Apple Biru

Apple Biru


BREAKING NEWS : Pesawat Bawa Anwar Ke Manila dan Hotel Perjumpaan Dengan Nur Misuari Didedahkan

Posted: 25 Mar 2013 09:01 AM PDT

Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari - rakan rapat Anwar sejak  Anwar dalam kerajaan - dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia - satu lagi kawan rapat Anwar - mengikut arahan Anwar. Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian.


16 Julai 2012 : Anwar Ibrahim didedah terbang ke Jakarta berjumpa dengan Misuari di Hotel Crowne Plaza

4 Ogos 2012 : Anwar terbang ke Manila menggunakan pesawat MH 704 untuk memeterai perjanjian dan memerrlukan bantuan Misuari pada PRU 13. 

Di atas adalah sedutan pendedahan RPK terhadap penglibatan Anwar Ibrahim dalam Isu Lahad Datu. Ikuti pendedahan RPK di SINI


PM Umum Berita Gembira Untuk Kakitangan Tujuh Agensi Badan Berkanun

Posted: 25 Mar 2013 08:00 AM PDT


Perdana Menteri pada Isnin mengumumkan empat berita gembira kepada 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh Agensi Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS) pada Perhimpunan Perdana yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan dana pencen kepada kakitangan BBDS, memberi imbuhan tetap perumahan, pemberian saguhati kepada mereka yang telah tamat perkhidmatan dan mencadangkan agar caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diselaraskan.

Tujuh badan berkanun terbabit ialah Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasiona (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Najib berkata, pendapatan negara berkembang dengan baik, justeru itu hasilnya harus dikongsi dengan pekerja dan rakyat.

"Inilah ramuan dan formula di mana kita dapat memakmurkan ekonomi, pekerja dan rakyat.

"Dengan ini kerajaan bersetuju menubuhkan dana pencen bagi tujuh kakitangan BBDS di mana potongan KWSP setiap bulan dibahagi kepada dua, iaitu sebahagian dicarum ke dalam KWSP manakala sebahagian lagi dicarum ke dana pencen," katanya.

Menurut Najib, sekiranya pekerja dijaga dengan baik, mereka turut akan memberi respons yang baik sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

"Memakmurkan ekonomi dahulu dan mensejahterakan rakyat adalah ramuan yang dipegang sejak mengambil alih tampuk kerajaan," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan BBDS, Tuan Azman Tuan Yaacob berkata, berita gembira tersebut semenangnya ditunggu-tunggu oleh mereka selama ini.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah meluluskan empat tuntutan tersebut. Ternyata kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menepati janji," katanya.

Beliau berkata, keempat-empat tuntutan itu telah diperjuangkan sejak 2009.

Azman turut memberitahu satu jawatankuasa pemandu telah dibentuk untuk membincangkan keempat-empat pengumuman tersebut.

"Mesyuarat antara pegawai-pegawai tujuh agensi terbabit akan dibuat setiap minggu. Saya percaya perkara ini dapat dilaksanakan pada tahun ini juga," katanya.

mStar

HOT NEWS! Bang Nuar Rancang Insiden Tembakan Pada PRU13

Posted: 25 Mar 2013 07:00 AM PDT


Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA " Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh ", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA " Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata "INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA.."

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin 


8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah " wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… " (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY

PANAS! Gambar Kekejaman Polis Kepada Wartawan Malaysiakini Tersebar!

Posted: 25 Mar 2013 06:00 AM PDT

Adeeh! Teman tak tahan betul la dengan macai-macai Pakatan Rakyat ni. Kalau tak buat fitnah sehari, tak boleh tak boleh tidur la kot! Kalau kome tengok gambar diatas, sah kome kata Polis tengah mengacu senjata kepada seseorang. 

Seorang macai PR King Jason cuba memfitnah Polis Diraja Malaysia dengan mengubah gambar asal kemudian meletakkan ayat kononnya Polis berlaku kejam terhadap seorang wartawan dari Malaysiakini. Sedangkan gambar asal adalah sesi gurau senda bersama media. Tengok gambar sebenar kat bawah..

