Apple Biru

Apple Biru

Apple Biru


UPDATED 8.15 PM : Lebih Ramai Lagi Penceroboh Sulu Ditembak Mati

Posted: 06 Mar 2013 04:44 AM PST

Pasukan keselamatan Malaysia menembak mati lebih ramai lelaki bersenjata apabila mereka memperluaskan pemburuan terhadap kumpulan bersenjata Sulu pada Rabu, selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan selepas polis dan anggota tentera memperluaskan pencarian mereka ke Kampung Tanjung Batu, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo.
"Kami percaya sebahagian musuh terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini," katanya.
Beliau berkata, mereka mempercayai lelaki bersenjata Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana.

mStar

PANAS : Ahli PAS Buat Laporan Polis Terhadap Tian Chua

Posted: 06 Mar 2013 04:02 AM PST

Weh! Apa cerita nih! Ahli PAS sendiri buat laporan polis terhadap Tian Chua Celaka berkaitan dengan kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO turut menimbulkan kemarahan ahli Pas.


Menurut sumber berita Utusan Online,  seramai enam orang ahli parti tersebut tampil membuat laporan di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) Kepala Batas. Menurut laporan tersebut, ahli PAS malu dengan kenyataan Tian Chua tersebut dan menyeru supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Nampak gayanya ahli-ahli PAS sendiri pun tak puas hati dengan Tian Chua ni. Tapi kalau dah pemimpin PAS sendiri yang buat-buat tak tahu kerana keinginan mencapai cita-cita untuk menawan Putrajaya. Pandangan Ahli parti sendiri sanggup diabaikan. 




UPDATED 6.00 PM : Pasukan Keselamatan Temui Kubur Tempatkan Mayat Penceroboh

Posted: 06 Mar 2013 02:32 AM PST


Pasukan keselamatan Malaysia membongkar sebuah kubur besar yang menempatkan sembilan mayat penceroboh di Kampung Tanduo di sini.
Gambar-gambar mayat dan operasi berterusan yang dikendalikan di tempat kejadian dipaparkan oleh Menteri Pertahanan pada Rabu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan bersenjata negara berjaya merampas senjata-senjata semasa operasi tersebut.
"Ini membuktikan, mayat yang kami peroleh dikumpulkan dan kami dalam proses untuk mengumpulkan lebih banyak mayat," katanya pada sidang media secara langsung di TV3 di Felda Sahabat di sini.
Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa 13 mayat dijumpai semasa operasi itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada anggota keselamatan Malaysia yang cedera dalam operasi berkenaan.
"Kami menjalankan bedah siasat sepenuhnya terhadap mayat bagi mengenal pasti bagaimana mereka mati," katanya.
Kedua-dua menteri itu turut menunjukkan gambar-gambar senjata yang dirampas di tempat kejadian dan mayat seorang lelaki bersenjata yang ditembak dan mati pada pukul 6.45 pagi.
mStar

UPDATED 5.20 PM : mayat anggota pengganas Sulu ditemukan

Posted: 06 Mar 2013 01:35 AM PST


Pihak keselamatan hari ini menemukan 12 mayat pengganas Sulu ketika membersih dan menggeledah sejurus selepas serangan besar-besaran di Kampung Tanduo, di sini semalam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar bersama berkata, setakat ini sebanyak 13 pengganas disahkan terbunuh di kampung tersebut, termasuk seorang ditembak mati pagi ini.

Pada sidang media itu turut ditayangkan gambar-gambar anggota pengganas terbabit untuk tatapan pihak media. - UTUSAN

TERKINI 5.00 PM : Kecoh Bila Seorang Lelaki Masuk Zon Larangan

Posted: 06 Mar 2013 01:19 AM PST


Sesuatu yang menarik perhatian di pusat media bagi para wartawan yang membuat liputan serangan Kampung Tanduo apabila pasukan keselamatan menahan seorang lelaki di sebuah perahu pada Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang di pantai berhadapan dengan Felda Sahabat, lelaki yang berpakaian seperti orang awam diarahkan mendayungkan perahunya ke pesisir pantai oleh para komando yang menaiki bot patrol.
Kumpulan wartawan bergegas ke pantai apabila mendengar mengenai insiden itu.
"Penceroboh" itu yang telah memasuki zon larangan, dilihat mendayungkan perahunya dengan seorang komando berada di dalamnya.
Tiga komando kemudiannya menahan lelaki itu setibanya dia di pantai.

