Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Cerita Menarik Di #LahadDatu, Perang Sambil Berfacebook!

Posted: 25 Mar 2013 08:37 AM PDT



MENGEJUTKAN… dalam dok godek-godek facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, tetiba terjumpa satu profail dengan nama Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.

Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai 'Menteri Pertahanan Sulu' ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.

Dengan tertangkapnya Amir Bahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.

Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou di mana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.

Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.

Dari facebooknya dipercayai Amir Bahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.

Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.

Jika tinjau gambar pada facebook Amir Bahar ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu Amir Bahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.

Untuk rekod, puak yang dakwa 'tentera kesultanan Sulu' ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.

Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.

Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.

Ada juga gambar ayah pada Amir Bahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.

Kerajaan Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan pencerobohan Lahad Datu.

Facebook yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan Kiram, dan dari semakan yang dibuat, ada juga yang tulis menetap di Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.

Tidak banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.

Amir Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu…

Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan Amir Bahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis termasuk penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.

Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari kampung.

Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.

Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.

Esmail,yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November tahun lepas.

Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.

Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.

Haji Kaluang, ahli "Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.

Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna." -Kulaan Niring

PANASS!! Marah Benor Nik Aziz Dengan Tok Guru Pondok Ni!! #PasBUKANislam

Posted: 25 Mar 2013 06:13 AM PDT


Bengang Nik Aziz MB Kelantan paling lama dan tua dengan Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan. Minda Pondok mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang,

Disebabkan kenyataan dari Minda Pondok tu, Nik Aziz minta supaya mereka memberi dalil dan hujah yang bernas atas kenyataan tersebut.

"Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong PAS. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan Allah hujah yang boleh diterima," katanya.


Puncanya adalah disebabkan dua hari lepas, Minda Pondok mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum itu kerana konsep 'tahaluf siyasi' (muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Tahaluf siyasi yang diamalkan Pas adalah berbeza dengan BN. Kerana dalam BN yang mengetuainya ialah UMNO, orang Islam. Sedangkan dalam Pakatan seperti yang kita nampak Pas hanya mengikut telunjuk Dap.

Apakah itu tahaluf siyasi yang sebenar? Islam di korbankan demi kepentingan lain? Itulah yang terjadi kepada Pas sekarang. Kalimah Allah nak dikongsi-kongsi, hudud tiada dalam manifesto Pakatan, negara Islam dah lama bubar, Islam bukan lagi hak eksklusif, sememangnya Pas gagal dalam perjuangan pertahankan Islam, disebabkan itu umat Islam di Malaysia semakin menolak Pas!

Soo..betul lah apa kata tok-tok guru pondok tu, undi Pas umpama undi Dap. Dap menentang Islam, jadi undi Dap adalah haram. Bermakna, sekali dengan Pas jugalah tergolong dengan haram. Betul tak?


McTheory:
Nik Aziz tu, tua nyanyuk, tak dapat fikir.. biasa laa..

TUDIAA!! Rakyat Pulau Pinang BANGKIT Bantah Projek Dap KAYAkan Kroni! #SavePenang

Posted: 25 Mar 2013 02:16 AM PDT






Nampaknya keputusan yang Kerajaan Pulau Pinang buat kali ini, benar-benar salah! Mengikut blog CTS, petang semalam Rakyat Pulau Pinang bangkit berhimpun secara aman di Komtar, Pulau Pinang untuk membantah projek mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan DAPig Pulau Pinang. Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan. Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Joseph Lim Guan Eng dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang masih belum beroperasi dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi. Rakyat Pulau Pinang yang berhimpun juga mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju.

Tak logik projek mega seperti itu hendak dijalankan sekarang. Sedang orang sibuk nak PRU, Guan Eng pula lebih sibuk membahagikan harta kekayaan rakyat kepada kroninya. Agaknya Guan Eng tak yakin untuk menang kot. Sebab tu sapu dulu awal-awal.


McTheory:
Rakyat sedar, ini projek mengKAYAkan kroni Dap!

PANASS! Badrul Amin Di KECAM Kerana Maki Polis Anjing!

Posted: 24 Mar 2013 11:37 PM PDT


Ustaz Kaunseling bini orang, bertindak kurang ajar kerana memaki polis sebagai 'anjing'. Punca Ustaz kaunseling berkata demikian adalah kerana, tangkapan 3 mahasewel yang cuba membuat kacau di RTM tempohari.

