BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PARTI ANAK BERANAK PKR BUAT HAL LAGI !!! APA CERITA NI ???

Posted: 31 Mar 2013 12:00 PM PDT



Parti politik selama ini ditubuhkan untuk menjaga kesejahteraan rakyat.Parti PKR pula di tubuhkan hanya untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa dia tidak meliwat dan tidak berzina dengan pelacur dan isteri kawan-kawannya.Namun pada masa yang sama parti ini merupakan penganjur demonstrasi jalanan menuntut supaya LGBT (Lesbian Gay Biseksual Transgender) diterima dan tidak dipersoalkan.PKR ini juga merupakan parti yang terlalu kuat kroninya kerana mereka sumbat semua anak beranak supaya dapat simpati rakyat dan semuanya boleh jadi Wakil Rakyat walaupun baru saja tamat SPM termasuk semua bini agar keseluruhan keluarga dapat gaji buta sepanjang hayat.Para pengikut parti ini pula merupakan mereka yang memang kerjanya sakau duit dan membesar dengan cara tapaw duit parti akan taat,sujud dan setia pada parti ini.Apa yang penting mereka boleh kaut apa yang Anwar dan ahli keluarga anwar tabur untuk mereka makan.


Rakyat wajib buka mata terhadap strategi hina PKR ini kerana mereka adalah bertanding di mana mereka suka dan bukannya bertanding d kawasan di mana kita di lahirkan,khidmat kepada rakyat di kawasan sendiri.Wakil Rakyat tak sama dan amat jauh dengan Gabenor.Oleh itu ramai kawan-kawan Anwar yang ada otak waras mula tinggalkan Anwar iaitu kawan-kawan yang sama-sama tubuhkan parti dan naikkan nama Anwar sekeluarga.Ada saja alasan yang d beri untuk MEMBENARKAN apa juga yang d buat oleh Anwar.Namun hakikat kebenaran tidak mampu ditutup selama-lamanya.Sedikit-demi sedikit kebenaran muncul dan segala pembohongan dan kejahatan PKR terdedah dengan sendirinya. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DEMOKRASI ALA DAP !!! 753 PERWAKILAN DINAFIKAN HAK MENGUNDI ??? APA CERITA NI ???

Posted: 31 Mar 2013 08:30 AM PDT


DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik.Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong. Secara teorinya kelihatan begitulah,sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia. Tapi seperti mana biasa,bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan.Itu hakikat yang sering terjadi. 

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu,sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan,malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi. Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC,Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas,tentunya mustahil. 

Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.Bila bercakap soal kebebasan,ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya,maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS. Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri,tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.No action talk only,itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP.Dulu dan sekarang sama saja.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! SIAPA MR PINDAH A.K.A LIM KIT SIANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 31 Mar 2013 05:00 AM PDT


Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah,Johor pada PRU 13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.Sejak berkecimpung dalam dunia politik,pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka,Selangor,Pulau Pinang dan Perak.Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima,sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya.Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.ketika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR,Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati. 

Justeru itu,memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari.Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah,ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN.Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang,nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik,tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim,ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik,sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PULAU PINANG JATUH MENJUNAM TERGOLEK DOG DI BAWAH PEMERINTAHAN LIM GUAN ENG !!! APA CERITA NI ???

Posted: 31 Mar 2013 01:30 AM PDT


Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang,keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk,dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik,pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah,di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinag pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh.Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012,ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.Malah sebelum ini,negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. 

Sedar atau tidak,kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd.(Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu,yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap,Akauntabiliti,Telus (CAT).Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! ANWAR IBRAHIM MENGAKU SAYANG KAT PRINCESS JACEL KIRAM ???

Posted: 30 Mar 2013 10:00 PM PDT


lihat gambar di bawah.satu lagi perkara terbongkar !!! adakah pencerobohan lahad datu ini semuanya lakonan UMNO bak kata tian chua ??? selepas satu isu,lagi satu isu yang terpalit kat anwar ibrahim terbongkar sudah.persoalannya,kalau betul ini semua sandiwara UMNO,kenapa anak kiram follow twitter anwar ibrahim ??? cuba anda lihat sendiri twitter beliau.siapa yang follow siapa sekarang.saya dah kata banyak kali ada agenda dengan anwar ibrahim anda tak percaya kan pembaca Badut Rakyat ??? siap ada yang email saya kata ini bukan anwar ibrahim yang lakukan.kalau bukan anwar ibrahim,siapa lagi ??? dah ada bukti kan semua penceroboh yang di tangkap kata siap di bayar oleh pembangkang dari malaysia !!!

anda sendiri dah lihat kenyataan jacel kiram fitnah malaysia berkenaan dengan isu lahad datu.adakah ini pun permainan Anwar ibrahim ??? manalah tahu,kan dia follow Anwar Ibrahim.