mStar

UPDATED 4.00 PM: Empat Suspek Pengganas Sulu Ditahan SEMPORNA

Posted: 06 Mar 2013 12:24 AM PST

Anggota Polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) membawa dua suspek yang berjaya ditahan ketika 'Ops Daulat' di sebuah ladang sawit di sini, Rabu. Dalam operasi itu polis berjaya menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas untuk di soal siasat
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.
Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. BERNAMA

BREAKING NEWS : Wan Azizah Tuduh Reuters dan Manila Times Penipu, Wartawan DiBayar BN

Posted: 05 Mar 2013 11:30 PM PST


Sikap Anwar Ibrahim yang gemar mengugut, menyergah dan memperlekeh wartawan apabila beliau gagal menjawab soalan mereka, sudah menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia. 

Terbaru, Anwar mengugut akan menyaman wartawan yang bertanya kenapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Times kerana menyatakan penglibatannya di dalam krisis di Sabah, tetapi hanya menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang menyiarkan petikan dari kedua-dua agensi asing tersebut. 

Seperti yang dijangka, Anwar telah tidak menjawab soalan tetapi mengherdik wartawan terbabit sekali gus, 'menutup' isu tersebut dari diperbincangkan. 

Di masa yang sama, Wan Azizah pula memilih untuk menuduh laporan mengenai Anwar menjadi 'dalang' krisis di Sabah, sebagai 'tuduhan liar dan tidak berasas'. Kata beliau, "Saya
baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar." Malah, Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang melaporkan sedemikian telah dibayar oleh Barisan Nasional. 

Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar.

Nampaknya Wan Azizah secara langsung telah menuduh Reuters dan Manila Times sebagai penipu. Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menuduh bahawa wartawan di kedua-dua agensi berita tersebut telah dibayar oleh Barisan Nasional. 

Justeru, sewajarnyalah wartawan yang terbabit memberi penjelasan bagi mengelak diri mereka dan agensi mereka dipandang serong kerana melaporkan berita palsu. Tidak salah juga jika mereka menyaman Wan Azizah bagi membersihkan nama mereka yang digelar sebagai penipu dan penerima rasuah. 

Mungkin inilah saja caranya untuk kita mendapatkan kebenaran memandangkan Anwar enggan menyaman pihak yang membawa laporan asal tetapi hanya menyaman pihak yang memetik laporan 
tersebut. 

Bagi rakyat yang rasional, keengganan Anwar untuk menyaman Reuters dan Manila Times sudah cukup untuk membuktikan sama ada Anwar benar-benar terlibat atau tidak di dalam krisis 

di Sabah. Malah, sikap Anwar yang bagaikan cacing kepanasan bila ditanya perkara ini juga menguatkan lagi syak wasangka ramai. 

Reuters adalah sebuah agensi antarabangsa manakala Manila Times pula adalah media Filipina. Tidak ada sebab bagi agensi antarabangsa yang selalunya 'mesra' Anwar melaporkan sesuatu yang mampu meletakkan Anwar dalam situasi sukar. Dan apa ke jadahnya, Barisan Nasional perlu membayar Manila Times untuk mengotorkan lagi nama Anwar sedangkan nama 

Anwar sudah sedia berpalit najis? Apakah untungnya bagi Barisan Nasional untuk 'mencari nahas' dalam krisis Sabah di saat PRU semakin hampir? 

Yang untungnya, hanyalah pembangkang kerana dapat mencipta isu memburukkan kerajaan BN. 

Lebih dari itu, Anwar juga yang sedang meraikan pertumpahan darah rakyat Sabah sebagai menebus kegagalan menumpahkan darah rakyat Semenanjung ala Dataran Tahrir. Dan Anwar 
jugalah yang begitu teruja menunggu campurtangan asing seperti yang dipohon oleh pihak Sulu, setelah beliau sendiri gagal menjemput Amerika dan Australia berbuat demikian. 

Dari sudut mana pun, kita tidak dapat mengelak dari melihat tangan Anwar di belakang semua ini. 

Oleh yang demikian tidak ada cara lain lagi bagi Anwar untuk membersihkan namanya selain dari menyaman Reuters dan Manila Times yang dianggap Wan Azizah sebagai penipu! Atau 
sebaliknya, Reuters and Manila Times wajib menyaman Wan Azizah kerana menuduh mereka sebagai penipu… 

Beruang Biru

DEDAH: Anwar Guna Pegawal Keselamatan Filipina Sejak 2008

Posted: 05 Mar 2013 10:43 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan telah menggunakan pengawal keselamatan daripada Filipina sejak daripada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh lagi, kata Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum PKR.

