim adalah MAKHLUK yang menawarkan kerajaan autonomi Sabah kepada pengganas Jamalul Kiram III.

Cukup menghairankan kerana Jacel Kiram mejadikan Anwar Ibrahim, SATU-SATUNYA, ahli politik di dunia ini yang diikuti melalui twitter.

Bukankah ini suatu PETANDA JELAS mereka ini boleh dikaitkan mempunyai matlamat dan perancangan yang sama dalam peristiwa pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III di Sabah?

Lebih menarik lagi, Jacel Kiram pernah disiarkan dalam media Filipina menaiki jet peribadi entah milik siapa.

Cukup musykil ... Bagaimana puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III secara tiba-tiba mampu menaiki dan menyewa sebuah jet peribadi, walhal Jamalul Kiram III mendapatkan rawatan dialisis hasil ehsan Jabatan Kebajikan Filipina.

180,000 orang kunjungi Lima 2013

Posted: 31 Mar 2013 03:00 PM PDT


Kira-kira 180,000 pengunjung melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA"13), sekali gus melepasi sasaran 150,000 yang ditetapkan penganjur.

Tinjauan mendapati rata-rata pengunjung dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang melawat Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk menyaksikan pameran dan pertunjukan aerobatik LIMA sepanjang dua hari ia dibuka kepada orang ramai, sejak semalam.

Nur Hidayah Zainuddin, 19, pelajar institusi pengajian tinggi awam berkata, beliau begitu teruja menyaksikan pertunjukan aerobatik oleh peserta antarabangsa.

Warga Kanada, Jason Anthony berkata, maklum balas positif yang diperoleh beliau mengenai pameran LIMA edisi lalu mendorong beliau dan keluarga untuk menyaksikan pertunjukan kali ini.

Kosmo

Pengundi disaran lapor polis jika ada pihak calit dakwat sebelum PRU

Posted: 31 Mar 2013 02:00 PM PDT



Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pengundi di negeri itu membuat laporan polis jika didatangi pihak yang mahu mencalit dakwat kekal sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berlangsung.

Katanya dakwat kekal itu hanya boleh dicalit oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya sejurus sebelum pemilih membuang undi di pusat pengundian.

"Sebelum ini kita nasihat jangan serah kad pengenalan kepada orang lain bila dekat pilihan raya, sekarang kita ingatkan mereka jangan biar orang calit dakwat pada kuku sebelum masanya," katanya.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai dakwaan sebuah blog bahawa ada pihak merancang untuk mencalit dakwat kekal pada kuku pengundi, terutama di kawasan luar bandar seminggu sebelum hari pengundian PRU13.

Menurut blog itu, pihak terbabit berbuat demikian bagi mencetuskan huru-hara kerana pengundi yang dikesan sudah dicalit dakwat kekal pada kukunya tidak akan dibenar membuang undi pada hari berkenaan. - Bernama

Pilih Kerajaan Pertahan Hak Rakyat, Kedaulatan Negara

Posted: 31 Mar 2013 01:00 PM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan bijak dalam memilih sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih sebuah kerajaan yang mampumelaksana segala janji selain melindungi hak keselamatan, keamanan serta perpaduan supaya negara kekal aman dan maju.

"Kita perlu pilih sebuah parti yang kita yakin dapat pertahankan hak kita, kedaulatan kita, ekonomi kita, sosial dan perpaduan kita.

"Jangan salah pilih. Kalau nak pilih, pilihlah yang reda-reda, baik-baik, pandai-pandai, bagus-bagus dan yang soleh," katanya pada program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini, Ahad.

Muhyiddin berkata, Malaysia kini di landasan yang betul di mana hala tuju telah diatur sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentransformasi negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, berkataprestasi BN tetap terbukti walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mempengaruhipengundi dengan mengatakan parti komponen itu sudah tua dan perlu diubah.

"Pemimpin dalam parti bertukar. Tetapi parti tidak pernah tua. Kerajaan tidak pernah tua. Lagi tua, lagi bertenaga, lagi tua, lagi berpengalaman," katanya.