UNTUK SELANJUNTYA


RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BUBAR PARLIMEN !!! KENAPA PEMBANGKANG MEROYAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Mar 2013 07:00 PM PDT


SALAH satu 'penyakit' yang ada dalam kalangan pakatan pembangkang dan penyokong mereka ialah terlalu mudah untuk membuat tafsiran.Pelbagai andaian mereka lakukan bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.Begitu juga dalam isu pembubaran Parlimen,mereka membuat pelbagai tafsiran termasuklah hujah dangkal dengan mengatakan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.Suatu ketika dulu,Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam satu pertemuan dengan anak-anak Kelantan,Najib 'semak perut' hendak bubar Parlimen kerana banyak masalah dalam UMNO.Mereka sengaja melupakan tempoh tamat mandat kerajaan BN di peringkat Pusat ialah 30 April.Oleh itu Perdana Menteri tidak terikat dengan sebarang desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal daripada tarikh itu.

Sebenarnya,penulis difahamkan yang resah gelisah kerana Parlimen belum dibubarkan ialah pembangkang.Menurut satu sumber,pakatan pembangkang sudah merancang jika BN membubarkan Parlimen dan diikuti oleh negeri-negeri di bawah penguasaan parti itu sebelum tarikh tamat tempoh memerintah,pakatan pembangkang tidak akan berbuat demikian di negeri-negeri yang mereka kuasai.Sebaliknya jentera pilihan raya di empat negeri yang mereka kuasai iaitu Pulau Pinang,Selangor,Kelantan dan Kedah akan dihantar untuk membantu jentera di Perlis,Negeri Sembilan,Terengganu,Sabah dan Sarawak.Mereka begitu yakin melalui cara demikian ia akan membantu pakatan pembangkang menguasai negeri-negeri tersebut.Kalau pakatan pembangkang menganggap mereka sudah cukup kuat dan mampu mempertahankan negeri-negeri yang mereka kuasai sekarang, maka bubarlah sebelum tarikh tamat tempoh memerintah.Untuk rekod tarikh tamat tempoh memerintah Selangor ialah 22 April,Kelantan (28 April),Pulau Pinang (2 Mei) dan Kedah (5 Mei).Kalau mereka mempertikaikan kenapa Perdana Menteri tidak membubarkan Parlimen sekarang sedangkan tamat tempoh mandat ialah 30 April,kenapa mereka tidak bubar lebih awal di negeri-negeri yang mereka kuasai?

Tetapi kita percaya pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mereka sememangnya bersikap seperti tin kosong, bunyi sahaja kuat,tetapi isinya tiada.'Tambahan pula,pakatan pembangkang memahami kekuatan mereka di negeri-negeri berkenaan semakin luntur.Di Selangor,penolakan rakyat terhadap kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ketara,apabila banyak janji yang dibuat dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu tidak ditunaikan kerana Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim menganggap manifesto bukan satu perjanjian.Di Pulau Pinang,pentadbiran kerajaan DAP berhadapan dengan pelbagai bantahan termasuk projek-projek mega yang ditentang oleh rakyat.Di Kedah,kerajaan Pas bukan sahaja menghadapi masalah kepincangan menguruskan negeri malahan diancam masalah dalaman antara pemimpin-pemimpin Pas.Difahamkan Pas Kedah berpecah kepada empat kelompok.Di Kelantan,isu tanah dan air terus menghantui kerajaan Pas.Malahan di negeri itu sudah ada gelombang yang cukup ketara mahupun perubahan kerana rakyat sudah bosan dengan kerajaan negeri yang lebih kaya dengan slogan dan retorik berbanding program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Berdasarkan kepada hujah-hujah itu,maka tidak payahlah puak-puak pembangkang hendak menyibuk mempertikaikan kenapa Perdana Menteri belum membubarkan Parlimen.Tunggu sahajalah detiknya kalau betul-betul pembangkang yakin bila pun pilihan raya diadakan mereka boleh mencapai kejayaan besar.Janganlah beri alasan dangkal kononnya terpaksa membuat kutipan derma kerana Perdana Menteri terlalu lambat membubarkan Parlimen.Pilihan raya bukan medan menguji kekuatan sesiapa atau gelanggang untuk merebut kekuasaan sahaja,sebaliknya ia adalah penentu masa depan rakyat dan negara.Kerajaan BN bukan seperti pakatan pembangkang asyik hendak berpolitik sepanjang masa dan terlalu kemaruk kuasa.Kerajaan BN hendak memastikan segala urusan negara dan perancangan untuk rakyat sudah diselesaikan barulah mandat diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Sepatutnya pembangkang bersyukur kerana apabila Parlimen lambat dibubarkan, maknanya mereka masih mempunyai masa untuk menunaikan segala janji-janji yang belum ditunaikan.

