Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Adun Pas Kedah KANTOI Suka Pi Danok? #TukarKedah

Posted: 06 Mar 2013 07:17 AM PST


Kita lupakan sebentar apa yang berlaku di lahad datu. Kali ni aku nak tulis sikit pasal YB Nasir Adun Kubang Rotan dimana baru baru ni beliau gelabah apabila rakaman audio dari group beliau menghentam Azizan didedahkan.

YB yang gila glemer ni terpaksa memanggil wartawan untuk menjelaskan bahawa rakaman itu bukan miliknya. Ceh.. tak sudah-sudah YB Pas ni menipu. Sudah la malas bekerja, asyik menipu saja kerja depa.

Berbalik kepada tajuk diatas, kenapa aku kata YB Nasir kaki danok? Jawapannya mudah. Sengaja aku nak melawak dengan YB Nasir supaya Nasir lebih beringat, beradap dan lebih matang dengan apa yang ditulisnya dalam FB..


Beberapa hari lepas Nasir memuat naik gambar sebuah mesin ATM di Danok. Aku tak kisah Nasir ni kaki Danok ka kaki hatyai ka memandangkan beliau seorang pemimpin muda Pas dan wajar untuk ke sana.

Jangan salah erti, mungkin tujuan beliau ke danok untuk melawat adik adik sekolah pondok disana. Jangan kita lupa di Selatan Thai memang banyak dengan sekolah pondok..Hehe..Jadi adalah satu kewajaran bagi pemimpin Pas untuk buat lawatan disana..Betul tak??

Cuma aku tak puas hati dengan ayat yang Nasir tulis dalam tu.kononnya mesin ATM selamat di Siam sebab tak dak Umno..Kenapa mesti dan harus dikaitkan dengan Umno?

Nak tau apa cerita yang terjadi lepas dikaitkan tu, meh baca kat SINI

Ishh, kerap Adun Pas pi Danok tu, ada apa kat sana? Best ka?


McTheory:
Mesti ada masjid besar-besar kat Danok kan, sebab tu Adun Pas suka pi sana.. betui dak?

HOT INFO! Pertempuran di Lahat Datu dengan penceroboh dan gambar penceroboh yang tewas! #Pray4Sabah

Posted: 06 Mar 2013 06:30 AM PST

sekadar gambar hiasan.. hehe

Nampaknya hari kedua operasi Daulat, hanya untuk membersihkan saki-baki penganas yang tinggal.

Tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah Rabu tatkala pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan dalam Op Daulat.

Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada pukul 3 petang untuk menjejaki musuh yang memasuki kawasan kampung berkenaan.

"Pada kira-kira 4.15 petang berlaku tembak menembak di tiga lokasi kampung itu dan kami percaya ada musuh yang gugur, tetapi waktu ini saya tidak dapat sahkan jumlah musuh yang terkena tembakan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail, pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu dan tiada yang dijadikan tawanan pihak musuh.

Selasa, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas.

Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu.

Kawasan operasi kini diperluas setiap dua kilometer berikutan pasukan keselamatan mengesan kumpulan pengganas sedang bergerak ke tempat-tempat tertentu.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan kini memperluaskan kawasan operasi dan penggeledahan untuk mencari senjata api yang dipercayai ditanam di kawasan terbabit.

"Kami yakin masih ada saki baki pengganas di kawasan Kampung Tanduo," katanya.

Kedua-dua pimpinan tertinggi pasukan keselamatan negara itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak menghantar SMS kepada mereka memberi sokongan dan semangat serta diiringi doa untuk keselamatan dan kejayaan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.

"Kami berdua ucap berbanyak terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan dan doa untuk meningkatkan semangat kami," katanya. - BERNAMA

Kat bawah ni gambar ni gambar mayat penceroboh yang telah berjaya dibunuh.

HOT INFO! Veteran Tentera Mengamuk Di Kedah!! #Pray4Sabah

Posted: 06 Mar 2013 04:38 AM PST




Yan - Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (DAULAT) yang di wakili presidennya Mohamad Shabudin Teh hari ini telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PKR, Tian Chua di Balai Polis Guar Chempedak, Yan.

Laporan tersebut dilakukan persatuan DAULAT setelah merasa tercabar dan aib di atas kenyataan Tian Chua di dalam laman sosial miliknya beberapa hari yang lalu telah menghina anggota Keselamatan Negara yang berjuang mempertahankan Lahad Datu setelah di ceroboh oleh Tentera Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dari Malaysia.

Menurut Mohamad Shabudin "Janganlah ingin menjadi hero kepada sesuatu kumpulan sehingga tidak fikir apa yang di katakan adalah satu kenyataan yang boleh di katakan.. gila !!! "

"Anggota Polis dan Angkatan Tentera sentiasa menjaga keselamatan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak " katanya lagi.