Kurang ajar juga Ustaz PKR ni. Mentang-mentanglah hanya dia sorang yang boleh bagi kaunseling pada bini orang dalam bilik hotel pada pukul 3 pagi, soo nak dia berlagak la ye?

Teringin juga Mc nak tengok, kalau Ustaz kaunseling ni kena rompak. Pada siapa dia nak adu dan buat laporan? Pada Unit anal Pas kot..

Namun pada Mc, usah dilayan Ustaz 'manusia istimewa' ni.. Sebabnya, kalau dia ni waras, takkan dia nak bagi alasan 'kaunseling bini orang pada pukul 3 pagi dengan tuala lembab' hanya orang yang gila dan tak waras yang bagi alasan macam tu.


Disebabkan kenyataan Ustaz kaunseling ni, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.

"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?

"Atas sebab itu, saya mendesak Badrulamin memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang sangat menghina itu," katanya ketika dihubungi semalam.

 Rasa-rasanya, Ustaz kaunseling tu nak minta maaf ke?

Anwar peliwat tegar pun dia panggil Imam Mahadi, itu dah kira dosa dengan tuhan. Dengan tuhan pun dia tak takut, apatah lagi kita manusia.

Kalau macam tu la gayanya, patutkah orang macam ni kita nak bagi gelaran 'Ustaz' lagi, patutkah?


McTheory:
Ustaz apa kalau dah perangai macam setan!

HOT INFO! #OpsDaulat Anggota Keselamatan Tubuhkan #ESSCOM di Sabah?

Posted: 24 Mar 2013 10:54 PM PDT




Pertama sekali Mc nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke 206. Sejak kebelakangan ini pihak Polis yang bertindak sebagai penjaga keselamatan rakyat telah dihina dan dicaci.

Malahan ada yang berkata kematian para pejuang ini ketika di Lahad Datu sebagai satu sandiwara. Mereka seringkali digelar sebagai anjing dan pelbagai lagi hinaan. Namun begitu mereka masih terus menjalankan amanah yang ditugaskan kepada mereka.

Sambutan Hari Polis kali ini lain dari yang lain kerana ada anugerah Posthumous akan diberikan kepada balu-balu pahlawan yang gugur semasa Ops Daulat. Satu penghargaan dalam mengenang jasa mereka yang terkorban dalam mempertahankan negara daripada serangan pengganas.

Kini di Sabah telah ditubuhkan ESSCOM (The Eastern Sabah Community Command). Apa itu ESSCOM?

Klik Untuk Besarkan Imej

Segala perincian mengenai ESSCOM akan diperbutirkan pada sidang media kelak oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Mc mendoakan dengan wujudnya ESSCOM ini, keselamatan di Sabah lebih terjamin dan tiada lagi pencerobohan berlaku.

Ini memberi bukti bahawa Kerajaan Malaysia begitu serius dalam menangani polemik yang sedang bergelut di Sabah.


McTheory:
Tahniah PDRM!

HOT INFO!! Kit Siang Ketuai Pakatan Untuk Tawan Johor?

Posted: 24 Mar 2013 08:17 PM PDT



Penulis: Lim Ming Fah eksekutif akhbar

Apabila saat-saat Anwar Ibrahim umumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, ramai pengikut Pakatan Rakyat bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka anggap pertandingan kali ini mesti boleh menang; dimana pihak media cetak juga secara amnya memang beri tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim Kit Siang boleh menang sepenuhnya.

Tetapi cuba kita senyap seketika dan halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan, dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali, pada tahun 1968 beliau telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982 telah tewas di DUN Bandar Hilir Melaka, pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung Bungah Pulau Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang yang memalukan, beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera, malah dia juga tewas di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang.

Zhang Shi Teng (terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405 undi; pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau dengan majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di mana Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP mahu ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.

Selama 18 tahun ini, Gelang Patah hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen di situ. Perkhidmatan mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini mesra rakyat, dalam media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian, bermakna MCA mempunyai kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang Patah. Tetapi kali ini MCA tukar muka baru Teoh Sew Hock menjadi kontroversi dan perbalahan dalaman MCA buat masa ini, sengketa itu berlaku, DAP yang selama ini menunggu peluang keemasan itu hampir selama 20 tahun, kini sudah tiba masanya untuk peluang itu. Sebab itu berlaku DAP lancarkan dan hantar calon askar payung terjun di Gelang Patah.