"Ya. Anwar guna bantuan keselamatan Filipina sejak PRK Permatang Pauh, pada tahun 2008,"kata Rahimi sambil menambah,"anggota-anggota itu terlatih khas setaraf dengan pasukan komando dan mempunyai pelbagai kepakaran."

Rahimi dihubungi untuk diminta mengulas tentang laporan laman ini yang mendedahkan Ketua Umum PKR itu menggunakan empat orang pengawal keselamatan daripada Filipina yang dicurigai latar belakang dan pembiayaan mereka.

Empat individu itu adalah Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese dan Bong Oteyza.

Laman artemisdefense.com mendedahkan Cruz dan Noel adalah pelatih mereka bersama pelatih lain yang pernah mendapat latihan daripada FBI (Federal Bureau of Investigation), U.S. Marine Corps dan Tentera Israel.

Ketika diminta mengulas, siapakah pembiaya pengawal keselamatan dari negara asing itu, Rahimi enggan mendedahkannya, namun mendakwa mengetahui sumber-sumber dana itu.

"Ada beberapa orang 'kawan' Anwar yang mempunyai pengaruh di Filipina yang telah mengaturnya. Saya ada maklumat terperinci, akan dedah jika perlu,"katanya lagi.

Sumber

KEMASKINI : Gambar-Gambar Suasana Di Semporna

Posted: 05 Mar 2013 10:01 PM PST


Walaupun Ops Daulat yang digiat dilancarkan oleh pasukan keselamatan negara bagi mencari saki baki pengganas Sulu, namun aktiviti harian penduduk dilihat berjalan seperti biasa. Beberapa keping gambar terbaru di Jeti Umum Semporna menunjukkan penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa. 




Credit Photo Malaysia Instinct

TERKINI Ops Daulat 1.30 PM : Kenyataan Media Ketua Polis Negara

Posted: 05 Mar 2013 09:40 PM PST


Kenyataan Media Ketua Polis Negara mengenai Ops Daulat mencari saki baki pengganas Sulu. Sehingga kini, 'mopping up and searching' di kawasan operasi masih diteruskan oleh pihak PDRM dan ATM.

Kemungkinan pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak ke satu lokasi yang lain.

Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

Pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi, seorang penceroboh telah ditembak mati selepas berbalas tembakan di kawasan operasi.

Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam.

Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi.

UTUSAN

TERKINI Ops Daulat 6 Mac 1.00 PM : Jumlah Pengganas Sulu Maut Diumum Selepas Ops Daulat Selesai

Posted: 05 Mar 2013 09:28 PM PST

Anggota tentera menaiki kereta perisai Condor menuju ke Kampung Tanduo mencari saki baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang bersembunyi di kampung itu

Pasukan keselamatan akan mengumumkan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang dalam operasi besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai sepenuhnya.
Kelihatan anggota tentera berkawal di jalan Kampung Tanjung Labian di sini, Rabu. 
Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu kini turut menjadi zon merah dan semua penduduk kampung itu telah dipindah keluar bagi mengelak sebarang ancaman penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang dikhuatiri telah menyusup masuk ke kampung itu

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini, pagi Rabu bagaimanapun enggan menjelaskan bila operasi tersebut akan berakhir.

Menurutnya sehingga kini operasi mencari dan menggeledah baki pengganas Sulu masih diteruskan.

TERKINI 12.15 PM : AWAS, Pengganas Sulu menyamar sebagai penduduk

Posted: 05 Mar 2013 08:32 PM PST


Pihak keselamatan percaya terdapat dalam kalangan pengganas Sulu bertindak menyamar sebagai penduduk kampung bagi mengaburi pihak berkuasa.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta semua pihak agar berhati-hati bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

UPDATED: Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Pagi Rabu

Posted: 05 Mar 2013 08:15 PM PST


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.
Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.
Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati.
Sementara itu menerusi kenyataan media yang dimuatkan di laman Facebook PDRM, pasukan keselamatan itu menyatakan kemungkinan operasi pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu lokasi lain.
"Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.
"Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi," kata kenyataan itu.
mStar

Tian Chua Haram Jadah!

Posted: 05 Mar 2013 08:00 PM PST

Muka Tian Chua yang kutuk anggota keselamatan yang terkorban sebagai "Komando Mati Katak". Bodoh punya Tian Chua. Mana lagi lu mau lari..Semua orang cari lu..Lu tunggu...