Dalam kenyataan yang di buat Tian Chua dalam akaun twitter miliknya beberapa hari yang lalu. Tian Chua mengatakan apa yang berlaku di Lahad Datu hanyalah satu sandiwara lakonan sepertimana apa yang berlaku dalam tragedi Al-Maunah di Sauk.

Yang lebih menghinakan lagi apabila Tian Chua mempergunakan perkataan "WAG THE DOG" (Menganggukkan Anjing ) untuk membuat perumpamaan terhadap pihak Keselamatan Negara di dalam twitternya.

Dengan jelas Tian Chua telah mempersendakan tugas yang di jalankan pihak Keselamatan Negara apabila menganggap pihak Keselamatan Negara di arahkan Kerajaan Malaysia untuk membuat sandiwara di Lahad Datu sepertimana peristiwa Al-Maunah di Sauk yang di anggapnya hanyalah satu sandiwara Kerajaan Malaysia.- Pisau Kedah



HOT INFO! 4 Tebusan Penceroboh Ditangkap! #Pray4Sabah

Posted: 06 Mar 2013 01:14 AM PST


SEMPORNA - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.

"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.

Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. - Bernama



TUDIAA!! Zed Zaidi Hentam Abby Abadi 'Ostazah Jadian' yang Sesat!!

Posted: 05 Mar 2013 10:18 PM PST


Bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dilabelkan sebagai 'Ustazah Jadian' dan mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

 Sehubungan dengan itu, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati selebriti yang kini menjadi penceramah Pas agar muhasabah diri sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

 "Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

 "Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

 Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil mengulas kenyataan Abby yang menuduh artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.

 Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, di sini semalam, Abby juga menyifatkan rakan-rakannya dalam dunia seni yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.

INFO TERKINI! Operasi 'Daulat' Diteruskan untuk saki baki penganas!! #Pray4Sabah

Posted: 05 Mar 2013 08:20 PM PST


LAHAD DATU 6 Mac - Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal.

Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan..

Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai. - Bernama

PANASS!! Cerita Nenek Mati di Rempuh 4WD UMNO/BN!! #Fitnah @AnakSgDerhaka

Posted: 05 Mar 2013 07:17 PM PST



Mc semalam menerima email dari pembaca blog Mc. Dia suruh Mc siasat cerita 'Nenek Mati dilanggar 4WD milik UMNO/BN di Perak' katanya ada blog upahan Pakatan yang terima bulan-bulan RM3000 dari PKR pusat mainkan cerita ini. Dia rasa ada yang tak kena dengan artikel tersebut, terutamanya nombor kereta dikaburkan.

Mana pernah puak Pakatan buat kerja guna otak. Selalu puak ni dedah habis semua cerita. Kali ni boleh pula nak kabur-kaburkan number kenderaan. Pelik bukan..tapi takpa, kita layan dulu cerita dan gambar yang depa bagi tu.


Aku kehilangan nenekku kerana seseorang merasakan dirinya berada diluar jangkauan (dikecualikan) dari undang-undang…

Pada 3 March 2013, Ahad lalu, kedua-dua Datuk dan juga Nenekku dalam perjalanan pulang ke rumah dari ladang getah dengan menunggang motorsikal secara berasingan.

Datukku mengekori motorsikal yang ditunggang oleh nenekku dalam jarak 20 kaki, tiba-tiba sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux yang dipenuhi dengan logo UMNO dan BN memotongnya dengan sangat laju dan merempuh belakang motorsikal nenekku.




Nenekku tercampak dan terjatuh dan kepalanya telah terhantuk kejalan tar. Setelah melihat keadaan nenekku yang terbaring berlumuran darah pemandunya terus melarikan diri.

Pada masa yang sama dua orang penumpang dalam kenderaan tersebut telah turun dan mengoyak bendera 1Malaysia dan turut melarikan diri.

Datukku yang menyaksikan seluruh kejadian telah berlari mendapatkan nenekku tetapi malang beliau tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu kerana nenekku kehilangan banyak darah.

Nenekku telah meninggal dunia di tempat kejadian…





Itu adalah apa yang telah di tulis oleh Joanne Li yang telah kehilangan neneknya akibat dirempuh oleh 4WD BN hingga mati oleh 4WD milik UMNO di wall FaceBooknya…

Menurutnya lagi tiada bantuan yang dihulurkan oleh macai-macai UMNO/BN yang berada di dalam kenderaan tersebut..

Apa yang mereka cuba lakukan hanyalah menanggalkan bendera 1Malaysia yang dipasang pada kenderaan tersebut dan melarikan diri.. seolah-olah imej 1Malaysia lebih berharga dari nyawa seorang insan..