Tengok! Tak kan pulak semua orang gelak ketawa sambil senyum-senyum bila diacukan senjata. Adeess! Semua itu hanya senda gurau semata-mata. Itu pun macai-macai nak buat fitnah. Jadi kome kenal la puak-puak macai yang suka mengubahsuai gambar untuk memfitnah..Fitnah tak akan lekang dengan Pakatan Rakyat..
Inilah orang yang sebenar yang dikatakan wartawan Malaysiakini. Nama dia Zulazhar Sheblee Jurugambar The Star cawangan Sarawak hari ini beliau menerima surat penghargaan daripada Polis sempena Hari Polis ke 206 tahun di IPD Kuching. King Jason kantoi menipu..

Kalau kome nak tau siapa Zulazhar ni, kome tengok kat https://www.facebook.com/zulazhar

GEMPAR! Bukan Islam Jadi Timbalan Presiden PAS

Posted: 25 Mar 2013 05:00 AM PDT

Tu Dia! Dalam PAS dah tak ada pemimpin Islam nak dijadikan pemimpin tertinggi parti tu! Kesian.. Terpaksa la ambil yang bukan Islam jadi Timbalan Presiden PAS. Macai-macai tak nak komen ke? PAS ni parti Islam atau parti carca marba..Kome fikir-fikirkan la.

GEMPAR! Sultan Bugis Gelar Polis Anjing!

Posted: 25 Mar 2013 04:22 AM PDT

Adeeh! Ini lagi sekor puak haram jadah! Cerita sekor malaun Ustaz PKR yang kaunseling bini orang 3 pagi yang hina polis! Lepas tu mengaku Sultan Bugis! Muka tak malu! PDRM tolong ambil tindakan kat malaun ni! Cikgu dan pegawai TUDM dah selesai. Lagi sekor ni macam kebal! Tak semestinya pemimpin dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat kebal dari undang-undang.

Teman nak ludah Badrul Amin ni sejuta kali! Ptuiiii!!!!!!1 Juta kali...

UPDATED 6.00 PM: Azzimudie Kiram Akan Hadapi Perbicaraan Atas Kesalahan Jenayah

Posted: 25 Mar 2013 04:03 AM PDT


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.

"Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.

Azzimudie, yang turut digelar Agbimuddin, dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pembangkang kemudiannya mendakwa bahawa terdapat maklumat yang mendakwa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah di Sabah.

mStar

PANAS! Lakonan Dendam Konsesi Balak

Posted: 25 Mar 2013 03:39 AM PDT


Satu perkara yang harus dicernakan bagi memahami pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat salah bagi Barisan Nasional akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh pemimpin mereka. Antaranya, tidak apa bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga mati, tetapi adalah menjadi satu kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama, atau untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu melangkaui 30 tahun.

Kini, Tun Mahathir telah pun bersara dengan meninggalkan Malaysia di puncak, dihormati dan dikagumi di seluruh dunia. Taib Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan, cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.

Tetapi, Nik Aziz pula langsung tidak ingin bersara walaupun langsung tidak menjalankan tugas, melainkan berpolitik, berceramah, bertazkirah mengutuk dan menghukum orang sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun sudah.

Pun begitu, pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik Aziz, tentang kenapa lebih 10,000 ekar tanah diberi kepada DAP, tentang kenapa Kelantan terus mundur, apa jadi dengan hasil pembalakan, atau kenapa masalah air tidak dapat diselesaikan atau kenapa masalah moral semakin parah? Sebaliknya, mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib Mahmud walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera.

Jelas, masalah pembangkang bukanlah berkenaan nasib atau kehidupan rakyat, tetapi berkenaan kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang ingin direbut mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib Mahmud merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai bentuk serangan selama bertahun-tahun.

Memandangkan Pilihanraya semakin hampir, maka tidak hairanlah apabila tembakan untuk merobohkan benteng tersebut kembali kedengaran. Kali ini, bukan dari luar, tetapi dari dalam, iaitu dari sepupu Taib Mahmud sendiri, Norlia Rahman, dengan menyebarkan video yang memaparkan perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib. Kononnya juga video tersebut adalah diambil secara sulit, tanpa disedari oleh watak-watak di dalamnya.

Apa yang pembikin video ini tidak tahu ialah, video ini mudah ditangkis hanya dengan melihat kepada latarbelakang Norlia dan memahami motifnya. Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub, iaitu bapa saudara kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak.