Krisis Lahad Datu: Anwar Ibrahim Dakwa Berkompromi Dengan Philippines Daily nquirer

Posted: 05 Mar 2013 07:00 PM PST


Buat la! Asal bahagia. Rasanya rakyat Malaysia nak tau jugak sejauhmana penglibatan Anwar dalam krisis Lahad Datu. Kalau setakat bercakap kosong baik tak payah. Jangan tangguh-tangguh. Peluang dah ada..
Anwar mendakwa beliau ditawarkan oleh media Filipina,Philippines Daily Inquirer bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Bagaimanapun Anwar berkata beliau tidak dapat menerima tawaran itu dengan segera kerana sibuk namun mengakui akan berbuat demikian kemudian.

Apa pulak ni! Buat la sekarang. Semua orang nak dengar macamana Anwar nak spin hasil sumber risikan Kerajaan Filipina tuh. Gambar pun dah ada menunjukkan Anwar membuat pertemuan sulit dengan MNLF Nur Misuari. Teman nak tengok Anwar spin pasal gambar tu. Seperkara lagi tentang kunjungan Tian Chua ke Manila sebelum ini. Spin la..syok jugak kan.kan..dengar penglipur lara moden bercerita...mesti gempak giler!
Sengaja nak bagi alasan kesibukan bukanlah jawapan rakyat mahu dengar. Teman hairan ada pulak masa nak tabur fitnah merata-rata tapi nak bagi jawapan isu diri sendiri boleh pulak main tangguh-tangguh. Alasan bodoh daripada Raja Segala Alasan Sekelian Alam..ptuiii!!!

KEMASKINI : Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu

Posted: 05 Mar 2013 06:00 PM PST


Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjatayang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pastikumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabahsebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanMalaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasanberkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinmengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknyapenyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukansecara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaanuntuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankanterhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus denganSultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan diLahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daudterkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuranantara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampunganair Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itumenyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan airitu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampungitu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta BesarFilipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaankeselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yangterkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jetpejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo,Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukantentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanmesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatannegara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkanpertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang mediabersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan OpsDaulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakanoperasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masihada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian,kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.-BERNAMA

Weei! Tolong Cari Mamat Bodoh Ni Yang Benci Polis Sampai Mati!

Posted: 05 Mar 2013 05:00 PM PST

Ini lagi sekor mama bodoh biul. Kalau dah muka macam pecah rumah, tak payah banyak  cakap weei! Macam la pandai sangat. Suruh je mamat ni pergi ke Lahad Datu tu. Baru dia tau langit tinggi rendah. Tak berpinar-pinar kepala mamat sekor ni nanti.

Kome baca perenggan terakhir komen mamat bodoh biul ni, "aku kan F**K polis sampai bila..". Weh! Kalau awek mike, adik mike ke kena rogol apa macam? Mike nak report kat siapa? Kat Nik Ajis ke? ptuii!!!

TERKINI : 10,000 kaum Tausug didakwa menuju Sabah

Posted: 05 Mar 2013 04:00 PM PST


Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah.

Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.

"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya.

Menurut beliau, kira-kira 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam tadi bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah.

Sementara itu, seperti yang dipetik dalam laman web Astro Awani, Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman menafikan dakwaan MNLF bahawa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah.

Mujiv berkata, kenyataan MNLF pimpinan Nur Misuari itu disifatkan sebagai strategi untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

"Itu tidak benar. Tiada sesiapa pun dari selatan Mindanao sedang bergerak ke Sabah," jelas Mujiv dalam satu kiriman mesej terbaharu kepada Astro Awani.

Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.

"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," ujarnya. - UTUSAN

Kementerian Luar Diminta Desak Filipina Ektradisi Jamalul Kiram

Posted: 05 Mar 2013 03:00 PM PST


Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata diSabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di LahadDatu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokonganmelalui beberapa kenyataan.

"Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah negara ini.

Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnyabersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskanundang-undang dikaji terlebih dahulu.

"Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlumain peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undangantarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya.

Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas PengarahJabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itumengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.

"Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripadaJamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota poliswalaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya.

Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti UtaraMalaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari suduthubungan diplomatik, kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipinamengekstradisi Jamalul Kiram.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) DatukMohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undangantarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi.-BERNAMA

Rakyat Malaysia Di Filipina Dinasihati Lebih Berwaspada

Posted: 05 Mar 2013 02:00 PM PST


Kementerian Luar hari ini menggalakkan semua rakyat Malaysia di Filipina supaya mengutamakan keselamatan diri berikutan perkembangan terkini di Lahad Datu, Sabah, apabila operasi dijalankan untuk menghapuskan pengganas asing bersenjata.