Justeru, beliau berkata tiada yang perlu diubah melainkan negeri yang kini diperintah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Sementara itu, mengulas pencerobohan oleh militan Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Muhyiddin berkata insiden berkenaan adalah satu pengajaran kepadasemua.

Katanya, rakyat jangan mengambil mudah soal keselamatan negara kerana dalam keadaan negara yang aman dan selamat, ada pihak musuh luar cuba menghancurkannya.

"Musuh di luar sana lihat Malaysia sebagai satu permata yang begitu bergemerlapan. Ada sahaja rasa iri hati yang mahu menakluki dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.

"Tapi nasib baik kita ada barisan keselamatan hadapan, perwira kita yangsanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempetahankan negara ini. Sebab itulah kitaharus menghargai keamanan ini," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak RM115,000 berjaya dikutip untuk disumbang kepada Tabung Wira Negara.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA

BREAKING NEWS! Mahasiswa Yang Dibontot Anwar Ibrahim Kena Tahan Depan Rumah PM

Posted: 31 Mar 2013 12:00 PM PDT


Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini lewat petang tadi selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.

"Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat," katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.

Beliau berkata kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.

Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja. - Bernama 

Tokoh Ulama Calon BN Kelantan - Pas Calon Artis Usang

Posted: 31 Mar 2013 11:30 AM PDT


Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menampilkan tokoh ulama serta calon yang mantap untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemilihan calon sudah di peringkat akhir dan ia akan menampilkan muka lama dan baru.

"Kami mahu setiap calon yang dipilih diterima dan disukai rakyat supaya membawa kemenangan kepada BN di negeri ini," katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa lebih sejam melawat kawasan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, BN akan berusaha sungguh-sungguh dan meletakkan calon terbaik, walaupun sedar bahawa sesiapa pun diletakkan sebagai calon, mungkin ada yang akan mempertikaikannya.

Mustapa berkata, bagi beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang terpilih adalah  barisan terbaik yang dipilih di kalangan tokoh di Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, di Putrajaya kelmarin, Mustapa berkata, pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas.

Menurutnya, ia bagi membincangkan perkara berkaitan parti, terutama mengenai senarai calon BN Kelantan.

Ditanya mengapa Najib belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13, Mustapa berkata, beliau percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan, termasuk dalam bidang ekonomi, dirasai rakyat.

"Ia tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. Ini strategi Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)," katanya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi program peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan Pas Kelantan, dan menyifatkan tindakan seperti itu 'tidak lebih daripada gimik politik' menjelang pilihan raya.

Sumber

HOT NEWS! Hasil Didikan Nik Aziz, Pelacur Pun Pakai Tudung!

Posted: 31 Mar 2013 11:00 AM PDT


Pendedahan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai masih wujudnya kegiatan tidak bermoral di Kelantan membuktikan negeri itu bukanlah sebuah negeri yang sempurna dan bebas masalah itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jolokan Serambi Mekah yang diberikan kepada Kelantan bukan bermakna negeri itu tidak menghadapi masalah moral yang sepatutnya tidak berlaku.

"Sekiranya benar laporan itu, ia sesuatu yang mendukacitakan dan kerajaan Kelantan telah gagal menjadikan negeri ini sebagai Serambi Mekah dan rakyat Kelantan perlu membuka minda dengan keadaan itu," katanya kepada pemberita di pejabat UMNO Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Sunday Times hari ini yang bertajuk Kelantan After Dark yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepatutnya pihak berkuasa tempatan berusaha mengatasi kegiatan itu dalam usaha memulihkan imej Kelantan terutama sebagai negeri yang dipimpin Islam

Calon Parachute PKR: Kesian Pemimpin Akar Umbi

Posted: 31 Mar 2013 10:30 AM PDT


PKR dan PAS adalah 2 parti yang kerap menggunakan kelebihan sedia ada orang lain untuk kepentingan politik mereka sendiri, lebih lagi dalam nak mencari calon pilihanraya.  Berbeza dengan DAP yang bergantung kepada gerak kerja di kawasan yang diidamkan dan sentimen perkauman – dalam banyak hal orang cinalah, untuk penentuan calon.

Sebab itulah, walaupun banyak yang digebang DAP tentang status parti tersebut sebagai parti pelbagai kaum, DAP tidak pernah mencabar UMNO di kawasan majoriti Melayu, dia pun pandai takut kalah.