Dendam keluarga Norlia terhadap Taib Mahmud bermula sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan bapanya sebagai Ketua Menteri pada 1981. Pada ketika itu, Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya, manakala 30% lagi dimiliki oleh Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga. Taib Mahmud kemudiannya telah membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang berkaitan dengan Abdul Rahman dan menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi balak bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri, keluarga dan sanak-saudaranya.

Bermula dari situ, perbalahan keluarga ini menjadi semakin besar di mana pada tahun 1985, Taib sekali lagi menyinggung Rahman dengan menyingkirkan beliau dari jawatan Yang diPertua Negeri.

Rahman berpeluang melancarkan serang balas pada 1987 yang dikenali sebagai 'Ming Court Affairs 1987' dengan mengumpulkan tandatangan ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur bagi mendesak usul hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib dapat menghidu konspirasi ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar lalu menang tipis iaitu 28 daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8 kerusi lagi dari ADUN yang berpaling tadah.

Jika Taib Mahmud tidak yakin bahawa tindakannya yang telah menyinggung bapa saudara sendiri sebagai tepat, tidak mungkin beliau berani menyelesaikan perkara ini melalui pilihanraya.

Nampaknya, sepupu Taib Mahmud, Norlia tidak mempunyai keberanian yang sama untuk bersemuka dan 'beradu tenaga' dengan sepupunya mengikut jalan yang benar. Tetapi, beliau telah memilih untuk berlakon memburukkan Taib kepada orang ramai.

Sedangkan jika benar beliau bercakap benar, apa perlunya lakonan itu?

Seolah-olah melengkapi dendam Norlia terhadap Taib, Norliz juga merupakan isteri kepada Datuk Justin Jinggut, bekas Timbalan Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi diri untuk mendaki tangga tertinggi dalam PKR Sarawak. Datuk Justin juga diketahui mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim.

Nah, bukankah telah dikatakan bahawa video tersebut mudah ditangkis?

Walaubagaimanapun, sekiranya kita seorang yang rasional, kita tidak perlu pun pergi sejauh itu untuk menilai ketulenan video tersebut. Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut kelihatan amat tidak masuk akal. Mana mungkin perbincangan berkenaan urusniaga yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di antara orang asing dalam keadaan mesra dan santai di bilik hotel kecil. Perhatikan juga bagaimana skrip para pelakon yang tampak begitu sengaja menyebut secara terperinci hubungan orang itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman keluarga Taib.

Pendek kata, gerak badan, skrip, tempat, watak dan segala-galanya mengenai video tersebut adalah terlalu amat jelas merupakan satu penipuan terancang dan bukannya dirakam tanpa sedar.

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, apa kata untuk sekali sahaja, carilah isu yang benar-benar asli untuk berhadapan dengan BN. Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula membuat kita merasa mual.

Untuk kesekian kalinya, berhadapanlah dengan BN secara anak jantan, bukan secara homoseksual, biseksual atau pondan!

Suara Generasi Baru

TU DIA! Siap La Kau! Kita Bakor..Kita Bakor

Posted: 25 Mar 2013 12:55 AM PDT


Kertas siasatan terhadap Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang mengancam untuk membakar kilang Lynas Malaysia di Gebeng dekat sini, telah lengkap sepenuhnya.

Timbalan Ketua Polis Pahang SAC Datuk Jamaluddin Abd Majid berkata, kertassiasatan yang lengkap itu juga telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa RayaPahang dan difahamkan kini berada di Putrajaya.

"Setakat ini kita sedang menunggu keputusan daripada pihak berkenaan untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di sini, Isnin.

Beliau berkata, ancaman Wong Tack itu dilihat serius dan atas sebab itu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan tetap berjalan biarpun sebelum ini beliau telah memohon maaf.

Pada 4 Februari lepas, akhbar berbahasa Cina dan beberapa portal berita melaporkan Wong Tack mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk membakar kilang nadir bumi itu sekiranya tidak ditutup selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Namun pada 7 Februari, pengerusi pertubuhan bukan kerajaan yang didalangi pembangkang itu dilaporkan memohon maaf atas ugutan itu dalam satu ceramah anjuran pembangkang. - BERNAMA

Pencerobohan Lahad Datu lebih sukar diselesai berbanding insiden Sauk

Posted: 25 Mar 2013 12:43 AM PDT


Isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah lebih sukar dan rumit untuk diselesaikan dan ia adalah kes yang jauh berbeza dengan insiden Sauk di Perak pada tahun 2000.