Mereka juga dinasihati supaya lebih berwaspada semasa menjalankan aktivitiharian.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila dan pejabat konsul jeneral di Davao City sentiasa berhubung dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan di Filipina dalam memantau serta menilai tahap keselamatan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat serta kepentingan Malaysia di Filipina.

Ia menyentuh tentang demonstrasi yang diadakan sekumpulan 40 orang di luarkedutaan itu yang bermula pada 10 pagi ini dan berakhir tanpa kejadian tidakdiingini pada 11.30 pagi.

Pihak yang berdemonstrasi itu, kata kementerian berkenaan, dipercayai mewakili sejumlah kecil kumpulan setempat yang berhasrat menyuarakan pandangan mereka mengenai keadaan di Lahad Datu.

"Kementerian Luar Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepadakerajaan Filipina, khususnya Polis Negara Filipina, kerana menyediakan perlindungan keselamatan yang diperlukan kepada Kedutaan Malaysia di Manila dan pejabat konsul jeneral di Davao City," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut memandangkan keadaan keselamatan semasa di kedua-dua pejabat perwakilan diplomatik dan kawasan persekitaran berada dalam keadaan tenang dan terkawal, kedua-dua kedutaan itu akan terus dibuka melainkan kementerian memaklumkan sebaliknya.-BERNAMA

Penyebaran Maklumat Palsu Rumitkan Operasi Tangani Insiden Pencerobohan

Posted: 05 Mar 2013 12:00 PM PST


Lambakan laporan tidak sahih dan khabar angin menerusi media baharu berhubung usaha menangani insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah boleh menimbulkan kesan negatif seperti persepsi tidak baik serta mengganggu operasi yang dijalankan.

Malah ia berupaya memberi 'kesan psikologi songsang' yang boleh memburukkankeadaan serta menggugat moral pasukan, menurut pandangan pakar.

Pakar Kriminologi bebas Datuk Akhbar Satar, ketika dihubungi Bernama,berkata penyebaran maklumat palsu di laman sosial boleh menjejas imej negara danrakyat seharusnya membiarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata perkara itu juga boleh menjejas ekonomi negara kerana pelaburluar tidak berani mengambil risiko apabila membaca pelbagai cerita sedemikian,sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Penganalisis Isu Semasa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UniversitiTeknologi Mara Shah Alam Profesor Dr Ismail Sualman berkata isu keselamatantidak seharusnya dijadikan mainan politik kerana ia bukan sahaja melibatkannyawa malah keselamatan negara.

"Seharusnya semua masyarakat bersabar dan jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan tidak berasas," katanya sambil menegaskan penggunaan media sosial tidak boleh disekat kerana ia merupakan antara hak demokrasi.

Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abdul Rahman berkata pihaknya memantau maklumat yang disebar melalui ruang siber berhubung kejadian di Lahad Datu.

Katanya, seseorang yang menggunakan Internet atau telefon untuk menyebarberita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasidan Multimedia 1998, dan jika didapati bersalah, boleh didenda RM50,000 ataudipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, ramai pengguna Facebook menggesa SKMM menyekat serta memantausebarang penyebaran berita berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata diLahad Datu dan Semporna, Sabah di laman sosial tersebut.

Folasia, 30, seorang guru di Sekolah Menengah Bandau di Kota Marudu, Sabahberkata pemantauan dan sekatan terhadap berita yang tidak berasas sangat perlukerana ia hanya menyebabkan orang ramai panik dan bimbang. H-PALSU 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Memang patut pantau berita di FB ni untuk elak suasana panik dan berita-berita yang tak betul sebab ia akan buat orang kelam-kabut," katanya kepada Bernama.

Turut menyuarakan pandangan sama ialah Nizamiah Asiqin Mohd Zukni.

"Berita-berita tak betul kena sekat sebab boleh mempengaruhi orang awamdan mereka akan buat spekulasi sendiri.

"Lebih baik mereka dengar berita dari sumber yang sahih," katanya. -BERNAMA

Anwar Berfahaman Liberal?

Posted: 05 Mar 2013 11:00 AM PST


Selain daripada Gerakan Pemikiran Liberal didapati mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah, mereka juga didapati menyeleweng dari aspek syariah.