Tapi penulis akan jelaskan tentang perkara tersebut di lain masa, malam ini tujuannya nak mengajak rakyat melihat sendiri bagaimana mudahnya menjadi calon pilihanraya PKR.  Lupakan sekejap PAS sebab parti itu hakikatnya tidak lagi mampu memberi saingan kepada UMNO/BN berikutan isu kalimah Allah dan hudud yang digugurkan dari Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat.

Ahli PKR perlu bertanya, apakah tidak ada pemimpin akar umbi parti tersebut di Sabak Bernam, Johor Bahru dan Pasir Gudang sehingga calon-calon parachute diletakkan sebagai calon di kawasan tersebut.

Yang dimaksudkan ialah bekas professor Undang-Undang UIA, Aziz Bari (Sabak Bernam), bekas panglima-panglima ATM, Jen (B) Md Hashim dan Lt Jen (B) Abdul Ghafir, masing-masing di calonkan PKR di Johor Bahru dan Pasir Gudang

Walaupun ketiga-tiga kawasan tersebut secara hakikatnya adalah kawasan yang sukar untuk dimenangi calon pembangkang dan pencalonan ketiga-tiga mereka ini diibaratkan seperti 'menyerahkan kepala untuk dipenggal', tapi ketiadaan pemimpin akar umbi PKR di kawasan tersebut untuk dicalonkan, masih menjadi tanda soal.

Penulis katakan 'menyerahkan kepala' sebab BN menang dengan majoriti besar di dua dari tiga kawasan parlimen tersebut.  Di Pasir Gudang, calonnya Datuk Seri Khaled Nordin menang dengan majoriti 17,281, Johor Bahru, Tan Sri Shahril Samad menang dengan majoriti 25,349.

Sementara di Sabak Bernam, kerusi itu memang tradisi di menangi dengan majoriti besar oleh BN tapi kerana protes dan masalah yang melanda BN di Selangor  pada 2008, menyebabkan BN hanya menang dengan majoriti rendah iaitu sebanyak 1,335 undi sahaja.  Kita yakin dengan banyak pemulihan yang berlaku sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih, keadaan akan kembali seperti sedia kala dalam PRu13.

Orang PKR dikawasan terbabit dan kawasan lain yang mempunyai sindrom yang sama, perlu bertanya kembali kewajarannya pimpinan masing-masing melayan mereka seperti itu.  Ghafir, Hashim dan Aziz Bari tidak sampai 2 tahun menjadi ahli PKR tapi telah diberikan penghormatan sedemikian.

Itu cakap secara amnya saja sebab Aziz Bari dah masuk PKR awal tahun sudah.  2 jeneral bersara itu masing-masing baru sertai PKR awal tahun ini sahaja tapi dah diberi 'penghormatan' sebagai calon pilihanraya PKR.  Kalau dia memang aktivis parti dari tapi calon luar kawasan, itu lain, masalahnya nak jadi aktivis parti macam mana, masuk pun tak sampai 3 bulan.

Dah jadi calon.

Penulis bukan nak kata apalah, tapi inilah nilai orang PKR yang sebenarnya. Hanya layak jadi penyokong rusuhan jalanan dan buat kerja-kerja kotor yang lain, bahagian yang sedap-sedap, Anwar serah pada orang lain untuk lahap.

Mykmu.net

HOT! U Ulang I Saman, Pemimpin PAS Hina Nabi! Ini Kali Mapus La Lu!

Posted: 31 Mar 2013 10:00 AM PDT

Tu dia! Perangai puak-puak Pakatan Rakyat! Bila dah salah, mula la nak saman. Cuba menutup kesalahan sendiri. Bila dah termalu kerana terbuka kemaluan sendiri, mula la melenting macam hampas! Bodoh! Dibawah ini tweet awal bertarikh 27 Mac 2013 yang dibuat malaun PAS ni yang kata dia salah tafsir tu! Golongan sakit otak ni elok dihantar kat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan je..
Kome nilailah perangai keji pemimpin PAS ni. Mendakwa menegakkan Islam tapi pada masa yang sama menghina Nabi!!!!..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...