Bekas Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohd. Said berkata, peristiwa di Sauk dapat diselesaikan dengan mudah kerana keseluruhan anggota kumpulan militan terlibat didapati berada di dalam kawasan kepungan pasukan keselamatan ketika itu.

"Sebagai Panglima Medan ATM ketika itu, ia satu perkara mudah kerana ketika kita harap untuk menangkap kumpulan militan itu dan apabila dikepung, keseluruhan mereka berada di tempat sama," katanya ketika berucap pada Forum Negara anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Beliau membuat penjelasan itu ekoran kenyataan rakan seperjuangannya, Tan Sri Md. Hashim Hussein yang sebelum ini berkata, pencerobohan Lahad Datu sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat dengan mengambil peristiwa serangan militan di Sauk sebagai perbandingan. - UTUSAN

Video Khas Ops Daulat sempena Hari Polis Ke 206

Posted: 24 Mar 2013 10:54 PM PDT

Jom kita tengok Video Khas Ops Daulat sempena Hari Polis ke 206. Mari kita bertafakur bersama-sama dan mendoakan keselamatan anggota-anggota PDRM dan ATM yang sedang memastikan kedaulatan negara terjamin di Lahad Datu.

HOT NEWS : KerajaanSarawak Timbang Saman ‘The Global Witness’

Posted: 24 Mar 2013 10:45 PM PDT


KUCHING (24 Mac 2013 - Utusan Borneo): Kerajaan Sarawak sedang menjalankan siasatan terperinci sama ada mengambil tindakan undang-undang terhadap 'The Global Witness' atas tuduhan liar menerusi penyebaran rakaman video berkaitan penjualan tanah perladangan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, kerajaan sedang dalam proses mengumpul maklumat terperinci dan masih mempertimbangkan sama ada menyaman badan bukan kerajaan yang berpangkalan di London itu.

"Saya masih menjalankan siasatan apa sebenarnya yang berlaku. Saya tidak tahu tahap mana penyiasatan dan tindakan terhadap perkara ini, namun ia jelas menunjukkan mereka tidak berjuang untuk tujuan sebenar.

"Mereka ini hanya menyokong pembangkang, maklumlah pilihan raya sudah dekat… tiada siapa boleh menafikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Kampung Lintang, Petra Jaya di sini, semalam.

Rakaman video menerusi kamera yang disembunyikan menunjukkan dua wanita yang mendakwa diri mereka sepupu Taib membincangkan tentang penjualan 5,000 hektar tanah perladangan milik syarikat mereka.

Ketika diminta mengulas apa tindakan balas kerajaan terhadap tuduhan itu, Taib berkata ia adalah satu dakwaan yang cuba menjatuhkan reputasi beliau.

"Saya telah menjawab dakwaan ini (Selasa lalu), sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa saya mempunyai ejen untuk melakukan sesuatu, tetapi itu tidak bermakna tuduhan ini boleh digunakan terhadap saya, sesiapa sahaja boleh membuat pengakuan itu," tegasnya.

Pada masa sama, Taib menegaskan bahawa beliau tidak pernah membenarkan sesiapa untuk menjadi perantara dalam penjualan tanah negeri dan lesen pembalakan.

Tambahnya, beliau telah membuat deklarasi umum mengenai perkara itu sejak 1980-an semasa beliau memegang portfolio perhutanan.

"Kita mempunyai sistem di negeri ini dan kita berpegang kepada prosedur dan peraturan (kerajaan)," ujarnya.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.

LAHAD DATU TERKINI : Senarai Kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah Diumumkan

Posted: 24 Mar 2013 10:31 PM PDT


Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE) untuk mencegah pencerobohan dan memastikan keselamatan negeri berkuat kuasa pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan perkara itu berkata, zon keselamatan akan meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna dan Tawau.

"Zon keselamatan akan ditadbir oleh jawatankuasa.

"Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa ESSZONE.

"Beliau akan dibantu oleh pegawai eksekutif dan ahli-ahli lain, yang akan diumumkan kemudian," kata Najib dalam ucapannya sempena Sambutan Hari Polis ke-206 di Akademi Latihan Polis (Pulapol).