Tetapi pembangkang tahu mereka tidak ada kemampuan untuk menunaikan janji-janji yang dibuat, oleh itu mereka berharap apabila Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan rakyat akan melupakan janji-janji yang pernah mereka buat dalam pilihan raya lalu.Inilah perangai pakatan pembangkang,mereka berpolitik semata-mata untuk kuasa sebab itulah mereka sanggup bergabung dalam satu pakatan biar pun berbeza ideologi dan hala tuju perjuangan.Seperkara lagi,pembangkang juga risau semakin lambat Parlimen dibubarkan,semakin terdedah janji-janji palsu yang disenaraikan dalam manifesto pilihan raya mereka dan Buku Jingga.Ia memandangkan apa yang mereka janjikan itu hanyalah omong kosong dan tidak berpijak di bumi nyata, segalanya mereka lakukan hanya semata-mata untuk menarik perhatian rakyat untuk menyokong mereka dalam pilihan raya umum nanti. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana dari semasa ke semasa, semakin banyak terdedah perangai pemimpin-pemimpin mereka termasuk dari segi moral.

Justeru mahu tidak mahu,pembangkang terpaksa membuat pelbagai andaian berhubung isu pembubaran Parlimen bagi menutup kelemahan mereka.Dalam bahasa mudahnya lagi lambat pilihan raya diadakan, maka semakin banyak 'wajah-wajah buruk' pembangkang akan terdedah kerana bak kata seorang pemimpin BN di Pulau Pinang,kertas tidak boleh membalut api.''Begitu juga sandiwara dan lakonan politik pembangkang,ia sudah pasti tidak akan bertahan lama sebab itulah mereka tidur tak lena, resah gelisah dan gundah gulana apabila Perdana Menteri belum membubarkan Parlimen. Sementara mereka menuding jari mengatakan Perdana Menteri dan BN dalam ketakutan serta 'semak perut' untuk mengadakan pilihan raya ,hakikatnya pembangkanglah yang sebenarnya berada dalam kedudukan 'tidak tentu hala'.Segala-galanya kerana pembangkang sudah tidak sabar lagi untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan BN kerana pilihan raya kali ini dianggap penentu 'hidup mati' perjuangan politik mereka.Namun kita percaya,tidak kira bila pun Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan,yang pasti rakyat sudah semakin mengetahui siapa yang sepatutnya mereka pilih sebagai kerajaan.Tidak apalah kalau pembangkang hendak meneruskan perasaan gelisah tidak tentu hala mereka kerana Parlimen belum dibubarkan,yang pasti BN tidak akan mengikut jejak amalan politik dangkal mereka.


SEKARANG ANDA DAH FAHAM ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK YAKIN BN MENANG 2/3 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Mar 2013 04:00 PM PDT


Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim ketika ini.Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya,Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.Masakan tidak,selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan.Contoh paling ketara,sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.Namun mutakhir ini,angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa.Berbanding program Perdana Menteri,Datuk Sri Najib yang melonjak sekitar 10-15 ribu.Mungkin berdasarkan faktor itu di tambah dengan beberapa faktor lain,Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas dan yakin akan kemampuan BN/Umno untuk meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13).Malah sebelum ini laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU),sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London,The Economist,telah meramalkan BN akan memenangi PRU-13.Ia berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik,agenda transformasi Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang dilihat semakin berjaya.

Terbaru Financial Times dan Reuters juga turut melaporkan keyakinan mereka, akan kemenangan BN/Umno yang mampu meraih memenangi majoriti 2/3 di dalam di dalam pilihanraya ini. Ia turut disebabkan keyakinan para pelabur asing dengan keupayaan Perdana Menteri dalam memacu dan menjana ekonomi negara.Contohnya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada bulan April 2009 jelas menunjukkan keupayaan kerajaan merangka dan merealisasikan semua perancangan yang telah disediakan itu.Program tersebut juga dilihat telah berjaya memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju,bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.Sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.Menurut pemerhati antarabangsa juga, keputusan pilihan raya yang akan datang sudah semakin jelas menunjukkan bahawa BN akan menang,berbanding pakatan pembangkang yang hanya mampu membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa.Pakatan pembangkang juga dilihat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini,termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah,penuntut universiti,warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun,cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.Di Selangor sebagai contoh populisme pakatan pimpinan Anwar kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal kerana melaksanakan hanya 15% daripada 31 janji pilihan raya yang lalu.

P/S - LIHAT GAMBAR DI BAWAH


TUNGGU JER OK !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...