Aliran pemikiran sesat ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan "membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran", aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

Aliran pemikiran ini juga berpegang kepada 'membuka dan membebaskan' tafsiran al-Quran, ianya sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. Tafsiran – tafsiran lama dikatakan tidak lagi sesuai dengan zaman moden kini.

Golongan aliran pemikiran ini juga secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru itu, bagi mereka sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah bagi mereka, mukjizat seperti peristiwa Isra' dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.


Apa motif Ketua Pembangkang, Anwar ibrahim duduk bersama Musdah Mulia (kanan), tokoh Islam Liberal Indonesia yang menghalalkan homoseksual & lesbian yang diharamkan Al Quran dan Sunnah.

 Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta'dil dan sebagainya yang telah secara Ijma' diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat'ie dan hukum yang tidak qat'ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

Golongan fahaman liberal ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum dan bukan bentuk sesuatu hukum.

Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua umat Islam Malaysia untuk bersama – sama membenteras puak – puak sesat ini daripada berjaya menjadi pemimpin Negara selepas pilihanraya yang akan datang demi memelihara kesucian agama Islam yang diredhai Allah ini.


U Tanya, I Saman U, Ada Bran?

Posted: 05 Mar 2013 10:00 AM PST


APA kerja wartawan?  Setahu penulis, cari dan tulis berita, termasuklah adakan temuramah dan tanyakan soalan.  Penulis tidak tahu ada kerja wartawan lebih lain dari itu.  Kalau ada berbeza pun, penulis yakin tidak jauh banyak dari yang disenaraikan di atas.

Maka itu tercipta dalam sejarah dunia kewartawanan negara ini bila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengugut untuk menyaman wartawan yang bertanya soalan mengenai penglibatannya dalam krisis di Sulu yang sedang berlangsung sekarang.

Kalau wartawan dah tak boleh tanya soalan, apa guna jadi wartawan?

Ironinya, inilah juga orangnya yang mempromosikan kebebasan media dan kebebasan bersuara yang jauh lebih baik di negara ini.  Cakap macam bagus, tapi baru wartawan tanya soalan, Anwar dah ugut nak saman.

Belum pun jadi Perdana Menteri, kalau dah jadi Perdana Menteri agaknya, Anwar akan arahkan polis untuk tembak wartawan berkenaan.  Cerita ini bukan mustahil, sebab Anwar ada sejarah dipenjarakan selama 6 tahun kerana mengarahkan polis supaya menangkap Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar pada tahun 1997 untuk menutup salah laku seksualnya.

Dalam masa yang sama, rakyat perlu menilai tindakan Anwar ini.  Apa tak cukup lagi ke hipkorasi dia ni?  Cakap bergegar-gegar pasal kebebasan bersuara dan kebebasan media, apa dia sendiri pun seboleh-bolehnya cuba menafikan hak bersuara orang lain, wartawan pulak tu!!

Anwar bukan bersendirian dalam hal ini, rakan subahatnya dalam Pakatan Rakyat, DAP juga mengamalkan politik diktator serta kuku besi bila berurusan dengan wartawan.  Sudah menjadi peraturan tetap di DUN Pulau Pinang, wartawan dari akhbar Utusan dihalang dari mengikuti persidangan DUN negeri tersebut.

Penulis tidak begitu terperanjat dengan DAP kerana dia adalah warisan PAP Singapura Lee Kuan Yew yang turut mengamalkan polisi kebebasan media terhad di negara pulau tersebut.

Tapi Anwar ni, sebab dia cakap banyak pasal kebebasan bersuara dan kebebasan media, hakikatnya, dia lebih teruk lagi.

Rekod Anwar menyaman media yang tak sebulu dengannya berderet dan terlalu panjang untuk diulas satu persatu.  Penulis pun tak tahulah macam mana dia kata akan bukan pintu kebebasan bersuara dan media seluas-luasnya, tapi dalam masa yang sama, dia sendiri pun tidak langsung membuktikan apa yang dia cakap (walk the talk).

Itupun samannya berpilih, kalau yang pro dia keluarkan kenyataan sama, dia tak saman, yang tak pro dia saja yang dia akan saman.  Dalam hal ini Utusan, NSTP dan TV3lah yang selalu jadi mangsa saman Anwar.

Kalau kebebasan media itu hanya kepada media yang pro dia saja, tidaklah itu dipanggil sebagai kebebasan media, tak  gitu Anwar?

Suara Generasi Baru
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...