Oleh itu bendera 1Malaysia perlu diselamatkan bukannya insan yang telah dilanggar mereka..

Ok, tamat cerita langgar tu..

Mc susah nak confirm cerita tu betul atau tidak, namun bila Mc belek gambar-gambar 4WD yang diberikan tu. Rasa macam pelik la pulak. Awat nampak lain macam logo UMNO dan bendera negeri Perak tu kat body kereta tu.

Bagi manusia yang selalu buat kerja superimpose ni, memang senang kita nak kenal pasti gambar tu betul ke edit. Kalau Mc cakap edit, takut korang tak percaya. Meh Mc nak bagi bukti sekali!

Tengok gambar kat bawah,



Memang dari sini kita tak nampak gambar ni telah diedit, tapi bila tengok dia punya pixel gambar. Kita boleh tahu, yang mana dah kena edit, yang mana belum. Sebab kalau yang dah kena edit, pixelnya tak serata. Macam kat bawah.

Cuba tengok kat logo UMNO, Bendera Perak dan Bendera UMNO, semua pixelnya diganggu..

Tak puas lagi? Kita tengok pula gambar kat bawah ni, sama ka dak..


Sama juga macam gambar kat atas tu, pixel di logo UMNO dan bendera Perak, tak serata..
Ternyata gambar kereta tersebut telah diedit..

Contoh gambar tanpa edit, seperti dibawah,



Pixelnya sama rata dan tak berlainan bentuk. Senang ceritalah, kalau gambarnya pun diedit, cerita yang disampaikan sudah tentulah tak benar. Dalam erti kata lain ianya fitnah. Pembaca boleh uji gambar yang diedit atau tidak kat http://fotoforensics.com/ siap dia bagi penjelasan.

Rasanya Mc tak perlu jawab cerita kat atas tu betul ke tidak, dengan penjelasan gambar kereta yang telah diedit logonya tu, Mc percaya pembaca lebih bijak untuk menilai, betapa fitnah ini menjadi makanan blogger Pakatan haram.


McTheory:
Puak ni tak takut mati ka? Asyik dok buat fitnah saja..

PANASS!! Video Anwar Girang Gembira 'Sabah nak Hilang'!! #PengkhianatNegara

Posted: 05 Mar 2013 05:37 PM PST



Wahh betul punya gembira Anwar Sabah kena serang, siap menyanyi-menyanyi lagi tu. Kita seluruh rakyat Malaysia berdoa atas keselamatan anggota keselamatan kita kat sana. Tapi Anwar menyanyi gembira Sabah kena serang.

Mula-mula kita hanya syak saja ini semua kerja Anwar. Tapi bila melihat pada keadaan ini, Mc semakin yakin dengan tuduhan itu. Siapa lagi manusia yang sanggup khianati negara untuk berkuasa kalau bukan Anwar Ibrahim!!


Si pengkhianat ni semakin berani menunjukan identitinya yang sebenar..


McTheory:
Apa yang dia tahu hanyalah, U ULANG I SAMAN U!!

HOT INFO! Malaysia Bakal Di Serang 10 Ribu Lagi Lanun Penceroboh? #Pray4Sabah

Posted: 05 Mar 2013 04:33 PM PST



Media dari Filipina melaporkan hampir 10 000 suku kaum Tausag dari Basilan, Sulu dan Tawi Tawi sedang berlayar ke Sabah untuk memberi bantuan kepada Raja Muda Azzumudie menentang Anggota Keselamatan Negara.. Nampaknya segala percaturan Anwar untuk menghuru-harakan negara hampir menjadi kenyataan...

Baca pendedahan di sini
Harap berita yang disiarkan oleh media Filipina ini tidak benar..Doakan yang terbaik untuk pasukan keselamatan negara kita.
Apa kaitan Nur Misuari dan Anwar ?
Baca kenyataan Nur Misuari sebelum kejadian tersebut berlaku.Disebalik kebuntuan di minggu kedua Militan Sulu hadir di Lahad Datu dengan dikelilingi oleh pasukan keselamatan Malaysia, Nur Misuari dengan cepat telah mengeluarkan ancaman dengan berkata,

''JIKA SETITIK DARAH DITUMPAHKAN, MAKA KITA AKAN DIPAKSA UNTUK DATANG MEMBANTU MEREKA"

Sumber asal Klik Sini
Nur Misuari juga telah berkata seperti berikut,

''INI HARUS DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN 'COOLER HEAD' , LEBIH BAIKTUNGGU PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA UNTUK LIHAT SIAPA YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU''

Siapakah Pemimpin 'Cooler Head' yang Nur Misuari maksudkan itu?
  
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...