Pasukan keselamatan Malaysia telah menjalankan operasi di pantai timur Sabah sejak beberapa minggu lalu untuk mengusir sekumpulan lelaki bersenjata Sulu dari kawasan itu.

Kumpulan dari selatan Filipina itu bersembunyi di Kampung Tanduo sejak 9 Februari lalu.

mstar

Ribuan Rakyat Sertai Najib di Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia

Posted: 24 Mar 2013 06:44 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menghadiri sembang mesra belia bersama Perdana Menteri yang diadakan sempena Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Ampang, dekat sini.
Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 9.50 malam disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang menunggu sejak pukul 7 malam.
Najib kemudian bersama-sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat menyertai ribuan pengunjung menyaksikan persembahan beberapa artis terkemuka antaranya Black, Datuk Hattan, Jay Jay dan Awie.
Perdana menteri kemudiannya menyertai barisan artis di atas pentas menyanyikan beberapa buah lagu termasuk 1M4U dan Terima Kasih Sayang yang dipopularkan oleh Awie.
Najib dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa terharu dengan semangat cintakan negara yang ditunjukkan para pengunjung terutama apabila lagu berunsur patriotik didendangkan.
Menganggap konsert itu sebagai mendapat sambutan luar biasa, perdana menteri berkata lebih banyak penganjuran serupa akan dibuat pada masa akan datang.
"Saya berasa amat terharu kerana malam ini memperlihatkan betapa tingginya semangat setia dan perasaan cinta kepada negara Malaysia kita," katanya.
Najib turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih dengan pembuatan kain rentang yang tertera I Love PM.
"Terima kasih kerana buat banner I Love PM," katanya.
Karnival tiga hari yang bermula sejak Jumaat lepas itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Astro dihadiri lebih 20,000 pengunjung yang antara lain bertujuan mendekatkan masyarakat terutama golongan belia dengan pemimpin tanpa mengira latar belakang umur atau kaum.
— BERNAMA

GEMPAR! Poster Lim Kit Siang Bertanding Guna Logo PAS Tersebar!

Posted: 24 Mar 2013 05:00 PM PDT

Tu dia! Ini lah poster Lim Kit Siang yang akan bertanding menggunakan logo PAS jika ROS membatalkan pendaftaran Parti DAP nanti sebab matematik failed. Nak gelak pun ade! Lawak der! Cuba kome bayangkan komunis ni jadi calon PAS, Ustaz Lim Kit Siang ! Adeess! Tak Tahan der! TAKEBEERRRR!! hahahahah...

WOW! LIMA 13 Catat Sejarah Penyertaan Terbesar Syarikat Tempatan

Posted: 24 Mar 2013 04:00 PM PDT


Sebanyak 226 syarikat tempatan mengesahkan penyertaan dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-13 (LIMA 13) kali ini, menjadikannya penyertaan terbesar di kalangan syarikat tempatan sejak acara dwitahunan itu mula diperkenal pada 1991.

Pengarah Urusan HW LIMA Sdn Bhd Ahmad Dzuhri A Wahab berkata peningkatan penyertaan syarikat tempatan merupakan satu perkembangan yang baik berbanding LIMA 11, iaitu sebanyak 178 syarikat, sekali gus membuktikan perkembangan positif industri maritim dan aeroangkasa negara.

"Penyertaan syarikat tempatan amat menggalakkan berbanding LIMA 11, ia merupakan salah satu sasaran kita yang mana ingin menarik seberapa banyak penyertaan syarikat tempatan, selain penyertaan syarikat antarabangsa pada kali ini sebanyak 207 syarikat," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Ahmad Dzuhri berkata penyertaan lebih 400 syarikat dari dalam dan luar negara jelas membuktikan LIMA 13 bukan sahaja platform pameran inventori ketenteraan sebaliknya ia membuka peluang perniagaan antara syarikat tempatan dan antarabangsa.

Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad meninjau persiapan gerai pameran LIMA 13 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Dalam pada itu, Ahmad Dzuhri berkata sebanyak 78 pesawat dan 63 kapal turut dipamer di MIEC dan di pangkalan jeti Porto Malai.

"Kita menjangkakan semua pesawat dan kapal ini akan dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Langkawi bagi memeriahkan pameran pada kali ini," katanya.