Langkah dan Strategi DAP bukan sahaja bertanding di Gelang Patah, DAP berhadap mereka dapat pergunakan kewibawaan Lim Kit Siang untuk memecahkan rekod itu, serta untuk membangkitkan semangat DAP pada keseluruhannya, untuk membawa negeri Johor sebagai negeri baris hadapan yang dianggap bukan tugas yang begitu mudah, tujuan yang lebih besar lagi untuk melangkah ke Putrajaya.

Langkah caturan bahaya yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, saya teringat kembali 2 orang tokoh pembangkang di negara jiran, dimana keadaan kedua-dua tokoh itu berbeza nasib.

PRU 2011 Singapura, Low Thia Khiang dan Than See Tiong (terjemahan Mandarin) dari parti Pekerja, sebelum ini Low Thia Khiang di zon selesa menang 1 kerusi setiap penggal, selepas itu beliau wakilkan orang kuat parti bertanding di kawasan itu dan beliau berpindah kawasan, dimana hasilnya walaupun wakil beliau tewas tetapi parti perkerja telah menang 6 kerusi, menyebabkan kewibawaan beliau dan nama parti meningkat naik, dimana Than See Tiong tewas kesemuanya, walaupun Than See Tiong dikatakan orang kuat parti akhirnya tewas juga, dimana isteri Than See Tiong juga turut bertanding, namun kalah teruk ditewaskan oleh calon PAP, bermakna perjalanan politik Than See Tiong telah pun berakhir.

Contoh-contoh seperti di atas, strategi itu agak seperti ada persamaannya dengan DAP, cara mereka susun strategi masih boleh dipertikaikan, dan keputusannya nanti pastinya akan berbeza. Walaupun mereka telah dedahkan strategi politik mereka, namun pihak BN masih belum lagi paparkan sebarang strategi, kenapa waktu ini mahu putuskan terus bahawa Lim Kit Siang pasti menang, bukankah kata-kata itu terlalu awal lagi, ini bermakna itu satu kesilapan bagi pakar strategik yang hanya memperkecil-kecilkan musuh!

Terjemahan:
Sulaiman Koh Abdullah

Komen Mc:
Persoalannya, Anwar nak bunuh Kit Siang ke? Atau memang Anwar yakin Kit Siang boleh menang di Gelang Patah tu? Namun pertaruhan berani kali ini memang kita tak jangka. Salahudin Ayub juga dikatakan dihantar bertanding di Johor. Apakah kali ini benar-benar Pakatan yakin mereka boleh tawan Johor?

Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pun Pakatan nampak goyah, ada hati nak rampas kubu kuat BN? Hentikanlah mimpi disiang hari.

McTheory:
Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran! he he..

PANASS!! Perhatian Pada Pengundi baru yang comel dan handsome sila masuk sini! #JomBertindak

Posted: 24 Mar 2013 06:50 PM PDT



Apa itu Kit Tindakan? Sebenarnya Kit Tindakan satu kelengkapan dan buku panduan untuk pengundi baru. Macam mana nak dapat Kit Tindakan tu? Kena bayar ke? Taklahh.. mana ada kena bayar, just daftar kat http://www.1malaysia.com.my/my/action/ lepas tu, tunggu email untuk butiran lanjut.

Jangan tunggu lama-lama nak daftar mai KLIK kat http://www.1malaysia.com.my/my/action/ Satu lagi Kempen Terbaru dari Perdana Menteri yang kita sayangi!

TUDIAA!! Cabaran Terbuka Cikgu Non Terhadap @MahfuzOmar! #SaveKedah

Posted: 24 Mar 2013 05:51 PM PDT


Sebelum ini ramai di kalangan pemimpin PAS menggelar Cikgu Non sebagai Cikgu yang hanya layak mengajar ABC setelah Cikgu Non mendedahkan penyelewengan Tabung Memali yang di lakukan beberapa orang pemimpin dalam PAS.

Pada 2 bulan yang lepas, Mahfuz Omar pernah mencabar Cikgu Non supaya membuat laporan Polis sekiranya penyelewengan yang di dakwa Cikgu Non benar-benar berlaku. Setelah itu, tanpa rasa takut Cikgu Non telah membuat laporan beberapa minggu yang lalu.

Kini giliran Cikgu Non pulak mencabar Mahfuz Omar yang untuk berdebat dengannya di atas pentas yang di anjurkan PERKASA dalam isu yang berkaitan pembongkaran 403 yang telah di lakukan PAS.

Apakah Mahfuz Omar ada teloq untuk sahut cabaran Cikgu Non ??

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...