Beliau berkata LIMA 13 turut menampilkan pasukan Aerobatik 1Malaysia Krisakti dan pertunjukan udara pasukan aerobatik 'The Smokey Bandits' dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan pesawat tempur MIG29 serta The Russian Nights (Rusia) dan pasukan Jupiter (Indonesia).

LIMA 13 yang membuka tirai Selasa ini, dijangka melabuhkan tirai pada 30 Mac dan akan dibuka kepada orang awam pada 29 dan 30 Mac dengan bayaran tiket serendah RM10 seorang. - BERNAMA

PANAS! Politikkan Insiden Lahad Datu Tindakan Melampau

Posted: 24 Mar 2013 03:00 PM PDT


Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta sentiasa memastikan agar BN tetap berada di dalam satu barisan untuk menyatupadukan masyarakat walaupun terdapat kepelbagaian kaum dalam parti itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Pemuda B Njuga perlu memastikan agar tidak ada pihak mengambil sebarang peluang menghuru-harakan keadaan negara ini.

"Kita tidak perlu turun ke tahap pihak tersebut (pembangkang) yang mengamalkan 'politik mudah' dengan membuat demonstrasi jalanan, menabur fitnah, menghasut dan menyerang peribadi pemimpin sehingga memecah-belahkan kaum dan masyarakat negara ini.

"Paling melampau mempolitikan keadaan genting seperti isu pencerobohan di Sabah dan menuduhnya sebagai sandiwara. Itu semua bukan cara kita," katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN Gombak sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din.

Hishammuddin yang juga Naib Pengerusi Umno berkata cabaran untuk memastikan keamanan dan menyatupadukan rakyat dalam satu barisan merupakan perjuangan yang lebih sukar dan semangat itu perlu ada dalam jiwa setiap pemimpin muda BN.

"Elakkan menyebar gelombang kebencian antara kita, sebaliknya sebarkan gelombang untuk menyatupadukan masyarakat, menyuntik nilai-nilai baik di kalangan anak-anak muda.

"Isu di Sabah, misalnya bukanlah isu untuk dipolitikkan atau menuding jari menyalahkan sesiapa, sebaliknya adalah soal mempertahankan maruah dan kedaulatan negara merdeka, Malaysia," tegas beliau.

Sementara itu menurut Megat Zulkarnain, Pemuda BN Gombak kini berada dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi PRU ke-13 pada bila-bila masa.

Katanya dengan semangat dan momentum yang ada pada setiap anggota Pemuda B Nparlimen tersebut, beliau yakin Gombak boleh ditawan kembali. - BERNAMA

PANAS! PAS Dah Jadi Tunggang Langgang!

Posted: 24 Mar 2013 02:00 PM PDT


Tindakan seorang anggota PAS yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil adalah tindakan yang boleh memecahbelahkan pembangkang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz nyata kecewa dengan tindakan Ketua PAS cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang mahu bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), di samping calon Barisan Nasional (BN) di DUN itu.

"Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang PAS. Kawasan yang diberi kepada PAS tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.

"Kerusi bagi kepada PAS tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Akhbar Sinar Harian pada Ahad melaporkan tindakan Muhamad Bustaman itu kerana tidak puas hati dengan ADUN Guchil ketika ini, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.

Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota PAS di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di DUN itu ketika ini.

Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai pergolakan gabungan itu terutama di Kelantan yang kini kian serius sehingga PAS dilaporkan akan melakukan Bai'ah (aku janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon PAS, PKR dan DAP.

Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di DUN Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

DUN Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi DUN.

Sementara itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan yang mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang, supaya memberi dalil dan hujah yang bernas.

"Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong PAS. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan Allah hujah yang boleh diterima," katanya.

Semalam Minda Pondok itu mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum itu kerana konsep 'tahaluf siyasi' (muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. - BERNAMA

KIram Mula Buat U-Turn Pulak!

Posted: 24 Mar 2013 01:00 PM PDT


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) semalam menyangkal dakwaan kononnya sepasukan komando tentera dihantar ke Filipina untuk membunuh ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Beliau berkata, tentera Malaysia tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat pengganas Sulu untuk melakukan pembunuhan di negara lain.

"Saya minta Jamalul Kiram janganlah khuatir, kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang.

"Janganlah lakukan 'reverse psychology' hanya untuk mendapat simpati daripada penyokong-penyokongnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 50 bekas tentera di sini.

Beliau mengulas laporan portal Global Nation Inquirer mengenai dakwaan anak perempuan Kiram, Jacel, kononnya seorang peguam Filipina, Mario Lozada memfailkan afidavit mengenai rancangan pembunuhan itu di Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) negara tersebut.

KOSMO

PANAS! Kuala Kedah Sudah Goyang!

Posted: 24 Mar 2013 12:00 PM PDT


Sambutan menggalakkan daripada nelayan Kuala Kedah membenarkan bendera Barisan Nasional (BN) dipasang pada bot mereka menjadi petanda BN akan merampas semula Kuala Kedah daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Naib Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Mutholib Harun berkata, golongan nelayan memberi sambutan luar dugaan terhadap program memasang bendera BN pada bot-bot mereka.

Program itu yang dilancarkan di jeti Tandop Kampung Seberang Kota semalam menyaksikan hampir keseluruhan lebih 80 bot nelayan di situ membenarkan bot mereka dipasang dengan bendera BN.

"Sebelum ini anggota jentera pilihan raya BN Kuala Kedah memasang bendera BN di beberapa jeti persendirian dan diterima baik oleh nelayan-nelayan terbabit.

"Saya yakin sambutan hebat ini berikutan kesedaran mereka hasil program bantuan kerajaan BN kepada rakyat," kata Abdul Mutholib kepada pemberita selepas memasang bendera BN pada bot nelayan Kuala Kuar dekat sini hari ini.

Katanya, beliau akan menjelajah semua kuala dan tandop yang menjadi tempat pendaratan ikan oleh nelayan untuk berkempen bagi memastikan BN memenangi kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pengkalan Kundor, Kubang Rotan dan Anak Bukit daripada pembangkang pada PRU-13.

"Sokongan mereka bukan sahaja meniup semangat jentera BN Kuala Kedah bekerja lebih keras malah menjamin jumlah undi bertambah. Saya yakin sokongan mereka tidak berbelah bagi, berbeza dengan 2008," katanya. - Bernama

PANAS! Nik Aziz Akan Terus Bertanding Hingga Malaikat Maut Menjemputnya

Posted: 24 Mar 2013 11:00 AM PDT


Alahai! Apa lagi yang mike nak lagi Pok Nik! Udah-udah la tu! Tak akan sampai berkerusi roda pun nak berah tua dan uzur! cukup la tu! Tak akan nak tunggu malaikat maut jemput baru nak berhenti. Teman teringat dulu-dulu bila Tun Mahathir jadi PM, puak-puak PAS ni jugak la suruh Tun M berhenti sebab dah lama dan tua. Tapi tang deme, boleh aje. Aje je munafik!

Menurut Utusan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebaliknya akan terus bertanding sampai bila-bila walaupun jika terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran keadaan kesihatannya yang uzur.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi PRU-13, Pas pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.

"Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding. Walaupun saya berkerusi roda saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.

"Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini..

ADEEH! Anwar Tak Boleh Tidur Malam Der! RCI Lahad Datu Nak Siasat Siapa Dalang!

Posted: 24 Mar 2013 10:00 AM PDT


Adeeh! Rasanya lepas ni ada yang tak boleh tidur malam! Maklum lah, Kerajaan nak tubuhkan RCI atau Kertas Putih untuk kenalpasti dalang sebenar sebalik insiden berdarah di Lahad Datu. Perisikan Filipina difahamkan telah bersetuju untuk bertukar-tukar maklumat perisikan. Setahu teman la, hanya beberapa nama sahaja yang disebut yang menjadi dalang utama. Selain maklumat wikileaks, banyak lagi maklumat-maklumat yang sudah didedahkan oleh beberapa menyebut beberapa nama yang terlibat dan sejumlah wang yang disogokkan untuk mewujudkan huru-hara di Sabah. 

Lebih mengejutkan, Negeri Sarawak juga tidak ketinggalan dalam agenda jahat dalang-dalang ini. Jika dalam Islam, pengkhianat boleh dihukum mati.

Menurut laporan Utusan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yakin kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau Kertas Putih bagi mengenal pasti dalang sebenar di sebalik insiden pencerobohan pengganas Kiram di Sabah.

Pada masa yang sama, beliau turut mengesahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada bertemu bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) beberapa kali sebelum insiden pencerobohan berlaku pada 12 Februari lalu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...